Isnin, 19 September 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


AL-KAZEEB 1st CLASS!

Posted: 17 Sep 2011 11:57 PM PDT





(Isyk--isyk..isyk..macam pernah tengok je baju Mat CD ni yop)

Salam 2 all.


Teman tak bercadang nak komen banyak sangat pasal videoklip terbaru yang didedahkan oleh bloggers saperti di http://www.papagomo.com/, http://www.novandri.blogspot.com/m/, http://www.apanama2020.blogspot.com/, http://www.pisau.net/ dan banyak lagi. Yang syok tu tengok kaum Anwarinas yang menggelabah habis, buat komen macam budak tak abis sekolah, sampai konon baju Mat CD dalam videoklip dengan China-DOLL tu tak sama dengan baju kat lif.

Macam manalah ada kaum yang boleh jadi sampai begitu bangang. Abu Jahal pun boleh menangis nengok kebangangan mike yop. Kalau beza gambar hitam putih dengan kaler pun dah tak tahu! Terok bebenor otak dema kena korap dan liwat yop, sampai dah reti nak beza kaler dengan hitam putih!!! Dema ni belum mumayyiz kot, sebab bebudak mumayyiz patut dah tahu nak membeza yop!



Cube mike tengok gambar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang kaler dengan hitam putih. Ada beza ke kaler baju dia? Mestilah berbeza kan yop, pase satu kaler, satu hitam putih. Tapi adakah kerana beza baju kaler dan tak kaler mike nak nafikan tu bukan P.Ramlee? Takkanlah sampai macam tu mike punya bodoh yop. Kot mane tengok pun, kaler ke hitam putih ke, muka yang tercongok kat videoklip tu kan ke Mat CD? Ke mike nak kate muke kat lif tu gambar Johari Bedul yang sudah di make-up yop?



Peh tu, cuba mike tengok gambar baju yang dipakai Mat CD dalam gambar bahagian bawah. Nak jadi cerita, korek punya korek, rupanya sebuah portal pro-pembangkang pernah siarkan gambar Anwar memakai baju tu, siap ada jam lagi yop. Tapi gambar tu disiarkan untuk tujuan lain, dema tak tahu satu hari nanti gambar tu akan menjadi bukti cukup canggih untuk dibandingkan dengan videoklip terbaru tu yop. Ni namanya "wamaa karuu wama karallah, wallah hukhoirul maakiriin". Mike tengok sendirilah yop. Mike kan expert perbandingan, sampai perut boroi kempis pun mike pekse abis..Looks like me, sound like me...but not my tummy ;))


Sebenarnya, yang teman nak komennya satu je. Videoklip terbaru itu sekurang-kurangnya membuktikan satu perkara: Anwar memang pembohong, Al-Kazeeb first class. Sebab, dia mempertikaikan Datuk Eskay sebagai kawan baik dia. Sebagaimana Anwar pernah pertikaikan Datuk Seri Zahrain sebagai kawan baik dia walaupun sudah bersama lebih 35 tahun. Bukan tempat lain dia cakap tu yop, dalam Parlimen lagi! ALLAH nak tunjuk bukti, jelas daripada videoklip itu betapa rapatnya Anwar dengan Datuk Eskay!


Rumusannya apa yop. Senang jer..udah-udahlah tu yop. Tobat aje lah. Rentikan menyokong manusia pembohong ni. Kalau kawan-kawan dia yang dah bersama dengan dia berpuluh tahun pun dia boleh "kencing" macam tu je, bayangkan apa dia boleh buat kepada mike, umat Islam, rakyat dan negara ini. Alangkan kalimah ALLAH pun dia boleh lelong. Bini bertudung pun dah pandai berbohong. Agama Islam pun dia kelentong dengan fahaman pluralisma...isyk..isyk..isyk..APA BUKTI LAGI YANG MIKE NAK ALLAH HANTAR YOP?



Tepok dada tanya diri masing-masing lah yop. Solat hajat dah berkajang mike buat. Sampai ke Mekah mike bermunajat. ALLAH dah hantar pelbagai macam bukti dan isyarat, mike dok kelabu karat macam tu jugak yop. Jangan ulangi kesilapan kaum Namrud, Fir'aun dan lain-lain. ALLAH dah beri mereka bukti dan isyarat, dema masih dok melekat, akhirnya mereka musnah merempat dalam neraka sepanjang hayat. Pikio-pikiokan lah yop. Jangan nanti kata mike tak pernah diberi amaran sudah lah. Dan jangan lupe, bile mungkar-nangkir tanya "marobbuka", jangan tanya ALLAH mana satu? ALLAH Islam ke atau ALLAH kristian? Kena bedal nanti mike yop, sebab ALLAH tu hanya Satu, Yang Maha Esa.



Adios amigos, grasias senor.


Wallahua'lam & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin


Ahad

20 Syawal 1432

18 Sept 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang