Rabu, 25 April 2012

.

.


Unggun Bersih 3.0 Sudah Mulai Nyala

Posted: 25 Apr 2012 07:21 AM PDT

Suasana himpunan Bersih - Duduk dan Bantah kini mulai hangat. Wap dan petanda KL akan banjir dengan manusia Sabtu depan sudah makin jelas. Kalau beberapa hari lalu Bersih seperti sejuk dan tidak ghairah, kini suhunya sudah berlainan. Di mana-mana orang sudah mulai bercakap fasal baju kuning dan Bersih.  Dadah juga sudah mendidih dan bulu tengkok sudah merinding. Begitu juga para pasukan keselamatan sudah mula membuat perancangan masing-masing bagaimana untuk menghadapi armada Bersih.

Mereka menyokong penuh Bersih.
Hari ini saya beberapa orang teman Fb saya menghubungi atau bertanya saya di mana boleh dapatkan baju kuning bertulis Bersih 3.0. Ada yang yang oder sampai 100 helai. Panggilan datang dari dari Johor, Pahang, Melaka dan juga Kedah. Ini memberi gambaran warna kuning sudah mulai menabiri mata orang ramai di seluruh negara. 

Kehangatan ini ketara sejak dua hari lepas, apabila pihak DBKL mulai bertindak merampas khemah dan peralatan perkhemahan pelajar membantah PTPTN di Dataran Mereka.

Penangkapan tersebut menjadi perhatian umum dan secara tidak langsung mengingatkan orang ramai kepada Bersih. Sebelum itu serangan samseng tahi minyak juga menimbulkan kemarahan. Setiap kali orang melihat muka pelajar bersembur dengan darah yang terpampang di wall FB  maka ketika itu juga mereka ingat kepada Bersih. Bersih akan dijadikan medan untuk 'membalas' dendam. Bagi mereka pelajar berkenaan tidak seharus dilayan seburuk itu.

Situasi itu ditambah pula oleh 'pertunjukan sarkas' budak-budak atau politician hingusan cap buntal tibai gambar Anwar Ibrahim di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru. Sekumpulan manusia buntal beramai-ramai telah mengamuk dan menimbai gambar Anwar kerana marahkan kepada pemimpin itu yang tidak memenuhi kehendak mereka.

Tembakan Bersih 2.0 oleh Fru.
Acara diketuai presiden Perkasa(am) yang terkenal dengan ketololan itu dianggap paling bodoh dan setaraf dengan aksi sekumpulan manusia yang memijak kepala lembu tidak lama dulu. Perbuatan itu bukan saja sia-sia tetapi mendedahkan kecetekan akal budi mereka dan kerendahan moral mereka.  Mereka mendedahkan standard politik kelas mereka. Bunyi khabar Umno berdukacita di atas kejadian itu. Umno yang cerdik dan intelek tidak bersetuju dan mereka sendiri pun tidak mengikhtiraf perwujudan kumpulan buntal itu.

Pakatan pertahanan rakyat Bersih 2.0
Demikian juga dengan sikap 'mulut manis jubur masam' Menteri Dalam Negeri dan Datuk Bandar DBKL yang berdolak dalih untuk menyekatkan himpunan itu, menambahkan minat orang ramai untuk bangkit menyertai Bersih 28 April ini. Sikap dolak dalih dan cakap tak serupa bikin itu menjadikan orang ramai naik meluat dengan kedua institusi itu. Baik orang ramai tidak peduli kepada rapat itu menjadi mereka mula memberi perhatian.

Lautan rakyat Bersih 2.0
Hishamuddin mulanya mengatakan dia tidak ada apa-apa masalah dan membenarkan himpunan berkenaan, tetapi selepass tidak sampai setengah jam polis membuat kenyataan akan melarang himpunan itu kalau diadakan di Dataran Merdeka. Apakah erti semua ini kalau bukan politik standard budak-budak. Datuk Bandar Kuala Lumpur pula tumpang sekaki mempersendakan dan cuba menunjuk baik hati dengan menawarkan tempat lain untuk Bersih.

Sebahagian wanita Bersih 2.0 melangkah gagah.
Pengerusi Bersih, Pak Samad Said namun tidak berganjak tetap mahukan Bersih diadakan di Dataran Merdeka juga. Apa hendak jadi, jadilah. Keberanian Pak Samad sebagai komandan kali ini seakan mencabar orang lain yang lebih kuat dan gagah dari untuk ramai-ramai hadir pada 28 April depan. Syabas dan tahniah kepada Pak Samad yang juga wajar dilantik sebagai Presiden Sasterawan Negara.

Dari beberapa maklumat kini para peserta dari seluruh negara sudah membuat persiapan rapi. Misalnya ada yang menempah tikit bas dan keretapi untuk ke Kuala Lumpur. Sesetengah syarikat bas ekspress dari Kelantan dan Terengganu sudah kehabisan tikit pada tarikh berkenaan. Yang lain pula akan turun dengan kereta sendiri atau menumpang kawan-kawan atau pun keretapi.

Orang ramai dijangka mulai memenuhi ibu kota mulai lusa kerana sesetengah negeri hujung minggu mereka ialah hari Jumaat.

Sementara di Kuala Lumpur dalam tinjauan ringkas, hotel budget di beberapa kawasan KL telah pun habis di tempah sejak beberapa hari ini. Ia memuncak dua tiga hari lepas selepas pihak berkuasa DBKL dan Polis mula bertindak ke atas perhimpunan mahasiswa di Dataran Merdeka. Sementara itu ramai yang telah menghubungi waris warah yang berada di Shah Alam, Kelang, Setapak, Cheras dan Gombak untuk tumpang tidur.

Keadaan ini tambah disemarakkan lagi apabila parti politik terutamanya Pas membuat kerahan terbuka supaya ahlinya datang beramai-ramai. Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meminta ahli parti itu menghadiri ke himpunan itu. Katanya kehadiran adalah wajib. "Kita perlu hadir untuk menentang ketidakadailan," katanya. Seruan itu cukup untuk dijadikan fatwa kepada orang-orang Pas untuk membanjiri Dataran Merdeka.

Manakala Presiden Pas Abdul Hadi Awang siang-siang lagi menyatakan kesediaan untuk hadir ke himpunan berkenaan. Presiden Amanah Mereka, Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada himpunan Duduk dan Bantah itu telah membatalkan permergiannya ke Sabah yang dijadulakan pada tarikh sama. Maklumat dari Sabah memberi tahu program perlancaran Amanah Sabah ditunda ke tarikh lain kerana ia bertembung dengan Bersih 3.0.

Dipercayai penundaan itu ada kena mengena dengan kenyataan Tengku Razaleigh yang menyatakan sokongan terbuka kepda Bersih.  Bagaimana pun sehingga saat ini belum dipastikan apakah Tengku Razaleigh akan ikut bersama dalam himpunan bersejarah Duduk dan Bantah itu.

Dalam perkembangan lain pihak DBKL katanya hari ini sudah mula memagarkan kawasan Dataran Merdeka tempat yang dijadikan tumpuan itu. Katanya DBKL akan meletakkan gelong kawat duri di sekeliling kawasan itu. Tindakan DBKL akan menyebabkan keghairahan orang ramai untuk membanjiri Ibu Kota 28 April ini semakin menjadi-jadi lagi.

Kawat, water cannon, blatan tidak akan mampu menghadang kuasa rakyat 28 April ini. Apa yang saya bimbang nanti apabila sudah ratusan ribu berhimpunan di Dataran Merdeka mereka akan menggulung polis, rela dan petugas DBKL termasuk SB sendiri dalam kawat duri.

Melihat kepada kehangatan ini pihak penganjur Bersih sepatutnya berterima kasih kepada DBKL, Polis dan juga kumpulan yang melakukan upacara menibai gambar Anwar di Kampung baru malam kelmarin.. kerana gara-gara aksi mereka yang tidak masuk akal dan bebal itulah menyebabkan unggun Bersih 2.0 kini sudah mulai berasap untuk membentuk api Bersih 3.0 lebih besar dan hangat. Barang kali di sinilah hikmat di atas kejadian itu yang kita merasakan ianya tidak ada faedah sebaliknya membawa manfaat besar.  [wm.kl.4:44 pm 24/04/12] 

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/04/tinjauan-rasa.html

Kesahihan EGM KPF Diragui, ANAK Sedia Bawa Ke Mahkamah

Posted: 24 Apr 2012 07:32 AM PDT


SHAH ALAM, 23 APR: Mensyuarat Agung Luar Biasa(EGM) Koperasi Pelaburan Felda (KPF) akan terbatal sekiranya bukti diperolehi bahawa mesyuarat tersebut dijalankan dengan cara tidak sah, tegas Mazlan Aliman hari ini ketika dihubungi.
Mazlan yang juga Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bersedia untuk memohon pembatalan  setelah menerima beberapa aduan yang mendakwa terdapat penyelewengan pihak Felda dalam mesyuarat tersebut bagi membolehkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) dilaksanakan.
"Sebenarnya kita masih meneliti perjalanan EGM tersebut sebab kita menerima aduan pertama sekali tentang perwakilan yang dipilih dalam EGM itu, statusnya adakah mereka benar-benar dapat mandat daripada koperasi felda di peringkat rancangan.
"Saya difahamkan seramai tiga orang dipilih dari setiap Felda. Isunya sekarang tiga orang itu dipilih dari kaedah bagaimana.
"Adakah mereka dipilih berdasarkan persetujuan atau mandat yang diperolehi dalam mesyuarat di peringkat koperasi mereka.
"Ataupun dia dipilih atau dilantik oleh pihak pengurusan. Kita kena semak semua itu dahulu sebab mereka dipilih untuk mewakili kepentingan koperasi mereka.
"Ini merupakan antara proses terpenting yang akan kita lakukan. Peguam ANAK sedang menelitinya, kalau laporan dengan bukti-bukti yang nyata menunjukan terdapat unsur di atas kita akan memohon pembatalan di mahkamah," kata Mazlan.
Selain tidak menolak berlaku tekanan dan paksaan terhadap perwakilan dalam mesyuarat EGM terbabit, Mazlan turut mendakwa terdapat unsur sogokan agar usul penyenaraian FGVH tersebut diluluskan.
"Tekanan, ya itu sudah tentu, sebab itulah mereka dikawal yang saya difahamkan daripada rumah mereka lagi.
"Ada setengahnya dibawa oleh pengurus, 'dientertain' dan kita juga tidak menolak imbuhan-imbuhan yang diberi mungkin mereka gunakan alasan sebagai duit perjalanan dan sebagainya.
"Jadi kita tidak menolak kemungkinan paksaan, tekanan supaya menyokong penyenaraian dan sekiranya unsur-unsur seperti yang disebutkan tadi memang ada kita minta mereka buat laporan polis dan kita akan mohon supaya EGM itu dibatalkan," kata Mazlan.
Mazlan turut mendapat maklumat bahawa perwakilan hanya memberikan persetujuan ke atas usul penyenaraian FGVH tersebut setelah usul asal tersebut dibuahsuai.
"Keduanya, usul yang dibawa oleh lembaga pengarah KPF. Adakah maksud sebenar usul itu dan juga persetujuan bagaimana yang dibuat oleh perwakilan sebab saya dapat maklumat bahawa usul itu ada pengubahsuaian dan mandat yang diberikan perwakilan bergantung kepada pengubahsuaian yang dibuat.
"Ada terma-terma usul awal itu sudah berbeza dengan sebelum darinya.
"Contohnya jumlah ekuiti KPF dalam FGVH, kemudian wakil-wakil yang diletakan di bawah FGVH atau istilahnya anggota lembaga yang ditempatkan di bawah 'invesment holding company'.
"Maknanya itu terma-terma yang dikaji semula oleh pihak KPF yang saya difahamkan ia tidak dipersetujui oleh kerajaan dan semua pengubahsuaian ini sedang kita teliti," ujar Mazlan lagi.

Source: http://www.selangorku.com/?p=6319

Tiada ulasan:

Nuffnang