Isnin, 19 September 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


WOWWW!!! TEKNO INFRA-RED

Posted: 19 Sep 2011 06:12 AM PDT


(Keajaiban teknologi Infra-red)

Salam 2 all.

Satu demi satu ALLAH tunjukkan. Dalam dema dok pertikai kenapa baju Anwar dalam videoklip China-DOLL hitam putih, siap komplen seluar Eskay pun gelap, tiba-tiba ALLAH hantar videoklip diatas. Nak kata apa lagi yop. Ni jelas menjawab segala persoalan yang tersarang kat kepala otak mengkome ngape baju kaler seluar kaler boleh jadi bertukar hitam putih.

Takkan nak tuduh Spy-Centre di London tu pun di upah yop. Video tu dibuat tahun 2008 dulu yop. Jelas bukti macam mana dibawah infra-red, warna akan bertukar. Dan jelas videoklip China-DOLL tu dibuat mengguna-pakai kamera infra-red!

Yang teman risau yop, spy negara mana yang pasang kamera canggih tu yop? Cube mike bayang kalau agen negara asing yang pasang, dan cuba mike bayang kalau dema dah ada berbakul videoklip Mat CD ni. Dan cuba mike bayang kalau Mat CD jadi PM? Tak kah negara dan rakyat nanti akan duduk dibawah cengkaman dan tebusan negara asing? Isyk-isyk..isyk..riso teman yop.

Mike pikio-pikio sendiri lah yop. ALLAH bagi otak bukan suruh buat masak lemak cili api, tapi suruh berpikio yop! Dan kalau mike pakai otak yop, dah lama kena benam Mat CD ni. Dia bernasib baik pasal ada lagi manusia jenis kalkatu yang sanggup diperbodohkan menjadi balaci tunggangan dia yop..hanya dengan janji kelentong akan dapat duduk di mahkota Putrajaya!!! Senang bebenor nak kena kelentong mengkome ni yop?

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
21 Syawal 1432
19 Sept 2011

*Nota: terima kasih kepada rakan-rakan cyber yang mengirimkan video-klip diatas.

200% CLEAR-CUT!

Posted: 18 Sep 2011 04:10 AM PDT

(Betapa tak kamcingnya Mat CD dengan Eskay..siap pegang tangan yop)

(Videoklip ori bukti betapa kamcing nya Anwar-Eskay)

Salam 2 all.

Ada seorang sahabat teman hantarkan beberapa komen dan penulisan pasal videoklip terbaru Anwar-Eskay yang didedahkan itu. Teman nak kata apa tak tau?

Kalau mike tengok cara penulisan, komen atau respond dema, macam dema buat video tu yop. Siap dengan hukum qazaf, 4 orang saksi, dan macam-macam lagi. Di ulang kitar cerita lama pertuduhan zina. Siap hukum masuk neraka mengkome yop! Macam sorga tu pak dema punya.

Tapi bila check, dema tengok videoklip tu pun tak. Jelas daripada tulisan dan komen dema yang videoklip tu dema tak tengok lagi. Teman letakkan diatas videoklip ori tu yop, yang tak di edit. Langsung takde cerita pasal adengan "kondang-kondi", yang jelasnya menunjukkan tanpa sebarang keraguan hubungan rapat Anwar dengan Eskay. Itu sahaja. Nak buktikan Anwar itu pembohong bila dia menafikan hubungan dia dengan Eskay. Sampai tak mengaku kawan yop!

Jadi kepada kaum Anwarinas, udah-udahlah tu yop. Nak kelentong kat mana lagi. Qazaf amendenya. Takde sape bercakap, apatah lagi menuduh zina kepada sesiapa. Cuma nak bukti Anwar tu memang pembohong, itu aje. Macam tu punya terang nak kata Anwar dengan Eskay tak kamcing lagi ke yop?

Gambar atas jelas bukti betapa "tak kamcingnya" Anwar dengan Eskay. Siap pegang-pegang tangan lagi yop. Dan itu gambar masa Anwar Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri yop. Bekas pemimpin UMNO yang dulu mike kaum Anwarinas maki dengan gelaran Al-Juburi, bekas pemimpin UMNO yang meluluskan lesen judi, yang kini mike agong-agongkan sebagai kalipah mike. Nasyib mengkome lah yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
20 Syawal 1432
18 Sept 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang