:: cina islam | 2011 :: |
- Himpuan 901: IPT perlu seiring dengan Menteri
- Kemalangan di New Jersey: Pelajar Malaysia stabil
- Final Terbuka Korea : Chong Wei kalahkan Lin Dan
- 7 penumpang Qantas A380 cedera
- Rakyat Malaysia mati terlebih ambil ubat kuat di Jakarta
- Parkir Di Mahkamah Jln Duta telah ditutup sempenan Himpunan 901
- Pemuda PAS sokong pemecatan Hasan Ali
- DAP tetap bersama Anwar
- Spekulasi terjawab : Bekas ADUN, penulis blog Umno sertai DAP
- PAS pecat Hasan Ali.
- Bekas ADUN, penulis blog Umno sertai DAP
- Hasan Ali dipecat dari PAS .
- Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar
- Najib dan rombongan tiba di Afrika Selatan
- AMK dakwa pengawal Wan Azizah disuntik morfin
- Karpal: 'Panglima perang dan godfather' mesti bersatu bagi menumbangkan BN
- SAMM Komited Turun Gelanggang 901 Bersama Gerakan Massa
- 21 terbunuh dalam keganasan di Syria
- Bolasepak Piala Sumbangsih : Polis tahan 26 penyokong NS, K'tan
- Pengawal peribadi Wan Azizah pengsan, didakwa diracun
- Keputusan Liga Sepanyol
- Artifak Titanic akan dilelong
- Keranda pelik jadi tarikan
- Awas : Virus serang 45,000 akaun Facebook
- Penangguhan sementara kuliah Subuh dan Maghrib : 500 demo depan masjid
Himpuan 901: IPT perlu seiring dengan Menteri Posted: 08 Jan 2012 02:40 AM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 8 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menasihatkan pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta di negara ini berpendirian selari dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang membenarkan mahasiswa menyertai himpunan 901 esok. Sambil menyambut baik kebenaran oleh menteri itu, Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan berkata, ianya sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. "Gamis menyarankan kepada seluruh pentadbiran universiti agar menyambut kenyataan dari KPT berhubung kebenaran untuk menyertai himpunan 9 Januari nanti. "Ini sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. Sepatutnya pentadbiran universiti menunjukkan kebersamaan dengan KPT," katanya. Semalam, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata mahasiswa IPT dibenarkan untuk menyertai himpunan 901 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini. Katanya, jika perhimpunan tersebut dibenarkan pihak polis dan sah di sisi undang-undang, ianya tidak mendatangkan masalah. "Dalam semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971, saya percaya universiti tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan terhadap staf mereka dan penuntut.", ujarnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam. Sebelum ini, pentadbiran Universiti Malaya telah mengeluarkan notis amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pelajar mahupun kakitangan kampus itu yang menyertai himpunan tersebut. . "Di peringkat Gamis kami merasakan inilah ruang yang terbaik bagi mahasiswa untuk menilai sistem perundangan dan institusi kehakiman negara dalam masa yang sama, mereka turun ke perhimpunan tersebut bukan atas 'tiket' mahasiswa tetapi atas 'tiket' rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihanraya," tegas Akram Harakahdaily/- |
Kemalangan di New Jersey: Pelajar Malaysia stabil Posted: 08 Jan 2012 12:26 AM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - NEW YORK 8 Jan. — Penuntut Malaysia yang disalah lapor oleh akhbar Amerika Syarikat sebagai terbunuh dalam kemalangan di New Jersey pada 2 Jan lepas, kini berada dalam keadaan stabil. Doktor di Hospital Universiti Robert Wood Johnson di New Brunswick, New Jersey di mana Hennis Ling Tung sedang dirawat, dilapor berkata, penuntut itu mengalami konkusi dan menjalani terapi bagi memulihkan ingatan. Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Mohamed Bakri Syed Abdul Rahman turut melawat penuntut itu di hospital dan sempat bertemu dengan ibu bapa gadis tersebut. "Tung telah sedar dan sudah boleh berkomunikasi secara perlahan-lahan. Ibunya terpaksa berbisik kepadanya untuk memberitahu saya datang sebagai konsul jeneral Malaysia. "Gadis itu menganggukkan kepala dan menyapa saya. Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada hospital, beliau patah tulang rusuk," kata Syed Bakri kepada Bernama. Akhbar Republic yang berpangkalan di Columbus, Indiana telah melaporkan seorang penuntut Malaysia terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bersama empat lagi terbabas di laluan Interstate 78. Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengeluarkan satu kenyataan kemudian mengesahkan pelajar wanita itu selamat. Hennis, 20, merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Ohio. — BERNAMA |
Final Terbuka Korea : Chong Wei kalahkan Lin Dan Posted: 08 Jan 2012 12:21 AM PST |
7 penumpang Qantas A380 cedera Posted: 08 Jan 2012 12:19 AM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - SYDNEY: Tujuh penumpang cedera iaitu empat daripadanya dikejarkan ke hospital selepas pesawat Qantas A380 dari London ke Singapura digegarkan angin kuat, demikian menurut syarikat penerbangan yang berpangkalan di Australia itu, hari ini. Juurcakap Qantas, berkata pesawat Airbus superjumbo itu hanya tiga jam dari Singapura ketika berdepan dengan ribut di ruang udara India, awal pagi semalam. "Tujuh penumpang yang terbabit dan empat daripadanya dikejarkan ke hospital sebaik tiba di Singapura. Kesemua mereka dibenarkan pulang dan turut diberikan pelepasan untuk meneruskan penerbangan," katanya. Kesemua mereka mengalami lebam selepas tercampak keluar dari tempat duduk ketika kejadian. - AFP |
Rakyat Malaysia mati terlebih ambil ubat kuat di Jakarta Posted: 08 Jan 2012 12:16 AM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - JAKARTA: Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati di sebuah bilik hotel di sini pagi ini dan polis percaya beliau mati akibat terlebih mengambil ubat kuat (peransang seks). Difahamkan mayat lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai pada kira-kira 5 pagi. Beliau berasal dari Selangor. Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Jenazahnya dihantar ke rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk bedah siasat. Polis sudah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini. - BERNAMA |
Parkir Di Mahkamah Jln Duta telah ditutup sempenan Himpunan 901 Posted: 08 Jan 2012 12:10 AM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 8 Jan -- GARISAN POLIS... Kawasan parkir kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta sudah ditutup sempena Himpunan 901 yang akan diadakan esok. Himpunan 901 telah mendapat kebenaran pihak polis Kuala Lumpur untuk berhimpun pada Hari Isnin 9 Januari 2012. Anwar yang menghadapi pertuduhan liwat II akan menunggu keputusan dari Hakim Mahkamah tinggi Dato Zainal Abidin Md Diah. Menjawab tuduhan pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan Himpunan 901, bagi Tuan Guru Haji Hadi mengatakan Perhimpunan 901 ini bukanlah untuk soal peribadi Anwar semata-mata, "Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," Kedua-dua belah kiri dan kanan kawasan parkir kenderaan ditutup. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum ini telah memohon Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman Perhimpunan 901 esok yang dikenali dengan singkatan perhimpunan 901, dan keputusannya pihak polis memberi kebenaran untuk berhimpun. Menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali "Hak berhimpun termaktub dalam perlembagaan dan kita datang untuk mendengar keputusan mahkamah dan, apapun keputusannya, kita akan bersurai dengan aman". BERNAMA |
Pemuda PAS sokong pemecatan Hasan Ali Posted: 07 Jan 2012 11:43 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - 1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Yb. Dato' Dr. Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini. 2. Kepada Dato' Dr. Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Dato' Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
Posted: 07 Jan 2012 11:36 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 8 Jan: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP akan berada bersama rakyat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur esok bagi memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa Anwar adalah pemimpin Pakatan Rakyat, laporRoketkini.com. "Kalau Anwar menang (kes mahkamah) tentu sudah tentu beliau ada peluang menjadi Perdana Menteri (bila Pakatan menang PRU13)" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan DAP 2012 di sini hari ini. Dalam ucapan perasmiannya, Guan Eng menegaskan sekali lagi komitmen dan semangat kesetiakawanan DAP dengan Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang. "Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri alternatif, walau apa pun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus menyokongnya," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tumpuan harus diberi bukan kepada Anwar, tetapi kepada PRU13 akan datang. "Kita harapkan beliau berjaya esok dan semoga beliau dapat mengecapi Impian Bangsa Malaysia bersama kita," katanya. DAP hari ini mengemukakan Deklarasi Shah Alam bertemakan 'Impian Bangsa Malaysia' bagi mengukuhkan lagi iltizam menghadapi PRU13 akan datang. Guan Eng berkata, setelah 46 tahun DAP tidak pernah 'tertinggal' dan kekal teguh dengan dengan aset utamanya iaitu menolak rasuah dan kronisme. "Untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia untuk sebuah negara yang maju, kita mahu negara berpolisi, bukan negara polis, kita memberi jaminan buat rakyat Malaysia bahawa kita tidak akan sama sekali menjual martabat kita kepada BN. "Dalam usaha untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia kita tidak mahukan kemenangan berdasarkan kekuatan tetapi kemenangan berdasarkan kebenaran. Marilah kita mengecapi Impian Bangsa Malaysia!," katanya. Sehubungan itu bagi memperkasakan Impian Bangsa Malaysia, fokus utamanya ialah dengan menaikkan ekonomi rakyat, meningkatkan mutu hidup serta pengurangan kos sara hidup. "You ingat 'kawan baik' saya (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri) Koh Tsu Koon akan tanggung kah?" katanya menjelaskan di Kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah mengurangkan 95 peratus hutang negeri dalam tempoh empat tahun memerintah. Tambah Guan Eng lagi, sudah sampai masanya untuk memperkenalkan konsep "solidariti ekonomi" dalam membentuk gagasan Impian Bangsa Malaysia. "Konsep ini bermaksud solidariti antara yang kaya dengan yang miskin, antara bandar dengan luar bandar, antara yang kuat dengan yang lemah." Justeru, Guan Eng menjelaskan lapan langkah untuk mencapai gagasan Impian Bangsa Malaysia iaitu: 1. Pelaksanaan gaji minima. 2. Menghubungkan terus kadar kenaikan gaji minima dengan kadar inflasi. 3. Memupuk penyertaan tenaga kerja wanita. 4. Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. 5. Melonjakkan ekonomi melalui teknologi dan automasi. 6. Membanteras korupsi, rasuah dan ketirisan melalui pentadbiran berteraskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus). 7. Meluhurkan undang-undang; dan 8. Mempertahankan hak-hak sah pekerja. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim, dan Pengerusi PRM, Dr Rohana Ariffin. |
Spekulasi terjawab : Bekas ADUN, penulis blog Umno sertai DAP Posted: 07 Jan 2012 11:24 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Dua penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP. Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (kanan) bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan. Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal. Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu. Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak. Beliau menulis di blog dedngan nama pena Sakmongkol46 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal. Malaysiakini/- |
Posted: 07 Jan 2012 10:56 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS |
Bekas ADUN, penulis blog Umno sertai DAP Posted: 07 Jan 2012 10:55 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Dua penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP. Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negeri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan. Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal. Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu. Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak. Beliau menulis di blog dedngan nama pena Sakmongkol46 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal. |
Posted: 07 Jan 2012 10:29 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini telah mengambil keputusan memecat Hasan Ali dari Pas. Keputusan itu dicapai sebulat suara. Bagaimana pun Hasan dibenarkan merayu kepada Majlis Syura Ulamak. PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama hadir dalam mesyuarat berkenaan. Demikian berita baru yang saya terima sekejap tadi. Pas dijangka akan membuat sidang akhbar berhubungan dengan isu tersebut. Berita selanjutnya menyusul. |
Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar Posted: 07 Jan 2012 10:15 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi. "Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi. Ketika membaca berita malam tadi Jay tersasul apabila berkata "Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..." Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam. Kesilapan itu kemudiannya menjadi topik hangat di laman Facebook dan Twiter malam tadi. Ia kerana nama Ketua Pembangkang itu sedang menjadi buah mulut banyak pihak ekoran menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok. Video rakaman kesilapan itu juga turut dimuat naik di Youtube. |
Najib dan rombongan tiba di Afrika Selatan Posted: 07 Jan 2012 09:16 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalam dengan Penasihat Pertahanan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Kolonel Marsaleh Hassim ketika tiba di Waterkloff Airforce Base di Johannesburg, hari ini. Beliau tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Afrika Selatan atas jemputan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. Malam tadi Pembaca berita tv3 (Jay Jamalina) tersasul semasa membaca berita mengenai Lawatan Najib ke Afrika. Beliau menyebut Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang melawat Afrika . Satu klip rakaman kejadian itu segera beredar di laman Youtube dan menghiasi kebanyakan wall FB di Malaysia pada hari ini.- Foto BERNAMA |
AMK dakwa pengawal Wan Azizah disuntik morfin Posted: 07 Jan 2012 09:13 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Satu laporan polis dibuat ekoran kes pengawal peribadi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dimasukkan ke hospital selepas disyaki diserang dan didakwa dicederakan dengan objek tajam beracun. Menurut Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, laporan melibatkan Fayyadh Afiq Albakqry itu dibuat sejurus selepas kejadian di Permatang Pauh malam tadi. Dalam kenyataannya hari ini, Syed Mikael mendakwa, serangan itu disahkan berpunca dari tusukan jarum mengandungi morfin berlebihan ke tapak tangan. Beliau malah mendakwa insiden itu merupakan "cubaan membunuh" Wan Azizah. "Serangan itu walaupun dapat dielak oleh Saudara Fayyad al-Bakri, pengawal keselamatan keluarga Anwar Ibrahim, ia tetap diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh!" dakwanya. Menurut seorang pembantu Anwar, Fayyadh tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan membawa Wan Azizah berceramah dari kampung halaman Anwar di Cherok Tok Kun ke Parit Buntar. Selepas dibawa ke hospitral di Seberang Jaya, dilaporkan di Twitter bahawa lebih daripada 100 penyokong Pakatan Rakyat berada di hospital untuk mendoakan supaya Fayyadh pulih. Wan Azizah antara puluhan pemimpin PKR yang sedang menjelajah seluruh negara dalam siri ceramah umum menjelang keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar esok. Fayyadh merupakan pengawal peribadi yang sama yang didakwa terkena tembakan kanister gas pemedih mata ketika melindungi Anwar semasa perhimpunan BERSIH 2.0. Malaysiakini/- |
Karpal: 'Panglima perang dan godfather' mesti bersatu bagi menumbangkan BN Posted: 07 Jan 2012 09:11 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini cuba menjalinkan semula hubungannya dengan timbalan setiausaha agung parti itu P Ramasamy yang agak tegak sejak beberapa bulan kebelakangan ini. "Saya minta semua yang hadir di sini, ahli-ahli DAP supaya bersatu. Panglima perang dan 'godfather' perlu bersama bagi menumbangkangkan BN," katanya pada persidangan DAP Kebangsaan di Shah Alam hari ini. "Saya beri jaminan 'godfather' sedang membara dalam perut mereka," katanya dalam nada jenaka sambil disambut dengan sambutan gemuruh. Sebelum ini, Karpal dan Ramasamy terbabit dalam perang mulut sehingga menyaksikan peguam veteran itu membuat tuntutan supaya Ramasamy melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Ini berikutan kenyataan Ramasamy di akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai yang mendakwa terdapat "godfather" dalam DAP selepas beliau menamakan tiga individu sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Beliau bagaimanapun kemudian menafikan laporan itu dan berkata ia sebagai salah lapor. Seminggu kemudian, Ramasamy sekali lagi menghangatkan keadaan apabila akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetiknya sebagai berkata pengkritiknya sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka. Di sebalik cubaan untuk berbaik itu, Karpal mengingatkan bahawa parti itu menggalakkan darah baru tetapi sumbangan yang lama tidak harus dilupakan. Karpal juga menimbulkan pengalaman bagaimana pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan dirinya yang telah mengoorbankan diri dengan sama ada ditahan di bawah Akta Keselamatan Antarabangsa atau disumbat ke dalam penjara pada masa lalu demi parti itu. "Inilah tahap komitmen kami, ia adalah pengorbanan yang dibuat oleh DAP dan pemimpin-pemimpinnya. "DAP sebelum ini berjuang bersendirian menentang BN tetapi kami tidak lagi keseorangan sekarang, kami sekarang bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat." Malaysiakini/- |
SAMM Komited Turun Gelanggang 901 Bersama Gerakan Massa Posted: 07 Jan 2012 09:01 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Tarikh 9 Januari 2012 atau 901 adalah suatu detik bersejarah apabila ia menjadi kemuncak kepada perbicaraan kes fitnah liwat yang kedua terhadap Anwar Ibrahim. Tarikh 901 bukan sahaja harus dikenang sebagai tarikh yang menentukan secebis mana saki-baki keadilan sebuah mahkamah, tetapi 901 harus disertai dalam apa jua bentuk penglibatan - termasuklah berhimpun di hadapan mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim yang kita percayai telah lebih sedekad dianiaya oleh kerakusan regim demi mengekalkan kuasa. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sentiasa memastikan gerakan anak muda akan terus menyumbangkan diri untuk menyertai gerakan massa terutamanya dalam isu penindasan ke atas rakyat tanpa mengira apa jua statusnya, warna kulit dan fahamannya, asalkan rakyat itu ditindas dan dianiaya, anak muda harus bangkit menentang kebejatan. Bezanya kali ini, susuk yang keadilannya dinafikan itu telah menjadi faktor utama yang menjadi punca goyahnya regim pemerintah dalam meneruskan aksi menjual negara. Sebagai penggerak anak muda yang mengambil pendekatan radikal, SAMM juga telah memainkan peranan menjana maklumat kepada rakyat dan terus berkomitmen untuk memastikan rakyat turun dalam aksi 901. Ia termasuklah mengadakan siri ceramah penerangan jelajah seluruh negara, pengedaran risalah dan dvd kesedaran rakyat. Pergerakan SAMM yang terlibat bukan sahaja dalam gerakan surface dan beraksi dalam beberapa siri perhimpunan aman, yakin bahawa perhimpunan 901 adalah gerakan yang wajib disertai oleh rakyat yang cintakan keadilan. Namun sebelum kita turun berhimpun ke perkarangan Mahkamah di Jalan Duta, SAMM berpendapat setiap seorang daripada kita harus faham dengan jelas mengapa Anwar Ibrahim berada di kandang pesalah. Kita juga harus sedar apakah agenda yang diatur sehingga memaksa Anwar Ibrahim berulang-alik turun-naik mahkamah dan tidak dibenarkan bergerak dengan bebas selagi beliau berada dalam arus utama kancah politik tanahair. Ini semua berlaku ketika Anwar Ibrahim hanya selangkah sebelum mentadbir negara ini secara marhein. Tahun 1998 memperlihatkan bagaimana Anwar Ibrahim memilih untuk menyonsang arus ketika beliau boleh sahaja bersabar dan berdiam diri terhadap rasuah dan salahguna kuasa bagi menyelamatkan konglomerat milik kroni. Anwar Ibrahim tidak tunduk kepada arahan yang supaya harta negara dan harta awam digunakan sewenangnya untuk kepentingan penguasa. Percayalah jika Anwar Ibrahim turut terlibat bersekongkol sudah pasti bukan Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri hari ini. Tetapi demi rakyat, Anwar Ibrahim bangkit dengan slogan 'Lawan Tetap Lawan' yang menyebabkan beliau merengok ke dalam penjara daripada kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri. Demi untuk selamatkan rakyat dan negara, Anwar Ibrahim terpaksa berdepan sebuah konspirasi jahat yang diajukan terhadap beliau iaitu tuduhan liwat pertama. Perbicaraan kes liwat pertama ini juga banyak kelemahan dalam pendakwaan hingga akhirnya pada tahun 2004 tuduhan liwat tersebut digugurkan dan Anwar Ibrahim dibebaskan setelah enam tahun di bermastautin di penjara Sungai Buluh. Pengalaman Anwar Ibrahim yang dihenyak dan dipukul dengan niat bunuh di dalam lokap, menyebabkan kesakitan kekal pada tulang belakang, dipenjara, diaibkan adalah kerana Anwar Ibrahim memilih untuk selamatkan rakyat dan negara. Apakah kita sebagai salah seorang rakyat yang pernah cuba diselamatkan oleh Anwar Ibrahim akan berdiam diri? Kali ini pada tahun 2008, de javu 1998 berlaku setelah perencanaan 16 September untuk membebaskan negara dari kepimpinan negara yang menindas rakyat hampir menjadi kenyataan. Panik dengan perkembangan positif pergerakan 16 September termasuklah beberapa pertemuan Anwar Ibrahim dengan ahli parlimen, perencanaan 16 September harus digagalkan manakala peranan besar Anwar Ibrahim tidak wajar dibiarkan setelah beliau menjadi faktor utama tsunami 8 Mac. Ketika Anwar Ibrahim sekali lagi selangkah sebelum menerpa kejayaan, maka di atas alasan yang sama hadirlah konspirasi liwat versi kedua. Dalam perlawanan kali ini, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau akan terus lawan dan tiada sebab untuk beliau tunduk setelah melalui seribu dugaan, demi menyelamatkan rakyat dan negara. Tarikh 901 adalah hari penentu. Berhimpun atas tajuk 901 bukan urusan Anwar Ibrahim semata-mata, ianya adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia yang harus menilai dan menjadi hakim bagi menentukan samada sistem perundangan negara dimusnahkan atau masih boleh diselamatkan. Berhimpun atas tajuk 901 bukan hanya kerana susuk itu Anwar Ibrahim, tetapi bagi memberi sokongan terhadap seorang pemimpin yang selama ini manuver ranjau berduri dan berkorban segalanya demi rakyat. 901 adalah detik untuk rakyat buktikan bahawa mereka bersama Anwar Ibrahim bukan hanya kerana susuk itu adalah Anwar Ibrahim, tetapi kerana menagih keadilan dalam sistem perundangan negara. Banyak pihak yang bertanya apakah SAMM tidak turun beraksi di 901, banyak pihak juga menunggu apakah tindakkan seterusnya SAMM dalam merealisasikan himpunan 901 yang lebih bermakna. Selaku anak muda, SAMM tidak pernah tertinggal dalam mana-mana aksi arus utama massa malah SAMM cenderung untuk menyeru semua rakyat agar bangkit bangun melawan penindasan dan penganiayaan terhadap rakyat. Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia menegaskan bahawa selaku penggerak anak muda, SAMM akan bersama dengan rakyat dalam aksi 901 dengan seluruh kekuatan. Komrad SAMM sentiasa bersedia dan ketika ini juga terdapat beberapa hotel telah dipenuhi oleh komrad SAMM yang hadir dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semuanya hadir dengan tekad bersama rakyat menentang keadilan buat Anwar Ibrahim yang sekian lama dinafikan. Menyelusuri perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim sejak dari awal pertuduhan, hingga ke pendakwaan yang goyah lagi meragukan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab merungkai segala persoalan dengan mengumpul segala maklumat dan fakta. Hasilnya SAMM telah menerbitkan sebuah buku teks lengkap yang menjadi rujukan penting betapa perbicaraan kes liwat ini tidak dijalankan dengan telus dan seterusnya menggambarkan sistem perundangan yang serba pincang bagi menggagalkan gerakan rakyat. Buku berjudul FITNAH terbitan SAMM ini akan dilancarkan pada 7 Januari 2012 oleh Presiden Keadilan di tempat lahirnya pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim di Ceruk To' Kun, Bukit Mertajam. Turut bersama dalam melancarkan buku FITNAH ialah Prof A Samad Said dan Hishamuddin Rais. Dengan pelancaran buku ini, ia menjadi bukti betapa SAMM menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membela nasib Anwar Ibrahim dengan peranannya yang tersendiri. Tanggal 901 kian hampir, keputusan perbicaraan kini berada di penghujungnya. Ayuh bersama SAMM turun memberi sokongan moral dan padu terhadap keperluan sebuah sistem perundangan yang telus tanpa tunduk kepada pihak pemerintah yang terdesak mempertahan kuasa dan tembolok masing-masing. Di kesempatan yang ada ini, SAMM sekali lagi menyeru rakyat melaksanakan sedikit tanggungjawab yang melambangkan bangsa Malaysia yang menolak Fitnah dan Konspirasi jahat. SAMM akan berada di barisan hadapan dan memastikan 901 menjadi medan persediaan buat rakyat untuk bersama-sama Anwar Ibrahim menuju ke lokap, penjara ataupun menuju ke Putrajaya. Che'GuBard Pengasas Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
21 terbunuh dalam keganasan di Syria Posted: 07 Jan 2012 06:22 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - NICOSIA: Dua puluh satu orang awam terbunuh dalam keganasan di Syria semalam dengan 17 daripada mangsa ditembak pihak berkuasa manakala empat lagi terkena bom tangan roket yang disasarkan kepada satu demonstrasi pro kerajaan. Menurut Syrian Observatory for Human Rights, 11 orang awam terbunuh di Homs manakala 10 lagi di Idlib. Sementara itu, 63 lagi orang awam cedera dalam serangan kelmarin yang didakwa pihak pembangkang dilakukan kerajaan. - AFP |
Bolasepak Piala Sumbangsih : Polis tahan 26 penyokong NS, K'tan Posted: 07 Jan 2012 05:16 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Seramai 26 penyokong lelaki dari pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk membawa barang larangan seperti mercun dan bunga api ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis, yang mengadakan kawalan sejak pukul 2 petang hingga separuh masa perlawanan, merampas 56 suar, satu bom asap, lima bunga api, satu pisau lipat dan sepaket ganja. "Kita menahan kedua-dua kumpulan penyokong yang mula masuk ke dalam stadium sekitar pukul 6 petang hingga 9.30 malam. Mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan di ibunegara. Bagi mengaburi polis, Mohan Singh berkata daripada jumlah itu, 22 lelaki yang ditahan membawa barangan larangan 'flare' dalam kain rentang ke pekarangan stadium. "Kita nampak mereka dalam keadaan mencurigakan apabila seramai 22 orang membawa banner (kain rentang) itu lalu kita melakukan pemeriksaan ke atas barangan itu," katanya. Beliau berkata ganja yang dirampas turut ditemui dalam kain rentang itu. - Bernama |
Pengawal peribadi Wan Azizah pengsan, didakwa diracun Posted: 07 Jan 2012 05:13 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital semalam selepas disyaki diserang dan didakwa dicederakan dengan objek tajam yang beracun. Menurut seorang pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejadian itu berlaku selepas tamatnya satu ceramah ketua umum PKR itu di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang. Pengawal peribadi itu, Fayyadh Afiq Albakqry, mengiringi Wan Azizah beredar melalui orang ramai yang hadir di ceramah berkenaan pada kira-kira jam 10 malam apabila kejadian itu dikatakan berlaku. Fayyadh Afiq sedang mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan. Berikutan itu, Wan Azizah mengarahkan pemandunya berpatah balik menuju ke utara untuk membawa Fayyadh Afiq ke sebuah hospital di Seberang Jaya. Menurut ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, pada mulanya, Fayyadh Afiqberdarah selepas tangannya cedera terkena objek yang tajam, tetapi mereka memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Parit Buntar. Bagaimanapun, katanya, selepas Fayyadh Afiq sakit, mereka mengesyaki dia mungkin diracun semasa serangan tersebut. Berita mengenai serangan tersebut tersebar dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa Fayyadh Afiq mungkin menghalang serangan terhadap Wan Azizah. Sesetengah tweets mendakwa jantung Fayyadh Afiq berhenti berdenyut berikutan dakwaan serangan tersebut, tetapi para pemimpin PKR kemudian menulis melalui tweet menyatakan pengawal peribadi itu dalam keadaan stabil dan telah sedar semula. Juga dilaporkan di twitter bahawa lebih daripada 100 penyokong PKR dan Pakatan Rakyat berada di hospital untuk mendoakan supaya Fayyadh Afiq pulih. Wan Azizah adalah antara puluhan pemimpin PKR yang sedang menjelajah ke negara dalam siri ceramah umum menjelang keputusan perbicaraan kes liwat II Isnin ini. Anwar pula berada di Kuala Terengganu menghadiri satu lagi ceramah umum di negeri itu ketika serangan tersebut dikatakan berlaku. Fayyadh Afiq juga merupakan pengawal peribadi yang sama yang didakwa terkena tembakan kanister gas pemedih mata ketika melindungi Anwar semasa perhimpunan BERSIH 2.0. Fayyadh Afiq dijadual menghadiri pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai dakwaan kekerasan pihak polis semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai. Malaysiakini/- |
Posted: 07 Jan 2012 04:30 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - PEMAIN Inter Milan, Diego Milito (kiri) bersaing dengan pertahanan Parma, Daniele Galloppa dalam perlawanan Serie A di Milan, pagi tadi. Inter menang 5-0. - Foto EPA Keputusan Liga SepanyolRacing Santander 1 (Bernardo 45+1) Real Zaragoza 0 Real Sociedad 0 Osasuna 0 Levante 0 Real Mallorca 0 Real Madrid 5 (Benzema 19, 50, Sergio Ramos 34, Higuain 47, Cristiano Ronaldo 89) Granada 1 (Mikel Rico 22) Malaga 0 Atletico Madrid 0 - AFP |
Posted: 07 Jan 2012 04:27 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - NEW YORK - Lebih 5,500 artifak seperti rantai berlian, tembikar China dan bahagian serta peralatan dari kapal Titanic yang terkenal di seluruh dunia dengan insiden karam menyayat hati akan dilelong sempena ulang tahun ke-100 tragedi itu pada 11 April depan. Kesemua artifak tersebut akan dilelong sebagai satu koleksi tunggal di rumah lelongan Guernsey di New York berhampiran pelabuhan yang sepatutnya menjadi lokasi terakhir Titanic berlabuh selepas melakukan pelayaran pertamanya. Presiden Guernsey, Arlan Ettinger berkata, tujuan kesemua artifak mempunyai nilai tersendiri itu disenaraikan sebagai koleksi tunggal bagi mengelakkan ia terjejas dan musnah. Agensi/- |
Posted: 07 Jan 2012 04:25 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik? Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana. Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu. Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra. Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya. Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan. Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif. SH/- |
Awas : Virus serang 45,000 akaun Facebook Posted: 07 Jan 2012 04:23 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - MENLO PARK - Sebanyak 45,000 akaun pengguna laman sosial, Facebook di Eropah telah diserang virus ramni sehingga menyebabkan mereka terpaksa menukar kata laluan secara serta-merta. Sementara itu, agensi keselamatan siber, vendorSeculert melaporkan puluhan ribu akaun pengguna Facebook di Perancis dan Britain telah digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan nama dan kata laluan mereka. Ini kerana hasil siasatan mereka mendapati kebanyakan pengguna menggunakan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan dalam talian lain dan ia telah menjadi antara sebab penjenayah mahu mendapatkan maklumat dengan mudah melalui serangan virus itu. Jurucakap Facebook menyatakan pengguna boleh melindungi akaun dengan tidak menekan mana-mana pautan asing dan mencurigakan yang muncul secara tiba-tiba pada halaman mereka. |
Penangguhan sementara kuliah Subuh dan Maghrib : 500 demo depan masjid Posted: 07 Jan 2012 04:13 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - TAIPING – Isu pekeliling yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak mengenai penangguhan sementara kuliah Subuh dan Maghrib di Masjid Daerah Taiping menjadi bualan hangat penduduk beragama Islam di sekitar Taiping. Lanjutan dari pekeliling tersebut, satu demonstrasi disertai hampir 500 orang dilakukan selepas solat Jumaat, semalam. Demonstrasi itu disertai golongan pelbagai usia melaungkan 'Takbir Allahuakbar' sebelum dua wakil mereka menyampaikan rasa tidak puas hati mengenai isu ini. Luahan rasa tidak puas hati itu diselangi dengan laungan 'takbir' yang mengambil masa hampir 20 minit sebelum semua yang hadir bersurai kira-kira jam 2.45 petang. Doa daripada Yang Dipertua Pas Taiping, Ustaz Fakharuddin Abd Aziz mengakhiri demonstrasi berkenaan. Hadir sama, Adun Aulong, Yew Tien Hoe. Selepas berakhir demonstrasi, terdapat segelintir yang hadir membuat provokasi, bagaimanapun ia berjaya ditenangkan rakan mereka. Sepasukan polis turut berada di perkarangan masjid sebagai pemerhati dan mengawasi keadaan tersebut. Sementara itu, salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan, Mohd Salleh Arshad berpendapat, demonstrasi itu dilakukan kerana kurang bersetuju dengan tindakan yang dilakukan apabila kuliah Subuh dan Maghrib ditangguhkan. Menurutnya, demonstrasi menjadi tempat dan saluran kumpulan berkenaan menyatakan bantahan mengenai pekeliling tersebut dan secara peribadi ia dianggap berjaya kerana mendapat sokongan ramai. SH/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan