Dr Siti Mariah Mahmud |
Posted: 27 Dec 2011 07:28 PM PST SHAH ALAM, 27 DIS : Demontrasi kira-kira 50 penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bukit Kemuning yang dilaporkan media kawalan Umno pada 24 Disember lalu menuntut janji Adun dan Ahli Parlimen berhubung penyelesaian masalah banjir yang dialami mereka sejak sekian lama didakwa didalangi pihak berkepentingan yang sengaja ingin mencetuskan provokasi. Tindakan penduduk tersebut ekoran peruntukan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Perdana Menteri telah menyumbang RM2.71 bilion kepada Umno-BN untuk menawan kembali Selangor. Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang melakukan lawatan ke kawasan itu berkata, beliau sendiri tidak pernah didatangi penduduk di kawasan itu untuk memaklumkan tentang kejadian banjir yang berlaku. Menurutnya, isu banjir adalah fenomena atau kejadian alam yang tidak dapat dielakkan, bahkan bukan perkara luar biasa yang berlaku di negara ini. Katanya, kejadian banjir yang melanda di seluruh negara kini adalah disebabkan musim tengkujuh telah tiba. "Adun di kawasan ini (Suhaimi Shafiei) telah membawa kes tersebut kepada pihak bertanggungjawab, malah setiap parit di kawasan ini kebanyakannya telah dibersihkan. Kalau ikutkan, sebenarya banjir di kawasan Kota Raja dan Sri Muda telah lama berkurang. Cuma apabila hujan lebat dan mendadak serta apabila air pasang, maka air akan naik ke jalan-jalan selain kemungkinan parit dan longkang juga dipenuhi sampah," katanya. Bagaimanapun tegas beliau, satu mesyuarat penyelarasan telah diaturkan pihak kerajaan negeri bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa wakil penduduk untuk membincangkan masalah tersebut dengan lebih lanjut. Beliau berkata, mesyuarat yang akan dilaksanakan pada minggu depan itu akan membawa kepada usaha-usaha untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung masalah banjir yang melanda kawasan itu sejak 10 tahun lalu. "Sebagai wakil rakyat, saya akan memastikan semua jabatan yang dipertanggungjawabkan akan membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sebenarnya saya sudah biasa di kawasan ini dan banyak menyelesaikan masalah perparitan. Terdapat kawasan yang kami tidak boleh berbuat apa kerana kemungkinan kawasan itu rendah dan sebagainya," jelasnya. Tambahnya, sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor pada tahun 2008, pelbagai masalah banjir di negeri ini berjaya diselesaikan, manakala isu banjir di Batu 5 akan cuba diselesaikan secepat mungkin...sumber TVS |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan