Selasa, 17 April 2012

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Perbahasan Dengan Timbalan Menteri Pelajaran, 9hb April, 2012

Posted: 17 Apr 2012 05:55 PM PDT

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh tentang B.41, Kementerian Pelajaran Butiran 030300. Saya rasa tambahan ini adalah untuk bayaran bonus kakitangan awam kementerian ini, saya rasa sebahagian besar daripada jumlah tersebut adalah terdiri daripada guru-guru.

Saya rasa tugas guru adalah untuk mengajar, mendidik anak-anak kita dan juga generasi muda kita tetapi saya tidak faham kenapa apabila Timbalan Perdana Menteri kita membuat satu lawatan ke negeri Kedah pada 5 April lalu, semua guru di SJK(C) dan juga SJK(T) diminta untuk berhenti mengajar bagi menunggu ketibaan Timbalan Perdana Menteri kita.

Ada sekolah-sekolah yang jauh sedikit, mereka terpaksa berhenti belajar pada pukul 10.15 pagi supaya guru-guru tersebut bolehlah pergi untuk menjemput ketibaan Timbalan Perdana Menteri. Saya rasa ini bukan tugas kakitangan kita ataupun tugas guru-guru kita untuk tangguhkan kerja mereka untuk pergi ke satu tempat bagi menunggu ketibaan Timbalan Perdana Menteri.

Lagi teruk pada 7 April, hari Sabtu yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke Batu Pahat, pergi ke hometown saya. Saya tidak kisahlah pergi ke Batu Pahat tetapi kenapa pada kali ini bukan sahaja guru-guru di sekolah kerajaan diminta untuk pergi ke padang untuk menunggu ketibaan beliau tetapi juga guru-guru di SMPC juga diminta untuk pergi ke padang untuk menunggu ketibaan beliau.

Saya hendak tanya di sini, kementerian ini ada bayar satu sen pun gaji untuk guru-guru di SMPCkah? Bonus ini yang sekarang sedang kita minta satu penambahan sebanyak RM279 juta ini, adakah satu sen untuk guru-guru di SMPC tidak? Sekiranya tidak ada, saya hendak tanya kenapa Jabatan Pendidikan Daerah berhak dan bolehkah kita izin mereka tulis memo, tulis surat kepada SMPC untuk minta mereka hantar guru-guru mereka pergi ke padang untuk menunggu ketibaan Perdana Menteri.

Hari Sabtu, pelajar-pelajar SMPC sepatutnya mereka ada kelas juga, tetapi murid-murid di SMPC mereka bayar yuran sendiri, ibu bapa bayar yuran sendiri untuk hantar anak mereka pergi ke sekolah SMPC tetapi sekarang guru-guru cakap, hari Sabtu yang lalu, pelajar-pelajar tidak perlulah datang ke sekolah kerana Perdana Menteri datang. Guru-guru terpaksa pergi ke padang untuk menunggu ketibaan Perdana Menteri. Saya hendak tanya, ini adil tak? Ini saksama tak? Ini boleh masuk akal tak? Kenapa Kementerian Pelajaran kita boleh buat macam ini? Kalau hendak cakap berdirilah, jangan duduk di sana dan cakap.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Seorang Ahli: Boleh.

(More......)

[ Parlimen ] Perbahasan Mengenai 41 Syarikat Pemegang AP Yang Mempunyai Cukai Tertunggak

Posted: 17 Apr 2012 05:09 PM PDT

Maksud B.10, B.11, B.12 [Jadual] –
Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2011] –

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Dua perkara. Satu di bawah B.10, Perbendaharaan, Butiran 080000 – Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Saya hendak merujuk kepada satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang bertarikh 29 Mac tahun ini. Maknanya dalam jawapan tersebut menyatakan bahawa di negara kita ada 99 syarikat yang merupakan pemegang AP iaitu import permit kenderaan tetapi di antaranya, dua syarikat..

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, dalam butiran mana Yang Berhormat?

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baik.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih. Butiran 080000. Di antara 99 syarikat tersebut, dua syarikat lagi belum berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan 41 syarikat tersebut mempunyai cukai tertunggak sebanyak RM144 juta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya rasa kalau bagi orang biasa, bagi warga Malaysia yang biasa, ada orang atau penduduk yang jumpa saya kerana mereka hanya mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM200 tetapi mereka dihalang pergi ke luar negeri di bawah seksyen 104 di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Akan tetapi sekarang di negara kita, ada 41 syarikat pemegang AP ini dan cukai tunggakan mereka adalah sebanyak RM144 juta.

(More......)

[Parlimen] Perbahasan dgn T.Menteri Pelajaran II - 10hb April, 2012

Posted: 16 Apr 2012 09:55 PM PDT

Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada kerajaan merancang dan bersedia untuk mewujudkan tanah rizab sekolah untuk pembinaan SJK(C) dan SJK(T) kerana setakat ini tanah rizab sekolah adalah untuk pembinaan SK dan SM sahaja.


Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya tidak sangka hari ini dapat jumpa Yang Berhormat Serdang lagi. Saya harap beliau malam tadi dapat tidur nyenyak kerana masih terkejut dengan kehadiran 70,000 orang di Batu Pahat. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya Kementerian Pelajaran Malaysia merancang dan komited untuk menyediakan tapak tanah rizab untuk pembinaan semua sekolah kerajaan. Semua sekolah kerajaan. Sama ada sekolah kebangsaan, SJK(C) dan juga SJK(T). Untuk makluman Yang Berhormat di seluruh negara terdapat 404 buah SJK(C) kerajaan dan 153 buah SJK(T) kerajaan. Oleh itu adalah tidak benar dakwaan Yang Berhormat bahawa rizab sekolah hanya untuk pembinaan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.

Walau bagaimanapun demi meneruskan usaha memupuk perpaduan di kalangan murid dilaksanakan di peringkat awal persekolahan lagi. Maka sudah tentu KPM akan memastikan tapak rizab sekolah untuk aliran perdana iaitu kebangsaan adalah mencukupi. Untuk makluman Yang Berhormat dalam membuat perancangan membina sekolah baru KPM memberi keutamaan kepada beberapa aspek berikut:-

(i) lokasi tapak adalah bersesuaian;
(ii) sudah mempunyai kemudahan asas seperti jalan masuk, bekalan air dan juga elektrik;
(iii) mengimbangi keperluan penduduk setempat terutama dari segi kepadatan penduduk; dan
(iv) memastikan keluasan tapak adalah lapan hingga dua belas ekar untuk sekolah menengah dan enam hingga lapan ekar untuk sekolah rendah.

Akan tetapi bagi memastikan kriteria tersebut dipenuhi, KPM berhadapan dengan kekangan tapak rizab sekolah khususnya di bandar. Oleh itu ada sekolah kebangsaan sendiri yang terpaksa dibina atas tapak kurang empat ekar seperti Sekolah Kebangsaan Seri Puteri di Batu Pahat. Ini sebab Yang Berhormat Serdang mungkin tidak tahu sebab jarang balik ke Batu Pahat. Bahkan banyak sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan yang terpaksa mengadakan sekolah dua sesi di samping itu masih wujud sekolah-sekolah menumpang di negara ini. Ini juga Yang Berhormat Serdang mungkin banyak tidak tahu.

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang