:: cina islam | 2011 :: |
- 10 jam Haron Din bertarung nyawa
- Imigresen tahan 106 warga asing di Nilai 3
- Gempa bumi kuat gegar Santiago Del Estero di Argentina
- Impian Fahey beraksi di Euro 2012 musnah
- Terus asak airtime TV semasa kempen PRU13
- Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia
- Himpunan belia berjaya, masa terbaik untuk Najib bubar parlimen?
- Konsert Himpunan Belia, mana suara Majlis Fatwa
- Johor FC belum selamat
- Euro 2012: Sepanyol serap Torres
- Ong Beng Hee sahkan penyertaan Terbuka Australia
- Hodgson mula teruja
- Kayu terbuang jadi inspirasi
- Dakwa tanah diceroboh
- Jerat ah long
- Masakan Palestin buka rezeki
- Cemas diacu pisau pemotong daging
- 6 sekeluarga nyaris maut
- ‘Sudah mati’
- Tun M beri isyarat undi Pakatan kalau mahu aman?
- PAS kutuk pembunuhan rakyat Syria
- Mustapa risau apabila Kelantan buat lebuhraya
- Wan Ahmad angkuh tolak kajian Merdeka Center
- Selangor perlukan 60 guru tetap
- 3 Abdul: Najib, FGVB dan Peneroka
10 jam Haron Din bertarung nyawa Posted: 28 May 2012 01:10 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - BANGI: Hati anak mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta kembali sihat dan ceria. Begitulah yang dialami lima pemata hati Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mula sembuh dari pembedahan jantungnya dan selamat tiba ke tanah air 13 Mei lalu. Dr Haron Din, seorang tokoh agamawan melakukan pembedahan di Stanford Hospital & Clinics, San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu. Anak keduanya, Hamdi Haron yang juga seorang peguam sempat meluangkan masa menceritakan keadaan bapanya kepada Harakah Khamis lalu. Datuk Haron, mendapat rawatan sejak 18 Mac lalu dirawat oleh Pakar Bedah Jantung, Dr Robert C Robbins. Selama berada di sana katanya, mereka sekeluarga termasuk bondanya Datin Khadijah Mohd Salleh tidak berenggang dengan bapanya. "Alhamdulillah sejak buat pembedahan dan dimasukkan pula ke ICU dan CCU ada perkembangan dan kesihatan beliau makin sihat," katanya yang ditemui di kediaman bapanya di Bandar Baru, Bangi, Selangor. Selama sepuluh jam bertarung nyawa di bilik bedah, katanya bapanya tidak patah semangat dan seolah-olah tidak ada rasa sakit. Ini katanya, apabila diminta oleh doktor untuk melakukan pelepasan batuk selepas menjalani pembedahan bapanya berjaya melakukan sekuat hati. "Sampai doktor dan pesakit sebelah katilnya bertanya, tak sakit ke, dia kata tak, itulah kelebihan yang Allah kurnia kepadanya," ujarnya. Begitu juga, katanya apabila kakaknya, Dr Huda Haron dan adiknya Dr Azlin Haron setiap pagi mencuci pahanya yang terpaksa dibedah sedalam satu inci dan lebarnya tiga inci, tidak juga dirasai sakit. Dengan selamba dan bersahaja bapanya membiarkan adik dan kakaknya mencuci luka tersebut. Itulah katanya, tiada memek muka kesakitan dan keluhan langsung darinya. Beliau juga memberitahu, doktor meminta supaya bapanya berehat dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Bagi mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan, doktor menyarankan supaya beliau memakan sarang burung layang-layang juga, katanya. Sarang burung yang dibuat sup ketika berada AS, terus diamalkannya sehingga sekarang. Bercerita lanjut Hamdi berkata, semasa dalam rawatan bapanya meminati makan 'taufu fah' dan makanan Jepun iaitu sushi dan sup jepun. "Makanan itu ada di sana, jadi tak ada masalah untuk kami carikan untuknya. "Tambahan pula ada rakyat kita yang bekerja di AS sudi menolong kami," katanya. Dalam pada itu, sambungnya semangat bapanya untuk mengikuti perkembangan politik tanah air masih menebal. "Dalam keadaan masih lemah dia nak tahu juga masa hari Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. "Kebetulan adik saya Salwa dan Hana ada di tanah air dan mereka up-date pula perhimpunan itu, dengan penuh minat beliau ikutinya. "Ertinya perjuangan politik dalam parti tidak pernah pudar bahkan terus berkobar dan membara," ujarnya. Beliau berkata, penyokong PAS tidak perlu risau dengan kesihatan dan perjuangan bapanya dalam parti. Cuma katanya, untuk sementara waktu ini, bapanya perlu membuat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN). Kebetulan pula semasa bertandang ke rumahnya, Dato' Haron pergi ke IJN untuk mendapat pemeriksaan lanjutan. "Minta maaflah hari ini dia kena pergi jumpa doktor di IJN dan petang ini selesailah tu," katanya yang tidak jemu-jemu menceritakan keadaan bapanya yang dikenali ramai itu. Harakah Daily |
Imigresen tahan 106 warga asing di Nilai 3 Posted: 28 May 2012 01:07 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - NILAI - Seramai 106 warga asing termasuk 18 wanita ditahan Jabatan Imigresen kerana melanggar pelbagai peraturan imigresen dalam 'Ops 6P' di Nilai 3, di sini hari ini. Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman berkata mereka adalah antara 450 warga asing termasuk 106 wanita yang diperiksa dalam operasi empat jam tersebut. "Warga asing yang berumur antara 18 dan 40 tahun itu kebanyakannya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, dokumen palsu dan menyalahgunakan pas lawatan. Mereka yang ditahan terdiri warga Pakistan, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar," katanya kepada pemberita selepas operasi itu. Faizal Fazri mengetuai operasi yang bermula pukul 9.30 pagi itu, yang melibatkan 196 pegawai dan anggota dari Jabatan Imigresen Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Katanya dalam operasi itu juga pihaknya mengesan resit pendaftaran 'my permit' yang dikeluarkan sebuah syarikat kepada pendatang tanpa izin di negara ini bagi mendapatkan pas lawatan sementara atau pas kerja. "Ini rekaan semata-mata. Dalam kes ini, pendatang asing tanpa izin ini diminta membayar RM300 untuk dikeluarkan pendaftaran ini dan seterusnya pada masa akan datang dia akan dikeluarkan satu permit kerja untuk bekerja di negara ini. "Perakuan pendaftaran my permit ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat sendirian berhad yang berdaftar di Pontian, Johor. Yang menariknya my permit ini mengeluarkan satu nombor pendaftaran seiras dengan nombor pendaftaran MyKad," katanya. Beliau berkata pihaknya akan menyiasat lanjut kes tersebut yang diklasifikasi sebagai kes penipuan memandangkan kerajaan tidak pernah melaksanakan program sedemikian. Katanya mereka yang ditahan akan dihantar ke Depoh Imigresen Lenggeng. - Bernama Agency |
Gempa bumi kuat gegar Santiago Del Estero di Argentina Posted: 28 May 2012 01:06 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegar Santiago Del Estero di Argentina pada 1.07 tengah hari ini. Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa itu berpusat di 822km timur laut La Serena di Chile dan 16,728km barat daya Pontian di Johor. Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - Bernama Sinar Harian |
Impian Fahey beraksi di Euro 2012 musnah Posted: 28 May 2012 01:04 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - PERSATUAN Bola Sepak Republik Ireland (FAI) pada Sabtu lalu, mengesahkan pemain tengah, Keith Fahey terlepas bermain di Poland-Ukraine kerana mengalami kecederaan otot. Posisi beliau selepas ini dipikul Paul Green yang melengkapkan senarai muktamad pemain Ireland pada edisi tahun ini. Fahey pada mulanya disenaraikan jurulatih Giovanni Trapattoni dalam 23 pemain utama tetapi kecederaan yang dialaminya ketika mewakili Birmingham City pada aksi terakhir liga meleburkan terus impiannya. "Pada sesi pemanas badan ketika Ireland menang 1-0 mengatasi Bosnia Herzegovina, Keith Fahey masih belum menunjukkan tanda pulih. Petugas perubatan akhirnya memutuskan Fahey belum cukup cergas beraksi. "Hasil perbincangan antara dia dan kelab, FAI terpaksa memanggil Paul Green menggantikan Fahey," katanya. Green, 29, mendapat cap pertama dalam pertemuan menentang Paraguay (2010) dan terbaru pernah mewakili Ireland berdepan Republik Czech pada aksi persahabatan, Februari lalu. Sinar Harian |
Terus asak airtime TV semasa kempen PRU13 Posted: 28 May 2012 12:57 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - Di waktu banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin mencipta tragis sebagai "medan terburuk" bagi pertarungan menagih mandat baru rakyat, saya melihat beberapa reaksi awal -- yang mungkin dilihat sudah terlewat tetapi tetap dianggap positif dalam proses pendemokrasian -- yang agak mengembirakan. Semua maklum bahawa PRU13 paling kritikal, sama ada buat Pakatan Rakyat dan juga BN. Ia pertempuran hidup atau mati. Bagi sesetengah individu bertaraf VVIP, kalah bukan sekadar bererti menjadi pembangkang tetapi bakal berdepan tindakan yng cukup mengaibkankan. Maka, untuk mengharapkan pertandingan ini dijalankan secara adil, telus dan bersih, serta menurut etika yang sihat, ia seolah-olah hanya ilusi. Semua maklum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada awal lagi dilihat bukan sahaja memihak kepada elit penguasa, malah telah dijadikan perkakas utama BN untuk menang secara tipu-muslihat. Buktinya, senarai daftar pemilih yang kotor dan meragukan, terutama di Selangor. Bukti ini sebenarnya lebih panjang lagi. Bagaimanapun, sebagai pengamal media yang prihatin dengan tuntutan proses pilihan raya yang adil dan bersih, saya mengharapkan reaksi awal kerajaan terhadap isu akses media dan tempoh minimum kempen perlu disambut tetapi hendaklah diperhalusi agar situasi "padang permainan sama rata" dapat dijelmakan. Apabila saya agak kerap menimbulkan hal ini, terutama melalui program Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan kenyataan akhbarnya, ramai yang memandang sinis dan melihat usaha itu sebagai sia-sia sahaja. Ya, masakan Umno-BN yang berada di tepi jurang curam dan dalam, masih mahu berbicara soal mewujudkan proses pilihan raya yang benar-benar demokratik dan bebas daripada sebarang penipuan dan manipulasi? Kita tidak dapat membayangkan kegerunan pemimpin Umno-BN, terutama yang bergelumang dengan pelbagai skandal dan dosa politik, berdepan dengan hukuman rakyat nanti. Tanpa kuasa -- khususnya buat pertama kali di peringkat persekutuan -- segala imuniti dan kekebalan tertanggal seluruhnya. Apa pun, saya kira Najib Razak tidak mempunyai banyak pilihan. Misalnya, beliau terpaksa memansuhkan ISA, tentunya bukan kerana kejujuran dan keikhlasan untuk memartabatkan keadilan, tetapi disebabkan sudah "diasak ke dinding". Malah kerajaan sememangnya tidak lagi dapat memperalatkan ISA sesuka hati untuk memenjarakan musuh atau seteru politiknya, disebabkan kesedaran merata rakyat terhadap isu-isu hak asasi dan sebagainya. (Mungkin agak sukar kita mengingati siapa mangsa ISA terakhir daripada kalangan tokoh-tokoh politik; ia lebih membabitkan aktivis yang dikaitkan dengan keganasan dan militan ....) Begitu juga dengan janji-janji untuk memulihkan demokrasi terpaksa dilafaz Najib semasa malam Hari Malaysia tahun lalu, pastinya bukan disebabkan keikhlasannya untuk menamatkan amalan zalim turun-temurun regim BN. (Secara peribadi saya tidak gemar dengan istilah "ikhlas dan jujur" dalam politik; ia perlu terus diasak dan ditekan secara konsisten). Ia didorong oleh tindakan politik penguasa bagi merebut kepercayaan dan keyakinan rakyat, yang semakin terbuka dan terdedah dengan proses pendemokrasian sejagat, seperti ditandai oleh Arab Spring dan seumpamanya. Pilihan agar dilihat lebih terbuka dan demokratik hanya merupakan antara talian hayat terakhir yang masih tinggal. Sang diktator yang mengawal ketat setiap pergerakan rakyatnya pun tidak mampu mengepung wilayah negara daripada "wabak pendemokrasian" ini, apatah lagi teknologi ICT dan fenomena langit terbuka sudah merata serta tidak mampu disekat lagi. Dan saya melihat penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya adalah kemenangan moral buat Bersih 2.0. Kerajaan akhirnya terpaksa tunduk dengan aksi protes jalan raya. Manakala beberapa rumusan awal, seperti penggunaan dakwat kekal, merupakan "keputusan terpaksa" bagi melunakkan kemarahan rakyat dan pembangkang. Hinggakan, Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof terpaksa meluahkan rasa kecewanya apabila beberapa langkah pembaharuan, misalnya dakwat kekal, tidak disambut dengan lafaz terima kasih oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Apabila membaca kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, pada 22 Mei lalu, bahawa kerajaan akan meneliti saranan SPR agar parti-parti politik di negara ini termasuk pembangkang diberikan akses siaran televisyen secara bebas dan adil, saya menarik nafas lega. Kata Rais, kertas kabinet mengenai hal itu sudahpun disiapkan. Semestinya ia dibincangkan dengan semua parti yang bertanding serta NGO media yang prihatin dengan isu ini, khasnya Bersih. Sekurang-kurangnya isu akses media ini terpaksa juga disambut kerajaan. Sebelum itu, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar memberi jaminan akan mempertimbangkan tempoh kempen lebih lama dalam PRU13 nanti. (Alasan bertulis SPR sebelum ini untuk meremehkan tuntutan tempoh minimum kempen 21 hari adalah dangkal dan tidak diasaskan kepada fakta). Saya dan KAMI kerap menekankan dua tuntutan penting Bersih itu, yang agak dipandang remeh, iaitu akses media yang adil dan saksama, serta tempoh kempen minimum 21 hari, termasuk melalui Konvensyen Akses Media Dalam PRU13 pada 12 Mei lalu, di Hotel Nouvelle, Sri Kembangan. Rais berkata, ia bagi membolehkan parti-parti berkenaan menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat. "Kerajaan telah menerima permohonan SPR supaya memperuntukkan masa kepada parti-parti politik berkempen di televisyen. Sebenarnya kita telah menyediakan satu kertas cadangan yang akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi," tambahnya. Ia susulan permohonan SPR agar kerajaan memberikan masa siaran televisyen kepada semua parti politik ketika kempen PRU13. Ya, kerajaan BN terpaksa melakukan sesuatu bagi menampakkan, sekurang-kurangnya, ia tidak berada pada tahap lebih buruk berbanding kerajaan junta Myanmar, yang bersedia memberi airtime saluran TV kerajaan kepada pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi, dalam pilihan raya kecil negara itu baru-baru ini. Kerajaan autoritarian Singapura juga memberikan akses kepada pembangkang untuk muncul di kaca TV yang dikawal kerajaan, khususnya untuk menjelaskan manifesto kepada pengundi. Difahamkan transkrip ucapan itu kemudiannya disiarkan dalam akhbar harian esoknya. Saya kira SPR juga wajar mengendalikan debat politik di TV, membabitkan tokoh-tokoh utama parti-parti yang bertanding, seperti dimulakan oleh Sinar Harian, yang mempertemukan Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli, baru-baru ini. Apa pun, seperti saya tegaskan di awal tadi, isu akses media ini perlu diperdebat dan perhalusi lagi. Harakah Daily |
Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia Posted: 28 May 2012 12:55 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu. Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan itu diadakan. "Kerajaan khususnya pihak penganjur harus dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah keselamatan semasa perlumbaan berlangsung. "Saya difahamkan trek perlumbaan dan penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan. Kenapa biarkan penonton berdiri di tepi jalan begitu? Macam tak ada beza dengan perlumbaan haram di jalan raya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Sambil mengucapkan takziah kepada 17 mangsa yang terlibat, Nazir juga berkata, pihaknya akan melawat mereka di Hospital Putrajaya dalam masa terdekat. Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu. Banyak program melalaikan Mengulas mengenai Himpunan Jutaan Beliau secara umum pula, Nazir berkata, ianya tidak lebih daripada program hiburan yang melalaikan golongan muda. "Program yang diadakan tidak berbaloi dengan persiapan yang dilakukan dan banyak aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak sihat. "Memanglah belia suka hiburan tapi perlukah kerajaan sediakan program sebegini untuk golongan muda?" soalnya. Tambah beliau juga, aktivti hiburan seperti tarian dan nyanyian bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak. "kalau betul nak ikut konsep wasatiyyah bukan dengan cara sediakan hiburan melampau kepada golongan muda," katanya. Harakah Daily |
Himpunan belia berjaya, masa terbaik untuk Najib bubar parlimen? Posted: 28 May 2012 12:54 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - Semalam berakhir Himpunan Jutaan Belia 2012 yang berlangsung selama 5 hari. Katanya Najib sangat seronok dengan kejayaan himpunan tu sampai bagi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan yang Najib kata dah capai KPI pasai berjaya anjurkan himpunan dengan penyertaan yang cukup hebat. Katanya himpunan tu berjaya tarik kunjungan lebih 2 juta belia dari lebih 11juta belia di negara ni, satu angka yang cukup besar, hampir 20%. Kalau nak dibandingkan dengan Himpinan Bersih 3.0 yang Rais Yatim kata cuma dihadiri 22,270 orang saja, tak sampai pun 1% berbanding himpunan belia tu. Kalau nak kira orang muda saja pulak lagi la sikit. Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer. Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 Sebelum ni masa sambutan 64 tahun Umno di Stadium Bukit Jalil, katanya lebih 250,000 yang hadir. Kalau guna angka ni pun dah jauh lebih ramai berbanding angka yang Raiz Yatim sebut tu. Tak sampai pun 10% Jadinya, aku rasa Najib patut sangat-sangat dah umumkan bubar parlimen dalam masa terdekat ni. Najib patut gunakan kesempatan sekarang ni pasai masa kedepan belum tentu lagi. Tumpang anak muda katanya tengah sokong ni masa ni la Najib patut bubar parlimen dan adakan PRU13. Tak kisah la dengan cakap-cakap pembangkang yang kata angka kehadiran tu menipu. Peduli apa dengan cakap pembangkang yang kata Stadium Bukit Jalil cuma boleh muat 100,000 kalau penuh sendat dengan manusia. Peduli ada dengan gambar yang nampak macam stadium tak penuh malam tu. Peduli apa dengan spin pembangkang yang kata kalau setakat penuh stadium tu cuma taraf ceramah Umum yang Pakatan Rakyat buat dalam stadium saja. Toksah dok heran dengan dakyah pembangkang yang kata kehadiran program himpunan belia yang berakhir semalam tu sebenarnya tak sampai 100,000 orang pun. Toksah dok heran dengan angka yang depa keluarkan konon guna kaedah yang sama macam Rais Yatim guna tu. Toksah peduli la dengan spin pembangkang yang perleceh himpunan belia tu, konon penuh dengan maksiat pasainya memang benda macam tu yang orang muda suka, depa sebenarnya dengki pasai depa tak boleh buat program macam tu. Lagi satu, tak payah la nak heran dengan cakap Dr. Mahathir yang suruh tangguh sampai habis bulan puasa, konon kerajaan pimpinan Najib masih lagi lemah. Dr. Mahathir apa tau, dia dah tua, lagi pun dia tak hadir masa himpunan belia yang berakhir semalam. kalau dia hadir tentu dia pun akan suruh najib segerakan bubar parlimen. Akhir sekali, aku sangat-sangat harap Najib bubar parlimen dalam masas terdekat ni, cemuih dah tunggu pilihanraya dari sebulan ke sebulan tak jugak bubar parlimen. Cuma masalahnya, berani ka Najib bubarkan parlimen dalam masa terdekat ni? Tak sabar nak tengok betui ka Salahuddin Ayub boleh jadi menteri besar Johor dan Perak pulak Pakatan Rakyat dapat rampas balik. Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/05/himpunan-belia-berjaya-masa-terbaik.html#ixzz1w9BOhGBs Harakah Daily |
Konsert Himpunan Belia, mana suara Majlis Fatwa Posted: 28 May 2012 12:52 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran agama. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini. "Kita mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung Sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya. Penganjuran sambutan hari belia itu yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai. Di Facebook, Twitter dan blog, rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda. Antaranya penampilan artis jemputan Kpop, kumpulan wanita dari korea yang mempersembahkan tarian dengan berpakaian seksi dan menjolok mata. "Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. "Mungkin inilah nilai wassatiyyah (kesederhanaan) yang hendak diterapkan oleh Perdana Menteri," kata Riduan lagi. Kerajaan ujarnya seperti tidak kisah jika golongan belia hanyut dengan kelalaian dan rosak akhlak asalkan mencapai matlamat mereka untuk menarik kehadiran ramai belia. "Apakah mesej yang hendak disampaikan dari penganjuran program maksiat seperti ini? "Adakah konsert ini akan membina sebuah masyarakat yang sihat, berakhlak mulia dan berminda positif atau menjadikan generasi muda lebih liar dan jauh daripada agama Islam? Apa yang berlaku dalam sambutan hari belia itu tegas Riduan, hanya mengesahkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti untuk umat Islam berpaut, kerana Umno hanya menjauhkan anak muda dari nilai agama. Harakah Daily |
Posted: 28 May 2012 12:48 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - BERAKSI tanpa tujuh tonggak utama, Johor FC masih mampu mengikat Juara Piala FA 2012, Kelantan, 0-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Pasir Gudang, kelmarin. Lapor MOHD FIRDAUS YON. Ketua Jurulatih Sazali Saidon yang berpuas hati dengan keseluruhan persembahan pemain percaya kutipan satu mata mampu bantu perbaiki kedudukan pasukan yang menghuni tangga kedua tercorot liga. "Saya bersyukur dengan satu mata yang diraih walaupun pasukan masih dalam kedudukan tidak selamat. "Beraksi tanpa tujuh tonggak utama, pemain yang diturunkan masih mampu beraksi dengan baik dan mereka harus menerima pujian," katanya yang berpuas hati dengan kombinasi dan kesungguhan ditunjukkan pemain. Johor FC tampak tempang berikutan tujuh pemain utamanya tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama berikutan masalah kecederaan. Terbaru, skuad lebah kehilangan pemain pertahanannya, Khairul Nizam Shabuddin dan Md Khairi Kiman selepas Eddie Helmi Abdul Manan alami kecederaan lutut dan Azi Shahril Azmi yang cedera pergelangan kaki termasuk penyerangnya, Zamri Chin, Shahrizal Saad (tendon) dan Shafizan Hashim (lutut). Mengulas mengenai insiden kad kuning dilayangkan pengadil ke atas pemain Johor FC, Sazali nyata kecewa kerana terdapat beberapa kekasaran dilakukan pemain Kelantan, namun tidak diberi tindakan sewajarnya. Johor kini mengumpul 16 mata hasil 17 perlawanan dengan empat kemenangan selain seri empat perlawanan. Sinar Harian |
Euro 2012: Sepanyol serap Torres Posted: 28 May 2012 12:47 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - PENYERANG Chelsea, Fernando Torres telah diserap ke dalam dalam senarai 23 pemain skuad juara bertahan, Sepanyol ke Euro 2012. Pada awal musim bersama The Blues, beliau bergelut dalam prestasi tidak menentu serta menghadapi kemarau gol tetapi kembali menemui sentuhan selepas membantu pasukannya menjuarai Piala FA dan Liga Juara-Juara. Selain itu, penyerang Sevilla, Alvaro Negredo memenangi pertempuran merebut tempat dan dipilih untuk menggantikan penyerang Barcelona, David Villa yang gagal untuk pulih dari kecederaan patah kaki. Penjaga gol muda Manchester United, David De Gea tidak dipilih sebaliknya Iker Casillas, Pepe Reina dan Victor Valdes kekal sebagai pilihan. Cesc Fabregas turut serta dalam senarai walaupun mengalami kecederaan 'hamstring' tetapi akan pulih dalam masa seminggu. Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque berkata, "(David) Villa sukar ditukar ganti, karakternya dan keberkesanannya dan tiada siapa boleh melakukan lebih baik daripada dia." Dipetik BBC, beliau menambah, "dalam kes Cesc (Fabregas), doktor optimis dan tidak nampak mana-mana peluang untuk tidak menamakannya." Sepanyol yang berada dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Itali merupakan perlawanan pembukaan pada 10 Jun, Republik Ireland dan Croatia. Sinar Harian |
Ong Beng Hee sahkan penyertaan Terbuka Australia Posted: 28 May 2012 12:45 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - MELBOURNE - Pemain skuasy kebangsaan Ong Beng Hee adalah antara yang telah mengesahkan penyertaan ke Terbuka Australia dari 13 hingga 19 Ogos ini, yang akan menyaksikan maestro skuasy Mesir, Ramy Ashour mempertahankan kejuaraannya. Beng Hee pernah mara ke separuh akhir kejohanan itu. Dalam pada itu, kehadiran Ashour yang berada di rangking keempat dunia, disifatkan Pengarah penganjur kejohanan Gary Hampson sebagai berita baik kepada peminat sukan Australia. "Beliau boleh melakukan perkara di gelanggang skuasy yang perlu disaksi sendiri untuk dipercayai dan gaya permainannya sering membuatkan peminat serta pemain lawan tergamam," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Isnin. Anak muda berusia 24 tahun itu merupakan pemain Mesir pertama menjuarai Terbuka Australia selepas menundukkan pemain nombor satu dunia Nick Matthew dalam perlawanan lima set yang mendebarkan tahun lepas. Turut mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang akan berlangsung di Canberra itu ialah pemain di rangking ketujuh dunia Peter Barker dari Britain dan rakan senegaranya Tom Richards (ke-16 dunia). Bagi kategori wanita, juara 2009 Joelle King dari New Zealand mengesahkan penyertaan bersama naib juara 2010 Alison Waters. Turut serta pemain skuasy glamor dari India, Diplika Pallikal (ke-14 dunia). - Bernama Sinar Harian |
Posted: 28 May 2012 12:44 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - PENGURUS England, Roy Hodgson teruja dengan persembahan anak buahnya selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Norway di Stadium Ullevaal (Oslo), awal pagi semalam. Tetapi, dia mengakui The Three Lions perlu bekerja keras sebelum saingan sebenar Kejohanan Euro bulan depan. "Ini pencapaian menakjubkan sepanjang kerjaya saya sebagai jurulatih kebangsaan. Norway bermain hebat dan kami berjaya menewaskan mereka di arena sendiri. "Saya akui England perlu lebih gigih bagi mencatat keputusan positif dan bergelar juara, kami perlu buat lebih kerja berbanding sekarang," katanya. Pada aksi tersebut, jaringan tunggal Ashley Young minit ke-9 sudah cukup melegakan penyokong England yang sebelum ini meragui kewibawaan Hodgson. Bekas pengurus West Bromwich Albion FC itu mengambil alih pasukan buat pertama kali dan hanya tiga hari berkesempatan membimbing anak didiknya. "Saya berjanji menyediakan skuad yang lebih jitu menjelang pertembungan pembukaan berdepan Perancis 11 Jun nanti," katanya. Bagaimanapun, krisis kecederaan menimpa pemainnya sedikit meresahkan tatkala mereka melayan kunjungan Belgium pada sesi pemanas badan terakhir di Wembley, 2 Jun ini. "Scott Paker tiada masalah. Cuma, Gareth Barry yang agak serius kerana mengalami kecederaan pada otot. Kami perlu tunggu dahulu ujian imbasan dan sekiranya pada tahap membimbangkan kemungkinan saya akan memikirkan apa perancangan seterusnya," katanya. Sinar Harian |
Posted: 28 May 2012 12:40 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - BATU PAHAT- Sisa lebihan kayu daripada kilang mungkin tidak bermakna buat sesetengah individu, tetapi ia cukup berbeza bagi Kak Zah yang menjadikan bahan terbuang berkenaan sebagai medium menunjukkan bakat seninya. Kak Zah atau nama sebenar Hanizah Jumat, 43, mengambil inisiatif menggunakan bahan buangan itu untuk mereka sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh umum bagi menghasilkan kerja tangan yang cukup menarik iaitu model rumah yang membuatkan sesiapa melihatnya terpesona. Bermula sekadar suka-suka Jelas Kak Zah, awalnya, dia tidak berniat untuk menjual hasil bakat seni itu kerana ia dimulakan sekadar hanya ingin mencuba, namun setelah melihat lebihan sisa kayu yang banyak, mencetuskan idea buatnya. Katanya, penglibatan secara serius bermula enam tahun lalu, di mana dia memerlukan sesuatu aktiviti untuk dijadikan hadiah kepada rakan karibnya, sebagai kejutan. Menurutnya, setelah berfikir untuk memberi hadiah yang sesuai dan unik serta lain daripada yang lain, dia terlihat longgokkan kayu yang kemudiannya memberikan idea untuk menghasilkan sesuatu daripada bahan berkenaan. "Setelah mengambil beberapa keping daripada longgokkan kayu itu, Kak Zah mencuba untuk membina sebuah model rumah dan ternyata dalam masa beberapa hari, model rumah kampung berjaya dihasilkan. "Setelah memberikan hadiah berkenaan, minat Kak Zah untuk membina model rumah semakin membara yang kemudiannya berjaya menyiapkan beberapa lagi model yang seterusnya, apabila dipuji oleh rakan-rakan lain. Ketika itu, Kak Zah hanya membuat model ini kerana minat dan suka-suka, selain turut memberikannya kepada kepada rakan-rakan dan juga kenalan rapat sahaja," katanya kepada Sinar Harian. Kak Zah berkata, dia begitu terkejut kerana model rumah yang dibuat bukannya untuk dijual ini mendapat perhatian seorang guru, yang juga saudara kepada salah seorang kenalannya. Menurutnya, guru berkenaan turut memuji hasil seni rekaannya dan berminat untuk memilikinya dengan membeli salah sebuah daripada model rumah yang pernah dihasilkannya. "Guru terbabit juga menasihatkan Kak Zah supaya dapat mengembangkan bakat seni yang ada dengan mengkomersialkannya dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. "Selama ini Kak Zah tidak pernah terfikir langsung untuk menjualnya kerana pada pandangan Kak Zah, model rumah yang dibuat ini tidak seberapa hasilnya dan banyak kekurangannya. Tetapi setelah difikirkan kembali, kata-kata guru berkenaan ada juga benarnya dan Kak Zah telah bertekad untuk menghasilkan model rumah yang lebih kemas dan berkualiti pada rekaan yang seterusnya," katanya. Tembusi pasaran Singapura Kini, Kak Zah berjaya menghasilkan lebih daripada 50 buah model rumah dan telah menembusi pasaran di luar Batu Pahat, sehinggalah ke Singapura . Menurutnya, dia sendiri tidak menduga hasil seninya itu menjadi buah mulut warga negara republik berkenaan. Jelasnya, walaupun berjaya di Singapura, tetapi karyanya masih lagi belum berjaya menembusi keseluruhan pasaran tempatan kerana selain di Batu Pahat dan kawasan sekitarnya, dia mengakui hanya menerima beberapa tempahan sahaja daripada Kuala Lumpur serta syarikat korporat. "Sehingga kini saya telah berjaya menghasilkan lebih 50 model rumah, dan kebanyakan pelanggan saya adalah dari Singapura, berbanding pelanggan tempatan ia begitu sedikit kecuali Batu Pahat serta sekitarnya. "Dalam pembinaan model rumah ini, Kak Zah biasanya menggunakan beberapa bahan yang berasaskan kayu seperti papan dan papan lapis, turut menjadi bahan utama ialah lidi, kotak sebagai bumbung, bunga hiasan, batu karang serta reben terbuang. Menyiapkan sesebuah model rumah ini akan memakan masa dua hari, manakala jualannya pula Kak Zah meletakkan harga sekitar RM 30 sehingga RM1,500 mengikut saiz juga bahan yang digunakan," katanya. Kak Zah berkata, tempahan yang biasa diterima adalah seperti rumah kampung, rumah negeri, surau, masjid, istana, chalet dan juga pondok, selain turut membuat replika dalam bingkai. Menurutnya, antara model rumah yang menjadi kegemarannya ialah model rumah kampung yang sesuai dengan jiwanya sebagai anak jati kampung di Batu Pahat ini. "Harapan Kak Zah ialah mendapat bantuan agensi kerajaan supaya dapat mengembangkan industri ini sebagai tarikan kepada Batu Pahat, selain dapat menembusi pasaran seluruh negara," katanya. Sinar Harian |
Posted: 28 May 2012 12:38 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - BAGAN SERAI – Penduduk di Parit Ali Kalang Teluk Medan, di sini menggesa pihak berkenaan mengkaji semula cadangan pembangunan sebuah pencawang elektrik di kawasan itu. Rata-rata penduduk yang ditemui mahu, siasatan terperinci berkaitan cadangan itu dibuat berikutan bimbang, pencawang berkenaan bakal menimbulkan risiko lain terutama kepada petani. Seorang petani, Khidir Hashim, 48, berkata, pembinaan pencawang di kawasan pertanian itu bakal menyebabkan petani kehilangan nilai aset tanah untuk jangka masa panjang. Menurutnya, kewujudan pencawang itu juga berkemungkinan membataskan aktiviti petani lain terutama mereka yang berhasrat untuk mendirikan sarang burung walit. "Sebagai pesawah, aktiviti pertanian kita akan terbatas, mungkin ada antara kami yang bimbang bahaya pencawang ini terutama apabila musim hujan. "Takut-takut ia boleh meragut nyawa petani," katanya. Sinar Harian dimaklumkan, pembinaan pencawang berkenaan di atas tapak tanah petani juga dibuat tanpa keizinan pemilik tanah. Tinjauan yang dibuat ke kawasan itu mendapati, sudah ada kain rentang yang dipasang tanda protes penduduk terhadap cadangan berkenaan. Mengesahkan perkara itu Khidir berkata, tanah miliknya seluas hampir 0.4 hektar turut termasuk dalam tapak pembinaan pencawang berkenaan. Katanya, jika hasrat pembinaan pencawang itu mahu diteruskan, perbincangan lanjut termasuk bayaran pampasan yang perlu diterima petani terlibat perlu dibuat. "Janganlah mengambil sesuatu yang bukan hak mereka, kami petani yang terpaksa menanggung kerugian itu. "Perkara ini bukan perkara baru, sebelum ini saya sudah membuat rayuan dan tuntutan kepada Pejabat Daerah dan Tanah, namun setakat ini belum ada sebarang maklum balas," katanya. Sinar Harian |
Posted: 28 May 2012 12:03 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA KANGSAR - Padah berhutang dengan ah long, seorang ibu kepada lima anak kini hidup dalam ketakutan dan penuh kesengsaraan. Lebih malang, wanita dikenali sebagai Liza berusia 34 tahun itu dipinggirkan ahli keluaraga apabila dikatakan tidak serik membuat pinjaman wang buat kali kedua dengan ah long selepas hutang pertama yang mencecah hampir RM12,000 berjaya dilangsaikan oleh keluarganya. Ketika ditemui, Liza berkata, dia bukan sengaja mahu membuat pinjaman dengan ah long, namun dia memerlukan wang dengan kadar segera untuk membayar hutang yang dibuatnya melalui sebuah institusi kewangan lain. Menurutnya, bebanan yang ditanggung itu tidak diketahui suaminya, kerana dia bimbang akan ditinggalkan. "Sebelum ini, dia (suami) pernah mengugut akan meninggalkan saya dan anakanak sekiranya saya terjebak semula dengan ah long. "Memang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa minjaman wang ini kerana masalah kesempitan wang dan perlu membayar hutang. "Ketika mengambil keputusan meminjam semula dengan ah long, saya sedang berpantang, perniagaan kecil- kecilan yang saya usahakan tutup sementara waktu menyebabkan saya tidak mempunyai wang untuk membayar hutang pinjaman berkenaan,"katanya kepada Sinar Harian dalam satu pertemuan, di sini. Liza berkata, tanggungan hutang ah long yang berlarutan sejak setahun lalu meningkat hampir RM4,000. Dek kerana takut dengan ancaman ah long, Liza kini sanggup mengetepikan keperluan lain termasuk yuran sekolah bagi memastikan hutang berkenaan dibayar sedikit demi sedikit. "Saya cuba membuat pinjaman tambahan dengan agensi kewangan, tetapi permohonan ditolak, saya harap ada pihak yang boleh membantu saya mencari dana tambahan agar hutang yang dibuat ini dapat diselesaikan dan saya dapat hidup dengan selamat," katanya dengan nada kesal. Sinar Harian |
Posted: 28 May 2012 12:01 AM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - JEMPOL- Setelah hampir dua tahun berhijrah ke negara orang, anak bongsu daripada empat beradik ini nekad membuka perniagaan sendiri berasaskan makanan Palestin bersama suaminya. Nurazizarin Kuswair Abd Aziz, 31, bersama suami, Raed Awad, 52, membuat keputusan itu setelah lima bulan gagal mendapat pekerjaan di sini. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Nurazizarin pada awalnya tidak begitu yakin untuk membuka restoran yang menyediakan masakan dari Palestin dan Timur Tengah di Bandar Seri Jempol (BSJ). Bagaimanapun, menurut anak kepada bekas anggota polis ini, dia tidak sesekali putus asa malah yakin rezeki berada di mana-mana asalkan berusaha. "Mujur suami yang berasal dari Palestin ini mahir dalam bidang masakan, walaupun selama hampir 28 tahun dia berhijrah ke Amerika Syarikat dan bekerja sebagai Imam. "Alhamdulillah, ibu dan bapa kami banyak membantu dan memberi sokongan sejak kami mula berniaga di sini pada hujung tahun lalu. "Namun, setakat ini, kami hanya menyediakan perkhidmatan katering untuk 500 orang sahaja. "Setakat ini, kami hanya menyediakan perkhidmatan katering untuk 500 orang sahaja atas sebab-sebab tertentu," katanya yang turut berhasrat mengembangkan lagi perniagaannya kelak. Menceritakan pengalaman di sebalik penghijrahan mereka di sini, Nurazizarin berkata, dia dan suami berhasrat membesarkan anak mereka, Ibraheem, 11 bulan di kampung kelahirannya (BSJ) memandangkan cabaran besar di luar negara. "Terlalu besar cabaran bagi kami untuk membesarkan anak di sana (Amerika Syarikat), jadi suami bersetuju untuk menetap di Malaysia dan meninggalkan kariernya sebagai Imam," katanya. Namun katanya, suaminya, Raed yang berkelulusan dalam bidang Sarjana Pendidikan dari Universiti Madinah tidak terus mengalah untuk mendapat pekerjaan di negara ini. Menurut Raed, restoran yang diusahakan bersama isterinya itu diberi nama Shawerma Station yang menyediakan lebih 50 jenis makanan dan minuman termasuk air Laban (Ice blanded yogurt) serta lapan jenis nasi dari negara berkenaan. Sinar Harian |
Cemas diacu pisau pemotong daging Posted: 27 May 2012 11:59 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR GAJAH - Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Kelemak, dekat sini terkejut didatangi seorang lelaki yang menyamunnya menggunakan sebilah pisau pemotong daging. (Lakonan semula situasi Muhammad Iqbal disamun lelaki bertopi bersenjatakan pisau pemotong daging.) Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Muhammad Iqbal Amdan, 20, didatangi seorang lelaki bertopi dan berkaca mata hitam masuk ke kedai serbaneka itu dan berlegar-legar sebelum keluar dari kedai berkenaan. Menurutnya, beberapa minit kemudian lelaki itu masuk semula ke kedai dan membeli kad tambah nilai prabayar bernilai RM5 namun bertindak melengahkan urusan pembayaran. "Secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau pemotong daging dari sisi seluarnya dan mengacu ke arah saya sambil mengugut saya memberikan wang. "Dalam keadaan panik saya memberikan kesemua wang bernilai RM153 sebelum diarahkan duduk di lantai kedai," katanya. Muhammad Iqbal berkata, lelaki itu kemudiannya tergesagesa keluar menaiki kereta Proton Saga Aeroback berwarna biru gelap yang diparkir di hadapan kedai dan menuju ke arah Lebuhraya Alor Gajah- Melaka Tengah Jasin. "Dalam ketakutan saya sempat bangun dan mencatat nombor pendaftaran kereta yang dinaiki lelaki berkenaan. "Saya terus memaklumkan kepada pengurus sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah (IPD) sejurus selepas kejadian," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, suspek berjaya dikesan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah 15 minit selepas laporan dibuat di Simpang Ampat, di sini, kira-kira jam 3.40 petang. Menurutnya, ketika serbuan dibuat, suspek berusia 24 tahun itu berada di rumahnya bersama bapanya menonton televisyen sebelum suspek sendiri membuka pintu dan terkejut sebaik melihat kedatangan polis berhubung kejadian samun berparang itu. "Hasil pemeriksaan mendapati, wang bernilai RM50 masih berada dalam dompet suspek, sebilah pisau pemotong daging bersebelahan dashboard kereta dipercayai digunakan untuk menyamun mangsa dan topi yang dipakai ketika menyamun di kedai serbaneka terbabit. "Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Alor Gajah untuk siasatan dan ditahan reman selama lima hari sehingga Rabu ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan," katanya. Sinar Harian |
Posted: 27 May 2012 11:58 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR GAJAH - Enam sekeluarga nyaris maut selepas kereta Toyota Unser yang dinaiki dirempuh sebuah Perodua Alza dari arah belakang dan terbalik di Kilometer 202 Lebuhraya Plus menghala ke selatan, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Toyota Unser dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bersama lima lagi saudaranya dalam perjalanan ke Melaka dirempuh Perodua Alza yang memasuki laluan tengah. Salah seorang penumpang Toyota Unser berusia 29 tahun berkata, sebaik melalui jalan itu, kereta yang dinaiki secara tiba-tiba dirempuh dari arah belakang hingga terseret dan berpusing sebelum terbalik. Menurutnya, rempuhan yang berlaku menyebabkan kereta terbalik. "Kami terpaksa keluar melalui tingkap kereta yang dipecahkan selepas pintu kereta gagal berfungsi dan dibawa ke tepi lebuh raya oleh orang awam sebelum ambulans tiba. "Mujur kami hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan," katanya. Sementara itu, pemandu Perodua Alza, Ho Meng Wee, 26, berkata, dia yang memandu di laluan paling kanan hendak menukar laluan kedua selepas menyedari terdapat sebuah kenderaan lain di belakangnya yang dipandu laju. "Bimbang melihat kenderaan di belakang saya dipandu laju, saya mengubah laluan ke tengah namun tidak menyedari kehadiran kereta yang dinaiki enam sekeluarga itu. "Dalam keadaan luar kawalan, saya terpaksa merempuh belakang Toyota Unser berkenaan sebelum kereta saya terbabas ke bahu jalan dan terbalik," katanya. Meng Wee dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ayer Keroh, Melaka untuk bertemu isterinya walau bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius. "Saya dibantu oleh orang awam yang mengeluarkan saya dari pintu belakang selepas pintu sebelah pemandu gagal dibuka," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian membabitkan dua kenderaan namun mangsa masih belum membuat sebarang laporan. Sinar Harian |
Posted: 27 May 2012 11:57 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - KLANG - Terkejut! Demikian perasaan warga emas, A S Chithiralega, 59, apabila mendapati namanya tiada dalam senarai daftar undi walaupun pernah mengundi pada Pilihan Raya Umum yang lalu. Lebih mengejutkan apabila diisytihar sudah meninggal dunia apabila menyemak namanya dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) "Sebelum ini saya pernah mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU- 11) pada 2004 lalu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sri Muda. "Bagaimanapun pada 2008 ketika saya melakukan semakan untuk pengundian pada PRU12, saya terkejut apabila dimaklumkan pihak berkenaan bahawa nama saya gagal dikesan," katanya. Bimbang memikirkan perkara itu, Chithiralega meminta suaminya penyemak butiran diri menerusi SPR pada Mac 2012. "Namun kami turut kecewa apabila dimaklumkan nama saya hilang dari senarai pengundian. Khuatir dengan perkara itu, saya menghubungi SPR dan terkejut apabila dimaklumkan nama saya telah dikeluarkan daripada senarai pengundian berikutan telah diisytiharkan meninggal dunia. "Tanpa berputus asa, saya dan suami ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor untuk pemeriksaan lanjut bagaimanapun kami terkejut kerana jawapan yang diterima juga sama iaitu rekod saya tiada kerana sudah meninggal dunia," dakwanya kepada Sinar Harian. Dalam pada itu, beliau mengakui pernah kehilangan kad pengenalan di Telok Intan pada tahun 1987 lalu. "Ekoran kehilangan kad pengenalan itu, saya sudah membuat laporan polis. Apa yang saya kesalkan hingga kini nama saya diisytiharkan sudah meninggal dunia dan tidak boleh mengundi. "Oleh itu, saya minta SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperbetulkan segera kekeliruan dan masalah yang saya ini," katanya yang membuat laporan Polis berkenaan kemelut itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan Selasa lalu. Chithiralega dan suaminya Rajamanikam adalah salah pasangan daripada 1,000 lebih yang hadir di majlis pertemuan pemegang Mykad merah bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad anjuran Kerajaan Negeri Selangor bertempat di Dewan Datuk Hamzah, MPK, di sini semalam. Anwar berkata, apa yang berlaku menunjukkan jabatan terlibat gagal menyelesaikan masalah berkenaan sedangkan isu ini bukan remeh. "Hari ini (semalam) 1,000 lebih yang hadir mempunyai pelbagai masalah berkaitan MyKad dan jumlah itu tidak termasuk lain-lain di luar sana. "Walau bagaimanapun jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menang pada PRU13 nanti, kita akan pastikan isu ini diselesaikan dalam tempoh 100 hari," katanya. Katanya, jika ikut undangundang sesiapa sahaja yang menetap di negara ini mengikut tempoh tertentu layak diberikan Mykad. Sinar Harian |
Tun M beri isyarat undi Pakatan kalau mahu aman? Posted: 27 May 2012 11:54 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mei: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat kalau mahu negara aman undilah Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau mendakwa akan berlaku keganasan jika PR kalah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan. Ditemui selepas majlis ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata dakwaan Dr Mahathir bahawa akan berlaku keganasan jika PR kalah dalam pilihan raya umum akan datang boleh mendorong sesetengah pihak membuat kesimpulan untuk mengundi PR kerana mahu memastikan keamanan berkekalan. "Dr Mahathir fikir dia boleh untung dengan kenyataan itu, tetapi saya nampak dia akan lebih banyak rugi dari untung," katanya. Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri itu kerana semakin pandai membuat rakyat tertawa. "Dalam keadaan Dr Mahathir dilaporkan yakin benar bahawa kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berada dalam keadaan yang lemah, saya setuju dengan pandangan salah seorang penyokong PR yang menyatakan bahawa bekas presiden Umno itu sebenarnya semakin paranoid dan merasakan PR boleh buat apa sahaja, buat Avatar, buat 911, apa sahaja," kata beliau sinis. Sebelum itu, dalam ceramahnya, Mahfuz berkata beliau yakin negeri-negeri PR tidak ada masalah untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan asalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan apa yang dituntut oleh rakyat. "Asalkan SPR bersetuju dengan tuntutan rakyat supaya daftar pengundi dibersihkan dan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat semua amalan tidak bersih dan tidak adil dalam perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR, saya yakin negeri-negeri di bawah kerajaan PR bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mahfuz bagaimana tetap tidak yakin kerajaan Umno dan SPR di bawah kekuasaannya bersedia untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih. "Apabila Timbalan Pengerusi SPR (Datuk Wan Ahmad Wan Omar) kata 92 peratus rakyat dalam kajian Merdeka Centre yang hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya sebenarnya tidak tahu apa yang mereka katakan dan kemudiannya mendakwa pula kajian itu tidak mencerminkan pemikiran rakyat Malaysia atas alasan terlalu kecil dan rawak, ia terang-terangan membuktikan keengganan SPR untuk memperbaiki apa yang dituntut oleh rakyat," katanya. Mahfuz kesal apabila SPR berdalih dengan pelbagai alasan dan dakwaan sedangkan sebelum ini berkali-kali Umno sendiri mengiktiraf dan meraikan kajian Merdeka Centre termasuk mengenai tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri. Harakah Daily |
PAS kutuk pembunuhan rakyat Syria Posted: 27 May 2012 11:52 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria oleh rejim Bashar Al Assad kelmarin. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata pembunuhan itu merupakan episod hitam dalam sejarah umat manusia, apabila nyawa rakyat dipertaruhkan semata-mata untuk mempertahankan kuasa. "Ia merupakan satu hari kesedihan buat kami di Malaysia dan di seluruh dunia. "Oleh itu kerajaan Bashar Al Asaad mesti bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai tersebut dan mereka tidak boleh lepaskan tangan dengan menuding kepada pihak lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurut beliau, konflik berdarah yang berlaku di Syria tidak akan selesai, selagi mana pihak yang bertanggungjawab terus menerus menggunakan persenjataan untuk bertindak. Mereka perlu menghentikan segera penindasan, kezaliman dan kekerasan dan mengembalikan hak kepada rakyat untuk menentukan pemerintah mereka secara adil, kata presiden PAS itu. "Kita juga mendesak supaya satu siasatan bebas dipelbagai peringkat diadakan, bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan untuk dihakimi segera. "Kita tidak mahu nyawa rakyat melayang lebih banyak lagi dan jika terus berlaku, ia suatu yang mendukacitakan," tegasnya. Kelmarin seramai 92 orang termasuk 32 kanak-kanak terbunuh dalam serangan ke atas bandar Houla, dipercayai dilakukan tentera rejim Bashar. AFP melaporkan insiden letupan dan tembakan kedengaran di Houla, 200 kilometer dari utara Damsyik sejurus pasukan pemerhati tiba di bandar itu. Pembunuhan beramai-ramai itu merupakan satu daripada kejadian terburuk berlaku di Syria selepas 15 bulan kebangkitan rakyat negara tersebut menentang kerajaan. Harakah Daily |
Mustapa risau apabila Kelantan buat lebuhraya Posted: 27 May 2012 11:51 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad yang berkata Kelantan buat lebuhraya sendiri sebagai gimik politik seumpama orang yang sedang risau. "Tok Pa risau takut Kelantan berjaya buat, sedangkan kerajaan pusat yang kaya nak halang walaupun dah rancang sejak RMK ke 5 "Dia nak risau, risaulah tetapi kita berdoa pada Allah. Moga berjaya buat, berkat sokongan semua," kata beliau. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mustapha selepas majlis perasmian pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di Felcra Berangan Meka Nab dekat sini pagi ini. Lebuhraya sejauh 64 km akan dibuat oleh kerajaan negeri berasaskan sumbangan kerajaan negeri, anak-anak syarikat dan orang ramai. Semalam Mustapha mendakwa Kelantan membuat lebuhraya ini sebagai gimik pilihanraya semata-mata. Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya hari ini untuk menjayakan projek ini. Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini. Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama. "Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya. Menurutnya, sepanjang 22 tahun mentadbir Kelantan, beliau sudah dituduh dengan pelbagai fitnah "termasuk buat jalan pun akan hadapi masalah yang sama." Exco kerajaan negeri yang menerajui projek lebuhraya ini, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan telah dipinggirkan dalam pembangunan negara sejak sekian lama. Antara projek yang menjadi mangsa adalah projek lebuhraya dan lapangan terbang. "Anak Kelantan di luar bagaikan didera apabila kepulangan kereka ketika cuti sekolah dan hariraya terpaksa melalui jalan yang sukar kerana kesesakan," kata Husam. Harakah Daily |
Wan Ahmad angkuh tolak kajian Merdeka Center Posted: 27 May 2012 11:49 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menolak hasil kajian Merdeka Center sebagai angkuh. Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa hampir separuh pengundi tidak percaya pada pemilihan proses pilihanraya di Malaysia. "Seharusnya Timbalan Pengerusi SPR tersebut berterima kasih di atas kajian tersebut yang mana ianya suatu 'check and balance' kepada SPR," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad (gambar). Katanya, SPR kini menghadapi situasi yang mana kepercayaan rakyat kepada institusi tersebut semakin terhakis. Menurutnya, beberapa insiden seperti isu kad pengenalan sementara, daftar pemilih ragu, pengundi hantu telah meletakkan SPR bukan lagi suatu badan yang boleh dipercayai dan ketelusan SPR dalam menguruskan pilihanraya semakin diragui. Beliau berkata, SPR juga dilihat ingin menegakkan benang yang basah dalam mempertahankan segala tindakannya yang dilihat berat sebelah. "Kajian Merdeka Center ini sepatutnya dijadikan muhasabah buat SPR kerana inilah suara respons rakyat Malaysia terhadap badan pengurusan pilihanraya ini dan bukannya menolak mentah-mentah," katanya kepada Harakahdaily. DPPWP juga, ujar beliau berasa kesal dengan tindakan Wan Ahmad yang memandang lekeh terhadap sampel kajian tersebut, ianya seolah-seolah menghina rakyat Malaysia dan sekaligus memandang rendah suatu kajian ilmiah. "Apakah beliau benar-benar tidak ingin melaksanakan proses pilihanraya dengan bersih dan adil? "Apakah SPR ingin terus memekakkan telinga dan melaksanakan pilihanraya mengikut acuan kerajaan Umno BN?" soal Kamaruzaman. Katanya, persoalan-persoalan itulah yang terus bermain di fikiran rakyat Malaysia sekiranya SPR terus bersikap demikian. Harakah Daily |
Selangor perlukan 60 guru tetap Posted: 27 May 2012 11:47 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - SABAK BERNAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri meluluskan permohonan kenaikan pangkat guru JAIS Gred DG41 ke Gred DG44 dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 ke Gred DGA32. Kata Abdul Khalid, dalam tempoh terdekat ini, kerajaan negeri akan mengiklankan kekosongan 60 jawatan tetap guru bagi gred jawatan DG41, DGA29, DG48, DG44 dan DG41. Pada masa yang sama juga bagi mengisi perjawatan gred DGA34, DGA32 dan DGA29, katanya. Tambahnya lagi, sistem pendidikan Islam kelolaan JAIS yang bermula sejak tahun 1945 dan apabila mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008, banyak perubahan dibuat terhadap sistem pendidikan Islam. Antaranya, penstrukturan semula dasar dan hala tuju pendidikan Islam dengan menjadikan Al-Quran sebagai kukikulum teras pendidikan Islam, penambahan bilangan sekolah agama dan perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua murid. Pada masa ini, JAIS mengurus sebanyak 12 buah Pra Sekolah, 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi, 2012 buah Sekolah Rendah Agama, 286 buah KAFA Integrasi, 23 buah Sekolah Agama Menengah dan dua buah Sekolah Agama Menengah Tahfiz Sains dan Teknologi. "Justeru, untuk menampung kekurangan guru pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menambah 5,161 jawatan guru agama di negeri ini," kata Abdul Khalid. Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali pula berkata, kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan penambahan jawatan ini bagi menampung kekurangan guru masa kini. "Setakat ini seramai 9,128 orang guru mengurus dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seramai 238,572 pelajar," katanya. Jumlah pertambahan pelajar setiap tahun menyebabkan guru yang dipertanggungjawabkan tidak mencukupi, katanya. Jumlah guru itu juga merangkumi pelbagai jawatan sama ada tetap, kontrak dan sambilan, katanya ketika ditemubual media dalam Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Pendidikan Islam JAIS, Bagan Terap, Sabak Bernam, di sini. Hadir sama, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin. Harakah Daily |
3 Abdul: Najib, FGVB dan Peneroka Posted: 27 May 2012 11:41 PM PDT 7 Rejab 1433H. [MOD] - Banyak yang P Ramlee gambarkan dalam filemnya kini menjadi kenyataan dalam dalam alaf ini. Inilah kehebatan Seniman P. Ramlee. Pengajaran dalam filem-filemnya merentasi zaman. Demikianlah juga Tiga Abdul, filem yang diterbitkan pada tahun 1964, arahan P. Ramle sarat dengan pengajaran yang segar sepanjang zaman. Kisah Tuan Sadiq Segaraga lakonan Ahmad Nisfu yang licin kepalanya, dibantu oleh tuan 'penasihat 20 persen' Saleh kamil, cuba menipu Haji Mahadi dan S. Kadarisman melalui watak Abd Wahab dan Abd Wahib dalam perjajian yang berat sebelah. Konflik bermula apabila Tuan Sadiq Segaraga mengadu masalah kewangan pada penasihatnya Kasim Patalon. Dari situlah Tuan penasihat memberikan cadangan untuk menipu 3 Abdul dan berjanji akan menyediakan perjanjian yg akan menguntungkan Tuan Sadiq Sigaraga. Di atas penipuan ini Tuan Sadiq bersetuju untuk menganugerahkan 20 persen pada tuan penasihat. "Jika anakanda marah anakanda akan dijual seluruhnya." Demikianlah bunyi dialog sebelum tanda tanga diturunkan. Tapi sebaliknya kalau bapa mertua mereka marah, tiada apa apa kerugian yang ditanggung oleh Tuan Sadiq. Dokumen tipu itu hanya menguntungkan satu pihak. Atas keyakinan tak mungkin bapa mertua akan menipu menantu, dokumen perjajian yg berat sebelah ini ditanda tangani dengan yakin, kalaupun ada penipuan, mereka merasakan mereka cukup cerdik dan tak mungkin akan ditipu. Namun akhirnya dua beradik ini dijual dan seluruh harta dirampas. Kisah 3 Abdul hari ini muncul dalam versi moden. Watak watak itu kini dilakonkan pula oleh Najib bagaikan Tuan Sadiq yang tamak. Isa Samad bagaikan "penasihat 20 persen" dan mangsa mereka adalah peneroka. Peneroka diberikan satu dokumen bank yang harus ditanda tangani dan berisiko mengakibatkan kerugian seumur hidup. Majoriti peneroka yang menandatangani dokumen itu tidak mengetahui isi kandungan, syarat dan termanya. Mereka hanya diminta pergi pejabat Felda untuk tanda tangan borang durian runtuh. Rupanya mereka menanda tangani dokumen yang sama seperti Abd Wahab dan Abd Wahib. Dalam surat tanggung rugi tertera klausa: "Saya pada bila bila masa bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia menanggung kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan, guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, caj, penalty, fee, denda, kos yuran undang undang dan apa jua perbelanjaanyang dibuat, diambil dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung, didakwa, atau kena bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya ……(seterusnya)" Bermakna FGVHB yang menjadi pemain utama dalam saham Felda ini, tak akan menerima risiko jika berlaku sesuatu yang tak diigini. FGVHB berlepas tangan, hanya peneroka yang akan menanggung semua risikonya. Majoriti peneroka penuh yakin, tak mungkin kerajaan BN akan menipu rakyat sebagaimana yakinnya Abd Wahab dan Abd Wahib, tak mungkin ditipu oleh mertuanya sendiri. Dalam usia menjangkau 60 tahun, terasa sangat menghairankan bila bank 'masih sudi' untuk memberi pinjaman. Sedangkan 15 tahun lalu, ketika usia mereka 40an ada peneroka yang naik turun tangga bank untuk mohon pinjaman biaya tanam semula setelah tamat perjanjian bersama Felda. Mereka enggan untuk menyerahkan ladang mereka kepada Felda kerana yakin jika diusahakan sendiri lebih baik dari Felda. Mereka hanya perlukan sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja, tetapi tidak ada mana-mana bank sudi memberi pinjaman. Peneroka terpaksa meminjam dari sanak saudara dan isteri peneroka berkorban mencagarkan barang kemas di pajak gadai untuk mendapatjan wang. Tapi kini tujuh bank berlumba lumba menawarkan pinjaman. Tambahan menghairankan peneroka tak tahu berapa amaun pinjaman yang akan diluluskan oleh bank kepada mereka, berapa jumlah saham yang akan dibiayai. Tidak ada penerangan dari pihak bertauliah atas risiko yang akan peneroka tanggung. Cuma yang jelasnya dalam perjanjian dengan Maybank sebagai contoh, perkara iv seksyen 4.02 tercatat klausa:- Apabila dikehendaki oleh bank, peneroka (pelanggan) hendaklah menggadai atau menyimpan dengan bank dokumen hak milik bagi mana-mana atau semua harta tidak alih milik mereka… (seterusnya). Persoalannya adakah harta tidak alih milik itu bermaksud geran tanah ladang dan tapak rumah? Lebih malang lagi anak-anak peneroka tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan tanda tangan dokumen ini, namun dalam seksyen 6.21 menyebut, dokumen ini mengikat hak milik, wakil diri, waris … (seterusnya). Inilah perjanjian 3 Abdul alaf moden. Peneroka yang enggan menandatangani dokumen pinjaman saham ini 'diharam jadahkan' oleh perdana menteri baru baru ini. Jangan biarkan penipuan Ahmad Nisfu versi 1 Malaysia dan Saleh Kamil penasihat 20 persen berulang diabad ini. Peneroka perlu menjadi Abd Wahub lakonan P Ramlee bagi menggagalkan penipuan ini. Walaupun pada awalnya Abd. Wahub dianggap bodoh oleh dua abangnya. Harapan harus disandarkan pada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Felda dan Selamatkan Malaysia. ---------------------------------- Penulis Adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang. Harakah Daily |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan