Anwar Ibrahim |
- Anwar Ibrahim Visits Kerala Mosque
- Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak
- Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kedah
- Anwar: Toleransi dan keadilan teras keharmonian kaum
Anwar Ibrahim Visits Kerala Mosque Posted: 01 Mar 2012 08:55 PM PST Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia and Opposition leader of that country, paid obeisance at the majestic Malik Dinar Juma Masjid here on Thursday. Mr. Ibrahim visited the historic shrine at Thalangara locality around 3.30 p.m. and was accorded a warm reception by K. Mahmood Haji, president of the Juma Masjid, along with other prominent personalities from the town. Dattu Abdul Aziz, former Cabinet Secretary of Malaysia, and other leading personalities from that country accompanied Mr. Ibrahim. Mr. Ibrahim, who was on maiden visit to the town, said he had visited Kozhikode and Malappuram during his previous visits to Kerala. |
Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak Posted: 01 Mar 2012 05:16 PM PST DEMI RAKYAT 4 Mac 2012 (Ahad) 1) 7.15 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib – P> Lumut Lokasi: Madrasatul Dakwah Islamiyah, Seri Manjung
2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – P > Lumut Lokasi : Marina Hall, Teluk Murok, Lumut (Luar Kem TLDM)
Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YBhg Mat Sabu iii. YB Dato' Ngeh Ho Kam iv. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty v. YB Manikasagam
3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – DUN> Bota Lokasi : Kg Teluk Bakong, Bota Kanan
Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty iii. YBhg Mustafa Kamil Ayub iv. Sdri Siti Aisyah Shaik Ismail |
Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kedah Posted: 01 Mar 2012 05:12 PM PST DEMI RAKYAT 3 Mac 2012 (Sabtu) 1) 4.00 ptg – Hi-Tea – P> Jerai Lokasi : Dewan Orang Ramai Kampong Baru, Gurun 2) 5.30 ptg – Pesta Ponggal – P> Sungai Petani / Merbok Lokasi: Taman Seri Wang, Sungai Petani 3) 8.00 mlm – Majlis Makan Malam – P> Merbok Lokasi : Dewan Lip Khor Seang, Sungai Petani 4) 9.00 – 12.00 mlm – Pentas Pakatan Rakyat Merbok – P> Merbok Lokasi: Madrasah Zubaidiyah, Pekan Merbok 5) 9.00 – 12.00 mlm – Rapat Rakyat Pakatan Rakyat – P> Sungai Petani Lokasi : Taman Keladi, Sungai Petani 6) Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dr Tan Seng Giaw iii. YB Dato' Saifuddin Nasution iv. YB Dato' Ir Phahrolrazi Nawawi v. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng vi. YB Dato' Johari Abdul vii. YB Dato' Hamdan Mohamad Khalib viii. YB S Manikumar ix. YBhg Dato' Wan Salleh Wan Isa x. YBhg Bob Lokman xi. YBhg S Surendran |
Anwar: Toleransi dan keadilan teras keharmonian kaum Posted: 01 Mar 2012 11:48 AM PST MANGALORE, 2 Mac:Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata adalah mustahak untuk menyuburkan keharmonian di antara kelompok yang berbeza kepercayaan dan etnik, terutamanya di negara seperti India dan Malaysia yang memiliki kemajmukan masyarakat. Bercakap dalam satu sidang media di sini semalam, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menegaskan penganut sesuatu agama perlu memahami prinsip serta ajaran agama lain dengan minda terbuka dalam memastikan tidak berlaku salahfaham. “Anda tidak sewajarnya terlibat mencabuli hak asasi manusia. Manusia tanpa mengira kategori perlu dilayan secara adil dan saksama,” ujar beliau. Sambil merujuk kepada tragedi pembunuhan di wilayah Gujerat dan insiden perobohan kuil Hindu di Malaysia, beliau menegaskan bahawa dengan hanya melabel diri sendiri sebagai seorang moderat adalah tidak mencukupi namun apa yang penting adalah tindakan yang diambil perlu didasari atas prinsip keadilan dan menghormati hak-hak beragama untuk semua rakyat. Ditanya mengenai kes ‘kehilangan’ hampir 40,000 rakyat India di Malaysia, Anwar menjelaskan bahawa wujud dua jenis pendatang iaitu pendatang sah dan pendatang haram, namun kedua-dua kumpulan ini perlu dilayan secara baik dan dengan perikemanusiaan. “Di Malaysia terdapat undang-undang yang membenarkan hukuman rotan ke atas pendatang haram dan ianya dikecam hebat. Namun demikian, mereka ini dihukum kerana mereka adalah dari golongan miskin. “Sekiranya kita mahu membasmi masalah pendatang haram, kita perlu bermula dengan membanteras rasuah yang berlaku dalam agensi-agensi yang menipu pendatang-pendatang miskin ini,” tegas beliau. Ketika memuji komitmen India dalam mengukuhkan demokrasi dan kebebasan media, Anwar mendedahkan bahawa kezaliman dan autokrasi digunapakai di Malaysia atas alasan ‘Demokrasi’. “Tiada kebebasan media di Malaysia. Media-media utama dikawal sepenuhnya oleh parti yang menguasai kerajaan,” kata beliau. Anwar turut mempersoal tentang gejala rasuah yang semakin meluas serta jurang pendapatan yang semakin melebar di antara golongan miskin dan kaya di kedua-dua negara. “Keperluan kelompok miskin dan terpinggir perlu ditangani terlebih dahulu,” tegas beliau. Anwar yang berada di India untuk lawatan kerja dua hari ke Dakshina Kannada dijadualkan menyertai beberapa acara tertutup di Puttur sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur lewat petang semalam. – Coastal Digest |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan