. |
- TERAS SAMBUT BAIK SARANAN PRESIDEN PAS – PERJUANGAN ISLAM MENDAHULUI PERJUANGAN BANGSA
- Rupa-Rupanya Begini Cara PTPTN Jana Keuntungan Besar
- Gambar Markas PAS Di Roboh Umno BN
TERAS SAMBUT BAIK SARANAN PRESIDEN PAS – PERJUANGAN ISLAM MENDAHULUI PERJUANGAN BANGSA Posted: 17 Apr 2012 03:05 AM PDT Kenyataan Media TERAS 16hb April 2012 TERAS SAMBUT BAIK SARANAN PRESIDEN PAS – PERJUANGAN ISLAM MENDAHULUI PERJUANGAN BANGSA TERAS menyambut baik saranan Presiden Pas YB DS Tuan Guru Hj Hadi Awang mengenai perjuangan Melayu yang perlu bersandar kepada Islam. Seperti yang telah selalu dan secara konsisten ditekankan oleh Teras , perjuangan Melayu yang tidak berdasarkan Islam adalah batil. Membelakang Islam dan menomborsatukan Melayu adalah perjuangan yang tidak boleh diterima malah perlu ditolak. Tidak kira yang memperjuangkannya adalah atas nama NGO atau parti politik. Kami sangat menyanjung tinggi mesej beliau yang mahu semua pertubuhan yang memperjuangkan bangsa Melayu memahami bahawa menyatakan kasih kepada bangsa adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan Islam , namun membenci dan bermusuh dengan bangsa lain sehingga menafikan hak dan melakukan kezaliman ke atas mereka adalah ditolak oleh Islam. Lantaran itu sangat wajar setiap pertubuhan yang mengangkat persoalan Melayu mengistiharkan secara tegas dan jelas prinsip masing-masing, apakah benar-benar berpandukan neraca Islam sebagai asas untuk memperjuangkan bangsa atau sebaliknya. Malah mengatas-namakan perjuangan mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu itu sekalipun, juga perlu bersandarkan Islam sepenuhnya. Sesungguhnya kedaulatan Raja-raja Melayu hanya sah dengan berdalilkan Islam sebagai peraturan yang memerintah , bukan yang diperintah. Teras berpandangan sejak dari awal lagi , bahawa memang memperjuangkan nasib bangsa sendiri demi mengangkat darjat sosio-ekonomi kaum sendiri agar mencapai paras yang lebih bermaruah , sangat wajar malah dituntut . Akan tetapi ia perlu berasaskan konsep, pendekatan dan matlamat yang semestinya sesuai dan menepati kehendak syariat Islam. Konsep keadilan sebagai prinsip dalam memperjuangkan nasib bangsa mesti melepasi kepentingan yang lain. Dengan demikian, slogan ketuanan Melayu adalah tidak relevan kerana insan Melayu sepatutnya hanya menerima konsep keunggulan Islam dan tidak konsep feudal membuta tuli kepada kepimpinan Melayu yang terkeluar dari landasan Islam dan berpegang kepada faham aliran sekular. Teras akan menolak mana-mana pihak yang melaungkan slogan berjuang untuk bangsa Melayu berkonsepkan "Hidup Melayu , tidak kira benar atau salah". Perjuangan mana-mana kelompok atas nama Melayu yang terlepas dari prinsip kebenaran dan keadilan yang dita'rif oleh Islam tidak mungkin boleh diterima sebagai mewakili perjuangan Melayu. Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden TERAS | ||
Rupa-Rupanya Begini Cara PTPTN Jana Keuntungan Besar Posted: 16 Apr 2012 11:15 PM PDT Bacalah, uye cut n paste aje.
Siapa pengerusi PTPTN? Jika kita rujuk wikipedia di link ini [SINI] ianya merujuk kepada Datuk Ismail Mohamed Said nak tengok sila ke FB dia di [SINI]. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, Beliau yang mencadangan penubuhan dana itu bersama pelan pembiayaan terhad yang diperhalusi dan telah dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan seterusnya dibentangkan kepada Kabinet serta diluluskan . Bagaimana PTPTN cari UNTUNG? Bab keuntunggan tersembunyi KERAJAAN diam jer.tak nak dedahkan..wah.. kaya kaya .. apa kata AUDIT NEGARA terjah ASET- ASET Datok Ismail Mohamed Said nih. agak agak kekayaan nya macam mana yer?sure sebut audit jer,mau demam mengigil gigil nih. crony umno.standart lah. kalau tak tipu bukan umno namanya. Semasa awal penubuhan awal PTPTN ini,sangat kecuh akibat penentangan disebabkan mengapa dihapuskan biasiswa?elok elok ada biasiswa di hapuskan pula.selain tu,PTPTN ni cas koskos riba yang tinggi iaitu 3% dengan menyorok perkataan riba tu kepada pengurusan.sedangkan ianya adalah pembiayaan dari wang kerajaan.wang rakyat!! Benarkah PTPTN tak ada riba? Benarkah kos pentadbiran 1% ? siapa yang periksa semua ni? AUDIT? or sebagai 1 lakonan sahaja?Merendahkan kadar kos pentadbiran walhal hakikatnya iaitu melanjutkan tempoh bayaran sama seperti Re-finance balik pinjaman dengan memanjangkan tempoh bayaran balik....tak gitu? Bagaimana CUKONG2 ini buat duit?ok untuk mudah faham.Dana yang di beri dari Kerajaan.Perbadanan yang menguruskan wang rakyat untuk dipinjamkan kepada pemohon pinjaman .So sebuah badan yang dilantik untuk mengurus ni ditubuhkan dan yang bestnya dato ALONG ni lantik diri sendiri jadi pengerusi beb! Contoh bayaran balik PTPTN Kalau ikotkan ..baki dah zero!! maknanya dah habislah.. Tapi menurut owner pinjaman ni dia mengatakan bahawa tempoh pinjaman nih habis tahun 2009 maknanya tak perlu bayarlah.tapi tengok kat slip gaji ada potongan jer tiap tiap bulan..adeh!!!!!! Apa maksud LRS KONVENSIONAL - UJR [laras konvesional kepada Ujrah] Ujrah, kononya Islamik lah tuh....wayang ker? 3% kepada 1 % ? kos pengurusan daripada bulan bulan bayar lebih kurang 33.00 terus mendadak berjumlah 6.970!! adakah mereka awal awal lagi merembat duit tu untuk di laburkan bagi mendapat RIBA [keuntungan mudah] dari bank bank? bayangkan seorang pelajar di potong sejumlah 7 ribu.darab dengan ribuan pelajar yang meminjam?berapa bilion wang RIBA di kutip dari pelaburan di bank bank ini? So jika kita kira kos pengurusan yang tinggi nih,maka kita taw.. wang yang banyak ni boleh JANA / creat income jika di simpan dalam BANK!!! . itu 1 hal.. next step kita lihat pula keuntunggan dari TOTAL pinjamman itu tadi. Contoh pinjaman tu RM30 K . adakah pelajar tu dapat sekaligus wang tersebut? no .. no mereka tak dapat sekaligus atas alasan peminjam akan enjoi wang tersebut. ketepikan soal enjoi tak enjoi. Loan ini diberi sedikit demi sedikit,so baki duit pelajar yang CUKONG ini simpan tu ada dimana? tentulah mereka labur kat BANK bank bukan? berapa bilion pula UNTUNG atas angin dari wang terpijak ini pula? Maka tersingkaplah rahsia MENGAPA SKIM DICADANGKAN dan tujuan SKIM ini diwujudkan. Andai katalah kerajaan perihatin akan kesulitan rakyat, Bukan dengan cara beri pinjaman yang kerajaan patut buat,tapi dengan MENUBUHKAN UNIVERSITI AWAM dengan kos yang murah dalam kemampuan rakyat. Bukan buat UNIVERSITI SWASTA yang kosnya mahal sanggat!!! Penat lah aku nak citer pasal SCANDAL KRONY nih.. biar orang lain lak dedahkan pasal nih.. Gua leh copy paste jer dari depa..kehkehkeh.. ~kingofgoblok Source: http://addin77.blogspot.com/2012/04/ini-pengerusi-ptptn-orang-umno-rupa.html | ||
Gambar Markas PAS Di Roboh Umno BN Posted: 16 Apr 2012 07:22 AM PDT Gambar nih di ambil pada 13 April 2012, niat Ali Rustam untuk memadamkan cahaya perjuangan Islam di Bukit Katil di katakan berjaya oleh puak-puak pencacai apabila robohnya markas PAS dan bangunan Pasti Bukit Katil. Markas PAS dan Pasti Bukit Katil nih merupakan nadi kepada gerakan Islam di sekitar kawasan Bukit Katil. Namun kerana kerakusan dan kezaliman rejim Ali Rustam yang kian hari kian goyah telah nekad untuk merobohkan mercu tanda ini. Namun semangat pengerak dan penyokong gerakan Islam PAS kawasan Bukit Katil tidak akan goyah dengan peristiwa pahit ini. Peristiwa pahit ini akan menambahkan lagi semangat kami untuk menumbangkan rejim Ali Rustam pada PRU 13 nanti.. Source: http://addin77.blogspot.com/2012/04/gambar-markas-pas-dan-pasti-bukit-katil_14.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29&utm_content=FaceBook |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan