Rabu, 28 Disember 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


NGA KOR MING TERIMA UGUTAN BUNUH DAN SEBUTIR PELURU

Posted: 28 Dec 2011 06:11 AM PST


Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.

"Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu.

"Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu.

"Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya.

Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya.

"Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya.

Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif".

Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).(malaysiakini)

AZIZ BARI DIPELAWA MASUK PAS....

Posted: 28 Dec 2011 02:23 AM PST


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) mempelawa Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk menyertai parti PAS apabila menamatkan kerjayanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Dengan itu, katanya, Aziz akan dapat menerus dan mempraktik ilmunya sebagai pakar undang-Undang dan perlembagaan negara bagi membetulkan sistem negara dengan landasan yang betul dan tepat.

"Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara kita yang amat memerlukan ilmunya selama ini," kata naib ketua DPPM, Raja Ahmad Al-Hiss.

"Kami yakin penyertaan beliau kelak akan dapat memberikan manafaat yang baik kerana ilmu yang telah ajar selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas Undang-Undang yang sebenar.

"Malah kami yakin ruang di dalam PAS bagi mengembangkan ilmu beliau amat diperlukan bagi sama-sama memilihara Perlembagaan Negara yang acapkali menjadi satu pertikaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Ahmad berkata, pihaknya yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkan oleh Aziz akan terus terpelihara "kerana beliau bukan sahaja mengajar tetapi bertindak menggubal perundangan itu sendiri".

"Kami di dalam PAS menunggu apa sahaja pendirian beliau untuk sama-sama berkhidmat kepada seluruh rakyat kelak.

"Dan kami menghormati beliau sebagai seorang amat amat berpegang teguh dengan pendiriannya di dalam isu-isu negara selama berkhidmat dengan UIAM sebelum ini.

"Dan kami yakin penyertaan beliau kelak akan memantapkan lagi cita-cita PAS untuk melaksanakan Islam di tanahair kelak," tambahnya.(malaysiakini)

MAJLIS RAMAH MESRA PAS TELUK INTAN DAN DAP TELUK INTAN

Posted: 27 Dec 2011 10:44 PM PST


TELUK INTAN, 27 Disember - Demi mengukuhkan persefahaman di dalam Pakatan Rakyat dan untuk memantapkan lagi gerak kerja khususnya gerak kerja pilihan raya maka satu pertemuan telah diadakan di antara PAS Teluk Intan dan DAP Teluk Intan telah diadakan. Majlis ramah mesra tersebut telah diadakan di Markaz PAS Kawasan di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Ismail mempengerusikan majlis pertemuan.

Objektif pertemuan awal ini adalah untuk saling mengenali sesama pimpinan serta mengukuhkan persefahaman sesama parti. PAS Teluk Intan diwakili oleh ahli-ahli jawatankuasa harian dengan diketuai oleh Yang DiPertuanya, Ustaz Ismail Che Nik. Turut hadir ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

Lima orang wakil DAP Teluk Intan telah hadir dengan diketuai oleh Sdr. Alvin Lim selaku ahli jawatankuasa DAP Perak. Turut hadir ialah penasihat undang-undang DAP Sdr. Terence Naidu, Sdr. Lee Chun Keong, Sdr. Lim Kim Beng, dan Ketua Hal Ehwal Wanita DAP, Sdri. Lee Meng Nie.

Ketua Hal Ehwal Wanita, Pn. Lee Meng Nie turut hadir.

Antara perkara yang telah diperbincangkan ialah tentang kerjasama dalam menganjurkan program, memantapkan Sekretariat PR Parlimen Teluk Intan, di samping memberi fokus kepada gerak kerja menghadapi PRU13 yang bakal tiba.

Di dalam ucapannya, YDP PAS Teluk Intan berharap agar pertemuan sebegini akan lebih kerap di samping mengadakan beberapa program secara bersama.
Pengarah Pilihan Raya kawasan, Hj. Mohd. Azhar sedang memperkatakan sesuatu sambil diperhatikan oleh Sdr. Naidu dan Hj. Akram.
Wakil muslimat, Pn. Hjh. Faridah dan Ketua Muslimat, Pn. Robiatun.

Sementara itu, Sdr. Terence Naidu berasa gembira dengan pertemuan yang telah diadakan itu. Beliau amat berharap dapat mengenali pimpinan PAS Teluk Intan, mengeratkan hubungan serta mengadakan kerjasama dengan PAS Teluk Intan.

YB Mohd. Anuar Sudin pula di dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa PAS dan DAP mampu mengadakan kerjasama kerana kedua-dua parti tersebut berhadapan dengan musuh yang sama demi menentang kezaliman BN. Malah, menurut beliau Islam memang menggalakkan umatnya bersifat adil kepada sesiapa sahaja tidak kira apa jua kaum dan agama yang dianuti.

Pertemuan pada malam itu juga telah memutuskan akan mengadakan satu lagi pertemuan dengan melibatkan lebih ramai ahli jawatankuasa serta dapat mengadakan perbincangan lebih lanjut lagi tentang kerjasama mengadakan program-program.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang