. |
- Felda tempah maut masuk pasaran saham?
- PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM - 9/10/11hb Muharram
- Perhimpunan Dedahkan UMNO Parti Assabiyah Bukan Wasatiyyah - Nizar
Felda tempah maut masuk pasaran saham? Posted: 04 Dec 2011 09:28 PM PST
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6844-felda-tempah-maut-masuk-pasaran-saham | ||||
PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM - 9/10/11hb Muharram Posted: 04 Dec 2011 06:29 PM PST Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura'. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, "Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah". Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain. Dari hadis riwayat Muslim berbunyi "إن عاشوراء من أيام الله.." bermaksud, "Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah". Dalam satu riwayat bermaksud, "… dengan nikmat Allah taala".
Dalam satu hadis menyebut "هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون" bermaksud, "Hari ini adalah hari yang besar dimana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun". Sabdanya lagi "يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم" bermaksud, "Hari ini ialah hari yang baik di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka". Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda"أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون.." bermaksud, "Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun".يعني رمضان) وعن ابن عباس "ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan". Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah. Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah di antara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat. Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ? Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan "Asyura" diambil dari perkataan Asyara bermakna "sepuluh" tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan "Asyura" adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس "أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر" (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, "Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh" (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi). Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masa depan Islam yang gemilang. Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata bermaksud, "Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan'. Aku bertanya, 'Begitukah Rasulullah saw berpuasa?'. Dia menjawab, 'Ya''. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja. Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis "حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم "فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع" قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, "Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, 'Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup'. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat". Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai langkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura. Puasa mendidik jiwa pemuda pemudi Dakwah menjadi ikhlas kerana ia adalah ibadah yang tidak boleh dilihat oleh manusia yang lain, mendidik jiwa menjadi kental kerana ia adalah perbuatan yang melawan arus nafsu makan dan syahwat, mendidik jiwa menjadi penyayang kerana berlapar mengingat dan menginsafkan dia akan kehidupan orang fakir dan miskin yang sering dilanda kelaparan dan serba kekurangan. Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: "صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا" bermaksud, "Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya". Ringkasnya, yang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram. Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136). Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita ke arah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen. Ustaz Halim http://www.inijalanku.wp.com/ | ||||
Perhimpunan Dedahkan UMNO Parti Assabiyah Bukan Wasatiyyah - Nizar Posted: 04 Dec 2011 02:50 PM PST Perhimpunan Dedahkan UMNO Parti Assabiyah Bukan Wasatiyyah - NizarUMNO mendedahkan watak sebenar mereka sepanjang tempoh Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berlansung di PWTC baru-baru ini. Lebih ramai kini yang menyedari bahawa UMNO kini adalah sebuah parti yang mengamalkan semangat perkauman sempit dengan menjadikan perhimpunan mereka sebagai pesta memaki-hamun parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, demikian tegas YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, AJK Pas Pusat di Majlis Hi-Tea Bersama Rakyat di Markas PAS Sungai Rambai, Melaka petang tadi. Apa yang dilakukan oleh UMNO di sepanjang perhimpunan mereka tersebut ialah khususnya menanamkan semangat kebencian kepada DAP, di dalam konteks membenci kaum Cina, dan di dalam masa yang sama mereka cuba menutup segala macam skandal daripada disentuh atau dibahaskan di dalam perhimpunan tersebut. Datuk Seri Nizar turut membidas sikap "assabiyah" melampau UMNO yang boleh menjadi penyebab berlakunya ketegangan kaum di dalam negara kita. Beliau turut persoalkan konsep "wasatiyyah" (kesederhanaan) yang diwarwarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib, di mana apakah konsep wasatiyyah untuk rakyat belaka sedangkan pemimpin khususnya Najib sendiri hidup bermewahan dengan menggunakan wang rakyat bagi tujuan-tujuan dan kepentingan-kepentingan anak-bini dan keluarganya? "Sewaktu negara menyambut kemerdekaan, Najib dan isteri berada di Perth Australia yang perbelanjaannya ke sana ditanggung dengan menggunakan wang rakyat!" tambahnya. Menyentuh isu lembu NFC, beliau berkata bahawa pendedahan penyelewengan dan salahlaku projek NFC tersebut dilakukan oleh Jabatan Audit Negara sendiri, dan beliau yakin masyarakat Melayu bakal menolak UMNO di dalam pilihanraya akan datang ini akibat daripada sikap UMNO yang masih cuba membela penyelewengan RM250 juta berkenaan. "Mana mungkin Sharizat Jalil boleh menidakkan projek berkenaan ada kaitan dengannya sedangkan terdapat tuntutan peribadinya sebanyak RM26,000 yang diluluskan oleh NFC sendiri?" soal Nizar. Mengenai pilihanraya yang akan datang ini, GB bersependapat dengan Datuk Seri Nizar bahawa seandainya SPR berani meneruskan penyelewengannya, tidak mustahil nanti rakyat akan bangkit secara menyeluruh di seluruh negara, dan kebangkitan rakyat itu sepastinya lebih besar daripada Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku sebelum ini. Apakah Najib berani mengambil risiko itu? Source: http://greenboc.blogspot.com/2011/12/perhimpunan-dedahkan-umno-parti.html |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (uye) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan