. |
- Ribuan berhimpun bantah Bil Perhimpunan Aman
- 500 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta
- Peneroka mahu saman jika senaraian Felda gagal jamin pendapatan tetap
- Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi
Ribuan berhimpun bantah Bil Perhimpunan Aman Posted: 01 Dec 2011 04:38 AM PST Ribuan berhimpun bantah Bil Perhimpunan AmanRibuan berhimpun bantah Bil Perhimpunan Aman Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Perarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini. LAPORAN LANGSUNG 1:20pm Lim Chee Wee keluar dari Dewan Rakyat dan menyertai orang ramai semula sambil diberi tepukan gemuruh. 1:06pm Lim Chee Wee menyerahkan draf Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dirangka Majlis Peguam dan nota bantahan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 1:05pm Kumpulan NGO itu berteduh di bawah pokok, sementara hadirin Majlis Pehuam yang jauh lebih besar itu masih lagi bertenaga dan melaungkan 'Hidup Rakyat, Hidup Himpun' beberapa kali, tanpa henti. 12:55pm Peserta kumpulan itu yang sekarang berjumlah kira-kira 100 orang membakar kemeja T berwarna kuning. Polis bertindak menghalang mereka. 12:50pm Wakil NGO yang menentang itu, Zulkifli Sharif memberitahu wartawan mereka melancarkan perhimpunan hari ini bagi membalas perhimpunan Majlis Peguam yang didakwa mempunyai agenda politik. 12:48pm Sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen. Mereka sedang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen. Bon memberitahu, kumpulan Majlis Peguam akan bersurai secara aman selepas pihaknya mengadakan sidang akhbar berkenaan. 12.45pm: Kumpulan Majlis Peguam dan yang menentang mereka sampai di sebuah jambatan yang menghubungkan pintu masuk ke Parlimen. 12:35pm Peguam dan orang ramai yang berarak mula sampai di persimpangan jalan masuk ke Parlimen. Polis mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan yang menuju ke parlimen. 12:27pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan ada yang mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat. Edmond Bon pula mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengawal keadaan lalu lintas. Beliau juga mengarahkan hadirin supaya bekerja sama dan beredar ke tepi jalan mengikut arahan polis. 12:26pm Sebuah kumpulan yang dipercayai dianggotai beberpa NGO Melayu melaungkan slogan "Kami tentang seks bebas!" Seorang daripada mereka berkata "Balik India" yang mencetuskan rasa kurang senang beberpa orang keturunan India di sini. 12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: "Kami pelindung YB". 12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman. 11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi. 11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk. 11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan 11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini. 11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat." Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna. "Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM." 11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin. 11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik. 11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir. 11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan. 11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa." 11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning. 11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari. 11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba. 10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam. 10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini. Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan. 10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen. 10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja. Source: http://malaysiakini.com/news/182664 |
500 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta Posted: 01 Dec 2011 04:34 AM PST 500 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta500 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Perarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini. LAPORAN LANGSUNG 11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan 11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini. 11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat." Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna. "Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM." 11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin. 11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik. 11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir. 11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan. 11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa." 11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning. 11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari. 11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba. 10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam. 10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini. Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan. 10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen. 10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja. [Berita penuh menyusul] Source: http://malaysiakini.com/news/182664 |
Peneroka mahu saman jika senaraian Felda gagal jamin pendapatan tetap Posted: 30 Nov 2011 10:27 PM PST Peneroka mahu saman jika senaraian Felda gagal jamin pendapatan tetap November 28, 2011 KUALA LUMPUR, 28 Nov ― Warga peneroka Felda, yang melibatkan 1.6 juta orang, mahu mengemukakan saman jika mereka tidak diberi jaminan bertulis penyenaraian diumumkan pentadbiran Najib Oktober lalu akan menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka. Di bawah proses penyenaraian itu tanah mereka akan dipajak kepada Felda Global Ventures mulai Januari depan. Sebagai langkah awal, mereka yang diwakili oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) ― sebuah badan diiktiraf oleh Felda, mahu mengemukakan injunksi jika tiada jaminan bertulis daripada pihak berkuasa terbabit sebelum 1 Januari 2012. Pengerusinya Shamsuddin Othman berkata, sekiranya pengurusan tidak boleh memberi jaminan bonus dan dividen 15 peratus, maka tiada gunanya agensi itu disenaraikan. "(Setakat ini) pihak-pihak terbabit tidak boleh memberi penjelasan yang secukupnya kepada kami, kami peneroka tidak faham apa yang mereka sampaikan. "Malah, kami pernah tanya sama ada boleh menjamin bonus dan dividen 15 peratus seperti sekarang, mereka kata tidak pasti... jadi kalau tidak boleh memberi jaminan, lebih baik jangan senaraikan Felda," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Shamsuddin yang merupakan ahli lembaga pengarah Felda berkata pihaknya hairan pengurusan kanan agensi pembangunan tanah itu diketepikan dalam membuat keputusan penting berkenan penyenaraian. Turut hadir pada sidang media itu ialah sembilan orang naib pengerusi JKPP Wilayah dari seluruh negara. Terdapat 11 JKPP Wilayah buat masa sekarang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Felda Global Ventures akan disenaraikan di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dalam usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global. Katanya, peneroka Felda akan menerima "durian runtuh" yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan. "Mereka minta kami tunggu sehingga penyenaraian selesai baru boleh dapat butiran," kata Shamsuddin lagi sambil menambah, "ya, ya... sehingga kami memperoleh maklumat yang jelas, kami minta kerajaan tangguhkan penyenaraian ini." Dalam kenyataan media yang diedarkan pada sidang media itu, JKPP dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) berkata pihaknya memandang serius percubaan memajak tanah-tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar kepada Felda Global Ventures dengan pelbagai syarat tidak munasabah dan jumlah nilai pajakan yang sangat kecil iaitu RM500 juta sahaja. "JKPP dan GPW mengetahui dengan jelas sumber-sumber pendapatan Felda bermula 1996 tidak lagi bergantung pada kerajaan dan wang pembayar cukai, sebaliknya bergantung pada pendapatan daripada tanah-tanah milik Felda yang diusahakan oleh Felda Plantations. "Pendapatan Felda daripada tanah-tanah ini adalah sekitar RM2 bilion setahun di mana RM500 juta dibelanjakan untuk pengurusan dan baki RM1.5 bilion digunakan untuk perbelanjaan pertanian dan pembangunan sosioekonomi peneroka," katanya lagi. Kata kenyataan itu, berdasarkan pendapatan Felda yang tinggal RM500 juta sahaja selepas penyenaraian, "adakah Felda perlu kembali menggunakan wang kerajaan dan pembayar cukai untuk menanggung perbelanjaan untuk peneroka Felda?" "JKPP dan GPW menolak sebarang kenyataan bersifat pengumuman, wawancara dan lain-lain kenyataan bahawa program-program Felda sedia ada akan diteruskan, sebaliknya kerajaan perlu mengeluarkan jaminan bertulis kepada JKPP dan GPW bahawa kekurangan pendapatan sebanyak RM1.5 bilion tersebut akan dibayar oleh kerajaan Malaysia atau Felda Global Ventures sendiri setiap tahun dengan kenaikan bayaran pendapatan sebanyak lima peratus setiap tahun selama mana tempoh pajakan tanah," kata kenyataan itu lagi. Ia menambah, jaminan bertulis ini hendaklah dilakukan sebelum tempoh pajakan bermula pada 1 Januari depan. "... atau JKPP dan GPW tidak teragak-agak untuk menyaman pihak yang berkaitan dan mendapatkan injunksi mahkamah untuk menghalang Felda daripada memajakkan tanah-tanahnya kepada Felda Global Ventures," katanya. Selain itu menurut kenyataan tersebut, JKPP dan GPW menuntut supaya surat pajakan tanah Felda kepada Felda Global Ventures diperiksa oleh JKPP dan GPW bagi memastikan perkara-perkara lain yang merugikan peneroka seperti tanah-tanah sedia ada selain tanah perladangan yang dipanggil 'additional existing land' milik Felda yang pada masa ini digunakan oleh peneroka dan generasi baru Felda agar tidak dimasukkan dalam surat pajakan dimaksudkan. Mengikut laporan media sebelum ini, perjanjian pajakan tanah itu akan berkuat kuasa 1 Januari ini manakala penyenaraian pula dijangkakan pertengahan tahun depan. Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peneroka-mahu-saman-jika-senaraian-felda-gagal-jamin-pendapatan-tetap/ |
Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi Posted: 30 Nov 2011 08:21 PM PST Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi Oleh G Manimaran November 28, 2011 KUALA LUMPUR, 28 Nov ― Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13. Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara. Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN. Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama. Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan. Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu. "Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan (Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah," kata kenyataan media itu. Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda. Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah. Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda 'Umno' mengganggu peneroka. Kenyataan media menyebut Isa pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu", "jika saya jumpa saya akan lutu dia". Shamsuddin berkata, dalam pengalamannya sebagai seorang peneroka ini kali pertama seorang pengerusi menghina ketua peneroka sebegitu rupa. Kenyataan itu menambah, "JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda." Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri. "JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda," katanya lagi. Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peneroka-felda-beri-najib-kata-dua-isa-samad-atau-undi/ |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (uye) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan