Isnin, 24 Oktober 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Laporan Audit: Harga Teropong 2,805 Peratus Lebih Tinggi

Posted: 24 Oct 2011 04:57 AM PDT

keadilan daily

Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan  di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Antaranya pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.

"Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.

"Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

"Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran," kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap satu.

Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga asal.

Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.

Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.

Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.

Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.

Beating The War Drums On UMNO

Posted: 23 Oct 2011 08:04 PM PDT

HIMPUN? Bagaimana Kisah Petani Miskin Dengan Anak Menteri?

Posted: 23 Oct 2011 07:58 PM PDT

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

Katanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

"Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan," katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.

Menurut Anwar, perkara itu telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan BN.

NONEPada Bajet 2012, Najib telah mengumumkan peruntukan dana RM1.2 bilion bagi Tabung Pertanian yang bertujuan membantu peladang, petani dan nelayan di negara ini.

Anwar berkata pada dasarnya, perancangan kerajaan itu nampaknya murni tetapi ia sebenarnya diselubungi pelbagai penyelewengan bagi kepentingan politik BN, khususnya Umno.

Sudah salah

"Bolehkah kita terima ini. Secara moral ini sudah salah dan kalau ikut peraturannya sudah (jelas) ini amalan rasuah atau pecah amanah (CBT). Di Malaysia tidak ada jawapan (diberikan). Katalah banyak manapun, tidak akan dilaporkan di media arus perdana," kata Anwar.

china chinese farmer farming 061008 02Ketua umum PKR itu juga membidas tindakan kerajaan berhubung sebuah agensi yang sepatutnya menolong petani dan nelayan miskin akhirnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan beberapa individu.

"Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan (menjadi Bernas). Kaut untung besar, daripada siapa, penanam padi. Siapa penanam padi? 95 peratus orang Melayu miskin," katanya.

Menurut beliau, selepas keuntungan besar, syarikat itu kemudiannya dijual kepada seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno dengan beberapa individu tertentu meraihRM30 juta hingga RM40 juta setiap seorang daripada hasil penat lelah petani dan nelayan.

riceBernas diberi tempoh pengedaran beras selama 10 tahun hingga tahun 2021.

Menurut Anwar, berdepan dengan masalah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Umno sendiri, pentadbiran Najib cuba meletakkan kesalahan di pihak lain.

"Sekarang ini oleh kerana dikatakan orang Cina ini banyak menyokong Pakatan Rakyat, India ini sekarang adalah berubah-ubah sikit, tumpuan adalah (masyarakat) Melayu.

"(Jadi kata mereka) kita perhimpunkan Melayu kerana ancaman Kristian. Kerana Umno sahaja akan menyelamat Melayu, kalau tidak (kerana) Umno habislah Melayu di negara ini, habislah biasisawa untuk anak-anak Melayu, habislah saham-saham Melayu, kata mereka," kata Anwar dalam nada menyindir.

Orang miskin

Beliau dipercayai merujuk Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung Sabtu lalu.

himpun rally hasan ali speaking 2Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga semalam memuji penganjur semalam yang dikatakan merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Bagi Anwar, tindakan itu hanya bertujuan melalaikan orang Melayu daripada ancaman sebenar yang dihadapi negara hari ini.

"Tapi kita tengok dasar. Yang Melayu apa, baru laksana, suku bilion (diberikan) kepada anak menteri. Baki belum tentu dapat pada orang miskin," katanya lagi.

Pakatan Batal GST Jika Memerintah

Posted: 23 Oct 2011 06:56 PM PDT

Harakah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra ‘Sepetang Bersama Masyarakat’ di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan.

“Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

“Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyelar kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mempermainkan rakyat apabila menangguhkan GST sehingga selepas pilihan raya yang akan datang.

Katanya, apabila cukai yang hendak dikenakan ditangguhkan sebelum pilihan raya, adalah tidak mustahil ianya akan dilaksanakan selepas ini.

“Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada tidak prihatin terhadap keperluan rakyat, sebaliknya memberi prioriti terhadap keperluan mereka bagi memeras dan mencekik darah rakyat,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga membidas BN yang cuba mempolitikkan isu berkaitan pelajar sekolah yang didakwa terlibat dalam kes serangan seksual dikaitkan dengan anak Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jelasnya lagi, cara politik yang dimainkan bukan saja mempamerkan kedangkalan modal oleh BN, sebaliknya memperlihatkan bahawa parti tersebut senantiasa menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

“Adalah sesuatu yang merbahaya sekiranya, BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan dalam negara apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dipolitikkan,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Nuffnang