N45 Dr Halimah Ali |
Era Paling korup dalam sejarah Malaysia Posted: 05 Dec 2011 05:17 AM PST ![]() 'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib' Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.![]() Keputusan ranking 2011 yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan terdapat kemerosotan dalam kedudukan Malaysia yang jatuh dari tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 tahun ini daripada 183 negara yang dikaji. Malaysia kali ini hanya mencatatkan 4.3 mata - kejatuhan berturut-turut kali ketiga sejak 2009. (Di bawah sistem pemarkahan, 10 adalah 'bersih' manakala 0 ialah 'amalan rasuah tegar'.) Terjerumus Lim dalam kenyataan akhbarnya, hari ini berkata, dalam tempoh sembilan tahun dari 1995 semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, markah yang dicatatkan oleh negara berlegar antara 4.8 pada tahun 2000 dan 5.3 pada tahun 1996. Ranking negara jatuh 14 kedudukan dari tangga 23 pada tahun 1995 ke tangga 37 pada tahun 2003. ![]() Walau bagaimanapun, sepanjang dua tahun setengah pentadbiran Najib, ranking CPI Malaysia mencatatkan kedudukan paling buruk dalam pelbagai aspek. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan