Direct Free Kick |
KONTROVERSI PROJEK KEN CITY, TAMAN NIRWANA, AMPANG. Posted: 17 Apr 2012 04:54 AM PDT Projek Ken City oleh pemaju Sri Seltra telah mendapat bantahan dari penduduk tempatan. Ia telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor atau MTES. MTES telah memberi kebenaran agar projek ini diteruskan dengan beberapa syarat. Di antaranya adalah pemaju melakukan beberapa pindaan kepada cadangan mereka seperti memastikan trafik dari pembangunan itu tidak memasuki kawasan kediaman yang sedia ada dan meningkatkan sistem perparitan dari pembangunan tersebut. Walau bagaimanapun bantahan yang berterusan masih diterima dari penduduk. Memandangkan kesan projek tersebut bukan sahaja melibatkan kawasan Taman Nirwana tetapi Kg Pandan, Taman, Dagang, Taman Cahaya, Taman Chempaka dan beberapa taman lain maka adalah wajar Kerajaan Negeri mendengar semula akan bantahan penduduk. Satu penyelesaian menang-menang mesti dicapai agar tiada sesiapa akan dipersalahkan di kemudian hari. Isu ini tidak hanya melibatkan penduduk Taman Nirwana tetapi hampir satu pertiga penduduk kawasan Dewan Negeri Chempaka dan perlu diberi perhatian yang serius. Oleh itu, saya akan mencadangkan kepada YAB Dato Menteri Besar agar memberi peluang kepada penduduk untuk memberi penjelasan kenapa mereka terus membantah. Iskandar bin Abdul Samad |
Sidang Akhbar Pra Pembukaan Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya. Posted: 16 Apr 2012 10:11 PM PDT Sukacita dimaklumkan bahawa Y.B Tuan Iskandar bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan akan mengadakan Sidang Akhbar Pra Pembukaan Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya seperti butiran berikut : Tarikhi : 17 April 2012 (Selasa) Masa : 2.30 petang Tempat : Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya, Jalan Pandan 4, Taman Pandan Jaya, 56100 Kuala Lumpur. Sidang akhbar tersebut akan diadakan selepas satu lawatan untuk meninjau perpustakaan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Rodzi bin Man, Pengurus Pusat Khidmat Dun Chempaka di talian 012 364 5634 atau 03 9283 3835. Para wartawan dan jurufoto dijemput hadir untuk membuat liputan. Iskandar bin Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor 16 April 2012 |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan