. |
Beberapa Fakta Berkaitan LYNAS yang Tidak Dikhabarkan Dalam Media UMNO Posted: 01 Mar 2012 11:49 PM PST ULASAN: Berikut adalah beberapa fakta berkaitan dengan projek LYNAS yang dibanggakan oleh UMNO dan Barisan Nasional itu. 1) Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta. Source: http://www.malaysiawaves.com/2012/02/beberapa-fakta-berkaitan-lynas-yang.html |
AELB: Lynas perlu kemuka pelan tapak pelupusan kekal Posted: 01 Mar 2012 02:43 PM PST Syarikat perlombongan nadir bumi, Lynas Sdn Bhd di Gebeng, Kuantan tetap perlu mengemukakan kepada kerajaan pelan atau lokasi tapak pembuangan kekal (PDF) dalam masa 10 bulan walaupun ia mendakwa sisa atau buangan industrinya akan dikitar semula sepenuhnya. Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata ia penting sebagai jaminan bahan buangan industri dari kilang itu tidak terdedah dan membahayakan kesihatan orang awam sekiranya Lynas tidak dapat mengitar semula bahan berkenaan. "Selagi Lynas tidak kemukakan lokasi dan pelan PDF berkenaan dan mematuhi beberapa syarat yang lain, kerajaan tidak akan membenarkan Lynas beroperasi walaupun ia telah mendapat lesen operasi sementara (TOL) daripada AELB baru-baru ini. "Ini kerana ada kerisauan di kalangan orang awam mengenai PDF dan pada masa sama kerajaan prihatin tentang kesihatan dan keselamatan orang awam serta mahukan Lynas bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya mereka gagal mengitar semula sisa industri kilang mereka," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 di sini hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Mengulas lanjut, Raja Abdul Aziz berkata Lynas juga perlu menjawab surat jaminan yang mewajibkan syarikat berpangkalan di Australia itu menerima semua sisa buangan industri sekiranya operasi syarikat itu di Gebeng, 'gulung tikar'. "Mereka juga perlu memberitahu kepada kerajaan tarikh sebenar bila mereka akan membayar wang jaminan RM50 juta yang akan dibayar secara ansuran, dan sehingga mereka penuhi syarat-syarat tersebut, baru mereka dibenarkan beroperasi," katanya. Katanya AELB sebagai badan yang bertanggungjawab dalam isu ini akan melantik pihak ketiga dalam kalangan pemantau bebas yang akan bersama-sama dengan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pihak berkuasa tempatan dalam memastikan Lynas menepati semua ciri-ciri keselamatan dan kesihatan sekiranya ia beroperasi kelak. - Bernama Source: http://malaysiakini.com/news/190665 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan