Ahad, 8 Januari 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN NASARUDDIN TANTAWI

Posted: 07 Jan 2012 08:23 PM PST

SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN USTAZ NASARUDDIN TANTAWI. MASALAH DALAMAN PAS BIARLAH PAS YANG SELESAIKAN. TIDAK PERLU CAMPUR TANGAN LUAR. KAMI YAKIN DENGAN KEUPAYAAN PRESIDEN KAMI UNTUK MENYELESAIKAN SEBARANG MASALAH. PAS TELAH WUJUD LEBIH 60 TAHUN DAN TELAH MELALUI PELBAGAI CABARAN. CABARAN KALI INI TIDAKLAH SEHEBAT YANG PERNAH DILALUI SEJAK PAS MULA DITUBUHKAN DALAM TAHUN 1951. INSYAALLAH KAMI TIDAK PERLU DIAJAR UNTUK MENTADBIR JEMAAH KAMI.


Nasrudin: PAS perlu selesai isu Hasan Ali, elak orang luar campur tangan

January 08, 2012

KUALA LUMPUR, 8 Jan - Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan mengingatkan kepimpinan tertinggi parti Islam itu agar menyelesaikan isu yang melibatkan Datuk Dr Hasan Ali dengan baik dan jangan sesekali membenarkan orang luar campur tangan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Nasrudin berkata kenyataan  "melawan arus" yang dikeluarkan Dr Hasan baru-baru ini mengenai perhimpunan 901 esok disifatkan beliau sebagai pandangan peribadi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri itu.

"Maknanya kalau mahu diterjemahkan di dalam organisasi atau pertubuhan seperti PAS, apa jua masalah yang berlaku mestilah diselesaikan dengan baik, bijak dan tidak merosakkan reputasi selain pemimpin parti mesti bertindak tegas dan berwibawa.

"Saya kira ia pandangan peribadi beliau (Dr Hasan). Apa pun kami Pemuda PAS membuat keputusan untuk menyertai perhimpunan 901...bagi saya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan saya minta semua pihak agar bertindak untuk mencari penyelesaian bukan mengusutkan lagi keadaan," katanya.

Dr Hasan sebelum ini berkata beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah "untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing."

Ekoran kenyataan Dr Hasan itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu.

Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Jelas  Nasrudin, menguruskan sesebuah organisasi atau parti politik boleh diibaratkan serupa dengan menguruskan rumah tangga tetapi lebih kompleks.

"Mesti diurus dengan baik, tenang, sabar, bijak dan hikmah. Berpisah sungguh mudah, semudah lafaz talak dan ia boleh dilafazkan pada bila - bila masa sahaja.

"Apa yang sukar ialah untuk bersatu kasih dgn persefahaman, toleransi, bermaafan, berbaik sangka dan sebagainya bagi mempertahankan kerukunan rumah tangga," katanya.

Tegas beliau, setiap masalah yang berlaku dalam rumah tangga harus ditangani dengan bijak dan jangan sesekali membenarkan orang luar campur tangan.

"Ini kerana ia akan merimaskan kita dengan segala kes sulit yang tidak mungkin difahami mudah oleh orang luar.

"Kita juga sekali-kali tidak wajar masuk campur dalam hal ehwal rumah tangga orang lain kerana ia menyulitkan lagi keadaan," katanya.

Semalam Naib Ketua Pemuda PAS pusat Dr Raja Ahmad Al-Hiss mengingatkan Azmin agar tidak campur tangan dalam isu Dr Hasan.

Tiada ulasan:

Nuffnang