i n t a n h i j a u |
SUDAH LAMA SAYA IDAMKAN PERUBAHAN INI - FARAZILA Posted: 24 Oct 2011 01:06 AM PDT Makbul doa isteri "SUDAH lama saya idamkan perubahan ini sejak kami bernikah kira-kira tigatahun yang lalu. Akhirnya, ini adalah hidayah yang diberi kepada kamiberdua." Begitulah luahan hati Farazila yang sudah lama mengimpikan perubahan suaminya.Penghijrahan adalah sesuatu yang menjadi impian semua, apatah lagi jika iamampu membawa perubahan ke arah kebaikan. Jika dulu Sham Kamikaze terkenal dengan imej bersubang, pemuzik handalan, hebatmemetik gitar dan sentiasa memberikan komen sinis dan pedas, kinisegala-galanya hilang dan perlahan-lahan imej dirinya juga berubah. Kini Shamdan isteri lebih selesa dengan imej sederhana dan menutup aurat. Farazila berkata, pertama kali melihat perubahan suaminya itu, beliau tidakberhenti bersyukur ke hadrat Ilahi kerana membuka hati Sham. "Ramai yang meminta dan mengharapkan perubahan, tapi tidak semua dapat. Apabilasuami saya mendapat hidayah begini dan berubah, saya amat bersyukur. "Saya berharap hidayah yang diberi ini terus kekal dan perubahan ini sudah lamasaya impikan. Alhamdulillah dalam usia 35 tahun, Sham mendapat hidayah danberubah ke arah kebaikan," luahan hatinya. Farazila berkata, beberapa bulan sebelum perubahan ke atas diri Sham, beliaudan keluarga sempat menunaikan umrah dan di Tanah Suci, Farazila tidakhenti-henti menadah tangan berdoa untuk kebaikan suaminya. Malah, mungkin ramai tidak tahu, sebelum perubahan Sham, Farazila terlebih dulumembuat penghijrahan dalam dirinya. Namun, ketika itu, beliau tidak memaksa suaminya mengikut jejak langkah danhanya berdoa agar pintu hati suaminya itu terbuka. "Perubahan yang berlaku kepada Sham sangat drastik dan saya sendiri tidakmenyangka beliau akan berubah begini sekali. Ini bagus untuk perkahwinan kamidan memberikan lebih cahaya kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri,"katanya. INFO: Sham Kamikaze · Pernah menganggotai Kumpulan Kamikaze sebagai pemain gitar utama. · Banyak terbabit sebagai komposer, pengarah muzik dan penerbit. · Pensyarah muzik di Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA). · Empat bulan mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan. · Pernah menjadi pengkritik dan tenaga pengajar di rancangan realitiAkademi Fantasia (AF). · Mula belajar bermain gitar pada usia 12 tahun sebelum menubuhkankumpulan muziknya sendiri pada usia 14 tahun. · Dikenali sebagai salah seorang pemain gitar handalan di negara kita. · Kerjaya kini sebagai pendakwah, memberi motivasi selain banyak terbabitdalam penerbitan lagu berunsur dakwah. |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan