:: cina islam | 2011 :: |
- Jamil Khir salah guna wang Yayasan Taqwa pula?
- Lebih 5 Juta Orang Menganggur Di Sepanyol
- Syarikat dijual, pekerja dapat bonus
- Sombong bukan akhlak pemimpin dan ahli jamaah
- Bubar KITA: Pakatan sambut baik langkah Zaid
- Pengundi Cina sokong PAS, MCA jangat buat sibuk
- Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki
- Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik!
- Kepala babi: Selangor prihatin tawar RM10,000
- Kepala babi ditemui di luar masjid di Sentul pula
- NFC: SPRM perlu jelaskan e-mel 'unsur rasuah'
- Azizan: Saya tak boleh campur tangan isu Kuin
- Konvoi Penerangan PAS jelajah seluruh negara
- Pelajar bunuh diri kerana bosan hidup
- Suruhanjaya selamatkan warisan Melayu P Pinang
- Guna taktik bawa bayi, kanak-kanak
- Ditemui hanya berseluar dalam
- 2 lelaki ditahan bantu siasatan sebar berita kematian KPN
- Facebook jual saham
- Bangunan gergasi AS terdapat kecacatan
- Pejabat PM Pakistan terima kiriman mengandungi anthrax
- Kelebihan Berselawat
- Dua pelancong asing sedang belayar diculik di Filipina
- ‘Aku bunuh anak kau’
- Radiasi punca misi ke angkasa gagal
Jamil Khir salah guna wang Yayasan Taqwa pula? Posted: 02 Feb 2012 01:00 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 2 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam keras tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah. Tindakan tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan. Beliau mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu. Katanya, pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke Jerai. "Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir. "Dari majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Dana dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan penyalahgunaan wang zakat. "Datuk Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan sendiri," tegasnya. Sebelum ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes mahkamah yang melibatkannya. Dengan tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui banyak pihak. Lebih diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadinya sendiri. Harakah Daily |
Lebih 5 Juta Orang Menganggur Di Sepanyol Posted: 02 Feb 2012 12:50 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MADRID: Bilangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan di Sepanyol meningkat sehingga lebih 5 juta orang menyebabkan kadar pengganguran yang melonjak naik itu umpama nisbah seorang penganggur dalam empat orang, kata seorang pegawai. Institut Statistik Kebangsaan Sepanyol melaporkan seramai 5.3 juta orang tidak mempunyai pekerjaan pada akhir Disember tahun lalu, meningkat dari 4.9 juta orang pada suku ketiga – satu peningkatan dalam kadar pengangguran dari 21.5 peratus kepada 22.8 peratus pada suku keempat. Selain itu, institut tersebut turut berkata, hampir separuh daripadanya iaitu sebanyak 48 peratus merupakan penganggur yang berusia 25 tahun ke bawah. Kini terdapat 1.6 juta isi rumah di Sepanyol tanpa seorang ahli keluarga mereka mempunyai pekerjaan. Sepanyol telah pun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi di kalangan 17 negara dalam Eropah di mana kadar penggangguran secara purata adalah kira-kira 10 peratus. Pesaing Sepanyol bagi kadar pengangguran adalah Ireland dengan 14.6 peratus pengangguran. - AP |
Syarikat dijual, pekerja dapat bonus Posted: 02 Feb 2012 12:45 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MELBOURNE - Ken Grenda dari Australia telah menjual syarikat bas miliknya, tetapi hampir 2,000 pekerjanya senyum besar apabila kesetiaan mereka dihargai dengan imbuhan istimewa. Grenda memberi bonus tunai mencecah AS$16 juta (RM48 juta) kepada pekerja-pekerja hasil jualan syarikat basnya yang telah beroperasi selama 66 tahun. Grenda, 79, dan dua anak lelakinya Geoff dan Scott, dilabelkan sebagai majikan paling pemurah di Australia ekoran keputusan mereka menghargai 1,800 pekerja mereka. Secara purata pekerja-pekerja menerima RM27,000, berdasarkan tempoh perkhidmatan masing-masing. Ada yang menerima antara RM96,000 dan RM320,000, lapor media Australia dipetik BBC. Syarikat itu dijual kepada Ventura, satu lagi syarikat pengangkutan pada harga RM1.3 bilion. "Anda tahu, kami ada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat lebih 40 tahun. Jadi, sesuatu yang baik untuk berbuat demikian," kata Scott kepada ABC News. Scott, Pengarah Urusan syarikat itu berkata, bapanya sedih untuk menjual bisnesnya dan mahu menghargai pekerja-pekerja atas perkhidkmatan mereka selama ini. "Kami ada pekerja generasi kedua dan seorang bekerja sejak 52 tahun lalu," katanya lagi. sianr harian/- |
Sombong bukan akhlak pemimpin dan ahli jamaah Posted: 02 Feb 2012 12:40 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina." – (Al-Mukmin: 60). Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata: "Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar." Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk. Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah. Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: Rasulullah Saw bersabda: "Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya". [HR Muslim] Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Abu Daud dan al-Tirmizi) Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain Cara untuk mengubat Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka. Sebagai ahli Pas hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli Pas, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar. Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin Pas dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah. Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri. Sifat tawadhuk akan membuka hati mad'u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh Pas. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati. Firman Allah s.w.t "Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63) Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain. Juga sabdanya s.a.w.: "Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah." Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38 Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.Ust. Idris Ahmad selatan online/- |
Bubar KITA: Pakatan sambut baik langkah Zaid Posted: 02 Feb 2012 12:30 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 2 Feb: Langkah Datuk Zaid Ibrahim mahu membubarkan parti KITA pimpinannya mendapat sambutan hangat para pimpinan Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ini satu yang bijak untuk melahirkan Malaysia yang bersatu dan adil. PAS pula melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, ia bakal mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Zaid dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, KITA akan dibubarkan. Beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa bagi membincangkan cadangan agar KITA dibubarkan. KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid di Kuala Lumpur. Zaid menganggap kes ini sebagai "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan." "Bagi saya, tindakan Datuk Zaid itu sangat membantu Pakatan Rakyat. "Dengan tindakan ini, ia akan membolehkan Pakatan bergerak tanpa gangguan lagi di tengah jalan," kata Salahudin Ayub kepada Harakahdaily. Harakah Daily |
Pengundi Cina sokong PAS, MCA jangat buat sibuk Posted: 02 Feb 2012 12:20 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 2 Feb: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan MCA supaya tidak perlu 'sibuk-sibuk' membuat kenyataan berkenaan sokongan pengundi Cina terhadap PAS. Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, tetapi MCA perlu menyedari kemampuan parti mereka sendiri untuk menarik semula sokongan pengundi Cina kepada mereka. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Naib Presiden MCA di dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang menyebut bahawa sokongan masyarakat Cina kepada PAS adalah bersifat sementara sahaja dan mereka hanya berpura-pura menyokong PAS kerana parti itu tidak boleh dipercayai. "Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap kenyataan Dr. Ng sebenarnya adalah hasil daripada rasa takut MCA melihat perkembangan mutakhir ini yang memperlihatkan sokongan masyarakat pengundi bukan Melayu khususnya orang-orang Cina semakin cenderung dan tertarik dengan PAS itu sendiri," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, berkemungkinan Yen Yen hanya mendapat maklumat daripada 'pengampu-pengampu' yang cuba membodek beliau sahaja, bak kata pepatah Melayu 'kalau tiada angin bertiup masakan pokok boleh bergoyang'. Oleh itu, katanya Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan MCA supaya 'mengkoreksi diri sendiri' dan perlu merasa 'gerun' dengan sokongan terbuka masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana MCA dan Barisan Nasional sudah tidak boleh diharapkan lagi oleh rakyat khususnya masyarakat Cina. Harakah Daily |
Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki Posted: 02 Feb 2012 12:04 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak projek sub stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Seksyen 18 di sini mati selepas dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian malam semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata mangsa dikenali sebagai I. Krishnanmurthy, 31, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dahi dan badan serta tangan kanan mangsa juga putus. Beliau berkata kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai seramai 20 orang menaiki kereta dan kenderaan pacuan empat roda menyerang mangsa dengan merempuh pintu utama sub stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu. "Kita turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk menetak mangsa dalam kejadian itu. "Siasatan awal tidak menolak motif kejadian ada kaitan dengan dendam membabitkan dua kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mazlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55202222 bagi membantu siasatan.- Bernama Sinar Harian |
Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik! Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUANTAN, 2 Feb: Jarum jam bom jangka Lynas telah bergerak! Itulah reaksi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas kelulusan lesen kendalian sementara (TOL) kepada projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam. "Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang? "Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!" kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut kenyataan AELB semalam, Lynas untuk dibenarkan memulakan operasi memproses nadir bumi di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas. 1) pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF); 2) pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu. 3) pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL. 4) Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran. 5) Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen. Namun begitu, kelulusan AELB itu dikira sebagai mengejutkan kerana sebelum ini ramai yang menghantar surat bantahan kepada AELB semasa membuka ruang untuk rakyat memberikan maklum balas terhadap paparan dokumen permohonan lesen sementara oleh Lynas. "Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut?" soal Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS. Pada masa yang sama, akhbar New York Times (NYT) semalam melaporkan bahawa kilang RM2.5 bilion itu mempunyai masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda, AkzoNobel dari projek tersebut. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan gentian fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan, telah dikatakan menarik diri akibat tidak yakin dengan rekabentuk tangki tersebut, yang dijangka akan menyebabkan kebocoran. Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius. Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil. Menurut NYT, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh pengerusi Lynas Corporation Nicholas Curtis. "Penarikan diri kontraktor utama ini menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan. Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian," kata Tuan Ibrahim. PAS, katanya turut mendesak kerajaan dan Lynas untuk menjelaskan kenapa firma AkzoNobel yang merupakan kontraktor utama dari Belanda menarik diri dari projek Lynas di Gebeng sedangkan ia adalah pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit. Untuk menyelesaikan masalah ini, Tuan Ibrahim menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang yang bertekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti. "Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini," tegas beliau. Harakah Daily |
Kepala babi: Selangor prihatin tawar RM10,000 Posted: 01 Feb 2012 11:45 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 2 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menjejaki dalang kepada insiden meletakkan kepala babi di hadapan pintu utama Masjid Nurul Iman di Rawang. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan mengharapkan semoga dengan sumbangan berbentuk wang tunai itu akan dapat menyelesaikan isu terbabit dengan kadar segera dan seterusnya akan mententeramkan kembali perasaan masyarakat setempat. "Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam insiden tersebut dan menyifatkan tindakan ini adalah tindakan orang yang 'singkat akal' dan tidak bertamadun," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tawaran Kerajaan Selangor mengenai ganjaran wang tunai RM10,000 kepada individu yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkapnya pihak yang melakukan tindakan keji itu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail ketika memberitahu media selepas mesyuarat mingguan Exco semalam berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi menerusi pusat khidmat pelanggan di talian 1800-888-2824 bagi menyalurkan maklumat. Hasbullah berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengharapkan semoga seluruh rakyat bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi itu. Justeru, beliau meminta rakyat untuk terus bermunajat dan berdoa semoga tindakan provokasi itu akan dapat dihentikan dan pesalah-pesalah tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan. harakahdaily/- |
Kepala babi ditemui di luar masjid di Sentul pula Posted: 01 Feb 2012 11:30 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Kepala babi ditemui pula di luar sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu. Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di Masjid Hidayah Sentul, di kawasan parlimennya. nurul izzah pc 050112 tian chua"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di luar Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!" "Kepala babi (rupanya macam babi hutan) dan empat kaki dibungkus dalam plastik dan diletak di luar pagar," tulisnya di Twitter. Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan. Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh. Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan. malaysiakini/- |
NFC: SPRM perlu jelaskan e-mel 'unsur rasuah' Posted: 01 Feb 2012 11:10 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA, 2 Feb: Jingga 13 hari ini mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan dengan segera berhubung perkembangan laporan isu e-mel yang dihantar oleh Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmudin Megat Khas. Kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa sewaktu menyerahkan memorandum kepada SPRM, laporan telah dibuat pada 12 Januari lepas berkaitan bukti e-mel bertarikh 31 Disember tahun lepas yang bertajuk "sekarang NFC adalah mangsa penipuan" sehingga sekarang tidak ada sebarang perkembangan. Memorandum tersebut telah diterima oleh Penolong Kanan Penguasa SPRM, Azlin Mohd Ali pada jam 11.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM di sini. "Sehingga sekarang kami tidak mendapat apa-apa perkembangan dari laporan yang telah dibuat. Apa yang pasti jelas e-mel yang ditulis oleh Megat Najmuddin menunjukkan wujudnya unsur rasuah yang melibatkan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. "Arahan rasuah itu jelas apabila Mohamad Salleh mengarahkan Datuk Samsulbahrin sebagai orang tengah bagi merasuah pihak polis sebanyak RM1.755 juta agar perkara itu ditutup," dakwa Fariz. Tambahnya lagi, SPRM masih bersikap diam diri serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi laporan tersebut dan ia seolah-olah wujud sikap pilih kasih dalam kes yang dikendalikan oleh SPRM. "Kita melihat Samsulbahrin ditangkap dan sekarang berada di Penjara Sungai Buloh tetapi malangnya pelaku rasuah Mohamad Salleh masih bebas serta tidak didakwa langsung," dakwanya lagi. Katanya, email yang dihantar oleh Megat Najmuddin perlu dipandang serius. Ini, ujarnya memandangkan Najmuddin merupakan Ahli Lembaga Penasihat SPRM serta selari dengan laporan polis oleh Samsulbahrin pada 27 Januari lalu. "Beliau mengaku bahawa terdapat arahan dari Mohamad Salleh agar beliau (Samsulbahrin) membayar pihak polis bagi menutup siasatan skandal NFC," katanya lagi di hadapan bangunan SPRM. Fariz juga menyebut laporan SPRM juga telah dibuat oleh Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada 31 Januari yang lepas mengenai perkara itu. "Jingga 13 meneruskan tekad untuk terus menjadi pendesak dalam isu NFC yang tampak begitu bersungguh-sungguh cuba diselindungi oleh pihak-pihak tertentu. "Justeru, Jingga 13 ingin mendapatkan kepastian tentang status siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM. Rakyat perlu tahu apakah perkembangannya kerana sudah diketahui umum ini semua adalah melibatkan wang rakyat. "Jika Ketua Persuruhjaya SPRM tidak mampu dan tiada kredibiliti adalah lebih baik meletakkan jawatan agar dapat dilantik pengganti yang baru yang lebih tegas serta telus dalam melakukan siasatan tanpa takut tekanan pihak lain" sambungnya lagi. Harakah Daily |
Azizan: Saya tak boleh campur tangan isu Kuin Posted: 01 Feb 2012 11:09 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ALOR SETAR, 2 Jan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) berkata pihaknya tidak boleh campurtangan dalam pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berhubung penggantungan lima pelajarnya. Menurutnya, pengurusan Kuin adalah satu badan bebas dan tidak wajar untuknya mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat kolej itu. "(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya dipetik Bernama. Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam. Beliau yang juga Pengerusi Kuin turut menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap pelajar tersebut bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS). "Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya. Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan telah mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menerangkannya lagi. Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi, di sini. Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan. Harakah Daily |
Konvoi Penerangan PAS jelajah seluruh negara Posted: 01 Feb 2012 11:07 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 2 Feb: Lajnah Penerangan PAS akan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya umum ini dengan negeri-negeri Pantai Timur menjadi sasarannya yang pertama. Dengan diketuai sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Konvoi Penerangan ini akan bermula di Kelantan pada 4 Februari ini. Ia diikuti dengan Terengganu 5 Februari dan Pahang pada keesokannya iaitu pada 6 Februari. Program utama pada setiap negeri adalah taklimat kepada jentera penerangan di negeri berkenaan. Melalui program ini semua jentera penerangan PAS negeri berkenaan akan dikumpulkan. Taklimat ini akan dibuat sendiri oleh Tuan Ibrahim. Ia dipercayai akan menyelaraskan aktiviti penerangan di seluruh negara. Selian itu, semua anggota konvoi yang turut disertai oleh keluarga masing-masing ini juga akan menyertai pelbagai program yang diatur di negeri berkenaan. Antaranya kuliah subuh, sessi minum pagi dengan penduduk, program hi-tea, kuliah maghrib di samping ceramah di negeri berkenaan. Semasa di Kelantan, program akan bermula seawal waktu Subuh dengan program Solat Subuh di Gua Musang. Ia akan diberikan oleh dua pemimpin kanan lajnah ini iaitu Tuan Ibrahim dan Drs Khalil Idham Lim. Kemuncak program di Kelantan adalah taklimat khas tertutup isu semasa oleh Tuan Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli. Ia akan diadakan waktu tengahari di Madu, Machang. Sebelum ini, Konvoi Penerangan menjelajah Sabah dan Sarawak di mana mereka telah menghabiskan selama lima hari di kedua-dua negeri berkenaan. Harakah Daily |
Pelajar bunuh diri kerana bosan hidup Posted: 01 Feb 2012 11:00 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ASHLEY menyiarkan gambar pistol pada laman Twitternya, tidak lama sebelum bunuh diri. HOUSTON: Seorang pelajar popular membunuh diri selepas rayuannya kepada ratusan rakan online untuk mendapatkan bantuan tidak dihiraukan. Pelajar sekolah menengah, Ashley Duncan, 17, menulis,: "Saya akhirnya memperoleh pistol" dan kemudian memuat naikkan gambar senjata itu. Pistol berkenaan dipercayai digunakannya untuk membunuh diri tidak lama kemudian. Ia menyusuli beberapa siri tulisannya dalam Tumblr dan Twitter, tempat dia bercerita mengenai membunuh diri, mempersoalkan erti kehidupan dan berkata dia dalam keadaan sengsara. Antara tulisannya berbunyi: "Kehidupan tidak ada harganya jika kamu tahu atau sudah tahu bagaimana rasanya ingin mati setiap saat, minit, jam, hari, minggu bulan dan tahun. Dengan itu, anda boleh merasai seperti saya. "Saya mungkin tidak perlu bergelut dengan masalah kewangan tetapi saya bergelut dengan emosi dan mental dan saya percaya ia pergelutan paling teruk. "Jadi saya tertanya mengapa bukan menjadi pilihan saya untuk mati sekarang? Kehidupan saya sengsara. "Satu hari nanti, saya tidak akan ada di sini lagi dan ia akan menjadi hari paling gembira dalam hidup saya. Saya bosan dengan kehidupan ini. "Tuhan seolah-olah mendera saya dengan membiarkan saya hidup. Satu-satunya perkara yang membuat saya gembira sudah berlalu. Saya sengsara." 'Perkara' yang dirujuknya itu tidak jelas tetapi tulisannya sebelum ini membayangkan hubungan cintanya dengan seorang rakan terputus. Dia menulis: "Saya kecewa. Saya tidak akan bergantung kepada orang lain untuk memulihkan hati saya. Ia sudah musnah." Ashley, pemain bola tampar berbakat dikatakan pelajar popular di Sekolah Menengah Bellaire sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Pershing kerana mahu menamatkan persekolahannya lebih awal. Semalam, Ashley, yang selama ini dilihat sebagai remaja periang, berjalan ke persimpangan Braes Forest Drive dan Portal Drive dan menembak dirinya. Rakannya di Bellaire berkata mereka menyangka tulisannya itu hanya jenaka. "Saya tidak memberi tumpuan kerana dia sering bergurau. Saya tidak pernah menyangka dia serius," kata Theresa Sosa. - DM |
Suruhanjaya selamatkan warisan Melayu P Pinang Posted: 01 Feb 2012 10:59 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Kesedaran dan tindakan menyelamat Batu Uban bukan hanya bertumpu kepada isu penjualan tanah bertujuan merobah landskap setempat. Ia bukan hanya isu menghapuskan 'kecacatan' ruang 'kekampungan' demi membina bangunan-bangunan konkrit moden bagi menampung jumlah penduduk dan objektif-objektif komersial yang lain. Isunya bukan hanya ke atas kawasan yang dikenalpasti sebagai Kampung Batu Uban sahaja. Malah, Batu Uban adalah simbol kepada sejarah dan warisan Melayu Pulau Pinang/Kedah. Ia bukan sekadar Batu Uban, tetapi kepada semua penempatan Melayu di Pulau Pinang. Ini bukan soal menafikan hak kepada kaum lain. Ini soal menutut hak sendiri. Ini bukan hak ekonomi atau politik. Ini hak sejarah dan warisan. Sejak berpuluh tahun lamanya, tanah-tanah Melayu tergadai di Pulau Pinang. Nama-nama Melayu pun kian terhakis. Apakah kita sanggup menggadaikan nama, sejarah dan warisan? Warisan adalah sama pentingnya dengan dimensi ekonomi dan politik. Politik dan ekonomi Melayu Pulau Pinang sentiasa tenggelam dalam arus pasca kolonial. wacana kehidupan pun tidak dapat diwajahkan dengan sewajarnya. Melayu telah tewas dalam wacana Pulau Pinang, sedangkan jumlah penduduk Melayu di negeri itu bukanlah sedikit. Kita telah lupa bahawa pada satu masa dulu, Pulau Pinang adalah pusat persuratan, kewartawanan dan penerbitan Melayu di Nusantara. Pulau Pinang merupakan pusat pemikiran dan penerbitan wacana Melayu-Islam sebelum Perang Dunia kedua. Apakah kita sanggup melenyapkan keupayaan dan genius Melayu di Pulau Pinang? Apakah tewas dan tiada lagi khudrat dan iltizam menyelamatkan sejarah dan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang? Pulau Pinang bukan hanya geografi yang merangkumi pulau dan Seberang Perai. Ia ada sejarah, ia ada identiti, ia ada personaliti. Ia ada pengalaman dan asal usul. Sejarah dan warisan sama pentingnya dengan makan dan minuman. Jika satu lapisan sejarah terhakis, maka nama-nama tempat pun akan terhakis. Apakah kita sanggup membiarkan nama-nama asal dan awal di Pulau Pinang juga dipinggirkan dan seterusnya lenyap dari pendengaran dan ingatan? Apakah kita hendak sebuah Singapura bermaharajalela di utara semenanjung Tanah Melayu? Di sini saya cadangkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kehilangan sejarah ini. Ia bukan sekadar satu inisiatif, tetapi juga satu tindakan yang mesti dipenuhi oleh semua pihak berwajib. (1) Satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan khusus mengatasi masalah warisan Melayu di Pulau Pinang. Suruhanjaya ini hendaklah mengkaji dan meneliti apa yang telah berlaku dan bagaimana peminggiran dan penghakisan warisan Melayu telah terjadi. (2) Pihak berwajib mesti menubuhkan satu bank tanah. Bank tanah itu hendaklah sebuah institusi dan organisasi rasmi yang dikendalikan oleh satu satu atau kedua-dua pihak negeri dan persekutuan. Institusi ini berfungsi untuk jangka panjang dalam mengendali jual beli tanah milik Melayu, termasuk membeli balik tanah-tanah Melayu yang terjual. (3) Seorang Pesuruhjaya Warisan Melayu khusus untuk Pulau Pinang di wujudkan. Fungsi Pesuruhjaya itu ialah mengenalpasti, menilai kawasan-kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan, dan memulihara kawasan-kawasan itu. (4) Institusi pendidikan dan perdagangan dan GLC Melayu mesti menggembeling tenaga mengekalkan ruang-ruang warisan yang ada di Pulau dan di Sebarang Perai. Sebagai contoh, pendudukan di kawasan Lebuh Acheh-Armenian. (5) Pihak berwajib yang sedia ada dan boleh ditubuhkan mengkaji semua penamaan ruang, jalan dan tempat di Pulau Pinang. Nama ruang, jalan dan tempat janganlah diluluskan dengan sewenangnya-wenangnya. Apakah nama dan penamaan tidak penting? Apakah nama 'Tanjung Pinang' itu, bersebalahan Tanjong To'kong, bertujuan menghakiskan nama asal tempat itu. Kita perlu ingat, nama tempat berupaya mentakrif dan mempengaruhi sejarah masa depan. (6) Wartakan Batu Uban dengan mewujudkan zon warisan. Susun semula penempatan di Batu Uban. Jangan bina apa-apa muzium di situ. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang mesti dimuziumkan seperti begitu? Sebaliknya, wujudkan rumah tersusun, kompleks sejarah dan warisan bagi menandakan penempatan Melayu pertama di Pulau tersebut – 1700an. Rujuk kepada lakaran peta Inggeris 1763. (7) Jadikan Batu Uban sebagai pusat maklumat sejarah dan warisan hidup Pulau Pinang dan hubungannya dengan pelabuhan Batu Bara di Sumatera Utara. Batu Uban mempunyai perhubungan yang akrab dengan Batu Bara bermula awal 1700an lagi. Jadikan Batu Uban itu bandar kembar Batu Bara. Salah satu tindakan lanjut ialah wujudkan berhubungan feri antara Batu Uban dan Batu Bara. Batu Uban juga mempunyai hubungan dengan Kampung Bodi (Buadi) di Payakumbuh, Sumatera Barat. Haji Muhammad Salleh@Nakhoda nan Intan dan Dato' Jenaton berangkat dari Payakumbuh, ke Batu Bara dan kemudian ke Batu Uban. (8) Dengan itu perancangan Batu Uban dan juga tempat seperti Tanjung To'kong, dan beberapa buah kawasan lagi di Tanjung dan Air Itam hendaklah mengambil kira isu pemuliharaan tempat dan penduduk. Jika Melaka dapat lakukannya, mengapa tidak Pulau Pinang? Dan sekali lagi, wujudkan institusi dan bidang kuasa yang relevan dan berkesan. (9) Apakah wujudnya senibina dan landskap Melayu Pulau Pinang? Ciri-ciri dan bentuk rumah-rumah Melayu Pulau Pinang/Kedah yang wujud hendaklah diperkasakan. Ruang penempatan Melayu dalam sejarah mesti dirancangkan dengan sewajarnya pada zaman ini. Apa yang selalu terserlah ialah senibina Melayu-kolonial rumah-rumah Jawi Peranakan di Tanjung. Akan tetapi terdapat juga keaslian senibina rumah-rumah Melayu di kawasan-kawasan seperti di Air Itam, Gelugor, Bayan Lepas dan Balik Pulau. Dan kita mesti ingat, Pualu Pinang adalah satu wilayah Kesultanan Kedah. Sumbernya di Kedah. Mengapa ini tidak ditonjolkan oleh para perancang tempatan? (10) Salah satu fungsi kritikal pejabat Pesuruhanjaya Warisan Melayu Pulau Pinang ialah menukar nama-nama yang penting lalu berusaha mewartawakannya, seperti Tanjung (mengganti Georgetown) dan Seberang Perai (mengganti Province Wellesley), serta juga nama Butterworth. Jika kita serius dalam mengekalkan dan memperkasakan sejarah, nama-nama jalan/ruang/tempat pada masa depan di Pulau Pinang mesti mewajahkan ciri-ciri sejarah dan warisan. Melayu. (11) Pameran dan penceritaan sejarah dan warisan Pulau Pinang di Muzium Negeri Pulau Pinang hendaklah dirombak dan di wajahkan dengan sewajarnya. (12) Mengkaji semula dokumen yang diserahkan kepada UNSECO bagi mendapat status tapak warisan. Budaya dan sejarah Pulau Pinang telah disalah tafsir dan tidak diwajahkan dengan sewajarnya. Apa yang diceritakan adalah satu penganiayaan penafian hak warisan, kewujudan dan sejarah. Saya menggesa Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan warisan dan sejarah negeri Pulau Pinang dan Kedah dalam hal ini dengan inisiatif dan tindakan konkrit jangka panjang dengan telus, tulus dan ikhlas. Ini bukan hanya masalah warisan dan sejarah Pulau Pinang, tetapi masa depan warisan dan sejarah negara. Apakah kita mahu menggadai 'permata mutiara' di depan mata kita – yang bukan sekadar pulau dan tempat, tetapi pengalaman warisan dan identiti? Ketidakadilan dimensi warisan adalah sama beratnya dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, kerana ia menafikan hak dan menindas identiti. Jika langkah-langkah seperti diatas tidak dilakukan, maka Melayu dan wajah Melayu Pulau Pinang akan menjadi satu mitos, yang anihnya lahir dari peneroka awal dan keturunan yang wujud asal-usulnya, roh dan jasadnya, identiti dan personalitinya. Harakah Daily |
Guna taktik bawa bayi, kanak-kanak Posted: 01 Feb 2012 10:54 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM – Peminta sedekah warga asing dikesan menggunakan taktik membawa bayi atau kanak-kanak ke lokasi tumpuan orang ramai bagi meraih simpati. Presiden Kelab Harmoni Selangor (KHS), Dr V Sunder berkata, beliau percaya peminta sedekah berkenaan adalah ahli sindiket yang bergiat aktif sekitar Shah Alam, Klang dan Pelabuhan Klang. Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan tegas bagi menangani masalah itu yang dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. "Saya menjumpai seorang gadis ketika menghadiri majlis yang dihadiri oleh pemimpin negara baru-baru ini dan agak mengejutkan, gadis itu baru berusia 19 tahun berasal dari Myanmar. "Apabila didesak, dia mengakui dihantar oleh seseorang yang berpangkalan di Klang untuk menjadikan Shah Alam sebagai lubuk rezeki memandangkan hasil yang diterima lumayan terutama pada hari cuti umum," katanya. Beliau berkata, gadis berkenaan turut mengakui, diberi jadual mengikut giliran untuk berubah lokasi dan menggunakan taktik berlainan termasuk membawa gambar orang kurang upaya (OKU) ke setiap kenderaan di kawasan lampu isyarat yang ditetapkan bagi meraih simpati. Jelasnya, sindiket sama juga dipercayai aktif di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja Uda menghala Pelabuhan Klang, Jalan Batu Tiga dan Jalan Meru. "Imej setempat pasti terjejas jika ia tidak dibanteras, pada masa sama memberi gambaran tidak elok terutama kepada pelancong dari luar yang pertama kali datang ke sini," katanya. Sunder menunjukkan gambar peminta sedekah membawa bayi untuk meraih simpati orang ramai yang sempat dirakamkan sekitar Shah Alam. Agency |
Posted: 01 Feb 2012 10:51 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MUAR – "Saya jerit minta tolong tetapi tidak disedari rakan lain dan bot semakin jauh meninggalkan saya." Demikian luah seorang nelayan warga Indonesia yang terpaksa bergadai nyawa selama 17 jam dalam laut selepas terjatuh dari bot yang dinaiki ketika menangkap ikan di perairan antarabangsa pada 30 Januari lalu. Beni Kassim, 25, berkata, dia bernasib baik selepas diselamatkan nelayan tempatan di perairan antarabangsa kira-kira 12 batu nautika dari Sungai Sarang Buaya, Parit Jawa, di sini, kelmarin. Dia yang berasal dari Kampung Baran, Tanjung Balai hanya berpaut pada tong air sepanjang tempoh 17 jam itu bagi mengelakkannya lemas. "Saya keluar bersama empat lagi rakan dari Tanjung Balai pada Ahad lalu untuk menangkap ikan di perairan berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi, kelmarin (30 Januari). "Tetapi apabila tiba di tengah laut pada kira-kira jam 10 pagi, saya sakit perut dan mengambil keputusan untuk membuang air besar di belakang bot," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, dia membawa bersama tong bekas air ke belakang bot dan secara tiba-tiba bot bergoyang kerana dilambung ombak dan saya tergelincir lalu terjatuh ke laut. "Saya terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa hanya berpaut pada tong berkenaan sambil berharap ada nelayan yang melalui kawasan ini. "Setelah 17 jam berada di laut badan saya menjadi lemah dan bersyukur diselamatkan dua nelayan tempatan yang kebetulan berada berhampiran tempat saya ditemui," katanya. Nelayan yang menemuinya, Marhasan Maion, 60, berkata, dia terdengar suara meminta tolong ketika menangkap ikan bersama seorang rakannya kira-kira jam 3 pagi, kelmarin. "Saya segera memasang lampu dan melihat seorang lelaki sedang berpaut pada tong berkenaan dalam keadaan lemah dengan hanya memakai seluar dalam. "Kami menghampiri mangsa dan membawanya ke Jeti Nelayan Sungai Sarang Buaya sebelum membuat laporan polis," katanya Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan mangsa pada kira-kira jam 8 pagi semalam. "Kami menghantarnya bagi menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF)," katanya. Sinar Harian |
2 lelaki ditahan bantu siasatan sebar berita kematian KPN Posted: 01 Feb 2012 10:48 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SUNGAI BULOH - Polis menahan dua lelaki masing-masing di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak semalam bagi membantu siasatan penyebaran berita palsu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia dalam rangka lawatan kerja di London. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, dua lelaki itu dibebaskan selepas dirakam percakapan. "Kita rampas telefon bimbit milik mereka yang berumur lingkungan 30-an. Selepas berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan, kita melepaskan mereka, semalam," katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pemandu Berhemah Sempena Ops Sikap ke 25 di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Restoran Jejantas, Sungai Buloh, hari ini. Beliau berkata, polis kini sedang memburu individu pertama yang memulakan penyebaran SMS tersebut. "Jangan anggap ini sebagai gurauan. Jika mahu bergurau biarlah bertempat. Ini merupakan satu bentuk fitnah dan membuat berita paslu. Kita akan ambil tindakan sepatutnya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat," katanya. Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, anak KPN, Muhammad Amsyari, 30, menafikan berita kematian ayahnya sambil menyelar perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut. Pusat Media Bukit Aman melalui kenyataan medianya juga menafikan SMS palsu yang mula disebarkan pada awal pagi, Isnin lalu. Dalam pada itu, Khalid berkata, polis turut melakukan pemantauan terhadap media sosial bagi memastikan gejala menyebarkan berita fitnah dan ugutan tidak berlaku. "Polis pandang berat penyalahgunaan media sosial yang sering membuat fitnah, tipu dan ugutan. Kita juga akan pantau komen yang memaki hamun orang," katanya. Sinar Harian |
Posted: 01 Feb 2012 10:45 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Lapan tahun selepas penubuhannya, gergasi rangkaian sosial Facebook bakal mengemukakan permohonan tawaran awam bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka. Menurut laporan media tempatan, Facebook yang mempunyai lebih 800 juta pengguna dijadualkan mengemukakan prospektus untuk tawaran awam awal (IPO) kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS seawal pagi semalam. Berita berhubung permohonan IPO oleh Facebook didedahkan akhbar Wall Street Journal pada minggu lalu, lapor agensi berita AFP. Menurut akhbar berkenaan, syarikat berpangkalan di Palo Alto, negeri California itu merancang mengumpulkan sebanyak AS$10 bilion (RM30.4 bilion). Namun, sasaran AS$10 bilion itu dikurangkan kepada hampir separuh dalam beberapa laporan baharu yang disiarkan kelmarin dalam akhbar The New York Times dan International Financing Review. Namun, Facebook yang diterajui bilionair muda, Mark Zuckerberg tidak mendedahkan bilangan saham atau senarai harga tawaran awam tersebut. - Agensi |
Bangunan gergasi AS terdapat kecacatan Posted: 01 Feb 2012 10:40 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - GAMBAR menunjukkan bangunan One World Trade Centre yang sedang dalam pembinaan di New York pada Isnin lalu. - AFP NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 di sini menyatakan kelemahan dalam reka bentuk bangunan menyebabkan pihaknya terpaksa menampung kos tambahan berjumlah ratusan juta dolar, lapor agensi berita AP. Pada Isnin lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan kos pembinaan bangunan One World Trade Center kini mencecah AS$3.8 (RM11.5 bilion), AS$700 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi berbanding anggaran asal pada 2008. Agensi yang membina pencakar langit baharu berkenaan, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey kelmarin memberitahu, dek pemunggahan barang di bawah One World Trade Center tidak dapat disiapkan mengikut jadual bagi membolehkan penyewa memindahkan peralatan mereka ke dalam menara setinggi 104 tingkat itu dan setinggi 541 meter. Masalah itu berpunca daripada stesen sementara yang dibina untuk laluan bawah tanah Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson. Stesen sementara itu tidak dapat dirobohkan bagi membina dek pemunggahan itu sehingga stesen tetap Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson siap dibina. Namun, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, pihaknya yakin dapat menyiapkan One World Trade menjelang 2013. Bangunan berkembar WTC runtuh selepas dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh bangunan berkenaan sehingga mengakibatkan lebih 3,000 orang mati. - Agensi |
Pejabat PM Pakistan terima kiriman mengandungi anthrax Posted: 01 Feb 2012 10:30 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ISLAMABAD 2 Feb. – Sebuah bungkusan yang dikirimkan ke pejabat Perdana Menteri Pakistan pada Oktober lalu disahkan mengandungi sejumlah kecil spora anthrax yang boleh mengundang maut. Jurucakap Perdana Menteri Yusuf Raza Gilani, Akram Shahidi semalam berkata, pasukan keselamatan mula mengesyaki sesuatu terhadap bungkusan tersebut. Selepas ujian makmal dilakukan, ia disahkan mengandungi anthrax. Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan dan bungkusan itu dikirimkan dari bandar Jamshoho, selatan Pakistan. - REUTERS |
Posted: 01 Feb 2012 08:00 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan Termidzi) Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi) Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.) Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.) Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.) Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56) tazkirah/- |
Dua pelancong asing sedang belayar diculik di Filipina Posted: 01 Feb 2012 07:40 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MANILA 2 Feb. – Sekumpulan penculik bersenjata menculik dua pelancong dari Belanda dan Switzerland bersama seorang pemandu pelancong tempatan yang sedang belayar dalam sebuah bot pelancong selepas melakukan lawatan selama 14 hari di pulau selatan negara ini. Gabenor Pulau Tawi-Tawi, Sadikul Sahali hari ini berkata, lima lelaki yang membawa pistol, rifel dan pelancar peledak merampas bot tersebut dan mengarahkan mereka yang berada di dalamnya iaitu seorang anggota polis, seorang anggota majlis dan pengemudi kapal supaya keluar dari bot. Penculik kemudian melarikan tawanan mereka iaitu, Elwold Horn, 52, dari Belanda dan Lorenzo Vinciguerra, 47, dari Switzerland bersama seorang pemandu pelancong tempatan. - REUTERS |
Posted: 01 Feb 2012 07:30 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke PPUM, semalam. SERDANG: "Aku sudah bunuh anak kamu dua hari lalu, balik sekarang untuk jengguk dia," kata seorang wanita berusia 57 tahun kepada anaknya selepas membunuh cucu perempuannya berusia 10 tahun dalam kejadian di Apartmen Koi Legian, Taman Kandan Baru, dekat Puchong, di sini, semalam. Wanita terbabit menghubungi anak lelakinya jam 9.30 pagi selepas membunuh cucunya, Pow Mei Shuang, 10, dengan menekup bantal ke muka kanak-kanak itu. Bagaimanapun, bapa mangsa yang berusia 31 tahun gagal masuk ke dalam rumah kerana pintu utama dikunci dari dalam lalu meminta bantuan polis. Sebaik polis memecah pintu, bapa mangsa terkejut melihat anak perempuannya terbaring kaku di atas katil di bilik utama di tingkat lapan manakala ibunya pula cuba membunuh diri dengan mengerat jari manis tangan kiri dengan pisau pemotong daging sebelum cuba terjun dari tingkap bilik. Wanita terbabit yang tinggal bersama mangsa, bapa mangsa dan dua cucu lain mengalami kemurungan selepas menghadapi masalah kemerosotan perniagaan restorannya di Jalan Klang Lama. METRO/- |
Radiasi punca misi ke angkasa gagal Posted: 01 Feb 2012 07:30 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MOSCOW: Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia (Roscosmos), Vladimir Popovkin, berkata kegagalan kapal angkasa lepas tanpa pemandu Phobos-Ground dalam misinya menuju ke Phobos, satu daripada bulan di planet Marikh, berkemungkinan disebabkan 'pengaruh partikel angkasa lepas yang dipenuhi radiasi.' "Dua unit sistem komputer di dalam Phobos-Ground bertukar kepada mod 'hidupkan semula' yang menjimatkan tenaga dan ia jelas akibat radiasi," katanya. Popovkin berkata, kelmarin bahawa radiasi kosmik mungkin menjadi punca kegagalan kapal angkasa itu menuju ke Phobos, lalu terhempas ke bumi bulan ini, dan mendakwa bahawa komponen import kualiti rendah mungkin terdedah kepada radiasi. Popovkin juga berkata, sebuah kapal angkasa yang dikemudi untuk dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) ditunda sejak 30 Mac lalu kerana kecacatan ditemui dalam kapsul Soyuz. Kenyataan itu menggariskan pelbagai masalah yang menjejaskan program angkasa lepas yang dibanggakan negara itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk kemalangan Ogos lalu sebuah kapal bekalan untuk stesen angkasa lepas dan bulan lalu kemalangan sebuah satelit komunikasi. Sejak tamatnya program kapal angkasa lepas Amerika Syarikat tahun lalu, kapal Russia hanyalah satu-satunya cara menghantar krew masuk dan keluar dari ISS. Phobos-Ground dilancarkan ke Phobos, bagi mengambil sampel tanah dan membawanya pulang. Namun ia terkandas dalam orbit bumi sejurus dilancarkan 9 November lalu. Agensi berita Russia, Ria Novosti melaporkan pada 24 November bahawa misi itu diumumkan gagal berikutan kapal angkasa terbabit tidak lagi boleh dihantar ke Marikh. Ia jatuh dari orbit pada 15 Januari lalu, dilaporkan di luar pantai Chile, namun tiada serpihan ditemui. Misi penghantaran dibangunkan Roscosmos, dan dibangunan oleh NPO Lavochkin bersama Institut Penyelidikan Angkasa Lepas Russia. Kapal itu adalah yang pertama dilancarkan ke Phobos selepas kegagalan projek penghantaran kapal angkasa ke Marikh pada 1996 yang dikenali sebagai Mars 96. Kegagalan kali ini dianggap memalukan Russia dan Popovkin pada awalnya menyatakan ia mungkin akibat sabotaj pihak asing. Namun kelmarin, beliau berkata, dalam satu ucapan bahawa siasatan menunjukkan punca mungkin adalah 'pengaruh tempatan partikel angkasa lepas yang dicemari radiasi.' – Agensi |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan