Khamis, 1 Disember 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


TAHAP RASUAH DI MSIA MAKIN TERUK...lihat ini

Posted: 30 Nov 2011 11:04 PM PST

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

azlanBercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.

Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.

INI BUKAN JIHAD....TAPI JAHAT

Posted: 30 Nov 2011 10:53 PM PST


PERTAHAN HALANG HUDUD, SEKAT ROYALTI JIHAD JUGA ?
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Semalam rakyat Malaysia telah dimualkan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mempertahankan Umno adalah satu jihad.

"Tetapi persoalannya ialah adakah menyekat Kelantan dan Terenggau laksana hudud dan royalti juga adalah satu jihad?" tanya Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din sebagai respons kepada kenyataan Muhyiddin malam semalam sewaktu merasmikan perhimpunan sayap-sayap Umno yang bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad'.

Justeru, beliau meminta orang-orang Islam di Malaysia menggunakan anugerah akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT supaya berfikir semasak-masaknya sebelum 'menelan bulat-bulat' seruan Muhyiddin itu.

"Adakah tindakan kerajaan pimpinan Umno menghalang kerajaan Kelantan perolehi hak royalti dan kerajaan Terengganu sewaktu di bawah pemerintahan PAS adalah satu jihad yang diredhai oleh Allah SWT?" soal beliau .

"Adakah tindakan menghalang kerajaan Kelantan daripada melaksanakan hudud juga adalah juga suatu jihad di jalan Allah SWT?" soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut meminta seluruh umat Islam di Malaysia tepuk dada tanya iman.

Menurutnya, itu adalah persoalan-persoalan permulaan kepada ribuan soalan lagi tentang masa depan umat Islam yang gagal ditangani oleh kerajaan Umno BN sekarang.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang