Anwar Ibrahim |
- Let’s meet ‘father to father’, Altantuya’s Dad Tells PM
- Program Runding Cara: “PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi”.
- Anwar Terima Memorandum Aktivis Anti-ISA Di Parlimen
- Jangan Biar BN Terus Tipu Sistem Pilihanraya
- Islamkan Melayu, Bukan Melayukan Islam
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak
Let’s meet ‘father to father’, Altantuya’s Dad Tells PM Posted: 09 Apr 2012 01:01 AM PDT KUALA LUMPUR, April 9 — The father of murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu expressed interest today in meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak "father to father" to seek justice and closure for the brutal murder of his daughter in 2006. Dr Setev Shaariibuu, who is in Malaysia for three days, said he had requested for a meeting with Najib before but the latter had allegedly avoided it. "The last time I wanted to meet him but he ran away. "The people of Malaysia support me and I want to go further to ensure this case is sped up," he said. Today, the bereaved father said he would not mind an opportunity to meet with Najib (picture), but not in the latter's capacity as prime minister. "As a father, he can understand my grief of losing a child better," he told reporters in Parliament today, speaking in Mongolian, which was translated by his late daughter's childhood friend Tsoggerel Och. "I want to say to him — I am not meeting you as the PM. I am meeting you as a father, as a man. Father to father, you can understand what I feel," he said. Setev repeatedly denied rumours that he had been paid off by the Malaysian government in exchange for his silence, saying that his family was now in dire financial straits following his daughter's death. He claimed that the Mongolian government had written many diplomatic notes to Malaysia, requesting for investigations to be reopened to determine the true mastermind behind Altantuya's murder. "I am very surprised that the Malaysian government, in this past six years, has not responded to the notes. "It cannot be that they have not received it," Setev said. Altantuya's one-time lover Abdul Razak Baginda, who was said to be a close associate of Najib, was acquitted of a charge of abetting two Special Action Squad members — Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar — to commit the murder in 2006. The murder was committed between 10pm on October 19, 2006, and 1am the following day at a clearing in Shah Alam's Mukim Bukit Raja. While Abdul Razak was acquitted, his co-accused Azilah and Sirul were found guilty and sentenced to death. |
Program Runding Cara: “PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi”. Posted: 09 Apr 2012 12:55 AM PDT Dengan segala hormatnya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh: 10 April 2012 (Selasa) Sdr Rafizi Ramli akan membentangkan kajian awal mengenai kedudukan Satu sidang media akan diadakan sebelum rundingcara bermula. |
Anwar Terima Memorandum Aktivis Anti-ISA Di Parlimen Posted: 09 Apr 2012 12:23 AM PDT Sekumpulan kira-kira 50 orang berarak ke bangunan Parlimen hari ini untuk menggesa Perdana Mernteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera memansuhkan undang-undang ISA. Kumpulan yang diketuai NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu berhimpun di Taman Tasik Perdana pada kira-kira jam 11 pagi untuk berarak sejauh kira-kira 700 meter ke bangunan Parlimen. Enam orang wakil kumpulan berkenaan, diketuai pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, kemudiannya memasuki kawasan bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, hanya Anwar yang tampil untuk menerima memorandum berkenaan. Anwar berkata, beliau akan menyerahkan salinan untuk Najib itu ke Pejabat Perdana Menteri dan juga menyiapkan rang undang-undang persendiriannya untuk memansuhkan ISA yang akan difailkannya. |
Jangan Biar BN Terus Tipu Sistem Pilihanraya Posted: 08 Apr 2012 10:06 PM PDT |
Islamkan Melayu, Bukan Melayukan Islam Posted: 08 Apr 2012 10:03 PM PDT Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan faham memperjuangkan Melayu perlu diperbetulkan oleh pihak tertentu yang ghairah dengan slogan membela nasib orang Melayu. "Teras menolak faham bahawa Islam boleh diperjuangkan melalui slogan bangsa kerana kemuliaan Islam tidak terikat dengan bangsa. "Malah sebaliknya bangsalah yang terpaksa bersandar kepada Islam jika nasibnya mahu diperjuangkan," kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid. Jelasnya, Islam membawa konsep rahmatan lil alamin, bermakana Islam adalah untuk semua kaum dan semua makhluk. Justeru, ujarnya memperjuangkan kemelayuan berdasarkan sikap dan faham assobiyah melulu akan merosakkan asas perjuangan Islam peninggalan para pejuang Islam terdahulu. Katanya, Teras menegaskan apa yang perlu ditekankan ialah mengukuhkan keIslaman orang Melayu dan bukan meMelayukan Islam seperti yang diluahkan oleh laungan pihak yang cuba menonjolkan perjuangan Melayu secara emosional. "Wujudnya kelompok yang ghairah menekankan kepentingan bangsa di luar batas syariat adalah tertolak dan tidak dapat diterima. "Malah kami berpendapat bahawa jika kelompok yang hanya melihat persoalan bangsa dari kacamata bangsa semata-mata adalah perjuangan yang batil dari sisi Islam," ujarnya dalam satu kenyataan. Teras, kata beliau menyatakan bahawa perjuangan Umno yang dipersoalkan sekarang adalah lantaran perjuangannya tidak berdasarkan Islam malah telah sarat diserap dengan faham sekularisme yang ditolak oleh Islam. Tambahnya, tatkala perjuangannya adalah atas nama bangsa semata-mata akhirnya nasib bangsa Melayu tidak dapat ditingkat secara hakiki lantaran fahaman assobiyah yang tebal. "Sebab itulah bangsa lain tidak dapat melihat keindahan atau konsep yang boleh diyakini dan dipercayai yang dibawa oleh Umno kerana setiap kali timbul isu mengenai hak bangsa , hujah yang diketengahkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu," ujarnya. Beliau menambah, sementara Teras tidak menolak peruntukan Perlembagaan , namun sepatutnya yang diperjuangkan ialah sejauh mana Islam menjadi dasar untuk mempertahankan kedudukan bangsa dan bagaimana bangsa Melayu berhak untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya berlandaskan kewajipan agamanya. Beliau menjelaskan, Teras khuatir dengan slogan yang terlampau mengenengahkan persoalan bangsa Melayu yang lebih ketara dari persoalan menegakkan Islam pada diri bangsa Melayu itu sendiri. "Nasib bangsa Melayu hanya dapat dipertahankan dengan penerimaan Islam sepenuhnya tanpa sebarang penolakkan aspek Islam berdasarkan fahaman assobiyah. "Manakala tuntutan Melayu dijadi agenda yang lebih diutamakan manakala agenda Islam dinomborduakan, maka asas perjuangan akan tersasar dari apa yang dituntut oleh Islam itu sendiri," ujarnya lagi. Justeru, kata Mohd Azmi, Teras khuatir dikebelakangan ini kelompok yang ingin menjadi penyuara lantang kepada hak orang Melayu akhirnya menjadi fitnah kepada Islam kerana apa yang diangkat adalah di atas pertimbangan politik perkauman bukan atas dasar kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam. |
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak Posted: 08 Apr 2012 06:51 PM PDT Jom Bersih 3.0 10 April 2012 (Selasa) 1) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1- Jom Bersih 3.0 Lokasi: Markas PAS, Batu 3, Temoh, Tapah 2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Jom Bersih 3.0 Lokasi: Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim (Perkarangan Pejabat PKR Tanjung Malim) 3) Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin iii. YB Dato' Ngeh Koo Ham iv. YB Sivanesan v. YBhg Dr Mohd Nor Manuty vi. YBhg Ustaz Zulkifly Ibrahim vii. YBhg Mejar (B) Kamal Badri Zainuddin |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan