Isnin, 9 April 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Najib Menteri Wanita: Sindiran Buat Wanita UMNO

Posted: 09 Apr 2012 03:00 AM PDT

Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin
Najib Menteri Wanita: Sindiran Buat Wanita UMNO

Pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah tamat tempoh senatornya semalam, merupakan satu langkah kebelakang dalam memperkasakan usaha penglibatan 30% wanita diperingkat pembuat keputusan, malah merupakan satu sindiran kepada seluruh wanita di Malaysia terutamanya Wanita UMNO.

Lebih sejuta ahli Wanita UMNO termasuk Puteri UMNO, tiada seorang pun wanita yang difikirkan layak oleh Perdana Menteri untuk memangku portfolio Kementerian Wanita itu sendiri. Harapan baru untuk Wanita UMNO melakukan perubahan dalaman di peringkat parti gagal apabila Najib terus merestui Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dikala beliau meninggalkan portfolio Kerajaan. Tambah malang lagi apabila Najib tidak berani dan tiada political will untuk meletakkan seorang tokoh wanita yang layak untuk memegang jawatan Menteri Wanita. Ini menunjukkan Wanita UMNO ketandusan kepimpinan wanita.

Tindakan Najib ini juga memperlihatkan kepimpinan beliau yang lemah dan tiada hala tuju yang jelas. Apakah Wanita UMNO sanggup dipimpin oleh seorang pemimpin yang lemah, dan tidak memperjuangkan kepentingan wanita walaupun diperingkat parti, apatah lagi di peringkat Kerajaan?
Saya menyeru agar wanita secara keseluruhannya terutamanya Wanita UMNO agar melakukan perubahan kepimpinan demi masa depan yang lebih baik buat wanita di Malaysia. Perjuangkan kepentingan dan masa depan wanita, jangan biarkan nasib dan kepentingan wanita diketepikan dan dianaktirikan.

YB ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang
9 April 2012

Bonus Selangorku Diperuntuk RM7.5juta

Posted: 08 Apr 2012 03:30 AM PDT

KLANG 08 APRIL : Bagi meneruskan usaha memberi bantuan menerusi pelbagai program kebajikan kepada rakyat negeri Selangor dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kerajaan negeri hari ini sekali lagi melancarkan program baru iaitu Jom Shopping 'Bonus Selangorku'.

Inisiatif tambahan itu diberikan kepada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) berupa baucer membeli-belah bernilai RM100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak TAWAS.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan daripada Geran Selangorku untuk program terbabit.

Katanya, bagi fasa pertama, sejumlah RM1.6 juta diberikan kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 yang diberikan mengikut bulan kelahiran.

" Insyaallah bantuan ini akan diteruskan untuk bayi-bayi yang lahir pada tahun-tahun seterusnya," katanya selepas Majlis Pelancaran program terbabit di Econsave Kampung Jawa, Klang.

Hadir sama, MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Pendidikan, pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Pentadbir Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Datuk Talib dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Tambah Khalid, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membuka semula pendaftaran bagi bayi yang lahir pada tahun 2008 supaya boleh mendaftar seterusnya mendapat manfaat itu.

"Oleh kerana publisiti yang meluas mengenai program TAWAS, ramai yang terlupa untuk mendaftar anak-anak, jadi kita memberi tempoh enam bulan hingga satu tahun sahaja bermula sekarang.

"Kita juga akan pergi ke hospital dan klinik bagi membantu anak-anak yang lahir supaya tidak ketinggalan dalam program ini," katanya.

Setakat ini, jumlah yang mendaftar sebagai ahli TAWAS lebih 65 peratus berbanding 30 peratus semasa TAWAS diperkenalkan.

"Saya berasa berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan wang simpanan negeri Selangor yang besar untuk digunakan oleh rakyat," katanya.

Sehingga Mac 2012, sebanyak RM3.47 juta dikreditkan ke dalam akaun ahli TAWAS dan sehingga April 2012, pendaftaran yang dicatatkan sebanyak 76,528 ahli.

Sumber: Selangorku

‘Jom Shopping Bonus SelangorKu’ Kepada TAWAS Di Perkenal

Posted: 08 Apr 2012 02:00 AM PDT

KLANG, 8 APRIL : Banyak program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, dasar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mengutamakan kebajikan rakyat itu diberi tanpa mengira usia mahupun bangsa.

Program yang baru diperkenalkan iaitu Jom Shopping 'Bonus Selangorku' umpamanya, membawa kegembiraan kepada ahli-ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di negeri ini.

Inisiatif tambahan itu diberikan kepada ahli TAWAS berupa baucer membeli-belah bernilai RM100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak TAWAS.

Ditemui SelangorKini pada Majlis Pelancaran program itu bagi kumpulan pertama di Econsave Kg Jawa, baru-baru ini, tiada kata-kata lain yang diucapkan penduduk, melainkan terima kasih kepada kerajaan PR dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.

Seorang penerima, R.Sakulthala, 42, mengakui amat terharu dengan keprihatinan kerajaan kerana bantuan RM100 kepada anaknya itu dianggap amat besar.

Katanya, beliau berpuas hati seratus peratus dengan bantuan itu yang sedikit sebanyak membantu membeli barangan keperluan anaknya bagi meringankan beban suaminya.

"Saya amat bersyukur kerana kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat di negeri ini tanpa mengira keturunan mereka.

"Wang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli makanan dan baju baru sebagai hadiah kepada anak saya yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya minggu depan," katanya.

Penerima lain, Mohd Saifuddin Azlan, 35, program baru itu merupakan program yang baik kepada penduduk negeri Selangor.

Katanya, walaupun jumlah itu tidak seberapa banyak tetapi sedikit sebanyak membantu keluarga membeli keperluan anak masing-masing.

"Sebagai rakyat negeri ini, saya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas inisiatif ini dan saya gembira dengan 'hadiah' untuk anak saya daripada Menteri Besar ini.

"Saya juga berharap kerajaan negeri dapat memerintah negeri ini dengan baik dan banyak lagi manfaat dapat diberikan kepada rakyat," katanya.

Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan daripada Geran Selangorku untuk program terbabit.

Bagi fasa pertama, sejumlah RM1.6 juta diberikan kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 yang diberikan mengikut bulan kelahiran.

Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membuka semula pendaftaran bagi bayi yang lahir pada tahun 2008 supaya boleh mendaftar seterusnya mendapat manfaat itu dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun bermula kini.

Sehingga Mac 2012, sebanyak RM3.47 juta dikreditkan ke dalam akaun ahli TAWAS dan sehingga April 2012, pendaftaran yang dicatatkan sebanyak 76,528 ahli.

Majlis Penyampaian Pelajar Cemerlang SPM 2011 DUN Seri Andalas

Posted: 07 Apr 2012 03:00 AM PDT

Kampung Jawa, Klang, 7 April 2012 - Seramai 166 pelajar dari DUN Seri Andalas yang mendapat keputusan cemerlang 7A dan keatas diraikan pada hari ini di Dewan Serbaguna Kampung Jawa, Batu Satu, Klang.

Pelajar-pelajar telah diberikan wang tunai RM100 dan sijil setiap seorang dan telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas.

Hadir pada majlis tersebut adalah YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Encik PS Rajoo, Ahli Majlis MPK, Encik Manaf, Ahli Majlis MBSA, Ketua-ketua kampung iaitu Haji Ismail, Encik Sadek dan Haji Miswan. turut hadir adalah ketua-ketua komuniti setempat.

Sekolah-sekolah dalam kawasan DUN Seri Andalas yang pelajarnya mendapat 7A keatas dan diraikan dalam majlis ini adalah seperti berikut:

SMK Agama Hishamuddin - 63
SMK Raja Mahadi - 37
SMK Shahbandaraya - 36
SMK Sri Andalas - 21
SMK Kampung Jawa - 3      

Pelajar-pelajar yang tidak bersekolah di dalam kawasan DUN Seri Andalas tetapi tinggal dalam kawasan ini yang mendapat keputusan cemerlang 7A dan keatas adalah 6 orang.

Para ibubapa yang hadir telah mengambil peluang untuk berbual-bual dengan YB Dr Xavier pada jamuan teh di penghujung majlis tersebut.

Pelaburan Selangor Meningkat Dari RM8b Kepada RM35b

Posted: 06 Apr 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 6 APR : Anak syarikat milik Menteri Besar Incorporated (MBI), Selangor State Investment Centre (SSIC) berjaya meningkatkan ekonomi dengan hasil pelaburan meningkat daripada 8 billion kepada 35 billion pada tahun 2011.

Nilai tersebut telah menjadikan Selangor sebagai negeri penyumbang pelaburan terbesar di Malaysia.

Sehubungan itu, SSIC ditugaskan untuk menarik pelabur untuk melabur di pelbagai sektor di Selangor seperti
sektor elektrik dan elektronik, getah, kayu, pengangkutan dan lain-lain sektor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kebanyakan pelaburan di Selangor adalah untuk pelaburan eksport di serata dunia.

Abdul Khalid turut memberitahu, 80% daripada keluaran eksport negeri Selangor digunakan oleh serata dunia.

Malah, menurut beliau, pelaburan di Selangor telah sampai ke peringkat matang kerana pelaburan yang bertambah setiap tahun.

"Kerajaan Negeri pada tahun 2008 mempunyai simpanan tunai sebanyak 400 juta dan pada tahun 2011 direkodkan simpanan tunai kerajaan meningkat menjadi RM1.9 billion." jelas Abdul Khalid.

Ini adalah hasil daripada sistem pelaburan yang dikendalikan oleh SSIC dan telah mendatangkan kejayaan buat rakyat dan Kerajaan Negeri," ujar Abdul Khalid ketika memberi ucapan pembukaan sempena majlis minum petang bagi meraikan lawatan rasmi mantan Menteri Koperasi Indonesia di Hotel Concorde Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Abdul Khalid hadir bersama barisan Exco-Exco Selangor yang menggotai SSIC bagi meraikan lawatan rasmi mantan Menteri Koperasi Indonesia, Bapak Adi Sasono dan rombongan di majlis minum petang di Hotel Concorde Shah Alam.


Sumber: Selangorku.com

Tiada ulasan:

Nuffnang