|  i n t a n h i j a u  | 
| UNIT AMAL TELUK INTAN LANCAR TABUNG 'KAMI PEDULI YUSRI' Posted: 19 Sep 2011 07:07 AM PDT TELUK INTAN, 18 September - Unit Amal Kawasan Teluk Intan telah melancarkan Tabung 'Kami Peduli Yusri' bagi mengutip derma atau sumbangan bagi membantu meringankan beban Adik Yusri bin Mustajab , 17, di alamat Batu 10, Jalan Bidor, Changkat Jong, yang telah mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan pada 8 Ogos 2011/8 Ramadhan yang lalu. Menurut Setiausaha Unit Amal Kawasan Teluk Intan Sdr. Azizi Tajuddin, kini Adik Yusri dalam keadaan kritikal serta koma di Wad ICU Hospital Ipoh. Keadaan Adik Yusri adalah seperti berikut : 
 
 | 
| MENGAPA JANJI NAJIB SUKAR DIPERCAYAI..? Posted: 19 Sep 2011 03:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Sept: Janji  Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri  (ISA) hanyalah setelah Perdana Menteri sedar bahawa rakyat sudah hilang  keyakinan dengan kepimpinan kerajaannya. Malah, janji itu juga dibuat selepas kerajaan Malaysia dikecam hebat  di dalam dan luar negara berikutan salah guna kuasa serta kekerasan yang  melampau pihak berkuasa terhadap pehimpunan aman Bersih 2.0 pada 9  Julai lalu. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang  berkata, tekanan terhadap Najib  daripada kalangan orang-orang kanan kerajaan sendiri membuatkan beliau  terpaksa berjanji untuk memansuhkan ISA. "Jika rakyat tidak percaya kepada janji Najib, ia adalah salahnya  sendiri kerana rekodnya sebagai Perdana Menteri sejak April 2009 tidak  menunjukkan dia berani melaksanakan apa yang dijanjikannya," katanya  dalam satu kenyataan, lapor Roketkini.com. Sehinggakan Najib terpaksa mempertahankan janji memansuhkan ISA itu  kononnya ia adalah usaha BN sendiri walau pun rakyat melalui pelbagai  NGO dan parti-parti pembangkang telah mendesaknya sejak lebih 40 dekad  lalu. Kit Siang berkata janji-janji Najib hanya boleh dipercayai jika beliau berani menangani lima persoalan utama: * Adakah dengan pemansuhan ISA dan pindaaan undang-undang lain akan  dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang atau ia cuma umpan  janji-janji pilihan raya BN? * Adakah undang-undang yang akan menggantikan akta-akta zalim yang  dimansuhkan itu bakal melahirkan undang-undang yang sama kejamnya dalam  bentuk baru; contohnya, memansuhkan ISA tetapi menggubal undang-undang  baru yang sama seperti ISA? * Adakah Najib akan menyokong pemansuhan undang-undang zalim dan  kejam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Hasutan  dan Akta Rahsia Rasmi? * Adakah Najib sanggup memansuhkan semua peruntukan dalam  undang-undang yang selama ini telah memperlekehkan doktrin pemisahan  kuasa termasuk yang tidak membenarkan penelitian semula (judicial  review) terhadap keputusan kuasa eksekutif? * Adakah Najib akan menyokong usul di Parlimen untuk menerima  konvensyen-konvensyen hak asasi antarabangsa, khususnya Piagam PBB  mengenai Hak Sivil dan Politik serta Piagam PBB mengenai Hak Ekonomi,  Sosial dan Budaya? Kit Siang menegaskan kejayaan rakyat mendesak Najib untuk berjanji  menghapuskan ISA adalah melalui usaha serius menentang penindasan dan  penipuan kuasa, terutamanya melalui perhimpunan aman Bersih 2.0. "Sebelum Najib berangan-angan mahu menjadikan Malasia sebagai 'negara  demokrasi terbaik di dunia', beliau perlu menjelaskan kepada rakyat,  bila beliau mahu menarik balik pengharaman Bersih 2.0 dan bila beliau  akan menarik balik tuduhan terhadap mereka yang ditangkap kerana kempen  Bersih 2.0?" soalnya. – Roketkini.com | 
| You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
 


 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan