Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Tawaran Menyertai Kelas Tafaqquh untuk Remaja
- Makan Malam bersama Md Sabu 26 Feb 2012 Tampin
- Kuliah Tuan Guru Tajuddin Jali 3 Feb 2012 di Seremban
- Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halal Jakim
- Tentera beli kenderaan yang dibuat oleh pelajar sekolah
Tawaran Menyertai Kelas Tafaqquh untuk Remaja Posted: 02 Feb 2012 01:27 AM PST KELAS AL-QURAN DAN TAFAQQUH REMAJA Pengambilan baru sebelum Mac 2012 Siapa yang patut menyertainya ? Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 yang sudah khatam membaca al-Quran Hari pengajian dan Masa : Isnin, Selasa dan Khamis ( 7 malam - 10 malam ) Mata Pelajaran : Al-Quran ( Hafazan) Feqah, Tauhid, Hadis dan Tajwid Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Ustaz Nor Azman 019-6400062 Alamat : Imtiyaz Training & Tarbiyah Centre No 19 (tingkat atas), Taman Kayu Manis 2 Jalan Seremban-Jelebu Seremban Kebanyakan ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke Kelas Agama Petang (KAP) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) mengharapkan kesinambungan pengajian agama secara formal yang diikuti oleh anak-anak mereka. Justeru ramai yang memilih untuk menghantar anak-anak ke Sekolah Menengah Agama (SMA), namun oleh kerana jumlah tempat yang ditawarkan agar terhad maka usaha untuk meneruskan kesinambungan pembelajaran agama kepada anak-anak terhenti apabila mereka berada di sekolah menengah. Imtiyaz Training & Tarbiyah Centre tampil menawarkan satu program berbentuk seperti Kelas Al-Quran dan Fardu (KAFA) bagi memenuhi keperluan ibubapa dan anak-anak memahami tuntutan sebagai seorang muslim. Objektif Penubuhan - Memberikan pendidikan lanjut dan mendalam di dalam memahami tuntutan Dinul Islam kepada murid-murid yang telah mengikuti asasnya di peringkat Sekolah Rendah - Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengajian Islam secara lebih formal pada usia remaja sebagai benteng kepada permasalahan sosial pada hari ini - Meningkatkan tahap penguasaan dan hafalan al-Quran melalui guru-guru yang berpengalaman dan bertauliah - Memantapkan jati diri pelajar sebagai seorang Muslim sejati yang memahami tuntutan dan kewajipan di dalam melaksanakan perintah Allah Maklumat lanjut di http://www.facebook.com/pages/Imtiyaz-Training/241272016262 |
Makan Malam bersama Md Sabu 26 Feb 2012 Tampin Posted: 02 Feb 2012 01:27 AM PST MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihan Raya PAS Tampin Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad Jam : 8.30 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin, Batu 2 3/4, Jln Repah, Tampin, N.S Tiket VVIP RM 50 , Tiket Biasa RM25 Hubungi : Hj Rosli Idris 013-6315181 Hj Abu Sufian 013-6303848 Iskandar 017-8050938 Maklumat dari http://pastampin.blogspot.com/ |
Kuliah Tuan Guru Tajuddin Jali 3 Feb 2012 di Seremban Posted: 01 Feb 2012 11:55 PM PST KULIAH AGAMA Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 3 Feb 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir |
Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halal Jakim Posted: 01 Feb 2012 06:04 PM PST 2 Feb 2012 - BARU-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah melancarkan Kempen Kesedaran Halal berkaitan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Berita mengenainya sekali lagi disiarkan oleh sisipan Mega Utusan Malaysia pada Jumaat pada 13 Januari 2012. Pada majlis tersebut Jamil Khir memperkenalkan logo halal yang baru keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Difahamkan logo tersebut akan dicetak pada semua bungkusan makanan atau barang-barang lain oleh syarikat-syarikat tempatan di mana barang-barang keluaran mereka mendapat kelulusan halal dari Jakim. Dukacita pada logo tersebut terdapat kesilapan pada ejaan jawi di mana nama negara Malaysia telah dieja kepada Malayzia. Dan difahamkan nama Malayzia tidak ada disebut oleh mana-mana negara di dunia ini. Di negara-negara Arab di Timur Tengah pula akan disebut atau dikenali sebagai Malasie. Jakim sewajarnya mencontohi Bank Negara Malaysia (BNM) di mana semua wang kertas keluaran BNM didapati betul dalam ejaan tulisan jawi. Ejaan betul pada semua wang kertas tersebut dieja 'min lam ya sin ya alif' dan bukannya ejaan salah iaitu 'min alif lam ya zai ya alif' seperti terdapat di logo halal tersebut. Nama negara Malaysia ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia mestilah dihormati sama ada dalam bentuk ejaan pada semua tulisan atau sebutan. Dengan kesilapan itu seolah-olah Jakim tidak prihatin kepada tulisan jawi dalam ejaan Melayu. Kesilapan itu juga boleh membawa kepada kekeliruan di kalangan murid-murid sekolah. Saya percaya Jakim telah mengeluarkan belanja yang agak besar untuk memperkenalkan logo baru itu termasuklah mencetak sijil halal, banner, baju pegawai penguatkuasa yang ada logo tersebut dan lain-lain lagi. Atas kelemahan dan kesilapan itu, syarikat-syarikat juga akan mengalami kerugian kos atau tenaga kerja jika pembetulan grafik di logo itu terpaksa dibuat pada bungkusan-bungkusan keluaran mereka yang sudah siap dicetak dan hanya menunggu untuk diedarkan di pasaran tempatan atau ke luar negara. HAMID DAUD Kuala Lumpur http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm |
Tentera beli kenderaan yang dibuat oleh pelajar sekolah Posted: 01 Feb 2012 06:19 AM PST Sebagai menghargai dan meyakini produk keluaran anak bangsa mereka sendiri, Panglima Tentera Indonesia telah memesan 20 buah kenderaan pelbagai guna yang dihasilkan sendiri oleh para pelajar sekolah menengah teknik di negara tersebut yang berjenama Kiat Esemka untuk kegunaan pasukan elit komando mereka. ************* Kostrad Pesan 20 Kiat Esemka untuk Kendaraan Dinas 1 Februari 2012, Solo: Komando Strategis Angkatan Darat memesan sebanyak 20 unit mobil Esemka yang merupakan karya para pelajar Sekolah Mengah Kejuruan (SMK) untuk mobil dinas kesatuan. "Sebanyak 20 unit mobil Esemka yang kami pesan itu nantinya akan dimodifikasi lagi untuk disesuaikan dengan kebutuhan kendaraan militer. Warnanya juga tidak hitam seperti yang ada, tetapi disesuaikan dengan kebutuhan militer yaitu warna hijau," kata Panglima Kostrad Letnan Jenderal TNI Azmyn Yusri Nasution yang didampingi Panglima Divisi II Kostrad Malang Mayjen TNI Ridwan dan Wali Kota Surakarta Joko Widodo (Jokowi) ketika meninjau perakitan mobil Esemka di Solo Technopak (STP), Rabu. Pangkostrad juga mencoba dan menyetir sendiri mobil Esemka didampingi Jokowi. "Mobilnya enak dan bagus dan harganya murah. Kita harus bangga anak-anak bangsa telah bisa membuat mobil sendiri yang tidak kalah dengan buatan luar". "Kami akan mempelopori di kesatuan TNI untuk menggunakan kendaraan buatan dalam negeri. Setelah itu kami juga berharap kesatuan lainnya seperti Angkatan Udara maupun Angkatan Laut juga mau memakai mobil buatan anak bangsa kita ini. Ya siapa lagi kalau gak kita yang pakai," katanya. Pangkostrad mengatakan, bahwa mobil Esemka cukup bagus untuk mobil dinas karena medan yang akan ditempuh tidak terlalu berat "Kami berharap pesanan mobil itu pada tanggal 6 Maret 2012 sudah bisa jadi. Paling tidak beberapa sudah jadi, agar bisa diserahkan pada Hari Ulang Tahun Kostrad pada tanggal tersebut," katanya. http://beritahankam.blogspot.com/2012/02/kostrad-pesan-20-kiat-esemka-untuk.html |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan