:: cina islam | 2011 :: |
- Igauan ngeri Skuad Penyu
- PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti
- Umno perlu henti politik sempit terhadap profesional
- Mengapa arah pindah RM308,700 ke akaun CEO TH?
- Logo 1Malaysia bukan jaminan tidak diseludup keluar
- Pemandu bas persiaran didakwa cuai sehingga sebabkan kematian
- Pakatan Rakyat rangka usul batal ISA
- Shaariibuu dakwa Malaysia 'buat senyap' kes Altantuya
- Hapus PTPTN jejas Melayu alasan Pak Pandir
- Tahniah PM ‘lantik’ Najib pangku Menteri Wanita
- Guna kedudukan Exco dapatkan tanah kerajaan?
- Berjaga malam mengekang jenayah
- Martinez berdepan hukuman FA
- Dua maut, empat cedera parah dua kemalangan berasingan
- Tekanan memuncak
- BSN: Pelanggan perlu waspada
- 151 saman dikeluarkan
- 85 warga asing ditahan dalam Ops 6P
- Padah tidak patuhi lampu isyarat
- Enjin rosak punca kemalangan
- Bermandi darah lawan babi
- Manchester City mungkin jual Balotelli
- Dalang curi sawit dicekup
- Bapa 4 anak dijel 30 bulan
- Jual lembu demi anak lumpuh
Posted: 09 Apr 2012 01:30 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Misi memburu kemenangan pasukan Terengganu ketika turun menentang Selangor bertukar menjadi igauan ngeri setelah dibelasah 1-6 dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam kelmarin. Bagaimanapun, kesebelasan pemain skuad Penyu itu seharusnya mengambil iktibar dan akur menerima hakikat kekalahan terbesar itu dengan hati terbuka selepas mempamerkan aksi memalukan serta tidak bermaya sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung. Namun bagi pengendalinya, Mat Zan Mat Aris, tiada apa yang mampu diperkatakan lagi selain reda menerima keputusan mengecewakan pasukannya itu dengan hati terbuka. Menurutnya, kekalahan memalukan itu memang sukar diterima bukan sahaja buat dirinya selaku jurulatih, malah turut memberi tamparan hebat buat skuad kendaliannya yang turut kecewa dengan keputusan itu. Pun begitu, Mat Zan mengakui corak permainan anak buahnya tidak konsisten terutama barisan pertahanan sehingga membuatkan pasukan tuan rumah berjaya mengambil peluang menembusi benteng pertahanan dan kekalahan itu menjadi pengajaran terbaik buat pasukannya. Mat Zan kagum usaha pemain "Sudah pastinya saya amat kecewa dengan corak permainan yang dipamerkan terutama pada separuh masa pertama kerana apa yang dirancang tidak menjadi sekali gus menjadi punca kita dibelasah teruk. "Saya akui kami gagal bermain dengan baik dan gagal bermain sebagai satu pasukan sehingga memberi kelebihan kepada pihak lawan untuk beraksi lebih baik berbanding kita," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Mat Zan yang masih terkejut dengan persembahan hambar pasukannya itu berkata, dia tidak menyalahkan 100 peratus kepada barisan pertahanan dan penjaga gawang, Sarbinee Alawee melepaskan enam gol itu, sebaliknya ia kesilapan satu pasukan. "Saya nampak barisan pertahanan kita tidak konsisten dan banyak melakukan kesilapan, namun saya tidak salahkan mereka kerana saya tahu mereka penat. Malah, saya kagum dengan semangat mereka kerana tetap berusaha memberikan tentangan. "Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak dan kekalahan sudah menjadi lumrah. Sebagai jurulatih, saya tidak perlu panik sebaliknya berusaha memperbaiki kesalahan seterusnya bangkit pada perlawanan seterusnya," katanya. Lupakan kekalahan Justeru, Mat Zan mengingatkan kepada semua penyokong bahawa kekalahan itu bukanlah petanda kepada kejatuhan prestasi Terengganu, tetapi lebih kepada kealpaan dan kegagalan pemain bermain dengan baik. Katanya, banyak lagi perlawanan penting yang akan dihadapi selepas ini dan mengharapkan anak buahnya segera melupakan kekalahan itu serta mengambil pengajaran yang ada. "Apa yang saya harapkan agar semangat pemain tidak luntur, sebaliknya mahu mereka segera bangkit untuk mencari sesuatu yang positif selepas ini," katanya. Sinar Harian |
PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti Posted: 09 Apr 2012 01:11 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN). Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan. Ini kerana, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. "Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata Husam yang juga Exco Ekonomi dan Kebajikan kerajaan negeri Kelantan. Beliau mempertikaikan, mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? "Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" soal beliau. Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa. Antara tindakan yang boleh diambil, kata Husam ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN. Dengan itu, katanya, kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu. Bagi beliau, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekaligus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan PM tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi undertaking dan menjadual semula pinjaman. Harakah Daily |
Umno perlu henti politik sempit terhadap profesional Posted: 09 Apr 2012 01:09 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 April: Tindakan Umno mensabotaj sistem pendidikan dan pencabulan ke atas golongan profesional Melayu sangat dikesali kerana ia jelas untuk kepentingan politik parti tersebut. Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) kecewa kerajaan Umno mengambil tindakan terhadap golongan profesional, khususnya yang terlibat dalam profesion pendidikan hanya kerana sentimen politik sempit. Katanya, situasi itu berbeza dengan MCA yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun terdapat para profesional di kalangan kaum Cina yang terlibat dengan politik. Pada sidang media, di Dewan Rakyat, pagi tadi, Che Uda menegaskan kaum Cina dilihat lebih realistik dalam membezakan tahap profesional dengan fahaman politik dalam tindakan mereka. "Kami amat kecewa apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap golongan profesional Melayu hanya kerana dikatakan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya golongan pendidik. Tetapi jika golongan ini terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan Umno, tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka," tegas beliau. Justeru beliau menyeru kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan agar mengasingkan politik sempit dan bersikap profesional terhadap golongan pendidik dengan bersikap adil tanpa mengira fahaman politik. Che Uda berkata demikian bagi mengulas beberapa kes yang membabitkan golongan pendidik yang dikenakan tindakan seperti dibuang kerja, penukaran tempat kerja tanpa alasan munasabah, disyaki aktif berpolitik pembangkang dan dipotong gaji, walaupun kes masih dalam pertimbangan. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik yang turut serta pada sidang media tersebut menegaskan, masyarakat perlu sedar terdapat golongan yang dihormati tapi diabaikan kerajaan. Beliau turut kecewa dengan sikap kerajaan yang sering melakukan kezaliman terhadap golongan pendidik, khususnya ketika 'mood' pilihan raya, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya. Sebelum itu, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) dan Lajnah Pendidikan PAS Pusat, bertindak menyerahkan memorandum kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menghentikan tindakan tidak profesional dan penganiayaan kepada warga pendidik bagi memberi impak agar kerajaan lebih berlaku adil kepada mereka. Harakah Daily |
Mengapa arah pindah RM308,700 ke akaun CEO TH? Posted: 09 Apr 2012 01:08 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail. Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan apakah alasan arahan pindahan wang itu. "Mengapa? Untuk apa? Adakah ini bonus kepada CEO TH kerana kepandaiannya mengurus pelaburan TH dalam Silverbird? "Kalau benar pindahan wang itu adalah bonus untuknya, adakah pelabur-pelabur TH kerugian berjuta-juta ringgit, CEO pula dapat bonus?!" kata beliau ketika diminta mengulas lebih lanjut selepas ucapannya itu. Dalam ucapannya mengenai TH itu, Mahfuz membangkitkan beberapa isu yang penting dalam permaslahan TH iaitu kerugian yang dihadapi anak syarikatnya, Silverbird Bhd akibat penyelewengan wang syarikat, penggunaan wang TH berjumlah kira-kira RM500 juta untuk kompleks bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dan arahan pindahan wang tersebut. Mengenai Silverbird, beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa penyelewengan kewangan di dalam syarikat tersebut tidak disedari oleh wakil-wakil TH dalam Lembaga Pengarah Silverbird? "Apa tindakan disiplin dan tata tertib yang diambil oleh TH terhadap wakil-wakilnya dalam lembaga pengarah Silverbird? "Adakah elaun Ahli Lembaga Pengarah diambil tetapi tidak ada akauntabiliti?" soal Mahfuz. Beliau juga mempersoalkan mengapa TH tidak menempatkan wakilnya dalam pengurusan Silverbird sebagai Pengarah Eksekutif? "Jika terdapat wakil Tabung Haji dalam pengurusan Silverbird kemungkinan pemyelewengan tersebut tidak berlaku," katanya. TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu. Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta. Silverbird kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 iaitu syarikat bermasalah yang mesti mengemukakan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia. "Apa tindakan pemantauan Jabatan Perdana Menteri terhadap isu ini dan terhadap kealpaan lembaga pengarah dan pengurusan TH sehingga menyebabkan kerugian berjuta wang pendeposit-pendeposit TH? "Mengapa CEO TH tidak dipertanggung jawabkan terhadap kerugian Tabung Haji dalam Silverbird? "Atau adakan JPM juga menghadapi Sindrom JK?!" katanya. Mahfuz bagaimanapun tidak menjelaskan adakah sindrom JK itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mengenai pembinaan kompleks pejabat kerajaan dengan menggunakan dana TH, beliau mempersoalkan adakah kerajaan akan menyewa kompleks tersebut daripada TH? "Kalau sewa, berapa sewanya dan berapa tahun pula baru dapat diperoleh semula kos binaan dan membuat untung? "Kalau TH sewa kepada kerajaan, sila bentangkan perjanjian penyewaan dalam Parlimen," katanya. Mahfuz juga mahu dibentangkan resolusi lembaga pengarah TH dalam pembinaan kompleks tersebut. Harakah Daily |
Logo 1Malaysia bukan jaminan tidak diseludup keluar Posted: 09 Apr 2012 01:06 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 April: Logo 1Malaysia yang dilekatkan pada bungkusan gula dan tepung bukan jaminan bahawa dua barangan keperluan tersebut tidak akan diseludup keluar dari negara ini. Walaupun dilekatkan logo berkenaan, rakyat tahu barangan tersebut merupakan barangan yang disubsidikan kerajaan, dan masih boleh diseludup jika mahu. Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar), menegaskan logo 1Malaysia yang diletakkan pada bungkusan plastik gula dan tepung gandum masih boleh diseludup sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab mengoyak palstik berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain. "Tiada jaminan yang mengatakan logo tersebut tidak akan mencegah penyeludupan. Mereka masih boleh menukarkan bungkusan dan menyeludup keluar. Lagipun, kerja mencegah penyeludupan ini kerja Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)," tegas Firdaus ketika ditemui di luar Dewan Rakyat, pagi ini. Terdahulu, ketika sesi soal jawab lisan, Firdaus meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK), menyatakan rasional mengapa barangan seperti gula dan tepung gandum diletakkan logo 1Malaysia. Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri, Datuk Rohani Abdul Karim berkata langkah meletakkan logo tersebut bagi mencegah berlakunya penyeludupan barangan tersebut ke negara luar. Sementara itu, Firdaus turut mencabar kerajaan agar menurunkan harga barangan di seluruh kedai di negara ini, termasuk di kedai runcit berbanding mewujudkan kedai 1Malaysia yang didakwa kos pengubahsuaiannya sebanyak RM60,000. Katanya, bagi seseorang yang ingin mengusahakan Kedai 1 Malaysia, mereka memerlukan RM60,000 yang boleh diperoleh dari pinjaman Bank Rakyat. Kos tersebut, tambah Firdaus tidak membabitkan kos membawa masuk barangan dan pengangkutan yang dibimbangi mereka tidak mampu bersaing dengan pihak peniaga lain. Harakah Daily |
Pemandu bas persiaran didakwa cuai sehingga sebabkan kematian Posted: 09 Apr 2012 12:59 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BENTONG - Seorang pemandu bas persiaran hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan dua pelancong warga India maut dalam nahas jalan raya di Genting Highlands Mac lepas. R. Sugumaran, 26, didakwa memandu dengan cuai sehingga menyebabkan bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di Km4.5, Jalan Genting Highlands pada 5 Mac lepas. Kemalangan itu menyebabkan dua daripada 22 pelancong dalam bas itu maut iaitu Rajindra Kumar Agarwal, 67, dan Anita Aggarwal, 59. Sugumaran didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun sehingga 10 tahun dan denda minimum dari RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan. Majistret Nurliana Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Ismantie Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama Sinar Harian |
Pakatan Rakyat rangka usul batal ISA Posted: 09 Apr 2012 12:22 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan satu usul sedang dirangka untuk dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan bagi tujuan pembatalan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau yang menerima memorandum dari Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh turut menyatakan bahawa dua undang-undang yang akan dibentangkan oleh kerajaan tidak akan terpakai sehingga ia dirujuk kepada rakyat. "Apa sahaja alasan untuk kita memperkenalkan undang-undang baru walhal sudah ada undang-undang yang cukup ketat untuk kita kawal kegiatan jenayah termasuk pengganas. "Namun tindakan memperkenalkan undang-undang baru tidak akan terpakai sekiranya ia tidak merujuk kepada rakyat (rundingan awam)," jelasnya. Tambahnya lagi, apa yang akan dibentangkan olehnya di Parlimen nanti berkenaan pemansuhan ISA tidak memerlukan rundingan awam. "Kita nak mansuh maka tidak memerlukan pendengaran awam, kalau kita nak pinda baru perlu rundingan awam sebab itu hak rakyat," sambungnya lagi. Sementara itu, Syed Ibrahim turut berharap Pakatan Rakyat dapat mengenengahkan perkara tersebut di Parlimen. Dalam pada itu beliau turut menyatakan sehingga sekarang GMI mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang lain tidak menerima apa-apa maklumat dari kerajaan mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pemansuhan ISA. "Pada sesi Parlimen yang lepas Najib telah menyatakan bahawa usul untuk memansuhkan ISA hanya akan dibentangkan pada Mac 2012 iaitu sesi Parlimen kali ini. "Namun sehingga kini kita tidak mendapat apa-apa maklumat dari Najib berhubung perkara tersebut termasuk juga rundingan awam tentang dua akta penganti ISA, apatah lagi untuk pemansuhan ISA," katanya. Sebelum itu, GMI turut menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang untuk diberikan kepada Perdana Menteri yang menuntut tujuh perkara dalam janji Najib terhadap memansuhkan ISA. Malah GMI akan meneruskan desakan sehinggalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengotakan janji untuk memansuhkan ISA. Harakah Daily |
Shaariibuu dakwa Malaysia 'buat senyap' kes Altantuya Posted: 09 Apr 2012 12:21 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 9 April: Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu berkata beliau datang ke Malaysia sejak semalam untuk menuntut keadilan terhadap kematian anaknya. Ianya antara lain mahu menuntut kerajaan mempercepatkan saman sivil RM100 juta beliau terhadap kerajaan Malaysia yang difailkan tahun 2007 lalu. "Sudah enam tahun saya mencari keadilan untuk anak saya. Ini kali kedua saya datang ke sini (parlimen). "Kerajaan Mongolia telah hantar surat rasmi kepada kerajaan Malaysia tapi tiada apa-apa respons sehingga sekarang," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini yang diterjemah pembantunya Tsoggerel Och. (Gambar) Pada sidang media sama, Shaariibuu turut menafikan khabar angin kononnya beliau telah dibayar sejumlah wang oleh kerajaan Malaysia selepas apa yang menimpa anaknya itu. "Saya datang ke sini menafikannya, saya tak pernah terima walau satu sen. "Malah saya yang mengeluarkan USD20,000 untuk kos perundangan," katanya lagi. Anaknya, Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam. Ianya didakwa ada kaitan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak. Mahkamah bagaimanapun membebaskan Razak, namun dua yang lain yang dituduh bersamanya iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah. Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat dalam skandal kapal selam itu, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar. Sebelum ini beliau memberitahu pernah untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau mendakwa 'Najib lari' dari bertemu dengannya. Ketika ditanya wartawan, apa yang beliau akan beritahu jika berpeluang jumpa Datuk Seri Najib, beliau berkata: "Saya akan bercakap bukan sebagai dia perdana menteri tapi bercakap dari hati seorang bapa ke bapa dan kawan". Harakah Daily |
Hapus PTPTN jejas Melayu alasan Pak Pandir Posted: 09 Apr 2012 12:19 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 April: Umno sekali lagi cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan. "Pelik bin ajaib, inilah kenyataan Pak Pandir yang keluar daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. "Apa kena mengena dengan Melayu?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily. Beliau juga mempersoalkan bukankah yang meminjam PTPTN adalah majoriti Melayu dan yang miskin juga orang Melayu. "Alasannya, akan menjejaskan IPTS (institut pengajian tinggi swasta). Apa kaitan IPTS dengan orang Melayu?" tanya beliau lagi. Bagi beliau, itu semuanya ada kaitan dengan kroni Umno. Idris berkata, nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi kroni Umno kerana peminjam PTPTN hampir 1.87 juta. Begitulah juga, katanya kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa. Sebaliknya, tambah beliau subsidi untuk syarikat independent power producer (IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik. "Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit, menggunakan kaedah Melayu tergugat adalah talian terakhir Umno untuk menyelamatkan kuasa mereka," katanya lagi. Sewaktu ada kuasa, kata Idris Melayu tidak dibela dan ditangan mereka Melayu tergadai dan terpinggir selepas negara merdeka hampir 55 tahun. "Umno merancang supaya Melayu susah dengan ini boleh dijadikan modal ketika kuasa tergugat," ujarnya. Menurutnya, jika kerajaan BN tidak mampu mencari wang RM43 bilion untuk menghapuskan PTPTN, maka lebih baik menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk dibuktikan. Baginya, Najib merasa bimbang isu PTPTN adalah isu anak muda yang menjadi penentu di dalam PRU akan datang. Justeru, beliau mengulangi kenyataan bahawa bukan mustahil Najib akan mengisytiharkan PTPTN akan dimansuhkan jika kuasa mereka tergugat. "Terbaru mereka sudah menghapuskan tol Cheras-Kajang pada 2 Mac lalu walaupun sebelumnya mereka mengejek PR berjanji hendak menghapuskannya, kerana ini melibatkan perjanjian," katanya lagi. Harakah Daily |
Tahniah PM ‘lantik’ Najib pangku Menteri Wanita Posted: 09 Apr 2012 12:18 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana 'melantik' dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 'Pelantikan' itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai senator, semalam. "DPPM merasakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat sesuai dengan dirinya memandangkan tidak ada lagi pemimpin Umno dari kalangan wanita yang layak menggantikan tempat Datuk Seri Shahrizat," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar). Menurutnya, mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam Umno mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin Umno yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri. Katanya, kehebatan Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuktikan bahawa sememangnya beliau pemimpin serba boleh sehinggakan portfolio yang berkaitan dengan wanita juga beliau perlu jaga. "Pelantikan ini melengkapkan tiga portfolio kabinet yang dipegang oleh beliau iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya kepada Harakahdaily. Malah, ujarnya DPPM juga mencadangkan supaya Najib membolot semua jawatan Menteri Kabinet yang lain. "Cadangan ini penting supaya membolehkan beliau dikenali dan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia. "Menteri-menteri kabinet yang lain boleh dikesampingkan, kerana yang pentingnya Datuk Seri Najib popular dan diminati ramai, bukan pemimpin-pemimpin Umno yang lainnya," kata Riduan lagi. Paling penting, kata beliau adalah untuk memastikan Najib menang dalam PRU ke-13, tidak kisah apa jadi kepada Umno atau pemimpin yang lainnya. Mungkin juga, ujarnya Datuk Seri Najib boleh mengagih-agihkan tugasan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada isterinya. "Mana-mana program yang tidak sempat dihadirinya boleh diserahkan kepada isterinya, kerana isterinya juga bukan calang-calang orang. "Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara," katanya lagi. Selain itu, kata Riduan banyak idea dan projek negara serta peruntukan-peruntukan besar boleh 'disalurkan' melalui isterinya. "Ini barulah dinamakan 'perkongsian bijak' antara suami dan isteri yang boleh mem'faraid' kan portfolio menteri antara keduanya," katanya. Harakah Daily |
Guna kedudukan Exco dapatkan tanah kerajaan? Posted: 09 Apr 2012 12:16 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - TUMPAT, 9 April: Pada tahun 1950-an seramai 45 penduduk mendirikan rumah sebagai tempat berteduh di atas tanah milik kerajaan di pekan ini. Malangnya selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan pada 1980-an tiba-tiba tanah tersebut dipindah milik kepada seorang pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong. Sedangkan tanah berkenaan terletak berhampiran Pasar Tumpat dan Masjid Ismailiah menjadi kediaman penduduk Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Semasa pilihanraya 1980-an, Foo Chow Yong calon tunggal daripada MCA menang di kerusi Dun Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri. Difahamkan dengan kedudukan sebagai anggota Exco membolehkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung. Mengulas isu berkenaan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim (gambar) berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga. Katanya, berdasar maklumat banyak tanah dimiliki keluarga pemimpin berkenaan di jajahan Tumpat. "Ketika itu pemimpin Umno dan BN boleh melakukan apa sahaja termasuk mengambil tanah-tanah diduduki rakyat bagi kepentingan peribadi. "Mereka tidak kira tanah tersebut diduduki penduduk kampung atau tidak. Mungkin ini yang berlaku di Tumpat sekarang apabila 45 keluarga terpaksa berpindah biar pun sebelum merdeka sudah menduduki tanah berkenaan," katanya di sini. Kes berkenaan dibawa ke mahkamah oleh keluarga pemilik tanah. Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 26 Mac lalu. Bagaimanapun penduduk berharap mendapat perintah membolehkan tempoh perpindahan dilanjut dan dibayar pampasan. Prosiding kes berkenaan dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, esok. Adun Kelaboran menyediakan khidmat peguam bagi mewakili penduduk. Dfahamkan sebahagian besar penduduk Melayu yang tinggal ditanah milik keluarga Foo Chow Yong merupakan penyokong Umno. "Mereka datang menemui saya menceritakan isu berkenaan apabila keluarga mendiang Foo mengarahkan mereka supaya berpindah di atas tanah yang mereka diami sebelum merdeka. "Penduduk akur tanah tersebut bukan lagi menjadi milik mereka biar pun lebih awal meneroka di situ, namun mereka menuntut keadilan dibayar pampasan setimpal dan tempoh masa berpindah lebih sesuai," kata Mohd Zaki. Difahamkan perkampungan Melayu itu akan hanya tinggal nama sahaja sedikit masa lagi apabila rumah-rumah diroboh bagi membolehkan bangunan perniagaan dibina. Harakah Daily |
Berjaga malam mengekang jenayah Posted: 09 Apr 2012 12:12 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Pada jam 12.30 tengah malam, berbekalkan walkie talkie di tangan, lampu picit dan sebatang kayu cotar, Anwar Hayatullah, 65, bersama dua rakan memulakan tugas meronda di sekitar kawasan perumahannya di Kampung Malaysia Raya. Kehadiran mereka yang menaiki motosikal sendiri dan memakai vest warna hijau terang yang tertulis SRS mudah dikenali di setiap lorong hampir 200 rumah dengan jumlah kira-kira 2,000 penduduk. Aktiviti meronda di kawasan berstatus kampung yang terletak di tengah-tengah kesibukan pembangunan di sekelilingnya itu adalah aktiviti rutin yang dilakukan setiap malam. Tanpa sebarang bayaran, semuanya dilakukan secara sukarela, dengan mengorbankan masa tidurnya untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku bagi memastikan penduduk boleh lena dengan aman. Anwar ialah anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang ditubuhkan di kawasan rumahnya, sejak tiga tahun lepas. Ia adalah satu daripada cabang dalam Rukun Tetangga (RT) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti (JPNIN) sebagai langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu kawasan RT di samping membantu polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah. Kampung Malaysia Raya yang majoritinya dihuni masyarakat Melayu, kini mempunyai 50 anggota SRS, yang mana hampir 20 daripada mereka adalah anggota yang benar-benar aktif melakukan tugas meronda termasuk Anwar. Kelebihan di kawasan perumahan ini, yang dibuka sejak awal tahun 70-an, mereka mempunyai ramai pesara kerajaan dan swasta yang turut membantu menghidupkan aktiviti meronda setiap malam hingga awal pagi. Ini juga menjadikan SRS kawasan tersebut antara yang terbaik di kawasan Cheras dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun banyak kawasan perumahan yang lebih senang mengambil pengawal keselamatan untuk menjalankan tugas itu kerana ia dilihat lebih praktikal. Menurut Anwar, yang juga pemandu teksi, adalah anggota paling senior yang berasa bertanggungjawab untuk turut sama memastikan keselamatan di kawasan perumahan itu. "Saya antara penduduk terawal di Kampung Malaysia Raya, sejak 1971. Apabila negara bertambah maju, banyak pembangunan, kes jenayah pun meningkat. Kawasan perumahan di sini pun sama. Saya jadi anggota SRS sebab tak nak lihat ada jenayah berlaku di sini dan untuk pastikan keluarga dan penduduk di sini rasa selamat," katanya yang juga mendapati kerja sukarelawan itu secara langsung bina hubungan silaturahim dengan penduduk setempat. Cabaran SRS Bukan sesuatu yang mudah untuk menarik penyertaan penduduk menyertai SRS, malah ada SRS yang ditubuhkan berhadapan dengan masalah terutama dari segi komitmen, kelihatan lesu atau terus sepi tanpa sebarang aktiviti rondaan. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Malaysia Raya, Mohd Zainuddin Amran berkata, melakukan kerja sukarela bukan sesuatu yang mudah kerana ia perlu lahir dari hati yang ikhlas. "Saya beruntung di sini, kerana hubungan yang lama terjalin kalangan penduduk sekitar membolehkan kerjasama erat bagi memudahkan program rondaan dijalankan," katanya. Sikap segelintir masyarakat yang hanya pandai bercakap dan memberi komen serta kurang memberi kerjasama dalam program SRS sedikit sebanyak turut memberi kesan kelangsungannya. Memandangkan ia dilakukan secara sukarela, Zainuddin berkata beliau mempunyai cara tersendiri bagi memastikan SRS yang diwujudkan di kawasan perumahannya dapat bertahan dan berterusan. Tidak ada jadual rondaan khusus yang ditetapkan untuk melakukan tugas meronda sebaliknya ia dilakukan secara sukarela oleh anggota yang berkelapangan pada malam tersebut. Setiap malam anggota SRS melakukan rondaan antara lima hingga 15 orang, terutama pada malam minggu. Waktu rondaan bermula pukul 12.30 hingga 4 pagi setiap malam. Penggunaan walkie talkie turut melancarkan lagi sistem perhubungan ketika melakukan rondaan yang memudahkan satu-satu tindakan diambil sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. "Kebanyakan anggota membeli sendiri walkie talkie bagi memudahkan tugas. Mereka menunjukkan komitmen yang cukup tinggi malah sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membeli peralatan lain seperti lampu picit," katanya. Jenayah berkurangan Kampung Malaysia Raya yang bersebelahan dengan Kampung Malaysia Tambahan mudah dilihat melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) yang menuju ke pekan Sungai Besi. Berdekatan dengannya adalah Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-TBS). Pernah berhadapan dengan pelbagai kes jenayah dan sosial seperti mat rempit, dadah dan kes kecurian, telah menimbulkan rasa bimbang di kalangan penduduk terhadap aliran jenayah sejak enam tahun kebelakangan ini. Zainuddin berkata usaha kerajaan dengan melibatkan komuniti untuk membantu pihak berkuasa melalui SRS adalah langkah terbaik untuk bersama-sama menjaga keselamatan. "Malah, sejak wujudnya rondaan SRS tiga tahun lepas, masalah jenayah semakin berkurangan dan enam bulan kebelakangan ini tidak ada sebarang kejadian jenayah berlaku," kata Zainuddin, yang juga penyelaras KRT di kawasan Cheras. Wakaf yang terletak bersebelahan pintu gerbang jalan masuk ke kawasan Kampung Malaysia Raya dijadikan pusat aktiviti dan perkumpulan ahli SRS bagi memudahkan penduduk dan orang ramai melihat kehadiran mereka yang bertugas setiap malam. Beliau berkata hubungan yang baik dengan polis di Balai Salak Selatan, turut memudahkan tugas mereka apabila setiap tangkapan yang dilakukan akan terus dilaporkan ke balai. Selain rondaan biasa, ahli SRS turut melakukan sekatan jalan raya terutama pada malam minggu di hadapan pintu gerbang jalan masuk ke perumahan mereka. Tunjang utama dalam KRT menjaga keselamatan, namun SRS juga melakukan kerja sukarela aktiviti kemasyarakatan seperti majlis kenduri. Anggota SRS bantu untuk menjaga aliran trafik keluar masuk dan menjaga keselamatan keseluruhan majlis itu. - Bernama Sinar Harian |
Posted: 09 Apr 2012 12:07 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PENGURUS Wigan, Roberto Martinez berdepan hukuman Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas mengkritik pegawai perlawanan ketika skuadnya tumpas 1-2 di tangan Chelsea, kelmarin. Pada perlawanan itu, Martinez mengkritik dan mendakwa penjaga garisan, Dave Bryan membantu dalam kemenangan Chelsea. Menurutnya, dua gol The Blues menerusi Branislav Ivanovic dan Juan Mata sepatutnya tidak dikira kerana berkedudukan offside. Selepas perlawanan tamat, Martinez yang berang mengeluarkan kenyataan berikut: "Kami tidak layak menerima kekalahan ini. Penjaga garisan tidak memainkan peranannya dengan sempurna. Dua jaringan Chelsea adalah offside tapi penjaga garisan tidak mampu melihatnya. Atau memang dia (Bryan) tidak tahu peraturan bola sepak moden," katanya. Sinar Harian |
Dua maut, empat cedera parah dua kemalangan berasingan Posted: 09 Apr 2012 12:04 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - IPOH - Dua maut termasuk seorang kanak-kanak manakala empat lagi cedera parah dalam dua kemalangan berasingan di Perak hari ini dan semalam. Pemangku Ketua Trafik Negeri, DSP Mohamad Roy Suhaimi berkata dalam kejadian pukul 7 pagi ini, seorang maut manakala empat cedera parah termasuk dua beradik apabila dua buah kereta bertembung di Km 52.3 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah. Beliau berkata mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Aizat Firdaus Mohamad, 22, berasal dari Batu Gajah. "Mangsa yang cedera parah meninggal dunia ditempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala rakannya, Fazlina Idris, 29, berasal dari Lawan Kuda, Gopeng cedera parah di kepala dan dirawat di hospital sama," katanya ketika dihubungi hari ini. Tiga lagi mangsa yang cedera parah dalam kemalangan itu ialah pemandu kenderaan, B. Selvindar Kaur, 47, adiknya Manjeet Kaur, 45, dan seorang lagi penumpang K. Nandeep Singh, 20. Roy berkata kesemua mereka yang berasal dari Chenderiang, Tapah dirawat di hospital yang sama. Beliau berkata kejadian berlaku ketika kereta jenis Perodua Viva yang dipandu Aizat dalam perjalanan dari Kampar ke Tapah dikatakan cuba memotong kereta di hadapannya tetapi gagal lalu bertembung dengan kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Selvindar. Dalam satu kemalangan lain, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dirempuh sebuah kereta ketika mangsa melintas jalan di KM 87.6 Jalan Ipoh-Butterworth dekat Taiping, semalam. Mangsa Mohd Danial Asraf Abdullah yang berasal dari Rumah Awam, Taiping yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Taiping pada pukul 1.15 petang. Ketika kejadian kanak-kanak tersebut dipercayai sedang melintas jalan dan sebuah kereta yang datang dari arah Butterworth menghala ke Ipoh dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh mangsa. Agency |
Posted: 09 Apr 2012 12:00 AM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KARIER Kenny Dalglish di Anfield dalam ancaman selepas Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Aston Villa, kelmarin. Keputusan itu sekali gus menyaksikan Liverpool ketinggalan 15 mata untuk layak merebut slot Liga Juara-Juara musim depan. Dengan berbaki enam perlawanan, hasrat The Reds untuk beraksi pada saingan Eropah pastinya sukar untuk direalisasikan. Bagaimanapun, Kenny dengan nada tenang mendakwa ada agenda mahu menjatuhkan kelabnya susulan keputusan negatif yang dilakar Liverpool kebelakangan ini termasuk ketika berkongsi mata dengan Aston Villa, kelmarin. "Pengadil (Micheal Oliver) mengeluarkan keputusan berat sebelah. Sepatutnya kami mendapat penalti ketika Eric Lichaj mengasak Dirk Kuyt. "Amat jelas, bola terkena tangannya. Tapi apa yang pengadil lakukan? Tiada apa-apa," katanya. Sinar Harian |
Posted: 08 Apr 2012 11:58 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA KANGSAR - Bank Simpanan Nasional (BSN) memberi respons terhadap laporan akhbar ini pada 29 Mac lalu, berhubung kes seorang jururawat kehilangan wang gaji berjumlah RM2,000, di sini. Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN, Ahmad Latfan Mohd Amran memaklumkan, BSN telah menjalankan siasatan terperinci terhadap kes berkenaan. Menurutnya, tindakan serta merta juga telah diambil oleh bank berkenaan bagi menghalang sebarang transaksi pengeluaran wang daripada akaun pengadu. Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pelanggan BSN agar lebih berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan umpan pihak tidak bertanggungjawab. "Berkaitan kes pengadu terbabit, kita telah berjaya menyekat transaksi pengeluaran wang daripada akaunnya, dan tindakan ini sekali gus dapat mengelakkan wang simpanannya terlepas ke tangan pihak lain. "Kita ingatkan semua pelanggan untuk tidak sesekali menyerahkan atau mendedahkan kata nama serta kata laluan kepada pihak ketiga," katanya kepada Sinar Harian. Ahmad Latfan juga menasihatkan semua pelanggan BSN menghubungi terus bank itu sekiranya ada menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) yang mencurigakan. "Pelanggan dinasihatkan melaporkan terus kepada BSN di talian 03-5688 8400 untuk bantuan, jika menerima panggilan atau sms yang meminta maklumat peribadi akaun mereka. "Orang ramai boleh menghubungi talian 03-2142 5258 pada waktu bekerja atau e-melkan sebarang cadangan, juga pandangan ke alamat servicemanager@bsn.com.my," katanya. Katanya, untuk urusan surat menyurat kepada BSN, orang ramai boleh menghantarkannya ke alamat Bahagian Khidmat Pelanggan, Jabatan Perbankan Cawangan, Bank Simpanan Nasional, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Sinar Harian |
Posted: 08 Apr 2012 11:56 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - TAIPING – Sebanyak 151 saman dikeluarkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini melibatkan 18 operasi banteras lumba haram yang dijalankan di sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pelajar, penganggur dan pekerja swasta lingkungan usia 15 hingga 25 tahun adalah antara mereka yang ditangkap dalam operasi itu. "Sepanjang operasi ini, sebanyak 38 motosikal telah disita," katanya. Yusuf berkata, terdapat lima lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan mat rempit berlumba antaranya, Jalan Kamunting-Taiping, Jalan Kota, Jalan Kuala Sepetang-Taiping (Batu 2 ½), Jalan Taman Paduka Setia (Tycon Villa) dan Jalan Taman Tasik Taiping. "Aktiviti mat rempit kini dapat dikawal dengan adanya operasi-operasi yang dilakukan setiap minggu dan semasa cuti umum," katanya. Dalam perkembangan lain, jenayah jalanan dilihat menurun daripada Januari hingga Mac tahun ini berbanding tahun lalu terutama jenayah samun berkawan tanpa senjata api iaitu 50 kes kepada 30 kes. Katanya, jumlah tangkapan dan kes yang diselesaikan juga meningkat daripada tahun sebelumnya. "Ini menunjukkan komitmen dan kerja keras kami untuk memerangi jenayah di Taiping seterusnya memberikan keselesaan kepada penduduk. "Pelbagai program turut dilaksanakan bersama agensi lain sebagai inisiatif untuk menjadikan Taiping bandar selamat," katanya. Sinar Harian |
85 warga asing ditahan dalam Ops 6P Posted: 08 Apr 2012 11:54 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU - Seramai 85 warga asing ditahan dalam serbuan bersepadu Ops 6P di tapak pembinaan rumah teres Kawasan Perjiranan 11, Bandar Dato' Onn, di sini, kelmarin. Serbuan bersepadu itu disertai oleh 143 anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen negeri, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bertindak hasil daripada maklumat awam, serbuan jam 10.45 pagi hingga 1.30 petang yang diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul itu memeriksa 324 warga asing. Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohd Nasri Ishak berkata, pihaknya menahan 85 warga asing berusia antara 21 hingga 45 tahun yang berasal dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan Pakistan. Menurutnya, 64 orang daripadanya adalah warga Indonesia, Bangladesh (14), Myanmar (4), Vietnam (2) dan Pakistan (seorang)," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. "Kesemua warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1960 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. "58 daripada 85 yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah ke negara ini, dan 10 warga asing lagi telah ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal di negara ini lebih masa. "Hasil pemeriksaan mendapati enam warga asing ini disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(l) Akta Imigresen 1959 kerana mempunyai dalam pemilikan apa-apa permit masuk, pas, dokumen atau perakuan yang palsu atau dipinda. "10 warga asing turut ditahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas atau dokumen perjalanan ke negara ini," katanya. Selain itu, katanya, kesemua warga asing yang ditahan itu telah dibawa ke Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut. Agency |
Padah tidak patuhi lampu isyarat Posted: 08 Apr 2012 11:48 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BANDAR BUKIT TINGGI 2 - Tindakan seorang penunggang motosikal dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat membawa padah apabila dia gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta yang sedang menghala ke Klang Jaya di persimpangan lampu isyarat Persiaran Batu Nilam, di sini awal pagi semalam. Berikutan kejadian kira-kira jam 3.15 pagi, mangsa dikenali R S Rajendran, 52, yang mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan betis kiri meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abd Rahman berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Jalan Banting menghala Klang dipercayai meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan motosikalnya sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat. "Dalam masa yang sama, sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki Cina dari arah Persiaran Batu Nilam menuju Jalan Serunai meneruskan perjalanan sebaik lampu isyaratnya bertukar hijau. "Bagaimanapun pemandu itu mendakwa, motosikal mangsa merempuh bahagian kanan kenderaannya sebelum mangsa tercampak ke jalan raya dan meninggal dunia," katanya. Berikutan rempuhan itu, beliau berkata, bahagian kanan kenderaan lelaki itu remuk bagaimanapun dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Katanya, pemandu kereta Perodua Myvi sudah membuat laporan Polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Sinar Harian |
Posted: 08 Apr 2012 10:07 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BUKIT TANGGA - Kerosakan sebuah lori yang sarat dengan muatan getah sekerap menjadi punca berlakunya kemalangan di Bukit Tangga, kira-kira jam 1 tengah hari, semalam. Seorang saksi kejadian, R Pupathy, 26, berkata, lori berkenaan dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Kuala Klawang bagi menghantar getah sekerap. "Semasa menaiki bukit, lori ini mengalami kerosakan enjin dan pemandunya tidak dapat meneruskan perjalanan. "Ketika itu, pemandu lori berkenaan mengundur ke belakang sebelum terlanggar sebuah lagi lori yang juga membuat muatan getah sekerap. Kedua-dua pemandu lori gagal mengawal kenderaan dan terbalik di atas jalan raya," katanya. Sementara itu, seorang lagi saksi, Ramon Frederick, 18, berkata selain dua lori, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta jenis Proton. "Kereta ini berada di belakang lori kedua-dua berkenaan dan juga dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Klawang. "Semasa perlanggaran antara lori pertama dan kedua, kereta di belakang lori berkenaan cuba mengelak daripada dilanggar dan terbabas di bahu jalan," katanya. Katanya, kesemua pemandu lori dan kereta tidak mengalami kecederaan dan kejadian itu menyebabkan lalu lintas di Bukit Tangga sesak selama tiga jam. Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan berkenaan adalah selekoh tajam dan kemalangan itu yang keempat berlaku di sini. Sebelum ini, tiga lori yang membawa muatan pasir dan kayu balak pernah terbabas di lokasi sama. Namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Sinar Harian |
Posted: 08 Apr 2012 08:44 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LIPIS - Pengalaman bertarung dengan seekor babi hutan empat bulan lalu pasti tidak akan dilupakan sepanjang hayat oleh seorang penoreh getah warga emas dari Kampung Jerkoh, Benta . Chong Chung, 69, mengalami kecederaan parah akibat diserang haiwan itu yang dianggarkan seberat 90 kilogram semasa sedang menoreh getah di kebunnya. Menurutnya, kejadian itu cukup mengerikan dan menjadi satu sejarah hitam dalam hidupnya walaupun sebelum ini dia pernah bertembung seekor beruang di sebuah hutan dekat kampung tersebut tidak lama dahulu. "Babi hutan itu datang dari arah belakang terus menyerang saya bertubi-tubi semasa saya sedang menoreh di dalam kebun berhampiran rumah. "Akibatnya, saya cedera di tangan dan paha serta kaki," katanya di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari 4 Disember tahun lalu, seorang penoreh getah, Wahab Saad, 62, maut, manakala isterinya, Napsiah Aman, 58, dan Chung cedera selepas diserang babi itu ketika masing-masing sedang menoreh di kebun getah berdekatan di Kampung Jerkoh. Chung berkata, dengan menggunakan sebilah parang dan kekuatan tenaga yang ada, dia sempat menetak binatang itu bertubi-tubi di kepala dan badan menyebabkan haiwan itu mati. "Saya kemudian dibantu ahli keluarga segera dibawa ke Hospital Kuala Lipis. Berikutan kecederaan parah yang dialami, saya kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh. "Saya percaya babi hutan yang sama pernah beberapa kali menyerang pekebun lain sebelum ini tetapi tiada kecederaan berlaku," katanya. Chung berkata, walaupun kejadian itu disifatkan ngeri baginya, ia tidak mematahkan semangat penoreh itu untuk kembali ke kebun. Menurutnya, selepas kejadian itu dia akan lebih berhati-hati termasuk keluar menoreh secara berkawan. Kehilangan suami Sementara itu bagi Napsiah pula, kejadian diserang babi hutan berkenaan tidak akan dilupakan hingga ke akhir hayat kerana ekoran peristiwa terbabit dia kehilangan suami tercinta. "Semasa kejadian saya sedang menyiapkan makanan di bangsal sebelum dikejutkan dengan jeritan arwah suami. Napsiah berkata, arwah suaminya sempat bergelut beberapa minit dengan haiwan berkenaan dan menjerit meminta tolong sebelum dia terjatuh ke dalam anak sungai. "Mendengar jeritan suaminya, saya bertindak segera berlari untuk membantu namun haiwan tersebut bertindak menyerang saya pula. "Saya kemudiannya cuba mempertahankan diri dengan menggunakan parang dan haiwan berkenaan bertindak meninggalkan kebun tersebut setelah mengalami kecederaan" katanya. Napsiah berkata, ekoran kejadian terbabit, dia turut mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat serangan tersebut bertindak berlari ke jalan utama untuk meminta bantuan. Menurutnya, dua orang penduduk yang kebetulan melalui kawasan terbabit bertindak memberi bantuan awal setelah dimaklumkan olehnya tentang kejadian berkenaan. "Arwah suami telah ditarik keluar dari anak sungai itu oleh penduduk berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian akibat lemas," katanya. Perlu lebih berhati-hati Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, pekebun dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang situasi termasuk serangan dari haiwan liar. "Kita mungkin jarang mendengar serangan daripada haiwan liar seperti babi namun kita perlu lebih berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. "Pekebun atau penoreh getah juga dinasihatkan agar tidak pergi ke kebun secara berseorangan dan mereka perlu mempersiapkan senjata seperti parang sebagai senjata untuk mempertahankan diri," katanya. Sinar Harian |
Manchester City mungkin jual Balotelli Posted: 08 Apr 2012 08:42 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini semakin meragui masa depan Mario Balotelli berikutan kad merahyang diperolehnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, semalam. Nasib malang menimpa penyerang dari Itali ketika Manchester City, yang memerlukan kemenangan bermakna, tewas 0-1 ditangan Arsenal sekaligusterus ketinggalan di belakang Manchester Uniteddengan perbezaan lapan mata. Mancini yang kelihatan kurang yakin dengan pemain itu berkata beliau sudah bersedia untuk menjual Balotelli pada musim akan datang. Ketika ditanya sama ada akan cuba untuk menjual Balotelli, Mancini berkata: "Mungkin." "Saya mungkin akan menjualnya, tetapi ia bergantung kepada tahap prestasinya kerana dia seorang pemain yang hebat,"kata beliau. "Beliau bukan seorang lelaki yang buruk, tetapi saya menyesal kerana sebagai seorang pemain yang hebat, Balotelli sering melakukan pelbagai masalah dan ini menyebabkan beliau kehilangan bakat dan kualiti,"tambah beliau. Manchester City telah menandatangani perjanjian bersama Balotelli pada Ogos 2010. Balotelli yang telah menjaringkan 17 gol dalam 31 perlawanan musim inidna idak akan bermain baki enam perlawanan akan datang. "Beliau mungkin tidak akan bermain untuk enam perlawanan akan datang. "Saya inginkan 11 pemain diatas padang, dengan adanya Mario ia adalah satu risiko yang besar untuk City," tambah Mancini. Bagaimanapun, Mancini berharap Balotelli akan mengubah tingkah lakunya jika mahu terus bermain di kelab tersebut. Sinar Harian |
Posted: 08 Apr 2012 08:40 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JERANGAU - Misteri kehilangan buah sawit milik peneroka tempatan terungkai dengan tertangkapnya seorang penagih dadah yang disyaki menjadi dalang perbuatan terbabit. Penangkapan suspek berusia 30an itu dilakukan penduduk sebaik terserempak dengan pemilik ladang dipercayai pernah dicurinya sebelum bertindak membelasahnya kerana dipercayai cuba melarikan diri. Kejadian dipercayai berlaku petang kelmarin ketika suspek sedang menunggang basikal berdekatan Pasar Jerangau. Sebaik melihat kelibat suspek, pemilik ladang berkenaan meminta bantuan penduduk berdekatan untuk menangkap sebelum suspek dibelasah kerana cuba melarikan diri. Suspek terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sehari sebelum kejadian, suspek dikatakan terserempak dengan pemilik ladang berkenaan ketika sedang mengait buah sawit, namun berjaya melarikan diri sebaik menyedari gelagatnya diperhatikan. Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut. Ujian saringan air kencing mendapati dia turut positif dadah jenis methapethamine. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan dan suspek kini ditahan reman untuk disiasat mengikut seksyen 379/511 Kanun Keseksaan Jenayah. Agency |
Posted: 08 Apr 2012 08:38 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga bukan sahaja terpaksa berputih mata kerana tidak sempat menikmati 'habuan' yang dicuri setelah memecah masuk sebuah rumah di Jalan Sultan Ismail, di sini, lebih malang, dia terpaksa meringkuk di penjara selama 30 bulan dan dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Bapa kepada empat anak, Affendi Mohd Yussoff, 35, dari Kuantan, Pahang, turut berdepan hukuman tambahan penjara selama tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan jumlah denda yang ditetapkan. Hukuman dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku bersalah memecah masuk dan mencuri sebuah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM27 milik seorang pembantu rumah di Jalan Sultan Ismail, di sini, kira-kira jam 4 pagi pada 22 Mac lalu. Affendi mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah yang melibatkan kerugian bernilai kira-kira RM200. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi, manakala tertuduh tidak diwakili pegua Berdasarkan fakta kes, mangsa yang menyedari kehadiran tertuduh telah memaklumkan kepada pemilik rumah yang disewanya kira-kira jam 4 pagi pada 22 Mac lalu. Pemilik rumah berkenaan yang merupakan seorang Pegawai Farmasi kemudian menghubungi polis sebelum tertuduh ditahan tidak lama selepas itu manakala tiga lagi rakannya berjaya melarikan diri. Sinar Harian |
Posted: 08 Apr 2012 08:34 PM PDT 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JELOR - Pada usia warga emas, biasanya anak-anak yang akan menjaga ibu bapa mereka tetapi berlainan dengan pasangan Abdul Rashid Mohd Noor, 60, dan isterinya, Kamariah Che Soh, 53, apabila menghabiskan sisa hidup mereka dengan menjaga seorang anak yang lumpuh akibat ketumbuhan. Walaupun kedua-dua mereka sudah berumur dan uzur, tetapi ia sedikit pun tidak membebankan pasangan itu, malahan mereka gembira kerana dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan untuk menjaga anak sulung daripada 10 beradik itu, Rosdi Abdul Rashid, 35. Abdul Rashid berkata, dia sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan anak sulungnya itu sentiasa berada dalam keadaan baik serta selesa, sehinggakan dia sanggup menjual lembu yang dibelanya bagi menampung perbelanjaan perubatan Rosdi. "Kami orang miskin, saya pun hanya bekerja sebagai penjaga pam air dan mendapat gaji RM600 sebulan. "Duit sebanyak itu digunakan untuk menyara lima anak yang masih di bawah tanggungan, dan setiap bulan sebanyak RM300 lebih perlu dibelanjakan untuk membeli lampin pakai buang serta susu untuk Rosdi," katanya kepada ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Jelor Hilir. Menurutnya, permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah pun dibuat pada awal tahun ini tetapi sehingga sekarang belum diluluskan lagi. Abdul Rashid berkata, dia dan isteri berharap sangat jika pihak JKM dapat mempercepatkan proses tersebut kerana dengan duit bantuan mereka boleh gunakan bagi perbelanjaan bulanan anak sulungnya itu. Sebelum itu, Abdul Rashid dan keluarga menerima kunjungan daripada K3 Riders Club Kota Bharu semalam ke rumah mereka di sini. Dalam kunjungan tersebut, kelab tersebut menyumbangkan sebuah katil, lampin pakai buang serta bekalan susu untuk kegunaan Rosdi. "Kami sekeluarga berterima kasih kerana sudi memberikan sumbangan kepada anak kami.," katanya. Orang ramai yang ingin mendermakan wang kepada keluarga Abdul Rashid boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional iaitu 0310529000221063. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan