Isnin, 20 Februari 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


UMNO TELAH LAMA LAKSANAKAN NEGARA BERKEBAJIKAN.....BETUL ATAU TIDAK

Posted: 20 Feb 2012 08:31 PM PST


Negara Berkebajikan PAS berbeza dengan Negara Kebajikan Umno

Masih ramai yang terkeliru sehingga tidak faham perbezaan di antara negara berkebajikan dan negara kebajikan. Negara berkebajikan Islam tidak sama dengan negara kebajikan yang diamalkan di negara barat, kerana perbezaan prinsip, konsep dan matlamatnya berteraskan teori sekularisme yang berwawasan sekadar dunia sahaja seperti wawasan 2020. Negara kebajikan memisahkan urusan negara daripada agama sama ada secara total atau terpilih dan tanpa perhitungan halal dan haram serta dosa dan pahala. Selepas melakukan berbagai salah laku dan dosa, boleh hilang dengan pergi haji dan umrah atau sembahyang Jumaat. Selepas itu mengulangi semula dan kadang-kadang dengan kadar yang lebih besar berlipat kali ganda.



Islam menjadikan kebajikan tajuk umum kepada seluruh sifat kejadian manusia, melibatkan kehidupannya dalam hubungan dengan Tuhan, manusia dan seluruh alam. Bukan sahaja amalnya kebajikan, bahkan seluruhnya hendaklah bersifat kebajikan. Bermula daripada dasar dan cara, sehinggalah matlamatnya. Maka perkataan 'berkebajikan' adalah memberi makna yang tersebut, sehingga meliputi dasar, konsep, amalan dan matlamat seterusnya mencapai kemuncak yang menentukan martabat manusia iaitu taqwa. Perkara ini dihuraikan oleh firman Allah:

لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآَتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآَتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (177 ) البقرة .

177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.


Menunjukkan berkebajikan itu berdasarkan kepada beriman kepada yang zahir dan yang ghaib, serta berwawasan sehingga hari akhirat. Malah sehinggalah menjadikan pelaksanannya ikhlas tanpa rasuah, menipu dan zalim. Membantu mereka yang memerlukan bantuan. Bukannya kosong tidak ada sumber ekonomi, tetapi mestilah dengan mengumpulkan sumber pendapatan tanpa menindas, serta menunaikan janji tarhadap semua manusia secara majmuk dan bersedia menghadapi cabaran dalam dan luar dengan sabar. Kesemua ciri tersebut membentuk sifat taqwa dengan makna yang menyeluruh.



Apabila pemimpin Makkah menolak tawaran Rasulullah S.A.W. kerana menganggap dasar dan konsep berkebajikan yang membawa sifat taqwa itu menjadikan negara bangsat kerana ditolak oleh masyarakat sekeliling dizaman itu. Mereka takutkan bahaya menimpa sekiranya mengikut Rasulullah S.A.W. Maka penduduk Makkah akan kelaparan dan lemah dikuasai musuh. Mereka bersedia untuk beriman sekiranya ditunjukkan di hadapan mata mereka segala projek kebendaan semata-mata yang boleh memberi kebajikan hidup tanpa iman, amal soleh dan akhlak yang baik. Malah tanpa perhitungan dosa dan pahala serta tidak berwawasankan hari akhirat.



Firman Allah SWT mengesahkan desakan mereka terhadap Rasulullah S.A.W:

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآَنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَى أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا (89) وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا (90) أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا (91) أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا (92) أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا (93) الإسراء.

89. Dan Sesungguhnya kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (Nya).

90. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami.

91. Atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya.

92. Atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.

93. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari bahan paling mahal (saperti emas dan sebagainya), atau kamu naik ke langit, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah Kitab yang kami baca". Katakanlah(wahai Muhammad S.A.W).: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanyalah seorang manusia yang dilantik menjadi Rasul?"



Seterusnya Allah menjanjikan keberkatan apabila negera beriman dan bertaqwa, bukanlah bermakna tidak ada hasil langsung sehingga bangsat. Allah berfirman:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96) الأعراف.

96. Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat yang banyak dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu. Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.



Konsep iman dan taqwa bagi negara, dengan makna mengikut para Rasul dalam menegakkan Islam secara menyeluruh, memenuhi perinsip iman, amal soleh dan akhlak tersebut. Ia membawa berkat yang mendatangkan hasil negara sehingga melimpah ruah. Taqwa adalah ungkapan yang memenuhi ciri negara berkebajikan yang tersebut. Masalahnya, perkataan berkat tidak ada dalam kamus sains politik dan ekonomi yang lain daripada Islam.



Rasulullah S.A.W. dilahirkan di Makkah, bumi yang tidak ada sumber ekonomi dan tenaga manusia. Ia mengandungi hikmat yang besar yang menunjukkan acuan membangun negara bermula dengan pembangunan insan dan dengan konsep taqwa boleh menegakkan negara maju yang sebenar. Tanpa acuan ini, maka ia memusnahkan negara yang paling maju dan kuat dalam sejarah manusia.



Firman Allah:

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (6) إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ (7) الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ (8) وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ (9) وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ (10) الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ (11) فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ (12) فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ (13) إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ (14 ) . الفجر .

6. Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?

7. (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi.

8. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.

9. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah.

10. Dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak khemah (tentara yang banyak).

11. Yang melampau (zalim) dalam negeri.

12. Lalu mereka berbuat banyak kerosakan (maksiat dan berbagai kejahatan) dalam negeri itu.

13. Karana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab.

14. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.


Kaum A'd, Thamud dan Firaun merupakan contoh kerajaan-kerajaan paling maju di zamannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat, pembangunan bersama maksiat dan zalim sehinggalah akhirnya semuanya dimusnahkan. Walaupun maju dan bertamadun dari segi kebendaannya. Allah meninggalkan kesan kebendaan yang dapat dilawati sehingga hari ini. Kemusnahannya kerana kemusnahan insan disebabkan musnahkan iman, amal dan akhlak. Walaupun banyak kebajikan bersifat kebendaan untuk rakyat, sehingga rakyat menjadi bodoh dengan kesenangan, temasuk yang berpelajaran tinggi pun menjadi bodoh dan manusiawinya dimusnahkan, maka keberkatan akan hilang keran hilangnya iman, akhlak dan amal soleh.



Allah menceritakan kesah Firaun berbuat kebajikan untuk menipu rakyat:

وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ (51) أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ (52) فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ (53) فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ (54) فَلَمَّا آَسَفُونَا انْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ (55) فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلًا لِلْآَخِرِينَ (56 الزخرف . (

51. Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir Ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; Maka apakah kamu tidak melihat(nya)?

52. Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?

53. Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya?"

54. Maka Fir'aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu sehingga bodoh atau lemah akal) lalu mereka patuh kepadanya. Karana Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.

55. Maka tatkala mereka membuat kami murka, kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut).

56. Dan kami jadikan mereka sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian.



Begitulah nasib Firaun yang bermegah dengan projek pembangunan untuk kesenangan hidup bagi rakyat Mesir dengan membandingkan dirinya dengan Nabi Musa yang tidak dapat membuat apa-apa projek pembangunan dan tidak mampu membantu rakyat kerana belum mandapat memerintah negara.



Ada juga kalangan mereka yang menyatakan PAS sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan. Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam. Peranan Majlis Syura Ulama yang mampu merujuk setiap langkah dan keputusan daripada Al Quran dan Sunnah. Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya diwajibkan berbaiah yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, supaya tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya. Maka celaka dunia dan akhirat sesiapa yang melanggar baiahnya.



Perlu diketahui bahawa setiap ajaran Islam yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah, menegaskan dalil secara dua pendekatan. Mantuq (dilafazkan secara nyata ) dan Mafhum (secara difahami tujuan dan maknanya ). Walaupun Al-Quran tidak menyebut secara lafaz yang nyata dengan perkataan sembahyang Islam, puasa Islam, zakat Islam, haji Islam dan lain-lain, namun boleh difahami perbezaan diantara ibadat Islam yang sah mengikut hukum Islam dan ibadat yang tidak sah mengikut cara bukan Islam.



Adapun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial yang melibatkan ajaran Islam dengan masyarakat majmuk, pendekatan yang menerima kewujudan berbagai kaum dan agama, maka sering kali dilafazkan dengan kalimah adil dan kebajikan. Di antaranya tawaran Rasulullah S.A.W. konsep negara kepada Bani Syaiban dengan membaca firman Allah:

إنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (90) النحل .

90. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, membantu kaum kerabat yang perlu dibantu dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu, agar kamu dapat mengambil pelajaran.



Sila baca buku Sirah Nabawiyyah berkenaan perbincangan Rasulullah S.A.W. dengan Kabilah Bani Amir ketika menawarkan sebuah negara sekiranya mereka menerima hijrah dilakukan di negeri mereka.



Negara kebajikan BN berteraskan Umno melaksanakan kebajikan berunsurkan rasuah untuk pilihanraya. Ini kerana acuan kepiminannya dibarahi rasuah dalam pemilihan di semua peringkat dan mendapat undi pilihanraya juga dengan rasuah. Negara terus dibanjiri kemungkaran dan jenayah yang tidak mampu dihapuskan.



PAS tetap Istiqamah dengan pegangan dasar, konsep dan matlamat perjuangan ketika bersama BN sejak awal tahun tujuh puluhan dan dikeluarkan daripada BN di akhirnya, dan bersama Barisan Alternatif sejak tahun 1999 sehingga DAP keluar daripada BA dan masuk semula selepas itu. PAS juga tetap setia dan ikhlas dengan ikatan janjinya dengan sesiapa sahaja dan wajib menunjukkan contoh khusus kepada pihak bukan Islam dengan berpegang teguh dengan pesanan Rasulullah S.A.W.

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلَّا شَرْطًا حَرَّمَ حَلَالًا أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

سنن الترمذي - (ج 5 / ص 199)

(Orang-orang Islam itu wajib menunaikan syarat-syarat mereka (khususnya kesetiaan dalam perjanjian dengan pihak lain) malainkan syarat mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.



Maka PAS tidak boleh menerima adanya arak halal kerana berlesen dan arak haram kerana tidak berlesen mengikut konsep Umno dengan bukan Islam dalam kerjasama BN. Walaupun tidak boleh dihalang hak bukan Islam untuk minum arak sesama mereka. PAS juga memahami sikap melempar batu sembunyi tangan Umno menggunakan MCA bagi menentang undang-undang jenayah Syariat Islam yang diwajibkan oleh Allah. Sebelum ini mereka menghalang PAS melaksanakan cara Islamnya, dengan merompak royalti petroleum Terengganu melalui perhimpunan agung Umno dan menafikan hak royalti Kelantan. Ia merupakan langkah silat politik yang tidak pernah dilakukan terhadap kerajaan PAP di Singapura ketika dalam Malaysia di tahun enam puluhan, ketika Parti Gerakan masih pembangkang di Pulau Pinang di tahun akhir enam puluhan dan juga ketika Sabah di bawah PBS. Inilah sifat Umno yang mengajak kepada Melayu dan Islam setiap kali pilihanraya.



Di sinilah perbezaan diantara Tahaluf Siyasi PAS dengan kalangan bukan Islam melalui konsep negara berkebajikan dengan mendahulukan titik persamaan yang boleh menunjukkan contoh amanah, bersih dan adil, supaya masyarakat Melayu menolak Umno yang gagal menunjukkan contoh khususnya kepada bukan Islam dan menjahilkan Melayu Islam sejak mencapai kemerdekaan lebih daripada lima puluh tahun.



Presiden PAS

Tiada ulasan:

Nuffnang