N50 Dun Sri Muda |
Posted: 23 Oct 2011 10:20 PM PDT 480 Keluarga Terima Sumbangan Barang Keperluan AsasMonday, 24 October 2011 | Ruangan: BeritaSUBANG JAYA,24 OKTOBER – Seramai 480 keluarga daripada 24 Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima sumbangan berupa barang keperluan asas serta wang tunai sejumlah RM100 dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Hotel Grand Dorsett di sini malam tadi. Penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal, anak-anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU). Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang layak dari kalangan pelbagai kaum dan agama di bawah PPKB MPSJ. Selain itu, menurut Yang Dipertua MPSJ Datuk Asmawi Kasbi, pemberian sumbangan ini merupakan komitmen MPSJ bagi menunaikan tanggungjawab sosial kepada golongan yang memerlukan selain turut meringankan bebanan masyarakat khususnya kaum India dan Melayu yang bakal menyambut perayaan Deepavali serta Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi. "Saya juga yakin majlis seumpama ini mampu mewujudkan semangat muhibbah di kalangan komuniti tanpa mengira fahaman agama dan bangsa kerana ia selari dengan hasrat dan aspirasi negara yang mahu hubungan sosial di kalangan masyarakat juga diperkukuhkan," katanya. Asmawi berkata, seiring dengan objektif MPSJ iaitu merancang dan melaksanakan program-program pembangunan dan sosio-ekonomi di kawasan pentadbirannya, beberapa inisiatif untuk membantu golongan sasar di bawah PPKB telah dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Antaranya, program perkongsian pintar dengan agensi berkaitan seperti Program Bengkel IT Ibu Tunggal untuk memberi latihan dan kemahiran komputer, Program Bengkel Seni Jahitan dan Sulaman Kreatif, Program Pembangunan Usahawan Wanita MPSJ dan Program Zero to Hero dan Train and Place. Selain itu, seminar Bazaar Ramadan MPSJ yang melibatkan peniaga kecil serta Program Rumah Rakyat MPSJ yang didiami oleh keluarga tidak berkemampuan, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) di dua buah kawasan penempatan iaitu Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara dan Pangsapuri Sri Kayan Pinggiran USJ. "Justeru itu, mulai tahun 2010 MPSJ telah menambah jumlah peruntukan bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar menjadi RM300,000 berbanding RM100,000 seperti tahun-tahun sebelumnya. Menerusi inisiatif ini, saya yakin pelbagai aktiviti seperti seminar keusahawanan, latihan dan kursus kemahiran dapat dilaksanakan kepada golongan sasaran dengan lebih efektif lagi," ujarnya. Dalam pada itu, sebanyak 13 Zon JKP MPSJ turut dipilih bagi melaksanakan program-program bersesuaian di bawah PPKB MPSJ 2011 dengan peruntukan sejumlah RM12,000 dan RM17,000 untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang. Tambah Asmawi, penerima bantuan PPKB MPSJ terutama yang terlibat dalam program-program berbentuk latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya diri diingatkan untuk menggunakan peluang dan ruang yang diberikan bagi memajukan diri masing-masing dalam membina kehidupan lebih sempurna. Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Rodziah Ismail, ADUN Sri Muda Shuhaimi Haji Shafiei, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh, Wakil Pegawai Daerah Petaling, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail serta Ahli-Ahli Majlis MPSJ. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan