Selasa, 27 Mac 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Dr HASAN ALI kata Dr Halimah ubah pejabat lebih kos daripadanya??!

Posted: 27 Mar 2012 07:58 AM PDT

Ubahsuai Pejabat Hasan Ali Tertinggi

191 views SHAH ALAM 27 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkilan dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh Bekas Exco Datuk Dr Hassan Ali dalam pengubahsuian pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Abdul Khalid berkata, perkara yang ditunjukkan itu tidak menunjukkan prinsip pemimpin yang mengamalkan sikap ketulusan.
Khalid berkata berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain.
Jumaat lalu, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin mendedahkan Hasaan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000, sedangkan menteri besar sendiri tidak ubah suai pejabat.
"Kenapa kita perlu mengikut orang lain, orang lain ubahsuai, kita juga hendak buat juga.
"Jangan menggunakan asas itu, orang lain buat, kamu kena buat lebih dari orang. Itu tidak boleh dan bukan prinsip kepimpinan Kerajaan Negeri," katanya dalam penggulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri petang tadi.
Antaranya, exco lain yang mengubahsuai pejabat mereka adalah Exco Kebajikan, Hal Ehwal, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebanyak RM190,000 dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian kilang Haram, Ean Yong Hian Wah sebanyak RM146,000.
Manakala Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir.Iskandar Abdul Samad sebanyak RM81,000. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM70,000.
Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu sebanyak RM30,000. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari sebanyak RM30,000.
Bagi Exco Pelaburan,Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok dan Exco Perlancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabelth Wong sebanyak kurang daripada RM25,000 serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali tidak melakukan apa-apa ubahsuai.
Tambahnya, jika beliau (Hassan) memperjuangkan rakyat seharusnya beliau melihat 'Value For Money'.
"Saya tidak menghalang jika hendak lakukan pengubahsuaian itu, sekiranya beliau gunakan RM300,000 itu untuk keluasan lebih 3000 kaki persegi, jika RM100 sekaki, jadi angka itu munasabah.
"Tetapi jika dibuat keluasan hanya 500 kaki persgi tetapi jumlah itu RM300,000 maknanya kita mesti tahu duit itu dilaburkan ke mana,"katanya.

ADUN Selat Klang hadir majlis pelancaran BAZAAR ESPLANADE TANJONG HARAPAN KLANG oleh MB

Posted: 27 Mar 2012 07:25 AM PDT

Bazar Esplanade Tarikan Baru Pelancongan Klang

512 views KLANG,25 MAC : Penduduk disekitar Klang  dan Shah Alam kini mempunyai kawasan tarikan baru untuk dikunjungi di hujung minggu dengan adanya kawasan pelancongan di Tanjung Harapan dengan adanya usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan Bazar Esplanade di sini.
Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang ramai dengan tarikan pemandangan indah dengan boleh melihat aktiviti kapal-kapal dagang dan bot-bot kecil yang berlabuh dan keluar masuk ke pelabuhan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa merasmikan Bazar Esplanade  berkata usaha ini merupakan langkah awal usaha penjenamaan semula sektor pelancongan dan dijangka mampu menarik para pelancong dari luar ke daerah Klang.
"Lebih 40,000 ahli-ahli keluarga di Klang yang mencari tempat untuk makan dan untuk membuat aktiviti antara pukul 8.00 sehingga 10.30 malam, jadi apabila ada program pertunjukkan begitu ramai orang yang datang sebab di Klang agak kurang tempat tumpuan," kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid juga berharap agar masyarakat sentiasa menjaga kebersihan kawasan pelancongan ini dan mengesorkan kepada para peniaga untuk mempelbagaikan barangan dan produk yang boleh ditawarkan kepada pengunjung untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung dari luar.
" MPK diharap akan teruskan usaha dan ramai orang yang akan memberikan idea-idea bagaimana pembangunan bazar Esplanade ini dapat diteruskan," katanya.
Beliau berkata lagi,masyarakat di Klang memerlukan kawasan destinasi pelancongan untuk bersantai dihujung minggu dan usaha MPK ini perlu dicontohi kerana daya inisiatif mempelbagaikan kawasan tarikan yang boleh dikomersilkan.
Bazar Esplanade ini dipenuhi kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual pelbagai jenis barang termasuk pakaian,cendermata, buku, makanan dan sebagainya.
Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Exco Selangor, Dr Halimah Ali dan Dr Yaakob Sapari,Ahli Parlimen Kapar Manikavasagam, Timbalan YDP Klang, Tuan Ikhsan Mukri.

Tiada ulasan:

Nuffnang