. |
Hantu Bonceng: PAS serah 2 memo bantahan - Malaysiakini Posted: 21 Sep 2011 09:57 AM PDT Hantu Bonceng: PAS serah 2 memo bantahan Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada dua agensi kerajaan berkaitan penayangan filem komedi Hantu Bonceng yang didakwa menghina Islam. Memorandum dari ketuanya Nasrudin Hassan kepada ketua pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masing-masing diserahkan di pejabat agensi itu pada pagi dan petang ini. Memorandum pada kepada Finas pada jam 3 petang di pejabatnya di Hulu Klang manakala kepada Jakim diserahkan pada jam 12 tenga ![]() Dalam memorandum itu, Pemuda PAS mendakwa, "garis panduan bahan penerbitan bercetak dan audio visual berhubung dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan amalan Ahli Sunnah Waljamaah" yang dikeluarkan Jakim tidak diendahkan ketika menerbitkan Hantu Bonceng. Pemuda PAS kelmarin mendakwa filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan dibintangi Zizan - atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah. Ia ekoran dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu... syaitan). Ahmad Idham dilapor terkilan Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Idham dilapor menjelaskan tidak pernah berniat mempersendakan kalimah syahadah cuma cara lontaran dialog tersebut sahaja disalah tafsirkan. "Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. "Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di majlis penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Fal ![]() Source: http://malaysiakini.com/news/176446 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (uye) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan