Khamis, 2 Februari 2012

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Issues for your MP by Yaacob

Posted: 01 Feb 2012 08:01 PM PST

cedric

Terima kasih atas aduan dan maklumat Sdr.

Pihak kami sentiasa memantau aduan berkenaan dengan jalan-jalan yang rosak dan berlubang di Wangsa Maju dan sentiasa berhubung dengan pihak DBKL bagi memastikan aduan-aduan penduduk diambil tindakan.

Oleh kerana itu kami memohon jasabaik Sdr untuk menghubungi pejabat kami bagi mengetahui kawasan sebenar berlaku jalan rosak dan berlubang bagi memudahkan pihak kami melapurkan lokasi sebenar aduan Sdr kepada pihak DBKL.

Untuk maklumat Sdr pihak DBKL dalam proses membaik pulih mana-mana jalan di kenal pasti menghadapi masalah kerosakan atau berlubang justeru itu pihak kami amat berharap Sdr boleh menghubungi kami supaya boleh mengetahui di kawasan mana sebenar berlaku kerosakan tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Sdr boleh menghubungi kami di no 41433322 atau 0122186929

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu khas kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 01 Feb 2012 07:51 PM PST

Penduduk-penduduk dan Penguna-pengguna Jalan Genting

Merujuk kepada aduan jalan rosak dan berlubang di Jalan Genting Kelang di persimpangan masuk ke TAR Kolej dan Kem Tentera Pulapot.

Pihaki kami dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Awam DBKL bahawa kerja-kerja menurap semula jalan-jalan yang rosak dan berlubang dari persimpangan TAR Kolej hingga ke MRR 2 telah pun siap sepenuhnya.

Dan mengenai kerja-kerja menaik taraf longkang di sepanjang jalan tersebut sekarang ini sedang giat dijalankan. Oleh yang demikian pihak kami berharap masalah jalan rosak dan berlubang di kawasan tersebut kini telah dapat diatasi sepenuhnya. Dan pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKL yang telah mengambil tindakan menurap semula jalan tersebut demi keselamatan kepada penduduk-penduduk dan pengguna-pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Sekiranya ada sebarang masalah pihak kami sedia memberikan bantuan setakat yang mampu dengan menghubungi kami di no. 41433322 dan 0122186929.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Tiada ulasan:

Nuffnang