Isnin, 19 September 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Hamas mahu PBB iktiraf wilayah Palestin

Posted: 19 Sep 2011 01:50 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

PARA aktivis Palestin, Israel dan wanita asing berhimpun di Ramallah, Tebing Barat kelmarin untuk memberi sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin.

BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas yang mentadbir Tebing Barat semalam menyatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya mengiktiraf sebuah negara Palestin termasuk tanah yang kini menjadi negara Israel.

Desakan itu dibuat selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berlepas ke New York untuk mengemukakan permohonan kepada PBB supaya Palestin menjadi sebuah negara berdasarkan sempadan dengan Israel sebelum Perang Enam Hari berlaku pada 1967.

Pemimpin Hamas, Khalil al-Hayya berkata, pihaknya meminta pengiktirafan semua wilayah Palestin sebagai sebuah negara.

Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang mentadbir Tebing Barat.

Khalil juga mendesak masyarakat antarabangsa supaya melakukan desakan bagi memastikan pelaksanaan resolusi antarabangsa dipatuhi.

Israel dan Amerika Syarikat menentang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. - AFP

Hina tanpa sedar

Posted: 19 Sep 2011 01:45 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

AYAT SUCI...Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan mengandungi ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat.

KAJANG: Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.

Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.

Pengurus Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.

"Al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jadi dalam apa juga bentuk ia mesti dihormati dan dimuliakan kerana darjatnya yang tinggi.

LUPUS...Rahmat menunjukkan antara kitab al-Quran yang akan dilupuskan kerana mengandungi kesilapan.

"Misalnya dalam CD agama yang mengandungi bacaan al-Quran, sewajarnya ia dihormati sama seperti kitab, namun ramai di kalangan kita tidak mengambil berat soal ini sehingga dibuang atau diletakkan di tempat tidak sepatutnya. Kalau kad kahwin seeloknya ditulis terjemahan al-Quran bagi mengelak ia dibuang di merata tempat selepas habis kenduri," katanya yang ditemui di Batu 9, Cheras, di sini, baru-baru ini.

Rahmat berkata, sejak mengusahakan tempat pelupusan al-Quran bersama ahli keluarga, dia bukan saja menerima kitab al-Quran sama ada uzur atau tersalah cetak, malah barang lain seperti ukiran kayu dan kulit kambing, kepingan kaca hiasan, kitab pengajian agama, buku teks, kad kahwin, kain, kaset, pita video dan CD mengandungi ayat al-Quran.

"Kesedaran perlu wujud di kalangan umat Islam mengenai perkara ini supaya kesucian ayat al-Quran terpelihara kerana dalam apa juga bentuk, maknanya tetap sama," katanya.

Di sebalik tanggungjawab fardu kifayah yang dilaksanakannya itu, Rahmat kesal kerana ada pihak memandang hina tugas dilaksanakannya, malah disebabkan marah, kitab al-Quran turut mendapat penghinaan.

"Saya buka tempat ini tanpa mendapat pembiayaan mana-mana pihak, jadi apabila ada orang mahu menghantar al-Quran, saya meminta sumbangan untuk menggaji pekerja, membayar bil elektrik serta kos operasi lain, namun ada di kalangan mereka menganggap ia umpama menjual surat khabar lama di tempat kitar semula dan mengharap wang daripada saya.

"Menguruskan pelupusan kitab suci memerlukan tertib tertentu dan saya memerlukan sumbangan kewangan, tetapi disebabkan tidak mahu membayar ada yang memberi 'kata dua' supaya saya menerima al-Quran dibawa atau ia akan dicampak ke tengah jalan. "Ada juga yang meninggalkan kotak mengandungi kitab suci ini di depan pejabat tanpa pesanan atau akad semata-mata tidak mahu membayar kos operasi pelupusan," katanya.

Menurutnya, tujuan dia membuka pusat pelupusan itu bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya rasa tanggungjawab selepas mendapati al-Quran dibuang sesuka hati di tempat kitar semula selain tidak mendapat penghormatan sewajarnya.

"Apabila ada orang yang menghantar kitab lama dan membuat sumbangan, kami akan memberi al-Quran baru sebagai menghargai mereka, namun masih ramai yang tidak faham usaha kami sehingga membuat tuduhan dan menghina kami," katanya.

Rahmat berharap jabatan agama Islam serta agensi berkaitan bekerjasama dengan pihaknya bagi memudahkan fardu kifayah itu dilaksanakan.

"Kerja ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dan kami amat mengharapkan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak," katanya.

Harian Metro

Tercampak selepas keluar hotel

Posted: 19 Sep 2011 01:40 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

IT CHENG yang dirawat di Hospital Sungai Golok semalam menunjukkan tangannya yang cedera selepas terkena letupan bom di bandar tersebut pada Jumaat lalu.

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) – Seorang mangsa kejadian letupan bom di bandar Sungai Golok, Lai Yoke Long menganggap dia umpama mati hidup semula selepas terselamat walaupun hanya berada kira-kira 20 meter dari tempat insiden tersebut berdekatan Hotel Merlin di sini pada malam Jumaat lalu.

Yoke Long, 42, yang datang ke bandar itu bersama seorang rakan, sebelum itu kecewa kerana bilik hotel itu yang popular dalam kalangan pelancong Malaysia telah habis ditempah.

"Saya kemudian keluar dari hotel itu untuk cari bilik di tempat lain dan sewaktu berjalan di sebelah sebuah kereta, kami dikejutkan dengan bunyi letupan bom," kata Yoke Long ketika ditemui di Hospital Sungai Golok semalam.

Yoke Long yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor dan bekerja di sebuah lombong emas di Tanah Merah, Kelantan memberitahu, selepas letupan dia mendapati badannya berlumuran darah dan terus lari mendapatkan perlindungan di sebuah restoran berhampiran.

"Mujurlah ada beberapa orang dalam kedai makan itu membantu dengan menghantar saya ke hospital," katanya yang mengalami kecederaan di dahi sementara dua serpihan besi masih tertusuk di bahagian dadanya.

Yoke Long berkata, dia perlu menjalani pembedahan untuk membuang serpihan besi itu di hospital berkenaan tidak lama lagi.

"Saya sudah serik ke Golok. Kepada rakan-rakan, saya nasihatkan supaya jangan lagi ke sini (Golok) jika tidak ada urusan penting," katanya.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan semalam mengesahkan seramai 18 rakyat Malaysia terkena letupan tiga butir bom dengan empat maut manakala 14 lagi cedera.

Katanya, lima mangsa yang masih dirawat di Hospital Sungai Golok ialah Lai Yok Long, 52, Phoo King Kuang, 54, Ling Yee Lung, 28, Wee It Cheng, 61, dan Cheng Yew Mang, 40. Kesemua mereka adalah lelaki.

Dua lagi rakyat Malaysia dirawat di Hospital Yala.
Seorang lagi mangsa yang dirawat di hospital itu dan hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, dari Kota Bharu berkata, sebutir bom meletup betul-betul di hadapan restoran dan pusat karaoke miliknya di bandar itu.

Kosmo

Anwar tetap enggan layan dakwaan seks

Posted: 19 Sep 2011 01:32 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi enggan mengulas dakwaan penulis blog pro-BN yang mendakwanya terlibat dengan skandal seks.

Anggota parlimen Permatang Pauh itu dengan tenang berkata beliau tidak akan melayan soalan sebegitu.

"Semua isu berkenaan moral, arak, soal judi, maksiat, kezaliman, fitnah atau mengaibkan orang, saya tidak akan layan atau jawab," katanya.

Beliau ditemani isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penulis blog dikenali Papa Gomo pada Sabtu mengancam akan mendedahkan lagi rakaman video yang didakwa melibatkan Anwar yang bertarikh 12 Januari.

Penulis itu juga bertanya di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari lalu.

Bagaimanapun, pejabat Anwar menjelaskan kepada Malaysiakini, Anwar bukan bermaksud isu moral tidak penting tetapi "layakkah mereka yang terbabit dengan rasuah, pembunuhan, arak bercakap isu moral?"

Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet kelmarin ekoran muat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan menunjukkan Anwar di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari lalu.

Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebut rakaman "eksklusif", yang didakwa menunjukkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang - tempat dikatakan berlaku aksi seks itu.

MALAYSIAKINI/-

Bertumbuk semasa berdebat di TV

Posted: 19 Sep 2011 01:30 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -




Sergei Polonsky terjatuh dari pentas selepas ditumbuk oleh Alexander Lebedev.


MOSCOW - Seorang hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain, Alexander Lebedev menumbuk seorang ahli perniagaan, Sergei Polonsky dalam satu rakaman perdebatan di stesen televisyen NTV, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas.
Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu.
Ketika kejadian, kedua-dua ahli perniagaan itu berdebat mengenai krisis ekonomi global.
Lebedev yang merupakan bekas ejen agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, kini memiliki akhbar The Independent dan London Evening Standard.
Menurut tulisan dalam blognya, Lebedev mendakwa Polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.
"Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya," kata Lebedev.
Dia menumbuk Polonsky di bahagian kepala menyebabkannya dia terjatuh dari pentas.
Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.
Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion).
Dia juga memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta. - Agensi

Husam saman Kickdefella RM5 juta

Posted: 19 Sep 2011 01:21 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

HARAKAHDAILY/-

Malang jika mansuh ISA untuk raih undi

Posted: 19 Sep 2011 01:21 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Amat malang sekiranya pengumuman memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersifat populis untuk meraih undi dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Dalam konteks ini, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan tidak mahu melihat rakyat terperangkap dalam permainan politik dilihat semakin rencam dan mengelirukan rakyat.

"Sekiranya inilah yang sebenarnya berlaku, Abim khuatir ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap ketelusan pemerintah yang sekaligus menjejaskan integriti serta keabsahan pihak berkenaan dalam melaksanakan agenda transformasinya.

"Sesungguhnya kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, adalah amat penting agar prinsip itu dilaksanakan di Malaysia tanpa mengira keterikatan individu atau mana-mana terhadap sesuatu parti serta kefahaman politik tertentu.

Justeru, tegasnya Abim mendesak pihak yang berkenaan agar menghormati segala lunas perundangan yang telah ditetapkan serta tidak sewenang-wenangnya menghalalkan sebarang penganiayaan serta diskriminasi atas nama menjaga ketenteraman serta kesejahteraan awam.

Begitupun, beliau menyambut baik pengumuman pemansuhan ISA serta beberapa akta yang berkaitan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Katanya, langkah itu memperlihatkan ketelusan kerajaan untuk memelihara ketenteraman dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, pengumuman itu menandakan keterbukaan sikap pihak pemerintah terhadap desakan serta pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap akta tersebut sebelum ini.

"Abim akan terus memantau serta memberikan kenyataan berhubung dengan pemansuhan akta-akta tersebut di samping proses penggubalan akta-akta yang menggantikannya, agar ia menepati janji pihak pemerintah untuk menjunjung tinggi teras demokrasi serta nilai kebebasan hak asasi manusia di negara ini," ujarnya.

harakahdaily/-

Lidah manusia paling panjang di dunia

Posted: 19 Sep 2011 01:00 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -



CHANEL TAPPER memiliki lidah manusia paling panjang di dunia.



LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalamGuinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.
Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai
"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.
Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - Agensi

Video seks: AMK buat laporan polis

Posted: 19 Sep 2011 12:55 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

Pemuda PKR (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog pro-BN dikenali Papa Gomo kerana memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks.

Laporan itu dibuat timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di balai polis Jalan Dang Wangi di ibu negara hari ini.

Dalam laporannya, Rozan mendesak polis meyiasat dan bertindak segera kerana beliau bimbang pendedahan video "bersifat pornografi" itu akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

Katanya, pendedahan video itu juga menyebabkan kekeliruan di kalangan orang awam, mempermainkan undang-undang shariah, berniat jahat (mala fide) dan bersifat ancaman apabila dinyatakan akan ada video susulan yang berkaitan isu ini.

"Adalah jelas bahawa beliau secara terus tetang menuduh dan mengaibkan nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim," laporan polis itu dipetik.

"Tambahan juga, pada pandangan saya, beliau harus disiasat segera daripada sumber mana beliau mendapat rakaman video berkenaan kerana menyatakan mempunyai bahan yang laing didakwa sebagai bahan bukti dan akan didedahkan kelak."

malaysiakini/-

Mangsa banjir Pakistan merana

Posted: 19 Sep 2011 12:45 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

MANGSA banjir melaungkan slogan bantahan dan membuat sekatan jalan raya akibat kelewatan kerajaan Pakistan menghulurkan bantuan di Badin, wilayah Sindh, semalam.


AHLI Jamat-e-Islami Pakistan menurunkan bantuan dari lori untuk membantu mangsa banjir di Karachi.

Terpaksa jual harta, kanak-kanak mengemis, bantuan kerajaan belum tiba

PANGRIO, (Pakistan): Beribu-ribu mangsa banjir di Pakistan yang berjaya menyelamatkan diri berdepan masalah baru apabila bantuan yang lambat tiba memaksa ramai di antara mereka terpaksa menjual harta benda masing-masing untuk membeli makanan.

Pada masa sama, kanak-kanak berdepan risiko penyakit bawaan air tetapi terpaksa membantu ibu bapa dengan mengemis, manakala bantuan daripada kerajaan Pakistan belum menunjukkan tanda akan sampai.

"Kanak-kanak terpaksa mengemis di pasar dan daripada pemandu kereta yang lalu lalang. Tiada siapa datang membantu kami," kata salah seorang daripada dua juta mangsa banjir di wilayah Sindh, Pakistan, Ahmed Junejo.

Sama seperti kebanyakan mangsa banjir, keluarga Junejo sedar bahawa mereka terpaksa berusaha sendiri untuk meneruskan kehidupan selepas bencana yang melanda.

"Saya hanya mahukan dua keperluan, makanan dan khemah untuk melindungi anak saya daripada panas dan hujan, itu saja. Tiada siapa datang melihat keadaan kami. Kami juga tidak tahu di mana letaknya kem bantuan, malah tiada siapa memberitahu kami mengenai bantuan kepada mangsa banjir. Kami masih menunggu," katanya.

Kerajaan Pakistan yang berdepan masalah kewangan dilihat bertindak terlalu perlahan ketika membantu mangsa banjir yang setakat ini sudah menyebabkan lebih 300 orang terbunuh, manakala lebih 1.2 juta rumah musnah.

Sikap kerajaan Pakistan itu adalah sama seperti ketika banjir melanda negara itu tahun lalu, apabila pihak berkuasa gagal menghulurkan bantuan sewajarnya untuk mengurangkan kesengsaraan berjuta-juta penduduk, menyebabkan pihak tentera terpaksa campur tangan.

Lebih 800,000 keluarga yang terbabit dengan bencana alam itu terus tidak mempunyai tempat tinggal.

Tentera kembali aktif menghulur bantuan, melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer menggunakan bot untuk menyelamatkan penduduk yang tinggal sehelai sepinggang.

Namun ia tidak masih tidak dapat mengurangkan kesengsaraan keluarga Jonejo yang kini terpaksa berlindung di belakang sebuah stesen minyak.

Beliau kehilangan 20 ekor kambing, yang menjadi punca pendapatan dan membekalkan susu untuk keluarganya. Kini keluarganya tidak mempunyai sebarang pendapatan dan tidak tahu apa harus dilakukan.

Junejo terpaksa menjual telefon bimbitnya dengan harga AS$3 (RM10) untuk membeli makanan. Jumlah itu hanya cukup untuk membeli sedikit tepung dan biskut yang boleh tahan beberapa hari saja.

"Saya mahu menjaga keluarga saya tetapi tidak berdaya. Saya rasa amat sedih melihat keadaan anak saya. Di negara ini pertolongan hanya datang jika anda mempunyai kenalan politik. Orang miskin seperti saya sering kali tidak dipedulikan," katanya. – Reuters

Lelaki pada tahun 1870 seiras Nicholas Cage

Posted: 19 Sep 2011 12:30 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -




WAJAH seorang lelaki seiras pelakon Nicholas Cage yang dirakamkan pada 1870.



LOS ANGELES - Seorang penjual barangan antik, Jack Mord telah melelong sekeping gambar seorang lelaki pada tahun 1870 yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal, Nicholas Cage pada harga permulaan AS$1 juta (RM3.09 juta) di laman e-Bay, lapor sebuah akhbar semalam.
Penjual itu turut bergurau dengan menyatakan dia memiliki sekeping gambar yang membuktikan Cage bukan sekadar pelakon tetapi juga puntianak yang hidup pada era Perang Saudara Amerika.
Cage yang berusia 47 tahun pernah membintangi filem Con Air dan Ghost Rider. Isteri Cage, Alice Kim berusia 27 tahun.
Menurut penjual itu, gambar tersebut merupakan seorang lelaki yang tinggal di Bristol, Tennessee ketika zaman perang Saudara Amerika.
Gambar tersebut telah ditemui di dalam sebuah album yang mengandungi banyak gambar penduduk yang terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi

66 kanak-kanak berhimpit dalam van

Posted: 19 Sep 2011 12:00 AM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -




SERAMAI 66 murid tadika berhimpit-himpit dalam sebuah van di bandar Qianan, China baru-baru ini.


QIANAN, China - Anggota-anggota polis terkejut apabila melihat sebuah van sarat dengan 66 kanak-kanak yang merupakan murid tadika di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak itu berumur di antara empat hingga lima tahun berhimpit-himpit di dalam van tersebut yang sepatutnya hanya dinaiki seramai lapan penumpang.
Tempat duduk belakang di dalam van itu ditanggalkan dan digantikan dengan bangku panjang.
Pemandu van itu diberikan saman kerana melanggar peraturan jalan raya dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Kanak-kanak itu kemudian dihantar pulang ke rumah masing-masing oleh polis dengan menggunakan 12 buah van. - Agensi

13 terbunuh, jip terhumban ke dalam sungai

Posted: 18 Sep 2011 11:30 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -


KATHMANDU 19 Sept. - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh di barat Nepal semalam apabila sebuah jip hilang kawalan dan terjunam 300 meter ke dalam sungai, lapor media tempatan.

Kira-kira tiga orang kanak-kanak antara yang terbunuh dan enam orang turut tercedera dalam kemalangan yang berlaku di daerah Myagdi.

Menurut polis, jumlah terkorban berkemungkinan bertambah kerana mereka masih dalam proses mencari mangsa yang hilang. - dpa

Jangan niat buat kerja untuk jadi calon p'raya

Posted: 18 Sep 2011 11:15 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -



MARANG, 19 Sept: Ahli PAS di segenap peringkat diingatkan agar tidak menjadikan habuan dunia sebagai matlamat perjuangan.
Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata, ianya termasuk berkerja semata-mata untuk menjadi calon dalam pilihanraya.
"Kita dalam PAS ini kena berjuang kerana Allah SWT dan bukan kerana hendak jadi calon.
"Kita kena sanggup berkorban dengan apa sahaja baik dalam keadaan murah atau mahal," tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ijtima' Pilihan Raya PAS Kawasan Marang, di Masjid Rusila, baru-baru ini.
Berucap lanjut beliau berkata, setiap ahli PAS perlu sentiasa memperbetul niat dan mentapkan pendirian dalam perjuangan Islam.
Apa yang lebih penting katanya adalah usaha memenangkan perjuangan Islam berbanding matlamat bersifat peribadi.
"Dalam kita (PAS) menghadapi musuh, musuh pilihan raya kita, musuh politik kita dan musuh dalam perjuangan kita ini, kita kena tetap pendirian dalam apa keadaan sekali pun menghadapi perjuangan.
"Kena ingat kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya. Selain itu, kerja dengan cara berorganisasi yang tersusun akan membantu mempercepatkan kemenangan PAS," ujarnya.
Selain itu, beliau turut mengingatkan bahawa musuh-musuh Islam pada waktu ini lebih ramai dan 'senjata' mereka lebih canggih.
Tetapi, katanya musuh-musuh Islam banyak melakukan maksiat serta kezaliman yang tidak wajar dilakukan oleh pejuang Islam.
"Musuh lebih ramai dari kita, 'senjata' (propaganda) musuh lebih canggih dari kita tetapi musuh melakukan maksiat.
"Kita (PAS) jangan melakukan maksiat seperti musuh. Jangan langgar perintah Allah SWT khususnya dalam menghadapi musuh," ujarnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Marang, Yahaya Ali, Timbalan Yang Dipertua PAS Marang, Ahmad Ma'aruf Ismail dan Setiausaha PAS Marang, Hasan Jusoh.
H/daily

Hamas mahu PBB iktiraf wilayah Palestin

Posted: 18 Sep 2011 11:00 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -



PARA aktivis Palestin, Israel dan wanita asing berhimpun di Ramallah, Tebing Barat kelmarin untuk memberi sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin.



BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas yang mentadbir Tebing Barat semalam menyatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya mengiktiraf sebuah negara Palestin termasuk tanah yang kini menjadi negara Israel.
Desakan itu dibuat selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berlepas ke New York untuk mengemukakan permohonan kepada PBB supaya Palestin menjadi sebuah negara berdasarkan sempadan dengan Israel sebelum Perang Enam Hari berlaku pada 1967.
Pemimpin Hamas, Khalil al-Hayya berkata, pihaknya meminta pengiktirafan semua wilayah Palestin sebagai sebuah negara.
Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang mentadbir Tebing Barat.
Khalil juga mendesak masyarakat antarabangsa supaya melakukan desakan bagi memastikan pelaksanaan resolusi antarabangsa dipatuhi.
Israel dan Amerika Syarikat menentang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. - AFP

Najib sengaja ketepi pejuang mansuh ISA

Posted: 18 Sep 2011 09:30 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 19 Sept: PAS hari ini membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan bahawa inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah "keputusan dibuat kerajaan Barisan Nasional sahaja dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain" tanpa memberi pengiktirafan kepada pejuang-pejuang mansuh akta zalim itu yang menentang ISA sejak dahulu lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kini tetiba sahaja, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan.

Ttindakan itu, katanya terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan seolah-olah sejarah diulang tayang untuk membuka mata rakyat.

"Mana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak akanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit?

Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno, dan adik mereka Perkasa selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata?" selar beliau.

Tindakan juak-juak Umno, yang dulunya lantang melaungkan pentingnya ISA dikekalkan, sindir Tuan Ibrahim telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat.

"Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian," kata beliau dengan sinis.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengimbas kembali kata-kata kerajaan Barisan Nasional pada 2009, di mana ia telah berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian Kerajaan adalah untuk mengkaji dan "bukannya memansuhkan ISA."

Malah pada bulan Disember 2009, kata Tuan Ibrahim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah berkata bahawa "semua pihak" sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Pakatan Rakyat pula, kata beliau telah menyatakan akan memansuhkan ISA dalam Buku Jingga yang dilancarkan mereka.

"Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli Perdana Menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga," bidas beliau.

"Cukup marah nampaknya Perdana Menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain -  barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel."

Media perdana, katanya kini terus memberikan bayangan bahawa Perdana Menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA.

"Sehinggakan Presiden KITA, Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka Perdana Menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau," sindir beliau.

Tambah Tuan Ibrahim, PAS akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan "pengganas" yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam.

"Tafsiran "pengganas" dan "ancaman" ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno-BN ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui," terang beliau, sambil menambah bahawa PAS akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman.

Namun, Tuan Ibrahim berhujah bahawa kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan.

Apa yang menjadi keraguan rakyat, katanya ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan Umno BN, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan nyawa-nyawa ikan.

"Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno BN yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihanraya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian," tambah beliau.

Rakyat kini, kata Tuan Ibrahim dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno-BN, selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah akan turut terhenti daripada terus berlaku itu?

"Rakyat sebenarnya sedar bahawa tiada apa yang boleh dijamin dalam hal-hal sedemikian sekiranya Umno-BN dikekalkan, tambahan pula, Najib sudahpun memberikan bayangan jaminan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST sekiranya Umno-BN kekal berkuasa selepas PRU13."

Jaminan terbaik sekarang untuk rakyat, hujah beliau ialah dengan mengambil langkah berani untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang diterterakan dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke 13.

"Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana Pakatan Rakyat sedar 'Rakyat' adalah bos mereka yang sebenar dan hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal. Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno-BN akan berubah satu hari nanti," kata beliau.

Schumacher ikrar gegar GP Singapura

Posted: 18 Sep 2011 09:00 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -




SCHUMACHER (kanan) mula menampakkan impak positif dalam beberapa perlumbaan terakhir.


LONDON - Pemandu Mercedes GP, Michael Schumacher menuntut krew pasukannya lebih bekerja keras dalam misi melakar keputusan lebih baik pada GP Singapura hujung minggu ini.
Schumacher kini dilihat berada dalam prestasi terbaiknya apabila berjaya mengutip mata dalam dua perlumbaan terakhir.
Justeru, juara dunia tujuh kali itu yang telah mengumpul 52 mata, mahu meneruskan momentum sedia ada menjelang GP Singapura, Ahad ini.
"Saya sangat seronok ketika pertama kali berlumba pada waktu malam di Singapura tahun lalu dan ia bakal menjadi hujung minggu yang menarik untuk bekerja keras bagi mencatatkan keputusan yang baik.
"Meskipun berbeza waktu, tetapi ia merupakan perlumbaan yang menggembirakan di waktu malam.
"Kami telah mencatat keputusan yang baik dalam dua perlumbaan sebelum ini iaitu di Itali dan Belgium dan semua ahli dalam pasukan pasti akan terus bekerja keras untuk mengekalkan kecemerlangan itu," kata Schumacher. - Agensi

Bahaya Orang jahil berlagak pandai

Posted: 18 Sep 2011 08:53 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

IMAM al-Bukhari menyebut, kewajipan seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran." (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ilmu adalah elemen pembangunan yang penting dalam menjamin kelangsungan hidupnya hati kita. Kata Saidina Ali Bin Abi Talib: "Hidupnya hati adalah berkat bertambahnya ilmu sedangkan matinya hati akibat ketiadaan ilmu. Sihatnya hati berkat keyakinan sedangkan sakitnya hati akibat keraguan."

Bagaimanapun akhir-akhir ini golongan yang tidak berilmu cenderung berlagak seperti mereka berilmu tinggi. Natijahnya membawa kepada porak peranda kehidupan manusia dan kemusnahan binaan ilmu yang sebenar.
Secara bandingannya, seseorang doktor tidak dibenarkan memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Jika ahli akademik berlagak doktor dengan memberi ubat kepada pesakitnya tentulah memudaratkan pesakitnya.
Seseorang itu tidak diluluskan kemampuannya membina bangunan tinggi melainkan setelah dia memiliki kelulusan dalam bidang binaan melalui ilmu seni bina yang dikuasainya. Jika dilakukan juga tanpa memiliki ilmu, pasti boleh menyebabkan berlaku keruntuhan bangunan walaupun dia mungkin mempunyai bakat dan gaya menjadi jurubina.

Elemen kemusnahan dan kerosakan terjadi apabila yang tidak berilmu dalam aspek pengurusan bercakap soal urusan umat, jahil berlagak seperti orang alim, menghafal sepatah dua ayat berlagak hafiz, bukan ulama mengaku dirinya ulama kononnya untuk dihormati dan dikagumi.

Maka ketika itu bersedialah kita menerima akibatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Apa yang mendukacitakan, akhir-akhir ini lahir golongan disebut Rasulullah SAW sebagai Ruwaibidhah, golongan sebenarnya tidak berilmu tetapi dilihat berilmu, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat." (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi masalahnya ilmu tidak cukup untuk bercakap atau memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka.

Al-Imam al-Sayuti menjelaskan, Al-Ruwaibidhah adalah orang lemah yang cuba mencampuri perkara besar dan berusaha untuk memperolehnya.
Ingatlah bahawa bercakap tanpa berfikir adalah petanda betapa rendahnya ilmu dan rosaknya akhlak. Ilmu yang lahir dari tapisan mulut golongan berilmu menyumbang banyak faedah kepada ummah.

Kata hikmat orang Arab, orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu. Di sesetengah tempat kita dapat melihat seorang yang cekap berkomunikasi dan pandai berceramah terus diberi peluang berucap serta membuat pelbagai kupasan berkaitan isu agama.

Keupayaannya berbicara seolah-olah dia menguasai kesemua disiplin ilmu dalam Islam. Apatah lagi ceramah boleh mendatang pendapatan lumayan maka ramai berusaha menjadi penceramah dengan menghafal ayat atau hadis lalu mentafsirkannya menurut digemarinya, bersesuaian keinginan semasa.

Golongan berilmu sebenarnya memperoleh kedudukan dan martabat tinggi dalam kalangan penghuni langit dan bumi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang berilmu akan diminta keampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada dalam air. Keutamaan orang berilmu dibandingkan dengan ahli ibadah bagaikan bulan purnama atas seluruh bintang." (Hadis riwayat Abu Dawud, Ar-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

harian metro/-

Messi tunjuk taring sebenar

Posted: 18 Sep 2011 08:40 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -




MESSI (kanan) bersama Fabregas meraikan kemenangan Barcelona awal pagi semalam.


BARCELONA - Lionel Messi membuktikan statusnya selaku penyerang terbaik dunia apabila meledak hatrik bagi membantu Barcelona membenam Osasuna 8-0 dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.
Ia merupakan kemenangan pertama skuad The Catalan itu musim ini selepas mereka sekadar seri dalam dua perlawanan terdahulu.
Pada aksi yang berlangsung di Nou Camp semalam, Messi tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan ketajaman penyudahnya apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelima sebelum bekas kapten Arsenal, Cecs Fabregas menyumbat gol kedua lapan minit kemudian.
Penyerang antarabangsa Sepanyol, David Villa menjaringkan gol ketiga Barcelona pada minit ke-34 disusuli jaringan sendiri pemain Osasuna, Roversio pada minit ke-40.
Seminit kemudian, Messi yang juga penyerang antarabangsa Argentina terus mengganas apabila merekodkan gol kedua peribadi, diikuti ledakan Xavi pada minit ke-57 dan Villa (76).
Messi melengkapkan hari gemilang buat Barcelona apabila mencipta hatrik dengan jaringan ketiganya pada minit ke-79.
"Saya rasa, kami beraksi dengan baik sekali. Ia bukan merupakan perlawanan yang sempurna, tetapi apa yang lebih penting adalah kami berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.
"Kemenangan ini adalah penting buat kami selepas sekadar mencatatkan keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum ini," kata tonggak pertahanan Barcelona, Sergio Ramos.
Sementara itu, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola ternyata gembira dengan kemenangan tersebut, apatah lagi strateginya untuk mengatur serangan daripada bahagian tengah dilihat benar-benar membuahkan hasil.
"Saya gembira dengan kemenangan ini kerana kami sememangnya mahu lebih ramai pemain boleh beraksi di bahagian tengah dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol.
"Masih ada beberapa kelemahan yang kami perlu baiki dan matlamat utama kami adalah untuk memperbaiki corak serangan kami," kata Guardiola. - AP

Liwat II: Najib dan Rosmah akan tampil?

Posted: 18 Sep 2011 08:37 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

Peguambela Ram Karpal akan menyambung menyoal-periksa pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini.

Perbicaraan masih berterusan sehingga ke hari ini selepas cuti Hari Raya dengan Anwar kemungkinan dikaitkan pula dengan skandal terbaru apabila seorang blogger yang mesra dengan Umno mengancam akan mendedahkan sebuah lagi klip video seks yang bertarikh 12 Januari tahun ini.

Blogger Papa Gomo juga mendedahkan bahawa video CCTV itu dirakamkan sebelum 22 Februari, ketika video seks yang diambil oleh trio Datuk T dirakamkan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya telah didakwa dan dikenakan denda.

McDonald, yang merupakan saksi keempat pembelaan dijangka mengambil masa dua hari lagi untuk melengkapkan keterangan dengan pemeriksaan balas oleh pendakwaan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri akan tampil memberi keterangan mereka minggu ini.

malaysiakini/-

ISA: Yang dibantah ialah prinsip zalimnya

Posted: 18 Sep 2011 08:30 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

Sementara pelbagai pihak pada zahirnya mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memansuhkan beberapa akta dan peraturan yang selama ini dianggap membelenggu kehidupan rakyat, berita mengembirakan itu sewajarnya disambut dengan lebih berhati-hati dan berpada.

Dalam perutusan khasnya sempena Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi kaca tv pada malam 15 September, Najib antara lain mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Beliau memberi jaminan dua undang-undang baru yang bakal digubal menggantikannya bagi maksud mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Turut diumumkannya ialah pemansuhan Akta Buang Negeri 1956, selain kajian semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933 (AKT) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP). Manakala kajian semula terhadap Seksyen 27 Akta Polis 1967 akan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun.

Di sebalik keghairahan merayakan keputusan kerajaan itu yang dianggap bukti kejayaan agenda diperjuangkan rakyat selama ini, ada beberapa perkara atau perincian berkisar pemansuhan akta-akta zalim itu yang tidak sayugia dipandang ringan.

Pertama, wajar diingatkan bahawa kesemua undang-undang dimaksudkan itu telah menjadi agenda bantahan parti-parti pembangkang, khususnya PAS sejak sekian lama. Suara menuntut pemansuhan mereka bukan berkumandang sedekad dua atau hanya setahun dua kebelakangan ini.

Perjuangan PAS membantah dan menuntut pemansuhan ISA bersama beberapa undang-undang lain yang disifatkan 'draconian' boleh dikatakan bermula sebaik tergubalnya undang-undang itu, sama ada pada era 50-an, 60-an atau sebagainya. Lebih jelas lagi, bantahan terhadap peraturan-peraturan zalim itu bersemarak tatkala yang menjadi mangsa kebanyakan peruntukan akta-akta tersebut ialah parti-parti pembangkang, khsusunya PAS.

Sebagai contoh, ISA yang walau pun pada zahir dan maksud asalnya digubal bagi mencegah dan mengekang akvtiviti subversif, khususnya gerakan komunis, tidak pernah terlepas daripada turut memangsakan para pemimpin PAS. Sebilangan pemimpin PAS, termasuk para alim ulama dan tok gurunya sudah pun tersenarai sebagai tahanan ISA seawal 60-an lagi. Apakah perbuatan mengajar agama dan menghuraikan hukum-hakam Islam dianggap 'keganasan terancang' di sisi kerajaan Umno?

Apakah pemimpin sebuah pertubuhan berdaftar dan diakui 'halal' di sisi peraturan negara melakukan aktiviti subversif dan mengancam keselamatan negara? Perkara itu tidak pernah pula dibuktikan di mahkamah terbuka, kerana peruntukan di bawah ISA membolehkan mereka ditahan tanpa bicara untuk tempoh selama mana dikehendaki kerajaan.

Kezaliman itu telah berlaku sejak lebih enam dekad lalu. Selama itu jugalah PAS yang kerap dimangsakannya lantang menyuarakan bantahan. Parti Islam itu secara aktif dan konsisten menuntut akta itu dihapuskan.

Lalu adalah tidak tepat dari perspektif masanya jika dikaitkan perjuangan membantah akta-akta zalim itu dengan perjuangan Pakatan Rakyat yang baru berusia tiga tahun. Walau pun hasrat para pendukung Pakatan menjulang dan menonjolkan agenda perjuangan gabungan parti-parti pembangkang itu suatu yang murni dan wajar didukung, kita jangan tersasul sehingga mengelirukan fakta sebenar.

Jangan sampai keghairahan kita mengutamakan Pakatan akhirnya mendorong kita mengemukakan fakta yang silap, terutama berkaitan fakta masa. Akuilah perjuangan para pendukung pembangkang, khususnya PAS dan DAP, untuk menolak kezaliman BN menerusi penguatkuasaan akta-akta zalim dan menindas itu bermula jauh lebih lama berbanding usia Pakatan.

Ia malah mendahului kewujudan Barisan Alternatif (BA) lebih sedekad lalu. Bahkan, dalam konteks perjuangan menuntut pemansuhan ISA, ia bukannya bermula hanya dengan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada 2001.

Sebab itu lebih tidak sayugia dan amat tidak kena apabila ada pendukung Pakatan yang 'tersasul' mendakwa tindakan Najib memansuhkan ISA dan beberapa peraturan lain itu sebagai tunduk kepada tuntutan 'Buku Jingga'. Hujah itu sebenarnya menjerat diri sendiri. Ia sekali gus memberikan modal percuma kepada para pemimpin BN.

'Buku Jingga' hanya berusia setahun jagung. Mudah saja bagi pemimpin BN menafikan peranan buku yang menjadi pernyataan agenda pemerintahan Pakatan itu. Bahkan sudah ada pemimpin BN membidas bahawa hasrat memansuhkan ISA telah disuarakan Najib sebaik beliau mengambilalih teraju pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009, iaitu setahun lebih awal daripada tertonjolnya 'Buku Jingga'. Justeru, apa rasional mana-mana pihak mendakwa ia ekoran tuntutan terkandung dalam buku itu?

Perkara kedua yang seharusnya diperhalusi ialah hakikat bahawa yang dibantah pada ISA dan akta-akta disebutkan tadi adalah prinsip dan dasarnya yang zalim serta menindas rakyat. Ertinya perjuangan rakyat membantah dan menuntut agar dimansuhkan itu bukan butiran lahiriah ISA, Akta Polis, AMCP atau AKT itu sahaja.

Sebab itu pendirian PAS dan rakan-rakan Pakatan untuk mengambil sikap 'tunggu dan lihat' perkembangan selepas ini adalah lebih tepat. Apakah apa yang diumumkan Najib itu benar-benar terlaksana sepertimana semangat mentransformasi politik dan pentadbiran serta menjulang demokrasi dan kepentingan rakyat atau tidak, masih terlalu awal untuk diberikan pemarkahan.

Pemansuhan ISA contohnya telah diumum akan disusuli penggubalan dua undang-undang baru sebagai ganti. Apakah ia nantinya akan menjadi suatu yang dialu-alukan sekiranya prinsip dan dasar zalim di bawah ISA, terutama peruntukan tahanan tanpa bicara dengan budi bicara kelangsungannya tertakluk secara mutlak di atas menteri atau polis, turut dimuatkan di dalam undang-undang baru itu?

Tepat sepertimana ditegaskan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam wawancaranya dengan sebuah tabloid mingguan, Ahad, "kritikan pembangkang atau NGO terhadap ISA bukan sebab undang-undang itu saja, tetapi prinsip dan kandungannya juga, iaitu prinsip utamanya menahan tanpa bicara. Jika prinsip itu kekal dalam undang-undang lain (baru), saya rasa ia akan mendapat perhatian (bantahan) sebab ia bercanggah dengan prinsip keadilan".

Langkah beringat-ingat itu agak tepat mengambilkira penegasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein mengenai kemungkinan dibimbangi itu. Selaku menteri bertanggungjawab ke atas penguaktkuasaan hampir kesemua akta disebutkan Najib di atas, Hishammuddin sedari awal telah membayangkan bahawa pemansuhan ISA bukan bermaksud segala tindakan pencegahan dan penindasan di bawahnya juga terhapus, terutama mengambilkira peruntukan yang akan diwujudkan di bawah undang-undang baru nanti.

"Ramai ingat ISA dimansuhkan, tetapi sebenarnya dua akta baru bakal digubal juga berkaitan dengan keselamatan dan anti keganasan," katanya, yang mengundang penafsiran amat membimbangkan.

harakahdaily/-

Leher ayah berlubang

Posted: 18 Sep 2011 08:25 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

HANCUR... kereta yang musnah dalam kejadian bom yang membunuh tiga rakyat Malaysia.
SUNGAI GOLOK (Thailand): "Dalam keadaan terkejut dan panik, saya dan isteri meredah asap tebal selepas bom meletup.

Kami lihat perut anak terburai, manakala ayah cedera parah di kepala dan lehernya berlubang," kata Wong Wai Siong, 33.

Wai Siong kehilangan anak, Wong Kai Sien, 3, dan bapa, Wong Hong Yep, 64, serentak selepas terbunuh dalam kejadian tiga siri letupan bom yang menggegarkan pekan Sungai Golok, di sini, jam 8.15 malam kelmarin.

Celcom & Samsung Brings in the World's Fastest Tablet !

Selain dua beranak itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang terbunuh ialah pengurus insurans dari Kuantan, Pahang, Foong Too Keh, 45.

Wai Siong berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Ang Ya, 35, dua anak dan ayahnya berkunjung ke Sungai Golok dari Kota Bharu dan tiba jam 6.30 petang untuk membawa isteri menjalani rawatan di Hospital Sungai Golok kerana sakit perut dan membeli susu anak.

Katanya, selepas selesai rawatan dan membeli susu anak, mereka lima beranak makan di sebuah kedai makan sebelum tiba-tiba terdengar letupan bom, lalu segera keluar untuk pulang dan pada masa sama melihat apa berlaku.

"Mendengar letupan bom, kami segera keluar dari restoran untuk pulang. Dalam perjalanan ke kereta yang jaraknya 40 meter dari restoran, sebutir lagi bom di sebuah motosikal meletup.

"Ketika itu anak saya dan datuknya keluar terlebih dulu dari restoran manakala saya, isteri dan seorang lagi anak berada tidak jauh daripada mereka. Kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam sekelip mata, saya kehilangan anak dan ayah," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sungai Golok, di sini, semalam.

Menurut Wai Siong, anaknya ditemui dalam keadaan terhempap motosikal manakala ayahnya terbaring kaku.
Wai turut cedera di pergelangan kaki kanan, isterinya luka di tangan, manakala anak bongsunya, Wong Kai Royce, 1, tidak cedera.

Sementara itu, abang Too Keh, Foong Too Meng, 55, berkata adiknya berkunjung ke pekan Sungai Golok untuk berjalan-jalan dan tiba di pekan itu jam 5 petang.
"Adik saya mendaftar untuk menginap di Hotel Genting sebelum keluar ke Hotel Merlin untuk minum bersama rakan.

'Ketika dalam perjalanan ke Hotel Merlin, bom diletakkan di motosikal berdekatan sebuah tokong meletup. Serpihan bom terkena tulang rusuk adik, menyebabkan dia parah dan maut di tempat kejadian," katanya.

Menurut Too Meng, dia menerima panggilan daripada rakan adiknya yang terselamat daripada kejadian itu jam 7.45 petang.

Harian Metro

Pemuda PAS sokong usaha daulatkan Palestin

Posted: 18 Sep 2011 08:20 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 19 Sept: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah Presiden Mahmoud Abas yang akan meneruskan usaha untuk memastikan pengiktirafan negara Palestin berdaulat terutamanya ketika Persidangan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu tidak lama lagi.
Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, pihaknya juga mempertikaikan kesungguhan Presiden Obama yang kelihatan tidak konsisten dalam janjinya dahulu ketika ucapannya di Mesir bahawa beliau akan memastikan bumi Palestin mndapat pembelaan yang sewajarnya.
Katanya, ucapan Presiden Amerika itu sejak akhir-akhir ini dilihat semakin menikus apabila Israel mengancam untuk berkerjasama dalam menjayakan pelan kedaulatan Palestin.
DPPM juga, ujarnya menyelar sikap kerajaan Malaysia bersama-sama seluruh negara umat Islam terutamanya kerjasama negara-negara pertubuhan persidangan Islam (OIC) yang dilihat sehingga kini tidak mampu untuk mengiktiraf dan menggerakkan inisiatif bagi negara Palestin berdaulat.
"Kerajaan Malaysia umpamanya sehingga kini tidak berani untuk menyuarakan isu ini di peringkat antarabangsa kerana khuatir kepada Amerika dan sekutunya," ujarnya yang juga pengerusi lajnah itu.
Katanya, kekhuatiran tersebut menyelebungi sehingga membunuh ribuan umat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Justeru, tegasnya DPPM akan berusaha bersama-sama semua gerakan Islam antarabangsa bagi memastikan pembelaan sewajarnya untuk umat Islam Palestin.
"DPPM juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia mengekalkan sokongan buat umat Palestin," katanya.

Thailand bakar dadah bernilai RM247.24 juta di Ayutthaya

Posted: 18 Sep 2011 08:00 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -




YINGLUK SHINAWATRA menunjukkan beg-beg yang mengandungi pelbagai jenis dadah di sebuah kawasan perindustrian di Ayutthaya kelmarin.


BANGKOK - Thailand kelmarin membakar dadah bernilai AS$80 juta (RM247.24 juta) yang dirampas dalam satu siri serbuan di seluruh negara.
Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengetuai majlis pembakaran itu di sebuah kawasan perindustrian di Ayutthaya dekat Bangkok.
Dadah itu termasuk methamphetamine seberat 821 kilogram selain heroin, kokain, ganja dan ekstasi.
Menurut Kementerian Kesihatan, lebih 93,000 orang dirawat di beberapa pusat pemulihan dadah sejak Oktober tahun lalu.
Kira-kira 12,000 daripada mereka berumur di antara tujuh dan 17 tahun. - AFP

Najib enggan akui kesilapan - Pak Samad

Posted: 18 Sep 2011 07:54 PM PDT

21 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mempersenda pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai "tidak mengakui kesilapan kerajaannya".

A. Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata, amat malang apabila BN khususnya Najib masih enggan mengakui bahawa pengumuman pemansuhan itu hasil desakan rakyat khususnya anak muda yang mahukan perubahan demokrasi.

"Selama 54 tahun mereka tak terfikirkan pun ISA itu harus dikikis. Tiba-tiba sahaja mendapat ilham, dan tidak mengakui bahawa ini adalah desakan daripada kelompok antaranya anak muda bahawa kita sudah tidak tertahan lagi.

"Perdana Menteri pun dua tiga hari ini mengumumkan...oh, kami...kami sahaja yang meluruhkan ISA tapi tidak diceritakan kerana desakan-desakan itulah yang mendorongnya untuk merubah. Kalau tidak ada desakan-desakan itu, saya tidak fikir (ISA dimansuhkan) kerana itu adalah alat yang sangat bermanfaat untuk menekan (rakyat)," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran buku Puisi Jadi Senjata yang memuatkan himpunan sajak anak muda sookoong A. Samad Said dan Bersih 2.0 di Dewan Annex, Central Market, dekat sini, semalam.

Pak Samad yang merupakan antara pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menghadap Sultan Mizan untuk merundingkan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu juga tidak menafikan puisi anak muda ini turut mempengaruhi tindakan Najib.

"Apa yang dilakukan ini sebenarnya satu keberanian, satu pernyataan yang akhirnya antalogi ini masuk dalam arus massa Perdana Menteri untuk mengumumkan penghakisan ISA.

"Itu saya fikir satu kemenangan yang baik, dan tentunya Perdana Menteri tidak akan mengakui itu. Tapi mahu tidak mahu, ini adalah satu jalur yang menggerakkan dan kemudian menjadi sungai yang besar mengasak, dan itulah yang berlaku," katanya di hadapan kira-kira seratus hadirin, majoritinya golongan muda.

harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang