Direct Free Kick |
Posted: 27 Mar 2012 03:23 AM PDT 10 peratus RMM akan diperuntukkan untuk ibu bapa peserta-peserta TAWAS. Penjualan RMM adalah dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. Pemaju-pemaju yang membina RMM tidak boleh menjual RMM kepada sesiapa sahaja tetapi nama-nama pembeli mestilah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Peraturan yang sama digunapakai bagi penjualan Rumah Kos Rendah (RKR). Tujuan peraturan ini adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak dapat membeli RMM ini. Sasaran utama program RMM adalah mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM5,000 dan tidak memiliki rumah sendiri. Dengan peruntukan khas 10 peratus kepada ibu bapa peserta Tawas maka ini bermakna golongan muda terutamanya ibu bapa muda akan mendapat peluang yang lebih untuk memiliki rumah mampu milik. Ini bermakna jika pada satu projek itu terdapat 500 unit RKR maka 50 diperuntukkan untuk ibu bapa peserta TAWAS. Peruntukan ini adalah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memberi nilai tambah kepada program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES. Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 27 Mac 2012 |
Posted: 26 Mar 2012 04:25 PM PDT Susulan lawatan YAB Dato' Menteri Besar Selangor ke PPR Kota Damansara dan PPR Putra Damai, Lembah Subang pada 23 Oktober 2011, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan bagi membiayai, 1.) Kerja-kerja pembaikan lif Untuk pembaikan lif, kontrak-kontrak berikut telah diberikan, 1.) PPR Kota Damansara - RM973,393.00 untuk 12 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 8 Mac 2012. Sementara untuk pembaikan pam air pula, kontrak-kontrak berikut telah diberikan, 1.) PPR Kota Damansara - RM197,600.00 untuk 8 pam (semua pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012. KOS KESELURUHAN - RM3,194,750.00 Status kerja-kerja pembaikan lif adalah seperti berikut, 1.) PPR Kota Damansara i.) Blok A, B dan D - Kerja-kerja pemasangan peralatan mekanikal dan elektronik masih berjalan walaupun telah berlaku kecurian kabel di Bilik-Bilik Riser. ii.) Blok C - Kerja-kerja pembaikan hampir siap dijalankan. 2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang. i.) Blok A, B dan C - Kerja-kerja utama telah siap dijalankan dan tinggal hanya kerja-kerja akhir sahaja. ii.) Blok D, E, F dan G - Menunggu beberapa peralatan yang ditempah tiba dari kilang.
1.) PPR Kota Damansara i.) Blok A, B, C dan D - Kerja-kerja pemasangan pam baru sedang berjalan. 2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang. i.) Blok A, B, C, G dan H - Kerja-kerja telah disiapkan. Kerajaan negeri akan memastikan kerja-kerja pembaikan ini dapat disiapkan secepat mungkin. Kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan memberi bantuan kewangan untuk membiayai pembaikan-pembaikan ini maka sudah tentu ia tidak akan membiarkan rakyat tanpa pembelaan.
|
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan