Jumaat, 9 Disember 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Jemputan Sambutan Hari Krismas 2011 Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 09 Dec 2011 12:00 AM PST

Tempat: Hapadan New Wing, Pusat Membeli Belah 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya
Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 6 petang-11 malam

Kerajaan Negeri dengan ikhlas menjemput semua untuk bersama-sama Menteri Besar dan barisan pimpinan Negeri Selangor dalam sambutan Hari Krismas 2011.

Sambutan ini akan diadakan pada 10hb Disember di depan pintu masuk pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya bermula pada pukul 6 petang.

Antara aktiviti yang dirancang adalah persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka Reshmonu dan Francesca Peters. Koir Filharmonik Selangor, Deafbeat dan 3rd KL Boys' Brigade Company juga akan memberi persembahan nyanyian pada malam ini.

Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri, sambutan ini dianjurkan dengan mengutamakan penjagaan alam sekitar.

Sistem lampu dan bunyi persembahan mengunakan tenaga hijau biodiesel yang dihasilkan oleh minyak masak terpakai. Tambahan pula, lampu pokok Krismas akan dinyalakan melalui tenaga yang dijana oleh basikal.

Untuk membantu pihak usahawan, gerai-gerai makanan akan mengutamakan mereka yang diberi pinjaman MIMBAR. Bagi mengelakkan pencemaran sistem perparitan, minyak masak yang digunakan pada hari tersebut akan dikumpulkan untuk dikitarsemula. Penggunaan bahan mesra alam juga diwajibkan.

Semua pihak dijemput untuk bersama-sama bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Krismas ini. Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam.

Sambutan Hari Krismas 2011 ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tourism Selangor dan 1 Utama.

Invitation to Selangor State Government Christmas 2011 Celebrations

Posted: 08 Dec 2011 11:59 PM PST

Venue: In front of main entrance to the new wing, 1 Utama Shopping Centre
Date: 10 December 2011 (Saturday)
Time: 6pm-11pm

 The State Government graciously invites everyone to attend our Christmas celebrations with the Menteri Besar and members of the Selangor State Government.

The celebrations will be held at 6pm, on the 10th of December in front of the main entrance of the new wing of the 1 Utama shopping centre, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Among the activities planned include performances by popular singers Reshmonu and Francesca Peters. The Philharmonic Choir of Selangor, Deafbeat and the 3rd KL Boys' Brigade Company will also be performing.

In line with the State Government's policies, the celebrations will be organised with a green emphasis. For example, the light and sound system for the performances will be powered by bio-diesel converted from used cooking oil. There will also be a pedal-powered Christmas tree on display.

To encourage local entrepreneurship, the food vendors are selected with an emphasis on those receving MIMBAR microcredit loans from the State Government. In addition, used cooking oil  and other waste produced during the celebrations will be collected for recycling. The use of environmentally friendly utensils and packaging is also compulsory.

Once again, we welcome everyone to join us in the festivities at the Christmas celebrations. To reduce traffic congestion, we also suggest the use of  public transportation or car pooling.

The Christmas 2011 celebration is organised by the State Government of Selangor along with Petaling Jaya City Council (MBPJ),  Tourism Selangor and 1 Utama.

Isu Kuil Selesai Selepas Kata Sepakat Di Capai

Posted: 08 Dec 2011 11:47 PM PST

SHAH ALAM, 9 DIS: Kontroversi berkaitan pemindahan Kuil Sri Mahamariamman Seksyen 19 (Sg Renggam) akhirnya berjaya di selesaikan setelah pihak kuil dan kerajaan negeri mencapai persetujuan untuk memindahkannya ke lokasi baru di Seksyen 23.

Kejayaan menyelesaikan perkara ini yang satu ketika ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan berarak ke bangunan SUK Selangor sambil membawa kepala lembu merupakan sikap tidak bertanggungjawab yang cuba menghidupkan sentimen perkauman melampau.

Keperihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menyelesaikan isu ini melalui pertemuan semua pihak terbabit membuktikan kesungguhan kerajaan negeri menghormati amalan pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Exco Kerajaan Kegeri yang juga Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail menyatakan, walaupun kes ini berlarutan sejak tahun 1978 sebelum pembangunan Shah Alam, namun sebenarnya perkara ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak bekerjasama secara baik.

Katanya, kelewatan penyelesaian masalah ini ekoran beberapa perkara teknikal yang melibatkan tanah, proses pemindahan dan kewangan.

"Saya ingin umumkan di sini, walaupun tahun lepas saya maklumkan projek ini boleh diselesaikan dalam penghujung tahun lepas, tetapi beberapa perkara perlu diteliti semula dan sekarang saya boleh katakan projek ini 99 peratus siap dan pihak kuil bersetuju untuk berpindah yang kita jangkakan akan berlaku secepat mungkin," katanya.

Rodziah turut menyatakan, isu berkaitan warta tanah kepada kerajaan adalah standard kepada negeri Selangor kin dan tidak ada lagi status tanah yang diberikan kepada persendirian atau persatuan.

Katanya, melalui kata sepakat yang telah dicapai secara menang-menang membolehkan Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memajukan tapak kuil lama dengan pembinaaan 16 unit rumah teres dua tingkat setelah kerja-kerja perobohan yang akan dilakukan sendiri oleh pihak kuil selesai.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut serta dalam majlis tersebut berharap perkara ini tidak lagi dipolitikkan oleh pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menjelang pilihanraya akan datang.

"Selama ini orang mengatakan bahawa Pas tidak menghormati agama lain dan orang lain akan susah sekiranya berkuasa walaupun dalam gabungan Pakatan Rakyat, saya rasa apa yang ingin kita buktikan di sini adalah sebaliknya. Kita mempunyai sikap terbuka dan menghormati hak orang lain," katanya.

"Ada yang mengatakan mengapa diletakkan di tapak industri, hakikatnya di Shah Alam tanah untuk pembangunan sudah padat. Tidak ada tanah seperti untuk kawasan perumahan yang belum digunakan. Tapi kita mencari tapak idustri yang dekat dengan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya," kata Khalid.

Ujar beliau lagi, Jawatankuasa kuil akan diberikan surat kuasa untuk menguruskan kuil ini manakala tanah ini akan diwartakan sebagai tapak rumah ibadat dan milikan oleh kerajaan negeri agar tidak lagi timbul masalah di masa hadapan.

Kerajaan negeri akan menunggu laporan lengkap daripada PKNS sebelum status tanah ditukar sepenuhnya.

Wakil Kuil Sri Mahamariamman, Chitra a/p Narayanasamy berkata bantuan yang diberikan kerajaan negeri dalam menyelesaikan perkara ini sangat diharapkan memandangkan mereka telah berhadapan dengan pelbagai masalah sebelum ini.

"Kita berterima kasih dengan bantuan yang diberikan dengan kawasan yang lebih terurus dan selesa," katanya.

Secara keseluruhan, kos pembinaan berjumlah RM320,000 dengan kerajaan negeri memperuntukkan RM50,000 dibawah peruntukkan rumah ibadat bukan Islam serta sumbangan pihak lain.

Setakat ini, projek pembinaan dengan keluasan tanah 0.5 ekar telah siap 99 peratus dengan proses pembinaan yang dikendalikan oleh PKNS telah siap sepenuhnya sejak November lalu.

Manakala kerja-kerja tambahan pembinaan struktur reka bentuk kuil dikendalikan sepenuhnya oleh pihak persatuan.

Struktur binaan baru meliputi ruang terbuka untuk upacara keagamaan, satu dewan serbaguna, satu ruang pejabat, dua bilik istirehat dan kegunaan pihak kuil dan satu ruang memasak serta tandas.

Proses pemindahan pula akan dilakukan 15 Disember ini dan berakhir selewat-lewatnya pada 27 Januari 2012. Kerja-kerja perobohan akan dilakukan setelah proses pemindahan selesai dan akan dilakukan sendiri oleh pihak kuil.

Pihak kuil juga memohon bantuan dari mana-mana individu yang ingin memberikan sumbangan.

Sumber: TVSNEWS

Selangor Catat Sejarah Tangani Isu Sampah Secara Efisyen

Posted: 07 Dec 2011 01:00 AM PST

PUCHONG, 7 DIS: Setelah mengambil alih kesemua urusan kutipan sampah dan pembersihan di Selangor daripada Syarikat Alam Flora, kerajaan Selangor hari ini melakar sejarah dengan kejayaannya menangani isu sampah secara efisyen dan mesra alam.

Pagi tadi satu upacara Pelancaran Taman Rekreasi Worldwide Landfill Park Air Hitam telah diadakan dengan dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid dalam ucapannya melahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak syarikat kerajaan negeri, Worlwide Holdings Sdn Bhd yang telah berjaya menyiapkan kerja-kerja penutupan Tapak Pelupusan Sanitari Air Hitam (AHSL) yang telah ditutup operasinya secara rasmi pada 31 Disember 2006.

Ia kemudian disusuli dengan kerja-kerja penutupan yang dilakukan dengan selamat menggunakan teknik 'safe closure'.

Kawasan yang sebelum ini menjadi kawasan yang ingin dijauhi penduduk kini sudah bertukar menjadi kawasan rekreasi terbesar di Puchong dengan kemudahan-kemudahan riadah seperti trek jogging, gazebou dan kawasan permainan kanak-kanak.

"Kerajaan memandang serius isu sampah di Selangor dan menyediakan peruntukan kewangan yang besar bagi menangani isu ini. Jaminan ini diberi sebagai tanda komitmen untuk memastikan rakyat tinggal dalam suasana keselesaan.

"Kita bukan sahaja telah berjaya menyelesaikan masalah pelupusan sampah tetapi dapat memperbaiki kawasan tersebut sehingga menjadi tempat rekreasi," ujar Khalid.

Selain itu, Worldwide Holdings dengan kerjasama TNB juga berjaya menghasilkan sumber tenaga elektrik melalui gas metana yang dihasilkan daripada sisa pepejal di tapak tersebut dengan penjanaan gas adalah sebanyak 2MW yang berupaya memberi tenaga kepada 2000 buah rumah.

Malah, projek ini juga merupakan perintis kepada 'engineered landfill' di Malaysia yang berjaya ditutup secara selamat dan yang pertama juga dijadikan taman disamping menghasilkan gas. Kejayaan ini melayakkan taman ini mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record.

Khalid juga memberi harapan agar budaya pelupusan sanitari yang cekap dan berkesan ini akan dijadikan contoh bukan sahaja bagi membuka peluang explorasi industri hijau bagi syarikat-syarikat pemaju malah usaha ini turut menawarkan kehidupan yang lebih sihat dan baik kepada rakyat.

"Bagi menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang bersih dan selesa, budaya menguruskan sampah perlu dipertingkatkan. Maka, keperluan bagi mendidik masyarakat tentang pengurusan sampah perlu digiatkan," pesan Khalid dalam ucapannya.

Beliau kemudiannya dibawa melawat ke Loji Janakuasa 2 Megawat dan juga puncak Taman Rekreasi Worlwide Landfills Park Air Hitam.

Sumber: TVSNEWS

Lesen Peniaga "Ali Baba" Akan Ditarik Balik

Posted: 03 Dec 2011 01:00 AM PST

KLANG 3 DIS : Kerajaan Selangor akan mula memantau setiap pemilik lesen perniagaan bagi memastikan mereka betul-betul mengendalikan perniagaan mereka sebagai usah menghapuskan amalan "rentier" atau "ali baba" yang menjadi kebiasaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang lama.
 
Sehubungan itu, Kerajaan negeri akan menarik balik lesen daripada pemilik yang didapati "menyewakan" lesen atau tapak perniagaan mereka kepada orang lain, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Usaha ini adalah untuk memupuk budaya "owner-operator" atau pemilik-pengusaha di kalangan usahawan Selangor yang mana hanya mereka yang layak, berkemampuan dan benar-benar mahu mengendalikan perniagaan mereka akan diberi lesen.

Dasar tersebut adalah berbeza dengan budaya dulu, dimana lesen diberikan berdasarkan hubungan politik penerima lesen dan pemimpin pentadbiran.

"Kita tak galakan rentier society. Ini kumpulan reformasi bukan kumpulan Umno. Kita galakan owner-operator. Kalau dia nak jadi tawkey-penyewa. Kita tak galakan dia kerja sini lagi lah."

Abdul Khalid berkata, bagi melaksanakan dasar ini, pihak berkuasa tempatan akan memantau setiap pemilik lesen bagi memastikan pengarah syarikat serta tuan-punya lesen, bekerja di premis mereka sekurang-kurangnya 35 jam seminggu.

Bagi memastikan pemberian dan pemantauan lesen berlaku dengan telus, nama setiap pemilik lesen, syarikat yang didaftarkan pada lesen dan pemegang saham syarikat akan dipamerkan pada orang awam.

Dasar ini akan melibatkan sekurang-kurangnya 30 ribu pemilik lesen perniagaan di seluruh Selangor daripada pengusaha kecil makanan dan minuman sehingga pemilik industri sederhana seperti kilang pembuatan.

"Kita tidak boleh memberi lesen-lesen kepada kawan-kawan ataupun saudara mara ia mesti diberikan berasakan keupayaan dan kebolehan," Abdul Khalid berkata selepas merasmikan program "Selangorku Medicare" di Taman Rakyat, Jalan Kebun di sini hari ini.

"Ada kalanya kita dapati pemilik lesen adalah masyarakat Selangor tetapi pengendali lesen adalah orang asing. Kita nak kurangkan. Kita nak hapuskan semua tak boleh tapi kita nak kurangkan."

Kerajaan Negeri telah memperuntukan masa enam bulan hingga ke setahun bagi memberi peluang pemilik lesen dan pihak berkuasa menyesuaikan diri dengan dasar tersebut sebelum ia mula dilaksanakan

Tiada ulasan:

Nuffnang