Rabu, 28 Disember 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


KUASA KERAJAAN NEGERI DAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN KE ATAS PEMAJU-PEMAJU PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Posted: 28 Dec 2011 05:18 AM PST

Kuasa Kerajaan Negeri utk mengambil tindakan ke atas pemaju projek perumahan terbengkalai adalah terhad. Kuasa Kerajaan Negeri adalah hanya ke atas tanah. 

Kerajaan Negeri boleh mengambil alih tanah atau merampas tanah pemaju di dalam keadaan tertentu. Ianya pernah dilakukan di Bukit Botak. Untuk Ukay Bistari, projek tersebut sedang berjalan walaupun perlahan. 

Adalah tidak praktikal bagi Kerajaan Negeri untuk merampas semua tanah-tanah Talam yang melibatkan projek perumahan terbengkalai. 

Walau bagaimanapun kuasa yang ada pada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) ada lebih meluas. Menteri boleh mengambil mana-mana projek dan memberikannya kepada pihak ketiga. Menteri juga boleh memaksa pemaju menerima nasihat dari pihak ketiga bagaimana hendak menguruskan projek mereka. Tetapi kuasa ini jarang digunakan. 

Mungkin telah sampai masanya Menteri menggunakan kuasanya bagi projek-projek Talam.

Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu utk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai. Mesyuarat diadakan dari masa ke semasa utk memantau kemajuan projek-projek itu.

Pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan sentiasa menghulur bantuan untuk memastikan sebarang kelulusan dapat disegerakan. Tetapi keselamatan dan kepentingan rakyat tidak akan dikompromi.

Maka di dalam menangani pemaju-pemaju yang tidak bertanggung jawab dan tidak pernah menepati janji, Menteri mesti menggunakan kuasanya.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
27 Disember 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang