Rabu, 28 Disember 2011

.

.


SEMBANG RAKYAT HINA HUKUM HUDUD DAN GUGAT AQIDAH UMAT ISLAM

Posted: 27 Dec 2011 10:07 PM PST

YOU TUBE SEMBANG RAKYAT HINA HUKUM HUDUD DAN GUGAT AQIDAH UMAT ISLAM


Kenyataan Media Bersama

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ,TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)


23hb Disember 2011


YOUTUBE SEMBANG RAKYAT SIAR VIDEO HINA HUKUM HUDUD – MENGGUGAT AQIDAH UMAT ISLAM

Penyiaran video dalam YouTube dengan mengguna nama Sembang Rakyat oleh seorang yang menggelarnya dirinya kawasaki9722 secara jelas telah mempermain-mainkan hukum hudud dengan cara yang sangat biadap.

Melalui cara lakonan bersifat kononnya sembang biasa di warong kedai kopi antara beberapa orang pelakon upahan terdiri dari beberapa kaum utama di negara ini iaitu Melayu , Cina , India dan Sikh skrip yang merendah-rendahkan hukum hudud jelas dipaparkan secara paling angkuh dan jijik.

Dengan memuatkan sketsa berjudul seperti "Musim Hudud" dan "Lagi Hudud Pas" , lakonon dan skrip dengan terang-terangan memomokkan hukum hudud dengan berselindung disebalik mencerca pemimpin Pakatan Rakyat.

Walaupun mereka mungkin merasa hak mereka untuk bebas mencerca pemimpin dan ulama, namun nampaknya skrip dan pelakon serta pengarah sketsa tersebut jelas memasukkan hujah yang melewati batas-batas keimanan seseorang Islam terhadap hukum Allah S.W.T.

Kami kesal betapa penerbit sketsa ini sanggup menggunakan politik murahan dan politik jijik dengan menghina dan menfitnah tanpa bukti yang kukuh lalu cuba mempengaruhi orang awam untuk menghukum orang lain tanpa mengambilkira semada apa yang ditulis dalam skrip sketsa itu itu adalah suatu kebenaran atau kepalsuan.

Dengan sangat biadap pelakon orang tua yang memberi komen mengenai hudud dan disambut oleh beberapa pelakon muda Melayu dengan berani dan tanpa ilmu merendah-rendahkan hudud dihadapan orang Cina , India dan Sikh ( nampak pelakon bukan seorang dari kaum Sikh tetapi dilakon oleh kaum lain dengan memakai serban kaum Sikh dan cuba bercakap dengan intonasi gaya percakapan orang Sikh) yang bukan Islam.

Bagi kami ini adalah kebiadapan terhadap hukum Allah S.W.T akibat kejahilan yang sangat mendalam tetapi yang melampau dan menghina , yang tidak boleh diterima samasekali. Malah ia dengan sengaja mencabar ilmu Alah terhadap keadilan yang Allah tetapkan melalui syariatNya.

Kami mendesak supaya pihak yang berkuasa iaitu Jabatan Agama Islam Negeri , Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia serta JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berdiam diri dengan segera menyiasat dan bertindak tegas ke atas pihak yang terlibat dalam perbuatan menghina hukum Islam seperti yang dipapar dalam sketsa tersebut.

Ini adalah kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam dan boleh mencetus kemarahan dan ketegangan antara agama. Walaupun niat penyiaran sketsa ini lebih bersifat politik untuk menyerang parti pembangkang dan pemimpin-pemimpinnya, akan tetapi dengan terang-terangan mempersoal dan merendah-rendah serta mencemoh hukum agama Islam jelas adalah suatu pelanggaran enakmen Agama Islam dikebanyakan negeri-negeri di Malaysia.

Malah tidak boleh dinafikan bahawa kami berpendapat dengan skrip dan cara berhujah untuk menolak hudud dalam sketsa tersebut, boleh melibatkan tergugatnya Aqidah mereka yang terlibat.

Melihat kepada skrip dalam perbualan serta gaya lakonan sketsa tersebut kami dengan ini yakin isu ini ada kaitannya dengan aqidah orang Islam dan perlu ditegah serta merta.

Kami juga berpendirian penyiaran sketsa tersebut boleh menghina maruah agama Islam bila pelakon mengikut skrip lakonan dihadapan orang bukan Islam untuk menghina hukum Allah S.W.T . Mereka terang-terangan menghina hukum agama Islam yang dilakukan dalam pergaulan dengan orang bukan Islam dalam lakonan tersebut.

Kami dengan ini mendesak supaya pihak berkuasa agama dan juga agensi penguatkuasa yang lain memantau dan bertindak ke atas pihak yang melakukan pelanggaran ke atas enakmen Islam di Negara ini. Dengan membiarkan media seperti ini menghina dan merendah-rendah hukum syariat , akan menjejaskan imej Islam dikacamata orang bukan Islam dan menjujur orang Islam kepada kekeliruan dan kerosakkan Aqidah..

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiusaha Agong MAPIM/Presiden TERAS/Pengerusi HIMPUN

Tel 019 4744856

Datin Hjjh Aminah Hj Zakaria

YDP SALIMAH

Tel 019 2640989

NASIB PENEROKA FELDA AKAN TERGUGAT??? kisah kaki lutu dan IPO Felda Global

Posted: 27 Dec 2011 02:29 PM PST

kisah kaki lutu dan IPO Felda Global


kisah kaki lutu dan IPO Felda Global

Mengapakah ada tentangan kepada penyenaraian FGV global? Bukankah para peneroka yang berjumlah 220,000 itu akan mendapat durian runtuh? Isa Samad telah janji- peneroka mesti bergembira. Kerajaan UMNO sentiasa menjaga kebajikan para peneroka….dan kebajikan warga korporat. Soldadu perkasa pun kesana kemari menakutkan sesiapa yang menetang agenda kaki lutu Isa bin Samad.

Berapa nilai durian runtuh tersebut? Barang di ingat durian runtuh ini sekali sahaja. Dan peneroka akan menikmati nya jika mereka menjual saham free yang mereka terima. Free dari mana? Tentulah FGV yang akan beri. Jika tidak, maka tidak ada galakan atau insentif untuk peneroka menyerah jiwa dan raga mereka bukan?

Setelah di IPO kan, pegangan FGV ialah sekitar 28%. ( 39% dari 70% perniagaan). Pegangan KPF ialah 42%.FGV akan set aside sebahagian dari saham mereka untuk di agihkan kepada 220,000 peneroka. Berapa banyak yang akan di agihkan? Katalah 10%. 10% itu berapa nilai nya dalam sebutan mutlak? Saya tidak tahu macam mana mereka buat perhitungan, tapi target FGV ialah mencatat nilai 7 billion apabila di IPO. Jadi kalau mereka set aside 10%, maka nilai mutlak nya ialah 700 juta. Bahagikan 700 juta ini dengan 220,000, maka seoang peneroka akan mendapat lebih kurang RM3200 seorang.

Terpulanglah kepada peneroka untuk berfikir adakah premium 3200 seorang ini setimpal dengan penyerahan segala yang mereka miliki secara lansung melalui KPF dalam FH berbaloi. 3200 di bahagikan dengan 12 bulan, tidak sampai 300 Ringgit sebulan.

Tapi siapa mahu kasi 3000-4000 setahun kepada setiap peneroka? Anwar Ibrahim? Kit Siang? Nik Aziz? Semua tak boleh. Hanya Isa bin Samad sahaja yang boleh. Siapa tentang akan kena lutu. Sebab Isa Samad kata kalau dia jumpa orang itu, dia akan lutu. Hoho. Dalam dunia ini Isa bin Samad sahaja yang boleh lutu. Dan Isa Samad sudah pun lutu Zulkifli Wahab. Sehingga Isa Samad hantar gerombolan perkasa supaya menakutkan Zul Wahab.

PM telah beri tugas kepada Isa Samad, Isa- you jayakan IPO ini by any means necessary. Maka, tentangan terhadap penyenaraian akan di pandang serong dan di anggap suatu sikap yang anti peneroka. Sedangkan jika di kaji, bukankah penyenarian tersebut akan meninggikan harga saham koperasi permodalan FELDA?

Tapi kita serius sikit. Apakah yang merisaukan atau boleh merisaukan peneroka? Kepentingan peneroka terletak pada pegangan KPF dalam FELDA Holdings. Peneroka menguasai 51% daripada saham dalam FH. Ini bermakna mereka mempunyai penguasaan lansung atau direct control keatas tanah2 dan asset dalam FH. Bila penyenaraian berlaku, semua tanah dan asset di pajak kepada syarikat FGV yang disenaraikan. Sebagai balasan peneroka memiliki saham melalui KPF. Mereka tidak lagi menguasai secara lansung tanah dan asset.

Apabila penstrukturan berlaku, kepentingan peneroka akan meningkat kepada 61%. Kan itu lebih banyak? Tapi 61% daripada berapa? Jika 30% saham di resebkan untuk orang awam, maka baki perniagaan yang tinggal ialah 70%. 61% dari 70% hanya sekitar 42% sahaja. Jadi pegangan kepentingan peneroka mengecil dan bukan membesar. Tapi business nya besar kata pihak FELDA. Ianya besar setelah IPO. Betul, tapi nilai pegangan peneroka akan hanya bertambah jika modal yang di perolehi oleh FGV di laburkan semula kedalam bisnes FGV. Tapi kita tidak pasti ini akan berlaku. Rekod FGV tidak menyokong optimism seperti ini.

Soalan yang paling penting ialah- setelah penyenaraian itu, boleh kah FGV jamin pulangan keatas saham tinggi? Ianya bergantung kepada banyak angkubah dan pihak FELDA mampu memberi 1001 alasan jika pulangan tidak menentu. Tapi yang paling meresahkan ialah samaada FGV mempunyai kapasiti pengurusan untuk unlock value saham FELDA?
Kenapa FELDA merasakan perlu membuat IPO melalui penyenraian FGV? Bukankah IPO penrniagaan gula nya telah medatangkan modal kewangan yang ok kepada FELDA? Dan FELDA kata dia banyak reseb. Ahmad Maslan pun telah menyaman orang2 yang tidak bertanggung jawab yang menuduh FELDA bengkrap.

Jika FELDA merasakan FGV mesti disenaraikan, maka ini bukti secara tidak lansung bahaw FELDA dalam keadaan teruk. Reseb nya memang merudum. IPO bertujuan mendapatkan modal bagi mengembangkan pendapatan dan perniagaan. Untuk menjustifikasi tujuan mendapatkan modal kewangan, FGV boleh buat macam macam cerita. Termasuklah pengkisahan bahawa perniagaan buat masa ini tidak memaksimakan nilai.
FGV merasakan mereka boleh melakukan yang lebih baik. Ini termasuklahL-
(1) meleraikan sekatan supaya nilai saham FELDA lagi tinggi (
(2) menjalankan pengurusan yang lebih baik
( 3) meningkatkan produktiviti FELDA dan lain. Ini janji2 FGV.

Itu bukan perkara yang luar biasa. Orang yang hendak memujuk orang awam berbelanja keatas saham mereka tentu melakukan cerita yang baik baik. Penceritaan yang mengasyikkan tidak lah sukar di buat. Jika kita mengupah penulis yang ada sedikit ilmu corporate finance dan accounting, mereka akan menghasilkan cerita ajaib yang menyeronokkan.

Namun demikian, kita tidak dapat menipu apabila berdepan dengan fakta dan hard numbers. Rekod perniagaan FGV tidak lah baik. Ia telah mengalami kerugian sebanyak RM 500 juta. Dan FGV tdia mempunyai sumber kawangan dan harta sendirian yang boleh menyokong penyenraraian nya. Mereka tidak ada fundamentals.
Jadi bagaimana mahu mengelak kesangsian yang menyelubungi cadangan membuat IPO ini?

Source: http://sakmongkol.blogspot.com/2011/12/kisah-kaki-lutu-dan-ipo-felda-global.html

Tiada ulasan:

Nuffnang