N50 Dun Sri Muda |
Posted: 21 Sep 2011 04:48 AM PDT Gempar!! Selangor Di SerangHari ini gerak kerja BN untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat telah bermula. Di khabarkan seramai 240 orang wakil rakyat daripada BN telah pun digerakkan ke Kuala Selangor. Permukiman yang berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat ini diadakan dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau dengar gerak kerja yang dilancarkan oleh Najib ni memang 'gerun'. Seolah-olah nak selamatkan selangor daripada lanun. Bermacam-macam usaha dibuat bagi mengembalikan negeri terkaya di malaysia ni ke tangan BN. Adakah setiap gerak kerja yang dibuat UMNOBN mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti yang telah nyanyuk ni?? Adakah rakyat semakin lupa kejahatan yang telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor sebelum-sebelum ini?? Khir Toyo dengan Skandal Rumah mewahnya, Mohd Taib dengan skandal kewangan yang lari masuk Australianya, Abu Hassan dengan skandal Rogol Menantunya?? Adakah rakyat pejam mata ketika Khir Toyo hulurkan penyapu sebagai hadiah kepada Majlis Daerah Hulu Selangor pada majlis anugerah Bulan Kualiti 2007 yang lalu?? simbolik penyapu ni tandanya beliau mahukan kebersihan tapi adakah Dr Khir itu sendiri bersih?? Adakah kebanyakan Menteri Besar dari UMNOBN ni amanah?? masyarakat kita mengaggap penyapu ini sebagai sial..nahh!! kini sial telah pun berpatah balik kepada beliau. Rasakan penangan sial wahai Khir Toyo. Kini Timbalan Pengerusi BN Selangor Noh Omar pula akan berperanan yang kononnya sebagai bakal Calon Menteri Besar sekiranya BN dapat tawan kembali dari Pakatan Rakyat. Inilah salah seorang dari tiga Menteri yang disebut Khir Toyo supaya beliau di penjarakan sekiranya BN mahu menawan kembali Selangor. Apa pun gerak kerja yang dibuat BN, Pakatan Rakyat jangan ambil mudah. Ini soal kebajikan dan masa depan rakyat. Gendang telah dipalu. Rakyat Selangor khususnya dan malaysia amnya jangan biarkan lagi negara ini diperintah oleh penyamun dan penyangak-penyangak yang sentiasa dahaga, kebulur dan tidak pernah puas dengan harta kekayaan yang ada. Kemenangan Pakatan Rakyat perlu dipertahankan. Sumber: Siasahkini |
Posted: 21 Sep 2011 02:07 AM PDT Kerajaan Negeri Salur Dana Atasi BanjirWednesday, 21 September 2011 | Ruangan: BeritaSUNGAI BULOH 21 SEPTEMBER : Kerajaan Selangor akan mengeluarkan dana khas bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras dan Kuang bagi memastikan kejadian sedemikian dapat diatasi. Exco Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Hasan Mohamed Ali berkata, bajet itu hanya akan dikeluarkan selepas pihaknyamenerima laporan hasil kajian yang dibuat Jabatan Pengairan Selangor (JPS) berhubung bencana banjir yang berlaku baru-baru ini lapor Sinar Harian. Katanya,bajet itu dijangka akan diperuntukkan kepada JPS negeri untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sungai bagi mengelakkan banjir selewat-lewatnya November akan datang. "Langkah pembaikan meliputi tiga fasa iaitu jangka pendek,pertengahan dan panjang untuk mengatasi masalah ini," katanya. Beliau berkata demikian mengulas mengenai banjir kilat yang berlaku disifatkan terburuk dalam tempoh sepuluh tahun dikatakan berpunca daripada limpahan sungai di kawasan terbabit. Tambahnya, pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan termasuk JPS,Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah dibuat dan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan. |
Posted: 21 Sep 2011 02:06 AM PDT Yang di Pertuan Agong Lawat SelangorWednesday, 21 September 2011 | Ruangan: Berita
KLANG 21 SEPTEMBER : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Selangor. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Padang Mahkota, Istana Alam Shah di sini pada 10 pagi tadi, disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor dimainkan oleh pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd Okhtat. Ia disusuli dengan tembakan meriam 21 das. Tuanku Mizan kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali. Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Masjid Istana Diraja dan Galeri Kereta Diraja di Istana Alam Shah sebelum menghadiri beberapa acara pada petang ini. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan