Ahad, 8 Januari 2012

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


HASAN ALI TumPAS!

Posted: 08 Jan 2012 04:28 AM PST

PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e melahirkan PoLut @ Politik Luar Tabi'e;
Perjuangan amar mungkar nahi ma'ruf
Yang halal jadi haram, yang haram jadi halal
Peliwat Islam ditatang, pejuang Islam ditendang!

Salam 2 all.

HamPAS PASti tumPAS! PAS sedang menggali kubor politik mereka sendiri! Hari ini, berjuang untuk Islam adalah dosa besar didalam PAS! Membela Islam adalah kesalahan tidak terampun bagi PAS! Perjuangan Dr. Hasan Ali memartabatkan Islam, menyeru kepada yang ma'ruf, mencegah kemungkaran, membela aqidah umat, melaksana kehendak syariat dikatakan bercanggah dengan dasar parti yang mengaku berjuang untuk Islam; malah menyelimutkan diri dengan jubah-serban Islam! Pelik Bin Ajaib!!!

Itulah rumusan paling layak diberi kepada parti yang mengaku sebagai Parti Islam SeMalaysia! Pemecatan tokoh pejuang dan aktivis gerakan Islam, YB Datuk Dr. Hasan Ali sebentar tadi membuktikan apa yang telah teman sebut banyak kali. Perjuangan Islam yang dilaungkan PAS hanyalah retorik politik yang penuh hipokrit!

Pemecatan Dr. Hasan Ali sebenarnya membuktikan:

1. Retorik perjuangan Islam sebagai prinsip perjuangan PAS adalah hipokrit dan pembohongan semata-mata! Seluruh dunia mengenali Dr. Hasan Ali sebagai seorang yang konsisten dengan prinsip perjuangan memartabat, menobat dan mempertahankan Islam, Melayu & Institusi DiRaja!

Kesediaan Dr. Hasan Ali mengetuai pergerakan Himpunan Selamatkan Aqidah hasil daripada tindakan biaDAP segelintir pastor dan gereja mendakyah kristianisasi kepada umat Islam telah menyedarkan umat Islam bangsa Melayu akan kritikalnya kedudukan Islam & Melayu dalam negara ini! Beliau baru sahaja mengetuai Himpunan Umat Islam semalam di Stadium Tertutup Paroi, Negeri Sembilan yang dihadiri ribuan umat Islam dari pelbagai latarbelakang social & politik! Namun perjuangan Dr. Hasan Ali sangat tidak disenangi oleh kepimpinan parti rasis & cauvinis biaDAP dan kaum liberal & penganut pluralisma didalam dan luar pakatan biaDAP-PKR-PAS!

2. Pengisian perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS jelas langsung tidak diamalkan! Adakah Dr. Hasan Ali diberi peluang membela diri? Adakah Dr. Hasan Ali diberi hak mempertahankan diri? Adakah Dr. Hasan Ali diberi peluang memperjelaskan pendirian dan perjuangan serta tindakan dia?

Apa yang kita tau, mesyuarat peringkat PAS Pusat sebentar tadi sekadar membuat pengundian tanpa bahas mahupun Dr. Hasan Ali dipanggil tunjukkan sebab dan membela diri! Islam mengajar kita prinsip asas keadilan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri sebelum sebarang tindakan diambil!

3. Pemecatan Dr. Hasan Ali membuktikan cengkaman kaum Anwarinas didalam kepimpinan PAS adalah mutlak! Baru semalam kenyataan Azmin Ali, Timbalan Presiden dan orang kanan Anwar mendesak Dr. Hasan Ali dikenakan tindakan tegas disiarkan. Ini kerana dua hari lepas, Dr. Hasan Ali mempertikaikan tindakan Anwar mengadakan demonstrasi jalanan untuk membebaskan dia daripada tuduhan meliwat stafnya Saiful.

Dr. Hasan Ali menegaskan Anwar tidak sepatutnya mengheret rakyat kedalam kemelut masalah peribadi dan akhlak dia sendiri! Malah Dr. Hasan Ali mempertikaikan kelayakan Anwar menjadi pemimpin pembangkang dan calon PM pakatan biaDAP-PKR-PAS kerana punya masalah akhlak dan moral yang buruk! Ketegasan Dr. Hasan Ali membuatkan Azmin Ali, anak emas Anwar melenting dan marah! Dan kemarahan Azmin Ali diterjemahkan tak sampai 24 jam dengan pemecatan Dr. Hasan Ali sebentar tadi!

4. Pemecatan Dr. Hasan Ali membuktikan perjuangan retorik Negara Islam, perlaksanaan syariat dan undang-undang Islam sudahpun berkubur didalam PAS! PAS sekadar membuktikan ia adalah parti poltitik biasa yang sudah dipenuhi oleh politikus kalkatus yang rakus mahukan kuasa , kedudukan dan jawatan. Dr. Hasan Ali dilihat penghalang kepada matlamat mendapatkan Putrajaya! Maka dihalalkan cara yang cukup jijik dan kotor; pejuang Islam yang sepatutnya sinonim dengan parti Islam dicantas dan dibuang demi memenuhi nafsu serakah mahukan kuasa!

5. Yang halal menjadi haram, yang haram menjadi halal! Himpunan Umat Islam yang diketuai oleh Dr. Hasan Ali dilarang; himpunan bersama kafir harbi dan untuk menyelamatkan manusia paling buruk akhlaknya dihalalkan! Malah diisytiharkan sebagai jihad perhimpunan untuk menyelesaikan masalah moral dan akhlak seorang pemimpin yang sudah rosak!

Teman cukup yakin bangsa Melayu umat Islam khususnya, dan rakyat Malaysia amnya akan dapat melihat sandiwara dan opera yang dimainkan oleh kaum pembangkang yang sudah gila kuasa ini! Pokok pangkalnya, kalau tokoh pemimpin dan pejuang tulin mereka sendiri dicantas dan dipecat hanya kerana mempertahankan perjuangan Islam, apakah tidak mungkin mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memenuhi nafsu berkuasa!

Teman yakin tindakan PAS yang dikuasai kaum Anwarinas ini akan memakan diri. Ramai ahli dan penyokong PAS sudah mula meragui nilai perjuangan Islam sebenar PAS! Respon yang teman tengok sendiri dilaman FB dan twit membuktikan segalanya. Pendokong dan penyokong tegar PAS, yang selama ini konsisten dalam memaki hamun dan bersumpah seranah atas apa sahaja isu yang teman bangkitkan, tiba-tiba terkedu bisu tidak bersuara melihat depan mata dema bagaimana parti yang mereka taksubi selama ini sudah dilacurkan!

Kenyataan salah seorang penyokong tegar PAS dilaman FB dan twit teman mewakili suara hati dan luahan perasan mereka, bila dia berkata:

"Ana mratapi pmecatan DHA!Tndkn terburu2 PAS mmecat DHA sbaik shj mnrima desakan AA (Azmin Ali) mmbuka mata/minda ana bhw PAS sbnrny dh jauh brubah!".

Teman percaya selepas ini akan akan tindak-balas daripada golongan pro-Islam didalam PAS. Teman cukop yakin para ulama' tidak akan berdiam diri! Teman cukop yakin aktivis yang sayangkan agama akan bangkit membela Dr. Hasan Ali. Dan teman cukop yakin kaum Anwarinas akan terus mencengkam kuasa mereka dengan memecat golongan ulama' dan aktivis pejuang Islam didalam PAS demi memastikan nafsu impian mereka ke Putrajaya tercapai.

Teman yakin selepas ini akan ada lagi para ulama' dan aktivitis pejuang Islam akan dikenakan tindakan! Teman tidak hairan jika selepas ini mangsa kerakusan mereka seterusnya ialah Ustadz Nasharudin Mat Isa, Ustadz Nasarudin Hassan Tantawi, Ustadz Datuk Harun Taib, mungkin juga Ustadz Nik Abduh Nik Mat. Malahan jika Dato' Dr. Haron Din, ulama' besar yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dilihat menjadi batu penghalang mereka untuk mencapai impian ke Putrajaya, sudah PASti beliau juga akan disembelih tanpa ehsan!

Kaum Anwarinas ini hanya membuktikan satu perkara dengan pemecatan Dr. Hasan Ali. Iaitu mereka sudah gila kuasa. Sebab itu kita semua wajib menghancurkan mereka. Memerangi kaum Anwarinas ini adalah jihad, menghancurkan mereka adalah jihad.

Kita bukan gila kuasa, tetapi kita mahu menghalang orang gila daripada berkuasa!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam!

Zulkifli Bin Noordin

Ahad

14 Safar 1433

08 Januari 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang