DUN BUKIT PAYONG |
DPPNT cabar penasihat agama MB debat Posted: 04 Dec 2011 09:31 PM PST Marang : Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) hari ini mencabar penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin untuk berdebat secara ilmiah berkenaan hukum hudud. Cabaran ini dikeluarkan oleh ketua DPPNT Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam usaha untuk menerangkan keadaan sebenar hukum hudud kepada masyarakat yang sering diputar belitkan oleh Barisan Nasional (BN). Beliau berkata demikian setelah tersiarnya laporan yang mengatakan Mohd Kamal mendakwa bahawa hukum hudud kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal dipetik sebagai berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. "Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. "Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun." Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan. "Dalam Islam, ini sepatutnya haram." Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. "Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil." PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka. Forum itu juga turut disertai oleh ulamak muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya. "DPPNT merasa amat kesal atas kenyataan yang tidak bertanggung jawab ini.Apatah lagi dia bercakap dihadapan bukan Islam yang pastinya akan menambah kekeliruan kepada mereka. Maka saya sebagai ketua DPPNT dengan rasminya mencabar Mohd Kamal untuk berdebat secara terbuka berkaitan perkara hudud ini. Kita mahukan debat ini terbuka kepada semua agar segala kekusutan yang sengaja diada-adakan berkenaan hudud oleh BN akan terurai. Mereka mesti berani, jangan lempar batu sembunyi tangan," tegas beliau. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan