Selasa, 27 Mac 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Landasan kapalterbang Rembau di Batu Hampar

Posted: 27 Mar 2012 01:03 AM PDT



Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.

Sumber : http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Tender Hospital Rembau sekadar kerja-kerja tanah?

Posted: 26 Mar 2012 08:38 PM PDT



Pada 20 Feb 2012, Saudara Azizi selaku Setiausaha PKR Cabang Rembau dalam Facebooknya telah menyiarkan artikel mengenai cadangan membina Hospital Rembau dimana gambar menunjukkan kawasan industri lot kosong milik PKNNS telah diratakan dan dipagar sekelilingnya.

Laman web JKR memaparkan tender untuk Hospital Rembau yang dikeluarkan setakat ini hanya Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah, yang tarikh tutup tender ini ialah pada 27 Mac 2012. Apakah proses kerja-kerja tanah sebelum ini, memagar sekeliling kawasan berkenaan dan meletakkan papan tanda bukan Kerja-kerja Tanah?

Bila pula hendak dikeluarkan tender Fasa 2 dan beberapa Fasa lain hingga siap sepenuhnya Hospital Rembau ini? Harus diingatkan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Rembau ini telah diadakan secara besar-besaran pada Mac 2008 yang dihadiri pada ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan dan calon Umno untuk Parlimen Rembau.

Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah)
Tarikh Iklan 27/02/2012
Tarikh ditutup 27/03/2012
http://rakan.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22031

Tender Hospital Rembau selepas 4 tahun letak batu asas
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/tender-hospital-rembau-selepas-4-tahun.html

PKNNS menawarkan harga hampir RM 1 juta untuk seekar tanah iaitu RM 958,320.00 untuk tanah Hospital Rembau (RM 22.00 untuk sekaki persegi) .

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar pampasan RM 52,272.00 seekar (RM 1.20 sekaki persegi)
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html

Kemudahan pengangkutan untuk pelawat di Hospital Seremban

Posted: 26 Mar 2012 07:58 PM PDT



Alangkah baiknya kemudahan serupa dapat disediakan di Hospital Seremban. Ini memandangkan tempat letak kereta awam di Hospital Seremban di bawah kaki bukit, manakala bangunan hospital terletak di puncak bukit. Walaupun terdapat pekhidmatan "shuttle bus", kekerapannya amat terhad dan tidak disediakan perkhidmatan tersebut pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.

Hospital P.Pinang Sedia Kemudahan Kereta Buggy

GEORGE TOWN, 26 Mac 2012 (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang (HPP) bakal
menyediakan kemudahan kereta buggy bagi memudahkan golongan tertentu.

Kenderaan itu akan membawa pesakit dan orang awam yang tidak mampu berjalan dari kawasan letak kereta bertingkat sehingga ke lobi utama hospital dan kawasan sekitar hospital.

http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=654914

Web TV PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Mar 2012 07:17 PM PDT



Jabatan IT PAS Negeri Sembilan akan melancarkan Web TV dalam masa terdekat. Justeru itu orang ramai dijemput untuk memberi nama siaran Web TV ini.

Nama siaran Web TV yang paling menarik yang bericirikan Negeri Sembilan akan mendapat hadiah yang akan disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS pada 1 April 2012 di Seremban.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Sabtu 31 Mac 2012 sebelum jam 2 petang.

Sila hantar penyertaan dengan menghantar mesej di Facebook www.facebook.com/hjtaufek

Tiada ulasan:

Nuffnang