Jumaat, 9 Disember 2011

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by Anti-Kronisme

Posted: 09 Dec 2011 08:52 AM PST

yea…sokong Abdullah.MAS memang banyak kroni. semua ada. dari peringkat atas sehingga yang bawah. semua mesti ada saudara. saya telah mencuba nasib melalui temuduga dengan berbekalkan pendidikan dan bukannya ‘cable’ ternyata saya tidak mendapat tempat dihati mereka kerana nama-nama kami yang mengikuti temuduga dengan sendiri berbekalkan doa dan harapan tidak menjadi. Allah itu adil. Mungkin selepas ini, MAS akan juga bersifat telus nterutama dalam pengambilan pekerja baru. Kami yang tidak ada saudara di dalam MAS juga seharusnya diberi peluang yang sama.

Saya bukan anti-MAS tetapi dengan hati yang terbuka saya ingin menceritakan hal sebenar tentang MAS=Mesti Ada Saudara ini kerana saya merupakan seorang mangsa. Bukan juga saya menyalahkan takdir tetapi saya agak terkilan dengan kronisme yang masih terdapat dalam syraikat-syarikat di Malaysia.

Saya juga tidak menyokong pertukaran sahan ini kerana ini merugikan negara dan rakyat Malaysia sendiri. TF berusaha untuk menguasai Malaysia.

Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by Kamal

Posted: 09 Dec 2011 07:29 AM PST

Betultu abdullah.

MAS staff semua spoilt, dimanjakan macam anak MAS terlalu lama., padan muka. Crooks beget crooks. They deserve TF and the gang of cannibals and barbarians.

Bye , bye, MAS, Memang awak sial.

Comment on Tan Sri Bashir upholding “Rakyat DiDahulukan”! by Kurz Messi

Posted: 09 Dec 2011 06:28 AM PST

Presiden dan Setiausaha MASEU (ALIAS DAN MALEK ARIF) perlu meletakkan jawatan kerana tidak menjaga hak kepentingan pekerja2 MAS..adalah amat memalukan kerana gaji pekerja MAS masih rendah dibandingkan dengan AIRLINES2 lain diseluruh dunia.ALIAS DAN MALEK sudah lebih 15 tahun memegang jawatan dalam MASEU hanya mementingkan p.ket sendiri bukan untuk memperjuangkn nasib pekerja MAS dlm CA(COLLECTIVE AGREEMENT).Amanah yg diberikan oleh pekerja MAS diabaika akan mendapat pembalasan diakhirat kelak.Kamu berdua memegang jawatan sekian lama dengan cara menipu dalam pemilihan PRESIDEN dan SETIAUSAHA MASEU…kami warga MAS mendoakan agar kamu berdua ditempatkan didalam neraka jahanam kerana kamu berdua membawa kehancuran dan harapan warga MAS sekian lama.Kamu berdua perlu meletakkan jawatan yang kamu tidak layak untuk memegangnya.Selamatkan MAS dari anasir2 politik dan perompak2 hasil negara yg rakus merompak harta rakyat.PRU13 akan memastikan kekalahan kerajaan BN untuk kesejahteraan rakyat MALAYSIA amnya…Insyaallah

Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by abdullah

Posted: 09 Dec 2011 05:29 AM PST

Dear Mr Wee,
I am afraid that you are fighting a lost cause. Of course all MAS staff fellt bad and betrayed by the swap but there is nothing we can do now. People keep on asking PM yo put a stop to this. Don’t they realise that this is done with PM’s blessing?
Khazanah has ran out of ideas on how to turn around MAS . Govt no longer can afford to bail MAS and in all sincerity they thought that the collaboration is a good idea.
MAS is in deep shit is not because of TF, KM, AJ nor Danny. Why can’t they get it through their thick skull? MAS has been mismanaged for a long long time that the only way out is to declare bankruptcy and close it down and start new. Leakages are at all levels. There is no accountability. The rot is too deep. The staff feels that they are doing MAS a favour by working with MAS. So many families working there, husband and wife in the same department, cousins, sisters , bothers etcetc.
Neither AJ,Danny ,TF nor KM can save MAS.

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 09 Dec 2011 02:52 AM PST

John

Terima kasih atas makluman balas Sdr.

Untuk makluman Sdr pihak kami sentiasa memantau masalah pasar pagi di Desa Setapak dimana pihak kami telah menulis beberapa pucuk surat rasmi kepada Jabatan Penjaja dan yang terakhir bertarikh 3.12.2011 bagi mendesak supaya diambil tindakan dengan memindahkan Pasar Pagi tersebut ke kawasan yang jauh dari rumah kediaman.

Pihak kami juga kesal dengan sikap DBKL, walaupun notis pindah telah dikeluarkan oleh Jabatan Penjaja namun tindakan masih belum diambil. Dan pihak kami percaya dalam masa dua minggu ini akan diadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dimana pihak YB akan membawa perkara tersebut bagi mendesak pihak DBKL memindahkan Pasar Pagi tersebut supaya masalah kacau ganggu kepada penduduk-penduduk dapat diatasi.

Sdr boleh menghubungi kami sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut di no 41433322 dan 012186929

Terima kasih

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by John

Posted: 09 Dec 2011 01:08 AM PST

John
Taman Desa Setapak

How’s the case of Illegal Morning Market in Taman Desa Setapak? Still being followed up?

Thank you.

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 09 Dec 2011 12:18 AM PST

Penduduk-Penduduk Sek 1 dan 2 Wangsa Maju

Aduan Jalan Rosak Dan Berlubang di Sek 1 Dan 2 Wangsa Maju.

Merujuk kepada aduan diatas, untuk makluman penduduk-penduduk semua pihak kami dimaklumkan oleh En Hafiz, salah seorang pegawai DBKL bahawa pihak DBKL sedang menumpukan perhatian terhadap masalah jalan-jalan yang rosak dan berlubang di sekitar Kuala Lumpur termasuk di kawasan Wangsa Maju.

Dimaklumkan bahawa Pihak merinyu DBKL sedang di gerakan ke kawasan-kawasan aduan untuk membuat tinjauan dan pengesahan mana-mana jalan yang perlu dibaik pulih supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Pihak kami sentiasa dari masa ke semasa berhubung dengan pihak DBKL bagi mendapatkan maklum balas terhadap aduan-aduan yang di lapurkan oleh penduduk-penduduk dan akan memaklumkan semula mengenai tindakan yang telah diambil.

Pihak kami berharap supaya penduduk-penduduk boleh bersabar sedikit sementara pihak DBKL mengambil tindakan membaiki jalan-jalan berkenaan. Untuk makluman lanjut penduduk-penduduk boleh menghubungi pihak kami di no 41433322 atau 0122186929.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Tiada ulasan:

Nuffnang