Mohamad Taufek Abd Ghani |
- 'PTPTN supaya pemodal dapat meniaga kolej'
- Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap
- Graduan kelas pertama kekal berhutang dengan PTPTN
- Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 di Paroi
'PTPTN supaya pemodal dapat meniaga kolej' Posted: 17 Apr 2012 12:12 AM PDT Apr 17, 2012 Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa kerajaan mahu mengekalkan kebergantungan kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi 'melindungi' kepentingan "pemodal" yang mahu membina kolej kediaman bagi tujuan perniagaan. Justeru itu, Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma PSM, R Karthiges berkata "tindakan kasar" Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pelajar yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka diambil kerana pendidikan percuma dianggap sebagai ancaman kepada amalan kapitalisme. "Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan. "Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?" soal pemimpin parti berhaluan kiri itu. Karthiges juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa memberikan reaksi keterlaluan terhadap pengumuman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untk memansuhkan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya. "Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan apabila pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera," katanya dalam kenyataan semalam. http://malaysiakini.com/news/195220 |
Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Posted: 17 Apr 2012 12:11 AM PDT Sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan didakwa 'merompak' wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya secara senyap apabila melakukan penyelewengan melalui kaedah 'debit' daripada akaun pelajar secara paksa. Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta. Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat. Salah seorang pelajar, yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 24, berkata, pelajar yang terlibat sepatutnya menerima RM18,000 sebagai wang sara diri daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM56,000. Namun menurutnya, mereka hanya menerima RM100 setiap semester dan pihak pengurusan sering berdolak-dalih setiap kali pelajar meminta baki wang yang sepatutnya. "Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tidak diberi peluang untuk menyemak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami. "Ketika proses itu juga, kami dipaksa untuk menandatangani satu borang 'tambahan' yang tidak diketahui tujuannya dan hanya mengetahui borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami setelah proses selesai,"katanya pada sidang media bersama PPIM di ibu negara semalam. Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, dikenali sebagai Lidiya, 21, pula mendakwa, berikutan dua laporan polis yang dibuat serta desakan yang dibuat, pihak kolej akhirnya bersetuju memberi lebihan pinjaman tersebut, namun sekali lagi dia telah ditipu. Katanya, dia telah diminta menandatangani surat yang menyatakan dia telah menerima semua baki pinjaman dan tidak boleh menuntut apa-apa daripada pihak kolej sebelum cek boleh dikeluarkan. "Namun, saya hanya menerima RM9,000 sahaja iaitu separuh daripada jumlah yang sepatutnya,"katanya. Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah Sekretariat Khas PPIM, Dr. Izham Nayan dan Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah. Sementara itu, Izham berkata, situasi yang berlaku amat mengecewakan dan beliau percaya jumlah pelajar yang menjadi mangsa lebih ramai daripada yang telah dikenal pasti. Katanya, ia termasuk pelajar yang sudah tamat pengajian namun sehingga kini masih belum menerima baki wang pinjaman mereka, walhal dalam masa sama mereka perlu membayar balik pinjaman. "Perkara ini memerlukan pemantauan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana dalam hal ini pihak kolej telah melakukan kezaliman terhadap pelajarnya sendiri,"katanya. 26 Januari 2012 http://www.sinarharian.com.my/nasional/kolej-swasta-rompak-ptptn-pelajar-secara-senyap-1.20309 |
Graduan kelas pertama kekal berhutang dengan PTPTN Posted: 17 Apr 2012 12:11 AM PDT April 17, 2012 KUALA LUMPUR: Graduan kelas pertama masih kekal berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dari DAP hari ini membangkitkan kes 8,000 graduan institusi pengajian tinggi yang tidak dikecualikan dari membayar hutang. "Sejak 1997 hingga Julai 2005, pinjaman mahasiswa kelas pertama ditukarkan kepada biasiswa. "Mengapa pula sejak Julai hingga 2010, mereka tak dapat taraf biasiswa?," soal Nga yang juga setiausaha DAP Perak semasa sidang media di Parlimen pagi tadi. Nga turut mempersoalkan sebab di sebalik layanan tidak adil terhadap para graduan tersebut. "Adakah ia kerana sijil mereka palsu atau adakah ia kerana pilih kasih?" Nga akan menyerahkan memorandum setebal 600 muka surat kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Sri Khaled Nordin. Memorandum tersebut mengandungi bukti bahawa mahasiswa tersebut adalah sebenarnya graduan kelas pertama. Dalam perkembangan berkaitan Nga turut meminta kerajaan mempertimbangkan agar faedah 3% yang dikenakan sekarang dimansuhkan untuk membantu meringankan beban kos graduan lepasan universiti yang baru menamatkan pengajian mereka. Beliau turut menyeru agar Khalid melawat dan mendengar rintihan mahasiswa yang berdemonstrasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebagai seorang yang mewakili kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Didahulukan' Khalid wajar melawat pelajar di Dataran Merdeka untuk mengetahui isu-isu mahasiswa," kata Nga. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/17/graduan-kelas-pertama-kekal-berhutang-dengan-ptptn/ |
Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 di Paroi Posted: 16 Apr 2012 10:51 PM PDT CERAMAH MOBILASI BERSIH 3.0 Tarikh : 21 April 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban Penceramah : - Ustaz Riduan Mohd Nor , Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat - Mohd Sany Hamzan , Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat - Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan - Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau Hubungi Hassan 019-2171942 |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan