Khamis, 22 September 2011

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Jawatankuasa Siasatan Khas Ke atas Stesen Parkir Kereta Bertingkat Bawah Bukit Bendera(Penang Hill) Yang Dipengerusikan Oleh Bekas Pengarah JKR Pulau Pinang Shahawai bin Awang.

Posted: 22 Sep 2011 12:13 AM PDT

Kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas ke atas stesen parkir kereta bertingkat bawah Bukit Bendera(Penang Hill) yang dipengerusikan oleh En Shahawai bin Awang, bekas Pengarah JKR Pulau Pinang dan dianggotai oleh President Persatuan Arkitek Malaysia Pulau Pinang Ar Lawrence Lim Hua Kwang dan bekas Presiden Institute of Engineers Malaysia(IEM) Pulau Pinang Ir Lim Kok Khong.

Mengikut kenyataan Pengerusi PDC Consultancy Sdn Bhd yang juga Pengurus Besar Penang Development Corporation(PDC) Dato Rosli Jaafar,

"Projek sebanyak RM5 juta dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini telah diluluskan oleh EXCO pada 2007 kepada PDC sebagai agensi pelaksana yang seterusnya diberikan kepada PDC Consultancy Sdn Bhd. Oleh kerana ia melibatkan PDC Consultancy Sdn Bhd pada 2007, Pengerusi PDC yang baru selepas Mac 2008 tidak diminta untuk memberikan kelulusan atau dimaklumkan tentang projek ini.

Memang wujud kelemahan isu rekabentuk yang tidak memenuhi kehendak piawaian yang boleh menjejaskan keselesaaan pengguna Pihak PDC Consultancy Sdn Bhd telah sebaik mungkin memperbaiki kelemahan rekabentuk khususnya mengurangkan kecuraman 'ramp' agar lebih landai dan boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.

Walaubagaimanapun, PDC Consultancy Sdn Bhd sebagai jurutera perunding sememangnya bertanggungjawab atas penyediaan rekabentuk dan pelaksanaan projek ini. Sebarang kesilapan dan kelemahan yang berlaku, sudah tentunya pihak pegawai PDC Consultancy Sdn Bhd bertanggungjawab dan bersedia diambil tindakan yang sewajarnya.

Buat masa sekarang, laporan dan langkah pembetulan kini dijalankan demi memastikan rekabentuk sejumlah 6 hentian bas dan 112 tempat letak kereta dapat beroperasi di atas lot yang seluas 0.62 ekar ini. PDC akan mematuhi arahan YAB Ketua Menteri agar sebelum dibuka, keselamatan awam dan peraturan MPPP mestilah dipatuhi."

Dato Rosli telahpun memohon maaf bagi pihak PDC Consultancy Sdn Bhd atas segala kesulitan yang timbul dan akan secepat mungkin menyelesaikan masalah ini. Walaupun begitu, demi menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan, satu jawatankuasa siasatan bebas harus ditubuhkan kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.

Jawatankuasa siasatan bebas ini harus diadakan agar sesiapa yang bertanggunjgawab atas kelemahan yang timbul, boleh diambil tindakan dan cara penyelesaian mengatasinya mendapat pandangan bebas ketiga. Penubuhan jawatankuasa siasatan dan terma rujukan siasatan ini akan diputuskan dalam mesyuarat EXCO hari ini.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 22 September 2011.

槟州首席部长林冠英于2011年9月22日在乔治市发表声明 :

前任槟州公共工程局主任沙哈瓦伊为首的特别调查委员会,以调查升旗山脚下多层停车场事件。

州政府计划成立一支由前任槟州公共工程局主任沙哈瓦伊为首的调别调查委员会,以调查升旗山脚下多层停车场,该委员会成员包括大马绘测师公会槟州分会长的林华光和前任槟州工程师协会的主席林国康。

根据槟州发展机构谘询有限公司主席兼槟州发展机构总经理拿督罗斯里的声明:

"这项耗资500万令吉的工程由联邦政府拨款兴建,行政议会于2007年批准交由槟州发展机构作为执行单位,较后交给槟州发展机构谘询有限公司,由于已在2007年涉及槟州发展机构谘询有限公司,新任的槟州发展机构主席于2008年3月后就职后,并没被告知有关这项工程的资料和要求给予批准。

这项工程确实存在设计缺陷,不符合水准,也会影响用户。槟州发展机构谘询有限公司已尽可能修补设计上的问题,特别是降低有关斜陡度,以让各类交通工具使用。

无论如何,作为工程顾问的槟州发展机构谘询有限公司应当对这项工程的设计和执行负责,任何已经发生的错误和缺陷,槟州发展机构谘询有限公司肯定将负责,并准备采取适合的行动。

当局目前正进行修补和调查报告,以确定这占地0.62依格,能容纳6辆巴士和112个停车位的停车场得以使用。在停车场开放前,槟州发展机构将遵循槟州首席部长的指示,确保民众安全和遵守槟岛市政局的规则。"

拿督罗斯里已代表槟州发展机构谘询有限公司,为一切引起的不便表示道歉,并将尽快解决有关问题。虽然如此,为了维护问责制和透明度原则,槟州政府将成立一支独立调查委员会,因为民联州政府没有什么需要隐瞒民众。

独立调查委员会有必要成立,以采取行动对付需要为该错误负责的一方,并能从独立第三者的意见中寻找一个经济方案,有关调查委员会的成立和调查范围将在今天的行政议会中决定。

林冠英

Tiada ulasan:

Nuffnang