Ahad, 8 Januari 2012

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


PAS Pecat Hassan Ali

Posted: 07 Jan 2012 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS

Makan durian bersama penduduk Bukit Gantang.

Posted: 07 Jan 2012 07:24 PM PST

ALHAMDULILLAH... PIMPINAN PAS PUSAT DAN NEGERI NEGERI TURUT HADIR KE MARKAZ TMN KUNING SARI INI ANTARANYA UST IDRIS HJ AHMAD (AJK PAS PUSAT), USTAZ ABU BAKAR HUSSEIN (PESURUHJAYA NEGERI PERAK), DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 1 / AHLI PARLIMEN BKT GANTANG), USTAZ MISBAH MUNIR (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 2), TN. HJ RAZMAN ZAKARIA (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 3) PIMPINAN KAWASAN DAN JUGA CAW.2 BERDEKATAN. SEMOGA DENGAN KUNJUNGAN2 DARI PAS PUSAT DAN NEGERI PAS TMN KUNING SARI AKN MENJADI KUBU KUAT PAS PULA...INSYA ALLAH....
















Bersiap hadapi ibu pilihan raya

Posted: 07 Jan 2012 07:22 PM PST

Apapun pergolakan atau peristiwa yang berlaku dan akan berlaku dalam waktu terdekat ini, sewajarnya tidak membantutkan persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini kerana PRU Ke-13 ini, yang dianggap 'ibu segala pilihan raya' di Malaysia, akan menentukan sama ada Barisan Naional akan berkuasa kembali atau Pakatan Rakyat akan memerintah Puterajaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa "sama ada saya dipenjarakan atau dibebaskan oleh mahkamah pada 9 Januari ini tidak penting, yang penting ialah meneruskan perjuangan hinggah Pakatan Rakyat menang dalam piluhan raya umum kali ini."

Beliau mengulangi, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat dalam menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang untuk merubah kerajaan.

Untuk mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, Pakatan Rakyat sewajarnya membuat persiapan paling rapi, strategi dan bacaan politik yang tepat dan dalam masa yang sama berazam dan bertawakkal kepada Ilahi, justru pada akhirnya segala keputusan di tangan-Nya.

Dari pelbagai laporan yang diterima, khusunya dri negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Persiapan berjalan lancar. Petugas parti-parti dalam Pakatan Rakyat bertungkus lumus, siang dan malam membuat persiapan dalam semua aspek.

Misalnya, PAS Selangor sudahpun melancarkan program 'Semarak Hijau' di beberapa kawasan di Selangor untuk memugar pengundi agar menyokong Pakatan Rakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Program berterusan ini yang dikendalikan oleh pengarahnya, Ir. Izham Hashim yang juga Bendahari PAS Selangor, boleh dikatakan telah mencapai matlamat, di mana, menurutnya, sudah ada perubahan pemikiran di kalangan rakyat – khususunya di luar bandar, termasuk di rancangan Felda. Mereka bukan lagi penyokong tegar Umno/BN, tetapi sudah ada yang menunjuklkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Negeri Selangor yang kaya dan ternama itu, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, serangan pelbagai bentuk dari musuh politik Pakatan Rakyat, namun pemerintahannya yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim masih kukuh dan diterima oleh rakyat kerana telah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor.

PAS Negeri Johor pula sedang melancarkan jentera dan program untuk menghadapi PRU Ke-13 itu. Sambutan Ulangtahun PAS Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Dataran Haji Mardi [Dewan Marwan Al Hakam] Ayer Hitam, Johor baru-baru ini telah dihadari oleh lebih 3,000 orang.

PAS negeri itu memutukan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Persuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, mereka 'menyerahkan' lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kesemua kerusi itu adalah kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit," katanya lagi.

PAS Johor, katanya, membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008.

Kata beliau, senarai calon dari PAS Johor yang akan bertanding pada PRU13 telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui dan diluluskan oleh kepimpinan parti pada peringkat pusat.

Sementara itu, PAS/Pakatan Rakyat Negeri Kedah juga telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU Ke-13 dengan fokus utama mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRU yang lalu.

Dalam masa yang sama berusaha keras untuk menawan kerusi yang tewas di tangan BN dalam PRU yang lalu. Ini adalah keazaman pimpinan Pakatan Rakyat Negeri itu.

PAS sendiri, yang memimpin kerajaan negeri itu telah melaksanakan pelbagai program untuk rakyat dalam pelbagai bidang. Walaupun menghadapi pelbagai tohmah dari Umn/BN, namun kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu berjaya mematahkan tuduhan itu.

Di negeri yang belum diperintah oleh Pakatan Rakyat – Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak, jentera pilihan raya Pakatan telahpun digerakkan. Pemimpin Pakatan terus memantau persiapan. Mereja silih berganti ke Sabah dan Sarawak untuk mempatikan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat berjalan lancar.

Dari tinjauan yang ada, menunjukkan negeri-negeri yang dulunya bukan di bawah Pakatan Rakyat sangat sukar bertapak sudah menunjukkan perubahan. Tetapi kini negeri-negeri tersebut tidak boleh lagi dianggap sebagai negeri 'simpanan tetap' Umno/BN.

Ini adalah perubahan yang amat ketara termasuk di negeri Johor, yang selama ini dianggap sebagai kubun Umno. Dari tinjauan yang dibuat, menunjukkan perubahan sikap rakyat Johor sangat ketara.

Isu rasuah, skandel projek lembu, isu tanah rancangan Felda, isu pelabur asing mendominasi negeri Johor, isu pemimpin Umno/BN hidup bermewah-mewah dan lain-lain diperkatakan dengan meluas dan terbuka di mana-mana oleh rakyat negeri itu. Ini menyebabkan rasa benci mereka terhadap Umno/BN.

Sementara itu Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen yang bertema 'Bersihkan Malaysia' pada 13 dan 14 Januari ini di Alor Setar, Kedah dengan memberikan fokus khusus kepada pembentukan manifesto pakatan itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam Konvensyen terebut, pimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan beberapa isu pokok yang akan menjadi asas kepada manifesto Pakatan Rakyat, selain yang tertera dalam Buku Jingga.

Ia adalah manifesto utama yang terus menjadi pegangan dasar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang. Isu-isu yang menjadi fokus dalam konvensyen selama dua hari itu antara lain melibatkan perkhidmatan awam, mahasiswa dan juga isu-isu federalisme. Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Nuffnang