Khamis, 1 Disember 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bicara Ann Wan Seng 10 Dis 2011 di Johol, N.Sembilan

Posted: 01 Dec 2011 01:22 AM PST



BICARA HIJRAH
Bersama Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina dan Islam Bukan Pada Nama
Tarikh : 10 Dis 2011, SABTU
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Johol, N.Sembilan (sebelah Pejabat Pos pekan Johol)

Semua dijemput hadir

Bangunan Arked MARA Seremban mengundang bahaya

Posted: 30 Nov 2011 07:20 PM PST



RM15.6 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf bangunan Mara seluruh Negeri Sembilan pada tahun 2009 , termasuk Arked Mara di Jalan Tuanku Munawir, Seremban. Di mana silapnya ? Kini para penyewa dan petugas bawahan Mara dalam dilema.

Bangunan Arked mengundang bahaya pada penyewa
Dari laman web Aduan Rakyat , 1 Dis 2011

Saya bertugas di Pejabat MARA Daerah Seremban sebagai Pembantu Tadbir yang menguruskan unit Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan MARA ingin membuat aduan terhadap penyewa premis MARA yang masih berdegil untuk keluar dari bangunan perniagaan Arked, Jalan Tuanku Munawir yang terletak di tengah bandar Seremban.

Pihak MARA telah beberapa kali menghantar NOTIS Pengosongan Premis serta surat dari pihak JKR mengatakan bangunan tersebut tidak selamat untuk diduduki dan mengundang bahaya kepada orang awam. Walaubagaimanapun pihak penyewa tetap berdegil dan tidak mahu keluar dari premis tersebut.

Harap pihak aduan rakyat dapat membantu saya menyelesaikan masalah utk mengeluarkan penyewa premis MARA yang masih berdegil

By: Saiful

http://www.aduanrakyat.com.my/bangunan-arked-munawir-mengundang-bahaya-pada-penyewa

RM15.6 juta naik taraf Arked Mara

SEREMBAN 29 Nov. 2009 - Sebanyak RM15.6 juta akan diperuntukkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam melaksanakan projek menaik taraf bangunannya di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, usaha itu perlu ke arah peningkatan imej premis perniagaan tersebut.

"Peningkatan imej itu juga membolehkan arked Mara ini bersaing dengan premis pernigaan lain apatah lagi bangunan yang sedia ada sekarang sudah kelihatan uzur," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, langkah tersebut juga bertujuan untuk memastikan usahawan-usahawan dapat menjalankan aktiviti perniagaan dalam suasana yang lebih selesa.

Tambah beliau, peningkatan imej itu membabitkan lapan bangunan Mara di seluruh negeri ini.

"Lapan projek itu membabitkan Arked Mara di Kuala Pilah, Jalan Tuanku Munawir dan Ampangan di sini, Batu 3 3/4 Jalan Pantai dan Pasir Panjang di Port Dickson, Mantin, Nilai dan Beranang," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Keluhan warga N.Sembilan dah 65 tahun sokong Umno, tapi

Posted: 30 Nov 2011 04:36 PM PST

Dari Laman Web Aduan Rakyat, 30 Nov 2011 - Mohon tingkatkan kemudahan infrastruktur Kampung Seri Jemapoh .

Terlebih dahulu saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak tuan sudi membaca email saya ini. Diharap email ini dapat membuatkan satu pembaharuan pada kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang telah 65 tahun penduduknya menyokong kuat pimpinan dan pemerintahan di bawah UMNO.

Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya sebenarnya ingin membantu sahabat saya yang meminta saya untuk menyuarakan masalah kekurangan dan kedaifan kemudahan kampungnya yang sudah berabad lama dalam kemunduran.

Sehingga hari ini, kampung beliau yang mana majoritinya penyokong kuat UMNO hidup dalam kemiskinan kemudahan infrastruktur. Masalah banjir, tiada saliran longkang yang baik dan sempurna di kampung tesebut, masalah jalan yang sempit dan terpaksa memperlahankan kenderaan jika berselisih dengan lori yang membawa keluar masuk kayu dan batu bata di kampung tersebut.

Walaupun kampung Seri Jemapoh memiliki banyak kilang seperti kilang batu bata di Kampung Bakar Batu, Kilang papan di Jemapoh tengah berhampiran PLKN Kharisma Jemapoh, namun majoriti pekerjanya adalah bangsa asing dan tiada pengambilan yang ramai dari penduduk kampung untuk bekerja di kilang tersebut.

Lori-lori pengangkutan kilang tersebut banyak merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan penduduk kampung yang kebanyakkannya sudah berusia. Selain daripada itu, masalah muda mudi dan golongan berumur turut dihantui gejala dadah yang sudah merosakkan sebahagian penduduk kampung Seri Jemapoh hampir 65 tahun.

Walaupun kelihatan polis peronda datang sekali sekala menaiki motosikal, tetapi sehingga hari ini golongan di bawah pengaruh dadah masih lagi mudah menerima bekalan dari pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.

Oleh sebab yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, mewakili rakan saya dan penduduk kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah Negeri Sembilan ingin memohon jasa baik dari semua agensi-agensi yang berkenaan untuk sama-sama melihat, meninjau sekurang-kurangnya masalah kekurangan dan kedaifan yang telah terlalu lama menghantui penduduk kampung berkenaan.

Jangan lah menunggu pilihanraya yang akan datang atau sehingga penduduk sudah mula rasa kecewa dan tawar hati dengan pimpinan sedia ada barulah di ambil tindakan.

Sekali lagi, saya memohon jasa baik dari pihak tuan agar dapat melihat dan memberi bantuan serta khidmat untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat walaupun berada jauh di kawasan yang terpencil di Negeri Sembilan.

Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/mohon-tingkatkan-kemudahan-infrastruktur-kampung-seri-jemapoh

KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 2 Dis 2011 Senawang

Posted: 30 Nov 2011 04:34 PM PST



KULIAH UMUM
Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 2 Dis 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.15 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang

Semua dijemput hadir

Tiada ulasan:

Nuffnang