Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Beginilah nasib guru Melayu ketika ini.
- CERAMAH UMUM
- Kampus UITM di Rembau?
- Tutup tingkap waktu makan
Beginilah nasib guru Melayu ketika ini. Posted: 08 Dec 2011 06:03 PM PST Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua atau TESL) sudah 8 bulan menganggur. Dalam pada masa yang sama kerajaan Malaysia akan membawa masuk 300 guru dari Amerika Syarikat untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Menang sorak, kampung tergadai ! MELAKA 6 Mei 2011 : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa itu mulai tahun depan. Graduan TESL masih menunggu Berita Harian 9 Dis 2011 SAYA ingin meminta pihak yang berkenaan supaya membuka mata dan mengambil berat mengenai masalah menimpa kami, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua). Sudah enam tahun kami menghabiskan masa dan kudrat kami di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti demi mendapatkan segulung ijazah. Alhamdulillah, pada pertengahan 2011, kami berjaya menamatkan pengajian kami dan mendapat segulung ijazah yang kami idam-idamkan. Kami ditawarkan biasiswa Kementerian Pelajaran untuk mengambil ijazah TESL dalam program berkembar antara pihak IPG dan universiti. Malangnya, selepas menunggu lebih kurang lapan bulan, kami masih belum mengetahui status mengenai penempatan kami. Kami cuba untuk mengajukan soalan mengenai penempatan kami kepada Kementerian Pelajaran, tetapi setiap kali kami menghantar e-mel kepada kementerian, jawapan yang diberikan cukup mudah, "Tiada sebarang tarikh ditetapkan". Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengeluarkan kenyataan meminta supaya 5,000 pelajar ISMP daripada IPTA supaya tidak menyangka mereka dianaktirikan kementerian. Sekiranya mereka yang mengambil ijazah di IPTA berasa mereka dianaktirikan, bagaimana pula dengan kami? Kami ditemuduga oleh kementerian dan kemudian diberi biasiswa untuk mengambil ijazah dalam bidang pendidikan. Bukannya kursus yang kami ambil ini baru diperkenalkan, tetapi sudah bertahun-tahun diperkenalkan. Kami berharap Kementerian Pelajaran dapat mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah kami. GURU TESL, Cohort 4. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GraduanTESLmasihmenunggu/Article |
Posted: 08 Dec 2011 06:03 PM PST Tarikh : 12 Dis 2011, Isnin Masa : 9 mlm Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban Penceramah : Nik Amar Nik Abdullah, Abdullah Sani, Zulkefly Mohamad Hj Omar |
Posted: 08 Dec 2011 06:02 PM PST Masih kah kita ingat pengumuman pembinaan Kampus Universiti Teknologi Mara (UITM) Rembau pada tahun 2008? Projek kereta laju KL - Gemas bermula Kosmo 31 Jan 2008 SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi. Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI). http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm |
Posted: 08 Dec 2011 06:02 PM PST Tutup tingkap waktu makan Harian Metro 9 Dis 2011 JEMPOL: Penduduk di sekitar sebuah ladang di Rompin, dekat sini, mendakwa terpaksa menghidu bau busuk dan hanyir daripada longgokan sampah-sarap yang tidak terurus di tapak pelupusan sampah di ladang itu, sejak setahun lalu. Lebih menyedihkan apabila keadaan itu dikatakan turut menyebabkan mereka perlu menutup pintu dan tingkap ketika makan kerana tidak tahan bau busuk berkenaan. Penduduk, K Ponisan, 53, mendakwa masalah sampah sarap tidak terurus itu sudah diajukan kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan tegas diambil. "Keadaan itu bertambah teruk apabila hujan lebat kerana air sampah yang mengandungi sisa toksik mengalir ke sungai di kampung berdekatan, sekali gus membunuh hidupan air. "Rumah kami terletak agak jauh dan terpaksa melalui kawasan ladang itu untuk keluar. Kami berasa tidak selesa menghidu bau busuk setiap kali menggunakan laluan terbabit," katanya di sini, semalam. Menurutnya, pihak pengurusan sebelum ini menimbus sampah yang sudah penuh, namun ia tidak diselenggara dengan baik hingga mendatangkan masalah kepada penduduk sejak setahun lalu. "Tempat pelupusan sampah itu sebelum ini terurus dengan baik, namun ia sudah tidak diselenggara dan kami sudah tidak tahan menghidu bau busuk pada setiap hari. "Justeru, saya berharap pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah itu demi keselesaan penduduk," katanya. Bagi pengguna jalan raya, V Kesavan, 56, keadaan air sampah dari tapak pelupusan yang mengalir masuk ke tali air akan mencemarkan air sungai. "Bayangkan air sungai boleh bertukar jadi warna hitam, inikan pula kami setiap hari terpaksa menghidu bau busuk yang akan mengundang bahaya kepada kesihatan. "Simpatilah pada kami yang sentiasa menggunakan laluan itu dan sampah berkenaan perlu ditimbus bagi mengelak terus mengundang pelbagai masalah," katanya. Seorang lagi penduduk, G Ravi Chandran, 43, berkata, keadaan tidak akan menjadi masalah sekiranya kawasan berkenaan diurus dengan baik. "Masalah tidak akan berlaku sekiranya pihak bertanggungjawab dapat menguruskan tapak pelupusan berkenaan seperti sebelum ini. "Perkara itu perlu segera diatasi demi kebaikan dan keselesaan semua penduduk di sekitar kawasan ini," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tutuptingkapwaktumakan/Article/index_html |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan