Khamis, 1 Disember 2011

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Syabas Kepada Perwakilan & Pemerhati - KEADILAN lebih baik dari UMNO/BN

Posted: 30 Nov 2011 11:42 PM PST

Salam perjuangan buat semua Perwakilan & Pemerhati Kongres Nasional KEADILAN. Tahniah buat semua yang hadir dan berbahas dengan baik pada Kongres kali ini.
Saya amati ternyata amat baik perbahasan serta semangat yang ditunjukkan khususnya oleh pembahas muda. Inilah pendukung perjuangan masa depan yang perlu kekal istiqamah. Golongan senior bersedia berkongsi pandangan. Sikap saling melengkapi amat perlu dalam mengukuhkan ukhwah sesama anggota KEADILAN.

Setelah diamati perbandingan dengan Perhimpunan Agung UMNO, ternyata Kongres Nasional KEADILAN lebih prihatin terhadap perbincangan isu rakyat & anak muda. Kita dapat mendengar tentang hujahan pembahas muda tentang ketetapan untuk AUKU dimansuhkan, PTPTN dimansuhkan dan memperkasakan fungsi guru dalam masyarakat. Berbeza dengan PAU yang lemas dengan hanya kutukan menjahanamkan orang lain berbanding menyatakan perjuangan pimpinan untuk rakyat.

Syabas sekali lagi buat semua. Semoga kita kukuhkan saf pimpinan dan anggota di pelbagai peringkat bagi memantapkan lagi parti dan perjuangan serta persiapan berdepan dengan PRU-13.

-Kamarul Baharin Abbas-

Tiada ulasan:

Nuffnang