Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Tender Hospital Rembau selepas 4 tahun letak batu asas
- Persoalan Sekolah Menengah Pedas, N.Sembilan
- Hj Mohd Sabu 26 Feb 2012 di Tampin, N.Sembilan
- Persoalan Pembinaan Masjid Kundur Hulu, Rembau
- Pelancaran Pusat Komuniti DUN Chembong 25 Feb 2012
- Tak dapat BR1M
- Tinggal di kandang kambing di Kuala Pilah
Tender Hospital Rembau selepas 4 tahun letak batu asas Posted: 19 Feb 2012 11:58 PM PST Saudara Norazizi Abdul Aziz selaku Setiausaha PKR Cabang Rembau menyiarkan gambar dalam Facebook beliau pada 20 Feb 2012 papantanda yang tertulis CADANGAN TAPAK PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN HOSPITAL REMBAU. Persoalannya : 1. Kenapa setelah lebih empat tahun upacara Perletakan Batu Asas ini disempurnakan pada 7 Mac 2008 baru tender akan dibuka pada bulan April 2012? 2. Jika pada tahun 2008 kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta, berapa ratus juta pula kosnya pada tahun 2012 ini? 3. Apakah tanah seluas 20 ekar milik PKNS yang akan didirikan Hospital Rembau ini masih milik PKNS, milik individu atau milik kerajaan pusat? Jika bukan lagi milik PKNS, berapakah kos jualah tanah tersebut dan hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri? 4. Selepas proses tender selesai, bilakah proses pembinaan Hospital Rembau ini akan bermula dan bilakah dijangka akan siap? Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik. Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan pentadbiran. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar SENAWANG, 25 Jan 2012 – Dakwaan Pakatan Rakyat mengenai Kerajaan Negeri mungkir janji untuk membina hospital di Rembau adalah tidak benar. Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau menjawab isu ini di hadapan tiga ribu penduduk di kawasan Paroi ketika Majlis Penyerahan Baucar BR1M kepada 631 orang penerima pusingan pertama. Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong. Menurut Menteri Besar lagi, "tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang." Dengan kewujudan Hospital di Rembau ini nanti maka lengkap lah seluruh daerah di Negeri Sembilan memiliki Hospital daerahnya sendiri. http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar/ |
Persoalan Sekolah Menengah Pedas, N.Sembilan Posted: 19 Feb 2012 10:22 PM PST Maklumat diterima pada 18 Feb 2012 mengenai Sekolah Menengah Pedas berhampiran ILP Pedas. Menurut cerita sekolah hampir siap pembinaan di kawasan lereng bukit. Carian di internet mendapati sekolah ini dibina secara 'Industrial Building System' (IBS) atas Lot 5205. Carian melalui internet, Lot 5205 Mukim Pedas masih lagi milik seorang individu wanita berusia 43 tahun dengan kadar cukai tanah sebanyak RM28 setahun. Persoalan timbul apakah sekolah tersebut didirikan atas tanah milik persendirian? Rujukan : Pejabat Tanah http://ptgns.ns.gov.my/qry_cukailot.php?&daerah=04 CIDB http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=78069 SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx Industrialised Building Systems (IBS) is also known as the complete assembly construction: a construction system where components are manufactured at factories on or off site, transported and then assembled into a structure with minimum work. 5 commonly used IBS types in Malaysia are: Precast concrete framing, panel and box systems. Steel framework systems. Prefabricated timber framing systems. Steel framing systems. Blockwork systems http://www.cidb.gov.my/v6/?q=en/faq/13 http://www.ibscentre.com.my/ibsweb/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=10&lang=en |
Hj Mohd Sabu 26 Feb 2012 di Tampin, N.Sembilan Posted: 19 Feb 2012 08:32 PM PST MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA Jamuan Makan Malam Perdana dan Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Tampin Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad Jam : 8.30 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Batu 1 1/4 , Jln Tampin - Gemas , Tampin, N.Sembilan (Rumah Abu Sufian) Tiket/Kupon : RM 50 & RM25 Sila hubungi Nor Iskandar 019-2223231 , 017-8050938 |
Persoalan Pembinaan Masjid Kundur Hulu, Rembau Posted: 19 Feb 2012 08:11 PM PST Sebuah papantanda dalam DUN Chembong di Km 9, Jalan Pedas – Linggi menimbulkan pelbagai persoalan dari maklumat yang diterima pada 18 Februari 2012. Papantanda tersebut tertera dengan jelas tulisan TAPAK MESJID BARU , KARIAH KUNDOR ULU , PEDAS 71400 N.S.D.K. Apa yang pasti tapak tersebut kini telah dipenuhi dengan pokok hutan dan semak samun. Lokasi Tapak Masjid ini juga terletak di hadapan Tapak Semaian Pokok Jarak BIONAS. |
Pelancaran Pusat Komuniti DUN Chembong 25 Feb 2012 Posted: 19 Feb 2012 07:03 AM PST CERAMAH UMUM Serta Pelancaran Pusat Komuniti dan Pejabat Operasi Pakatan Rakyat DUN Chembong Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu Masa : 9 malam Tempat : Kg. Mulia, Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau) Penceramah : Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor Chegubard , Ketua PKR Cabang Rembau Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau Semua dijemput hadir |
Posted: 19 Feb 2012 07:01 AM PST 18 Feb 2012 AMPANG: Kesal! Itu perkataan yang boleh digambarkan mengenai sebuah keluarga yang tercicir daripada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas permohonan ditolak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan alasan biasa. Arbayah Hamidun, 64, yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) kini terpaksa bergantung hidup kepada anak angkatnya, Noor Azizah Abdullah, 23, yang menjual nasi lemak dan kuih dengan pendapatan RM700 sebulan. "Sebelum ini mak cik bekerja, namun terpaksa berhenti selepas menghidap pelbagai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan jantung.
"Mak cik juga tak faham mengapa permohonan ditolak, sedangkan BR1M diwujudkan bertujuan mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan," katanya yang menerima bantuan RM250 sebulan daripada pusat zakat. Selain itu, Arbayah masih berhutang dengan Hospital Ampang berjumlah RM1,366 untuk rawatan hemodialisis yang dilakukan setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Ada kala dia berasa kasihan dengan Azizah yang terpaksa menggunakan tulang empat kerat mencari rezeki bagi meneruskan hidup mereka tiga beranak. Bukan tidak mahu membantu, namun kudrat tuanya menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat itu. "Anak lelaki mak cik, Zulhelmy Jamaludin tidak bekerja dan memerlukan perhatian, terutama ketika bergerak atau keluar. Disebabkan itu, Azizah tidak boleh bekerja di tempat jauh kerana bimbang terjadi perkara tidak diingini. "Mahu mengharapkan mak cik memang tidak berdaya menguruskan abangnya," katanya yang masih terkilan kerana anak angkatnya belum mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) biarpun berusia 23 tahun dengan pelbagai alasan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TakdapatBR1M/Article/artikelMA |
Tinggal di kandang kambing di Kuala Pilah Posted: 19 Feb 2012 06:59 AM PST 18 Februari 2012 , JUMBANG ULU – Seorang warga emas terpaksa menetap di kandang kambing selepas rumahnya dihempap pokok tiga bulan lalu di Kampung Jumbang Ulu, Tanjung Ipoh. Omar Osman, 61, yang tinggal di kawasan pedalaman terpaksa tidur di tapak kandang kambing terbabit kerana tidak mampu membaik pulih rumahnya yang dihempap pokok. Menurutnya, dia sudah pun membuat permohonan kepada pihak berkaitan, namun masih belum ada jawapan.
"Isteri dan anak-anak saya tinggal di Seremban, hanya pulang ke kampung setiap hujung minggu.
"Saya memang sentiasa ada di sini kerana suka keindahan kampung lebih-lebih lagi rumah saya berhampiran air terjun Jumbang Ulu yang boleh dikomersialkan," katanya yang bekerja kampung. Omar berkata, keadaan rumah yang dibina di atas bukit itu memerlukan kos tinggi berikutan tiada jalan asas menuju ke rumahnya.
"Kemudahan jalan asas sememangnya tiada. Dahulu saya terpaksa meredah air terjun untuk sampai ke rumah dan perlu memikul sendiri kayu-kayu. "Kini saya sendiri membina jalan asas tetapi tidak sempurna. Walau bagaimanapun saya masih perlu berjalan sejauh 200 meter untuk sampai ke tapak rumah," katanya.
Katanya, dia amat berharap agar pihak berkaitan dapat membantunya.
"Infrastruktur luar bandar perlu dititikberatkan kerana ramai yang hendak pulang ke kampung tetapi disebabkan kekurangan kemudahan, ia terbantut begitu sahaja. "Atas aduan ini saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang melihat sendiri kesusahan penduduk kampung," katanya.
Malah katanya, dasar kerajaan yang dibuat memang betul tetapi pelaksanaannya kadang kala tidak dilakukan dengan tepat dan disalahgunakan oleh pihak tertentu. "Kerana itu wujud penyelewengan sehingga sehingga menyebabkan pihak pembangkang menjadikan ia sebagai salah satu pendekatan untuk membangkang kerajaan. "Perkara ini harus diingatkan supaya pilihan raya akan datang kita tidak kecundang," katanya http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tinggal-di-kandang-kambing-1.24918 |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan