N50 Dun Sri Muda |
KEADILAN: Surat Mahathir pada Israel bukti kepura-puraan Posted: 01 Mar 2012 02:55 AM PST PETALING JAYA 1 Mac: Pendedahan mengenai surat ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel, membuktikan sikap kepura-puraan beliau selama ini, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Ini kerana pada masa yang sama, kata Saifuddin, Dr Mahathir dan perdana menteri seterusnya, Datuk Seri Najib Razak menjalinkan hubungan berterusan dengan Israel. "Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini. Berdasarkan surat yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, Mahathir menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan dengan Israel 'pada masa sesuai' di samping melihat kemajuan ketara dalam proses perjanjian damai. Surat itu ditulis bagi memaklumkan sokongan mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO. Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambil kira peranan Hamas yang dipilih rakyat Palestin. "Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel," katanya. Jelas beliau, sikap kepura-puraan itu diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun. "Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel," katanya. Sementara itu, Harakahdaily hari ini melaporkan kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan Israel sejak 2001, atau lebih awal dari itu. Pada 2001 sahaja, Malaysia dikatakan mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua negara meningkat dari tahun ke tahun. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27586 |
Bekas Adun BN Akan Dedah Tembelang Najib Posted: 01 Mar 2012 02:51 AM PST Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara. Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang. Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini. Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran. Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999). Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan. Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'. Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya. "Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim, "Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca, "Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan