:: cina islam | 2011 :: |
- PKNS Mantapkan Portfolio Pelaburan
- Ferrari pertama pacuan empat roda
- Lelaki bertopeng buang 35 mayat
- Taufan landa Jepun
- Ahli akademik ditekan ubah fakta sejarah?
- Jangan Manipulasi Sejarah Kerana Taksub Politik-Abu Hassan
- Puluhan ribu berhimpun di Tebing Barat
- Gereja: PAS Selangor ucap tahniah pada Jais
- Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono
- Dalam bergolak, KITA mahu jelajah negara sokong Najib
- China, Russia sokong Palestin sertai PBB
- ‘Sudahkah polis siasat Papa Gomo?
- Umno beri hak mengundi kepada ribuan nelayan Indonesia
- Dr Mahathir elok tinggal berjiran dengan Kilang Lynas
- Sambut 240 Adun BN dengan ‘Masihkah Kau Ingat’
- Penyerang Rabbani letup bom dalam serban
- Anak jutawan dituduh mencuri
- Saman RM218 juta ke atas BN, Elegant terus gagal
- Mansor: 'Undi PKR kuatkan Melayu di P Pinang'
- Mat Sabu carian paling popular di Yahoo.com.my
- UMNO Akan Tumbang Dengan Dua Petua-NIZAR
- Sitkom hina PM Australia
- Wanita terpendek di dunia
- Daftar semula lesen kenderaan bukti tidak cekap
- Najib tak 'cool', kata Anwar
PKNS Mantapkan Portfolio Pelaburan Posted: 22 Sep 2011 02:00 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 22 SEPT : Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar menjelaskan bahawa cadangan menyuntik aset-aset PKNS ke dalam Real Estate Investment Trust (Reit) adalah sebahagian daripada pelan transformasi PKNS bagi memantapkan portfolio pelaburan. Menurutnya PKNS telah mengenalpasti aset-aset matang dan cadangan suntikan tiga aset (Kompleks PKNS, Menara PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall) ke dalam Amanah Raya Real Estate Investment Trust (Arreit). Perkara ini dilakukan bagi membolehkan PKNS mencairkan nilai aset dan mentransformasikan aset-aset tersebut ke dalam pelaburan yang lebih cair ke dalam unit Arreit. Menurut othman, Reit di Malaysia telah mula bertapak seawal tahun 2003, pelabur terawal yang mula menceburi sektor ini termasuklah Kumpulan Axis, Kumpulan Perbadanan Johor (KPJ) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Sehingga kini terdapat 14 Reit yang telah disenaraikan di pasaran terbuka. Ujar Othman lagi nilai pasaran aset di dalam seluruh Reit Malaysia berjumlah RM11.5 bilion sekaligus membuktikan pasaran Reit dalam negara adalah satu aktiviti pelaburan yang menjamin pulangan menguntungkan. Bahkan ia bukan sahaja dilaksanakan oleh syarikat-syarikat swasta atau pemaju-pemaju tetapi anak-anak syarikat kerajaan seperti KPJ, Boustead dan PNB juga turut melibatkan diri dalam pasaran Reit. Negara seperti Jepun, Australia, Singapura dan Hong Kong telah melaksanakan aktiviti Reit ini sejak dua dekad yang lalu. Othman berkata, aktiviti Reit di negara ini sangat digalakkan dan disokong sepenuhnya oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan memberi faedah percukaian dan insentif yang menggalakkan. Untuk rekod PKNS telah ditubuhkan sejak 47 tahun yang lalu dan dengan pegangan aset bernilai lebih dari RM4 bilion dan adalah wajar untuk PKNS menceburi bidang pelaburan baru bagi menjana pendapatan serta mendapat keuntungan yang terjamin. Justeru itu katanya hasil keuntungan daripada kepelbagaian usaha ini akan disalurkan semula untuk membiayai projek-projek sosial seperti membina infrastuktur, pembangunan semula serta memberi subsidi silang kepada pembinaan rumah-rumah mampu milik di seluruh Selangor. tn news/- | ||
Ferrari pertama pacuan empat roda Posted: 22 Sep 2011 02:00 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - BUCHAREST - Model kereta Ferrari pertama yang menggunakan sistem pacuan semua roda diperkenalkan secara rasmi di Romania kelmarin. Selepas ia dilancarkan kepada umum oleh Duta Itali di Romania, Mario Cospito baru-baru ini, pengedar model Ferrari Four (FF) itu menerima enam tempahan daripada beberapa ahli perniagaan tempatan. Ferrari FF dijana enjin V12 dengan 660 kuasa kuda (bhp) yang mampu memecut kereta sport itu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 3.7 saat. Dilengkapi sistem brek terkini, ia berhenti dalam jarak cuma 35 meter apabila pemandu menekan brek pada kelajuan 100 km/j. Harga kereta sport canggih itu bermula daripada 220,000 euro (RM941,531) tanpa sistem injap VAT. - Agensi | ||
Lelaki bertopeng buang 35 mayat Posted: 22 Sep 2011 01:30 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - BOCA DEL RIO, Mexico - Sekumpulan lelaki bertopeng bersenjata menghalang lalu lintas di sebatang jalan raya di bandar ini, pesisir Teluk Mexico semasa mereka membuang 35 mayat mangsa pembunuhan kejam sambil diperhatikan pengguna jalan raya lain, kata pihak berkuasa. Peguam Negeri Veracruz, Reynaldo Escobar Perez berkata, semua mayat itu termasuk 12 wanita, dihimpun di atas dua buah trak dan bawah jejambat berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini. Polis mengenal pasti identiti tujuh mangsa pembunuhan itu setakat ini dengan semua mereka memiliki rekod jenayah kerana membunuh, mengedar dadah, menculik dan memeras ugut serta memiliki kaitan dengan kumpulan jenayah terancang, kata Escobar. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama kumpulan penjenayah yang dianggotai mangsa-mangsa terbabit. Dalam perkembangan berkaitan beberapa saksi menyatakan, kumpulan lelaki bersenjata memakai seragam seperti tentera. "Namun, mereka bukan anggota tentera atau polis. Mereka mengacukan senjata api ke arah orang ramai," kata seorang saksi kejadian. Sejak tahun lalu, dua kumpulan kartel dadah utama Mexico, kartel Gulf dan Zetas saling berbunuhan untuk menguasai pengeluaran dadah di negeri itu. - AP | ||
Posted: 22 Sep 2011 01:00 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - TOKYO - Taufan kuat melanda Jepun semalam sekali gus menyebabkan hujan lebat di bandar raya ini selain menyebabkan pengangkutan awam terjejas. Seramai empat orang mati semasa taufan Roke melanda negara ini. Taufan itu kini melanda kawasan yang menempatkan loji nuklear Fukushima di timur laut Jepun yang rosak selepas dilanda ombal tsunami pada 11 Mac lalu. Ia yang merupakan taufan kedua terbesar melanda Jepun pada bulan ini. Taufan itu bergerak selaju 220 kilometer sejam dan menurunkan hujan lebih 40 sentimeter di bahagian timur dan barat Jepun sejak 24 jam lalu. Bekalan elektrik untuk lebih 575,500 penduduk yang dibekalkan oleh syarikat Tokyo Electric turut terputus. Taufan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti di sekitar Tokyo mengakibatkan ribuan penumpang terkandas semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Stesen penyiaran NHKmenyatakan kira-kira 450 penerbangan terpaksa dibatalkan. Perkhidmatan Kereta Api Tengah Jepun menyatakan, beberapa perkhidmatan kereta laju juga digantung. Syarikat Toyota menyatakan pihaknya merancang untuk menutup sebanyak 11 buah kilang di tengah Jepun dan menghentikan kerja pada waktu malam. Sebuah lagi syarikat kereta, Nissan menghentikan perkhidmatan di dua buah kilangnya. - Reuters | ||
Ahli akademik ditekan ubah fakta sejarah? Posted: 22 Sep 2011 12:53 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Sept: Suara Solidariti Anak Bangsa Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap Majlis Pofesor Negara (MPN) berhubung kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Chow Kit itu khusus terhadap Pengerusi MPN, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Prof. Datuk Dr Zainal Kling, menuntut mereka disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Kenyataan itu disifatkan sebagai sengaja menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong mana-mana pihak melakukan suatu yang melanggar undang-undang. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sebelum laporan polis itu dibuat, salah seorang wakil solidariti, Aiman Athrah Al Jundi berkata, pihaknya yakin kenyataan tersebut mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan politik pihak tertentu. "Kami khuatir para akademik ditekan dan digunakan oleh pihak politik tertentu untuk "mengubah" fakta sejarah demi menyokong pendirian politik mereka dan amat malang kenyatan ini dibuat oleh sebuah institusi akademik yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat. Kerajaan perlu nyata pendirian Sementara itu, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak didesak segera menyatakan pendirian terhadap kenyataan tersebut yang dianggap suatu penipuan kepada rakyat yang diajar sejak di sekolah menengah diajar bahawa British ialah penjajah dan Malaysia mendapatkan kemeredekaan daripada kuasa itu pada 31 Ogos 1957. "Tiadanya pendirian yang jelas di pihak kerajaan berkenaan perkara ini akan memburukkan lagi keadaan dan dikhuatiri akan menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat jika tidak dibendung awal," katanya. Sementara itu, seorang lagi wakil, Rozan Azen Mat Rasip yang juga Timbalan Ketua Penerangan AMK berkata, pihaknya berani tampil membuat laporan polis itu kerana mempunyai bukti Zainal pernah menulis buku bahawa Tanah Melayu pernah dijajah. "Rakyat perlu bangkit membetulkan fakta yang dikeluarkan oleh Prof Zainal ini kerana beliau sendiri dalam salah satu bukunya ada menyebut bahawa Tanah Melayu pernah dijajah," katanya. Sivarajan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula berkata, rakyat berhak membuat laporan polis kerana ditipu sejak sekian lama oleh ahli akademik. "Di peringkat sekolah lagi kita belajar sejarah, Tanah Melayu pernah dijaj British. Tiba-tiba ahli kademik kata kita tidak pernah dijajah. Jadi kita ada hak untuk membuat laporan polis kerana ditipu," katanya. Seorang lagi wakil ialah Wong Swee Mee dari Malaysia Youth Democratic Movement (Dema). harakahdaily/- | ||
Jangan Manipulasi Sejarah Kerana Taksub Politik-Abu Hassan Posted: 22 Sep 2011 12:45 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 22 SEPT : Ahli akademik Prof. Abu Hassan Hasbullah menyanggah pendapat rakan sejawatnya yang mendakwa negara ini tidak pernah dijajah. Beliau berpendapat polemik sebegini timbul berikutan cubaan untuk menafikan sumbangan pejuang yang tidak mengikut arus perjuangan pihak tertentu sehingga sanggup mengubah apa yang telah berlaku. Menurut beliau semua yang menentang penjajahan dengan cara apa sekalipun, sejak zaman Portugis di Melaka sehingga pengisytiharan kemerdekaan oleh Tuanku Abdul Rahman secara layak digelar pejuang kemerdekaan. Dalam Forum Isu Panas Rakyat: Apa Kebenarannya Mat Indera, Tidak Dijajah dan Propaganda Umno di sini semalam, Abu Hassan mempersoalkan adakah mereka yang menentang penjajah walaupun mereka dianggap 'kerajaan' dan pentadbir pada zaman tersebut seperti Rosli Dhobi, Dol Said, Tok Janggut, Ngah Ibrahim dan lain-lain dianggap sebagai pengkhianat. "Sebab itu saya menolak pandangan sahabat saya, guru saya sendiri. Mustahil 400 tahun ini kita tak pernah dijajah. Kalau tak dijajah, faedah apa kematian Rosli Dhobi, dalam usia semuda itu. Dia boleh jadi peguam dan mungkin jadi hakim negara. Beliau mengorbankan diri dalam usia muda menentang penjajah British. Walaupun mereka bersifat penaung dan raja kepada rakyat Sarawak waktu itu. Adakah kita kena isytiharkan Raja Brooke itu sebagai salah seorang raja Melayu?,"soalnya di hadapan hadirin yang mengikuti forum itu. 9 September lalu, jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling berkata bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, telah mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat. Bukan sahaja dilihat sebagai "fakta sejarah baru", namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu. Selain Zainal, beberapa pakar sejarah seperti Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam turut menegaskan perkara sama. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut menegaskan pada hakikatnya Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi penasihat mereka telah bertindak seperti seolah–olah pemerintah yang sebenar berbanding Raja–Raja Melayu. Menurut Abu Hassan lagi, isu ini tidak boleh ditafsir secara taktikal dan teknikal kerana hakikat yang berlaku tidak dapat diubah. Beliau turut mempersoalkan bagaimana penjajah termasuk Ratu Elizabeth boleh 'terlupa' meluahkan secara bertulis hasrat untuk 'menjajah' Tanah Melayu ketika itu. "Saya tidak pernah terfikir mana-mana penjajah tak kira Sepanyol atau Belanda akan mengirim satu surat yang kata "bahawasanya kami datang untuk jajah awak". Bahlollah kita kalau kita tandatangani surat itu. Penjajahan boleh berlaku dengan cara berbeza,"uajranya tegas. Beliau turut berterima kasih kepada timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu kerana berjaya membuka jalan rakyat Malaysia untuk berbincang dan mendalami sejarah negara ini dengan lebih mendalam dan terperinci. Bagaimanapun beliau tetap kesal terhadap golongan ilmuan yang terlalu taksub dengan sikap politik mereka sehingga tidak mampu melihat sesuatu perkara secara objektif dan tidak berpihak. "Kenapa isu Mat Indera? Kenapa isu sejarah Melayu jadi tunggang-langgang. Sekarang ini ilmuan perlecehkan ilmuan dan rakyat mula tak hormat kami hanya kerana pengucapan seorang. Kerana sikap taksub baka politik tidak berubah sedangkan dunia sudah masuk 10 tahun kurun ke 21, semua dah ada Ipad dan Iphone. Sejarah tak boleh ditipu. Ini bukan zaman pembohongan, ini zaman pembuktian,"katanya lagi. tv news/- | ||
Puluhan ribu berhimpun di Tebing Barat Posted: 22 Sep 2011 12:30 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - RAMALLAH - Puluhan ribu penduduk berhimpun di sini, Tebing Barat semalam bagi menyokong usaha Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata seorang jurucakap pasukan keselamatan. Menurut jurucakap itu, Adnan Damiri, kira-kira 8,000 anggota pasukan keselamatan bertugas untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dalam suasana aman. Para penunjuk perasaan itu dilihat memenuhi bahagian Ramallah, Baitulaham, Nablus dan Hebron di bahagian selatan. Presiden Palestin itu dijadual mengemukakan permohonan kepada PBB untuk menjadi anggota pada Jumaat ini. Mahmoud juga akan memberikan ucapan pada perhimpunan Agung PBB. - AFP | ||
Gereja: PAS Selangor ucap tahniah pada Jais Posted: 22 Sep 2011 12:26 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM, 22 Sept: PAS Negeri Selangor hari ini mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana telah siap menyediakan dan menyerahkan laporan penuh berhubung pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berkata pada satu sidang media di Pejabat PAS Selangor Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Abd Rani Osman memberitahu satu pengumuman akan dilakukan oleh Khalid berhubung dengan laporan tersebut. "Kami difahamkan Menteri Besar akan membuat beberapa pengumuman berhubung dengan laporan tersaebut selepas berbincang dengan Tuanku Sultan Selangor. "Persoalan agama adaah satu perkara yang amat penting kepada seluruh rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama. Selagi mana umat Islam dan institusi-institusi yang diamanahkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Selangor serta segala peraturannya berpegang teguh dan berterusan merujuk kepada kedua sumber ini, maka kami yakin prinsip-prinsip kebenaran keadilan dan kesaksamaan akan dapat terus dipertahan dan ditegakkan. "Oleh itu kami mendukung penuh agar urusan hal-ehwal naungan Islam di negeri ini diurustadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang berasa di bawah naungan Tuanku Sultan Selangor dengan perlaksanaan, khususnya pentadbiran masjid, surau dan sekolah-sekolah agama melalui Jais yang merupakan jabatan yang dibiayai sepenuhnya di bawah pentadbiran kerajaan negeri. "Mendukung hubungan baik diantara istana dan kerajaan negeri serta institusi-institusi Islam di negeri ini, PAS Selangor telah mengutuskan surat memohon perkenaan untuk mengadap Tuanku Sultan," jelasnya yang juga Adun Meru. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Dewan Negeri Hulu Klang Shaari Sungib, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman dan juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor, Noraini Hussin. Rani dalam masa yang sama menjelaskan pihaknya menolak keras sebarang usaha untuk memisahkan politik atau siasah daripada ajaran Islam. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga memberitahu sepatutnya isu gereja ini tidak sepatutnya dimanipulasi sebelum menerima laporan daripada pihak Jais. "Prinsip keadilan sepatutnya isu gereja tidak perlu dimanipulasi dengan pelbagai andaian mahupun dakwaan dan kita sepatutnya menunggu laporan dari Jais terlebih dahulu. "Cuma keadaan sekarang kita khuatir ada pihak akan cuba memanaskan keadaan tersebut, umat Islam perlu bersabar dan melihat bukti serta laporan yang akan diumumkan oleh Khalid nanti," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam. Dalam pada itu, beliau memberitahu kefahaman bahawa pemimpin masyarakat dipanggil sebagai ahli politik adalah kefahaman sempit yang bercanggah dengan prinsip kesyumulan Islam. "Dalam Islam semua aktiviti seseorang mukmin dan mukminah adah ibadat demi mendapat keredhaan Allah. Dengan aktiviti seorang ahli politik dalam Islam adalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan sebagai ibadah demi mencapai keredhaan Allah. "Kefahaman bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan bercakap tentang Islam adalah satu bentuk fahaman sekular yang didukung oleh Umno dalam mentadbir negara dan negeri Selangor selama ini," katanya lagi. Merujuk kepada fahaman tersebut PAS Selangor menolak fahaman songsang yang diamalkan oleh Umno dan kesan daripada itu telah mewujudkan politik menakutkan rakyat sehingga mencetuskan kebencian antara kaum. Jumpa Jais minggu depan Dr Abd Rani juga mengesahan pihaknya akan bertemu dengan Jais minggu hadapan bagi membincangkan isu pentauliahan mengajar di negeri ini. Beliau menjelaskan PAS sudah menghantar surat minggu lepas dan hanya menanti jawapan daripada pihak Jais. "Berkenaan dengan isu pentauliahan pihak kami ingin mengadakan pertemuan dengan institusi tersebut pada 27 September nanti. "Kita akan membincangkan segala isu mahupun persoalan yang menjadi tanda tanya terhadapan pentaulihan tersebut dan berharap akan mendapat jalan penyelesaian. Kita tahu tauliah ini diberikan hanya untuk mengelak daripada wujudnya ajaran sesat dan untuk makluman dalam PAS ramai pemimpin yang memperoleh sijil dalam agama Islam diiktiraf oleh antarabangsa. "Maka untuk mengatakan wujud ajaran sesat yang disampaikan oleh pemimpin PAS adalah tidak benar," katanya. Khalid pula memberitahu tidak pernah ada garis panduan yang dikenakan oleh Jais dalam memberi tauliah dan setiap individu yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga. "Untuk memohon tauliah mengajar di Selangor tidak pernah ada garis panduan ataupun kelayakan mereka yang memohon, malah sesiapa yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga dan dari situ baru diketahui sama ada layak atau tidak. "Berkenaan dengan menghalang ahli-ahli politik bercakap tentang agama di masjid mahupun surau ia adalah satu tindakan yang amat pelik kerana tempat tersebut adalah tempat untuk mendekati Islam. "Tapi tempat awam dibenarkan, kita lihat perkara ini sudah menjadi satu yang tidak boleh diterima akal. Jadi saya berharap pertemuan nanti akan menemui jalan penyelesaian berkaitan isu pentauliahan," usul Khalid. Sebelum itu isu pentaulihan ini telah menjadi tumpuan apabila kedua-dua pemimpin PAS Khalid dan juga Dr Rani yang telah ditarik balik oleh pihak Jais apabila didapati menyampaikan tazikrah di masjid pada bulan Ramadhan yang lepas sehinggakan pihak Jais telah mendakwa Khalid di Mahkamah Syariah kerana dakwaan tersebut. harakahdaily/- | ||
Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono Posted: 22 Sep 2011 12:19 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad. Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan. "Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri. Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu. Kucar-kacirkan Pakatan Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini. "Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor. Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya. Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi. Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan. "Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya. harakahdaily/- | ||
Dalam bergolak, KITA mahu jelajah negara sokong Najib Posted: 22 Sep 2011 12:15 AM PDT 23 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Sept: Ketika diuji dengan pelbagai masalah dalaman, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mahu menjelajah negara dan tujuannya adalah 'untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.' Parti itu merancang untuk menjelajah ke seluruh negara bagi meminta rakyat menyokong Perdana Menteri dalam usaha beliau menyelamatkan demokrasi di Malaysia. Bagi parti itu, pengumuman pemansuhan undang-undang darurat, ISA dan undang-undang berkaitan akhbar, yang memberikan kebebasan berhimpun dan bersuara kepada rakyat, adalah perisytiharan yang penuh bermakna dan bersejarah. Adalah amat penting bagi rakyat di semua peringkat di negara ini memahami tujuan dan maksud transformasi dasar ini, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Urus Setia Jelajah Demokrasi KITA. KITA yang ditubuhkan Januari lalu, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini. Tindakan memecat tiga anggota CWC - setiausaha pusat Abdul Latif A Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher - dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Dalam satu e-mel hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan. "Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim. "KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti," katanya. KITA ditubuhkan Januari lalu selepas Zaid keluar daripada PKR tahun lalu, dan menyertai parti yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia. Elak dikelirukan Bagi KITA dalam kenyataannya, tanpa pemahaman yang mendalam, rakyat boleh dikelirukan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang transformasi berkenaan. "Usaha Perdana Menteri wajar mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana transformasi berkenaan mendatangkan manfaat kepada rakyat seluruhnya," kata kenyataan itu. Atas kesedaran inilah dan bagi memastikan usaha murni Perdana Menteri tidak tergendala, Parti KITA akan mengadakan pertemuan dengan orang ramai untuk memberi penjelasan dan penerangan dalam beberapa hal berkaitan dengan isu ini, tambah kenyataan itu lagi. Persoalan bagaimana negara dan rakyat akan mendapat manfaat daripada transformasi ini akan diperjelaskan, kata kenyataan itu. harakahdaily/- | ||
China, Russia sokong Palestin sertai PBB Posted: 22 Sep 2011 12:00 AM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - NEW YORK: China dan Russia masing-masing menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada perhimpunan Agung badan dunia itu minggu ini. "China memahami, menghormati dan menyokong usaha bagi keahlian Palestin dalam PBB," kata jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei pada sidang media harian kelmarin. Beliau menegaskan negara itu sentiasa menyokong tindakan Palestin dan Arab untuk mendesak pengesahan hak etnik mereka selain meminta masyarakat antarabangsa meneruskan usaha ke arah keamanan, menggalakkan rundingan dan desakan meneruskan semula rundingan di antara Palestin-Israel. Sementara itu Timbalan Menteri Luar Russia, Mikhail Bogfanov yang bercakap kepada pemberita Russia di New York berkata pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas memaklumkan kepada mereka mengenai usaha Palestin untuk membawa usul itu kepada Majlis Keselamatan. "Apa yang kami difahamkan ia akan dikemukakan pada 23 September," kata timbalan menteri itu dalam komen yang dilaporkan agensi berita Interfax. Ditanya sama ada Russia akan menyokong usaha Palestin itu, Bogdanov berkata: "Sudah pasti." Palestin perlu mendapatkan sekurang-kurangnya sembilan undi di Majlis Keselamatan dan mengelak daripada kuasa veto jika mahukan usaha mereka mendapatkan keahlian PBB itu diluluskan. Sementara itu, Perancis dan Amerika Syarikat terus mendesak agar tekanan dikenakan ke atas Palestin dalam usaha memujuk Presiden Mahmoud Abbas menghentikan usahanya untuk mendapatkan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan juga Presiden Barack Obama akan membuat gesaan itu dalam ucapan ketika sesi pembukaan Perhimpunan Agung PBB terbabit. Obama akan menggesa secara peribadi terhadap usaha Palestin itu apabila bertemu Abbas pada Rabu. Pemimpin Amerika Syarikat merumuskan mereka tidak dapat menghentikan Abbas daripada meneruskan kesnya secara rasmi bagi mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan bagi penubuhan sebuah negara yang diiktiraf tetapi mahu memastikan pemimpin Palestin itu menggugurkan langkah berkenaan selepas menyerahkan suratnya kepada PBB. Abbas dijangka membuat satu permohonan rasmi bagi pengiktirafan sebuah negara pada Jumaat apabila beliau berucap kepada Perhimpunan Agung berkenaan. Tetapi ia mungkin akan mengambil masa berminggu atau berbulan bagi PBB untuk bertindak terhadap permohonan Palestin itu. – AP/Agensi | ||
‘Sudahkah polis siasat Papa Gomo? Posted: 21 Sep 2011 11:51 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanya mengapa polis lambat menjalankan siasatan laporan terhadap sebuah blog yang menyiarkan laporan palsu mengenai mesyuarat majlis itu bulan lalu. Halimey Abu Bakar berkata, laporan terhadap blog Papa Gomo itu dibuat oleh Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya 16 Ogos lalu. Mohd Fauzi dalam laporan polisnya berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). "Laporan polis itu dibuat oleh pengarah penguatkuasa, pegawai awam kelas A dan bukannya laporan oleh orang politik. "Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo,?" tanya Halimey ketika dihubungi hari ini. Halimey yang juga ketua penerangan PKR Petaling Jaya berkata, isu mahu menyita DUMC tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Burukkan kerajaan negeri Katanya, apa yang dilakukan oleh blog tersebut ialah semata-mata untuk memburuk-burukan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Blog Papa Gomo bertarikh 13 Ogos lalu memuatkan dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama" oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya." Blog itu mendakwa operasi menyita premis DUMC dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat yang dimaksudkan termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Lu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok. Khalid bersama ahli-ahli majlis MBPJ telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo, bulan Ogos lalu. -freemalaysiatoday- | ||
Umno beri hak mengundi kepada ribuan nelayan Indonesia Posted: 21 Sep 2011 11:40 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - SEBELUM ini heboh cerita tentang pemberian warganegara kepada lebih 600,000 pendatang asing di Sabah, yang didedahkan oleh Wikileaks sebagai balasan mengundi Barisan Nasional [Wikileaks] Malaysiakini turut menyiarkan satu lagi pendedahan wikileaks berhubung pengakuan bekas pengerusi SPR tentang pemberian lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pendatang asing [IC Palsu]. Apa yang lebih menarik, salah sebuah stesen TV berpengaruh Indonesia, SCTV di dalam laman sesawang rasminya pernah menyiarkan satu laporan pada 25 Ogos 2005 bahawa parti terbesar Malaysia, Umno telah memberikan hak mengundi kepada ribuan nelayan bugis di Sabah yang berasal dari Indonesia [SCTV] Ribuan warga asing diberi hak mengundi. Apa nak dikata? Bangkai gajah, manakan mampu ditutup dengan tudung saji. ReJaM© "Negara digadai di depan mata, pemimpin berdengkur mengidam kuasa..." Oleh Milo Suam | ||
Dr Mahathir elok tinggal berjiran dengan Kilang Lynas Posted: 21 Sep 2011 11:30 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata, bantahan oleh beberapa pihak mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corp. Ltd. di Gebeng, Pahang lebih bersifat politik bagi menjatuhkan kerajaan. Katanya, sungguhpun banyak kajian telah dilakukan terhadap tapak pembinaan kilang tersebut termasuk oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang tidak menemui sebarang bahaya radiasi di situ, bantahan oleh penggiat politik dan pencinta alam sekitar tidak tulen akan berterusan. Bagaimanapun katanya, kerajaan serta pihak pengendali kilang tersebut perlu berhati-hati dengan semua kebarangkalian pencemaran radioaktif. "Namun kita tidak boleh membiarkan aktivis politik serta para pencinta alam sekitar palsu menghalang kita menikmati hasil ekonomi daripada nadir bumi menerusi cerita-cerita menakutkan yang tidak berasas. "Walaupun saya masih tidak menyokong pembinaan loji nuklear, saya tidak membantah projek Lynas. Kerajaan tidak perlu takut untuk membenarkan projek itu diteruskan," katanya dalamhttp://chedet.cc semalam yang dipetik oleh akhbar pencacai Utusan Malaysia. Bagi saya elok rasanya bekas Perdana Menteri itu membina rumah atau membeli rumah berdekatan dengan Kilang Lynas kerana beliau begitu yakin bahawa tiada pencemaran radiasi radioaktif di kawasan kilang tersebut. Jika beliau berbuat demikian mungkin rakyat akan yakin ianya selamat dan tiada keraguan akan timbul, Masalahnya beranikah Mahathit tinggal berjiran dengan Kilang Lynas??? Oleh Mutaligat | ||
Sambut 240 Adun BN dengan ‘Masihkah Kau Ingat’ Posted: 21 Sep 2011 11:25 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Sept: "Sila sambut delegasi 240 Adun BN yang berkampung di seluruh Dun Selangor dengan kain rentang 'Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Ketika BN Perintah Di Selangor'," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Sebenarnya, kata beliau itulah yang layak untuk menyambut rombongan Adun BN ke negeri Selangor dalam misi untuk menawan negeri itu. Katanya, apabila hilang kuasa barulah mereka teringat kepada rakyat. "Apabila hilang kuasa baru teringat masih ramai rakyat tidak kenal Umno. Apabila hilang kuasa baru teringat untuk membela rakyat," katanya kepada Harakahdaily. Soal beliau, apa yang Umno buat ketika 51 tahun memerintah. "Kenapa sekarang baru sibuk hendak mengambil berat tentang rakyat?" tanya beliau lagi. Rakyat, ujarnya tentu masih ingat bagaimana bekas Menteri Besar Umno membelanjakan wang rakyat RM1.7 juta untuk lawatan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland dalam masa lapan hari sahaja. Tambahnya, belanja bilik hotel untuk Datuk Seri Khir Toyo sebanyak RM110,000 sedangkan rakyat ke Makkah selama 40 hari baru berbelanja RM10,000. Rakyat, katanya tentu masih ingat ketika Umno berkuasa menghalau penduduk Kampung Berembang, Ampang macam binatang pada hal penduduk itu penyokong tegar Umno, tetapi pemimpin Umno tidak mempedulikan kerana mereka berada di puncak kuasa. Tambahnya, rakyat juga tentu masih ingat di zaman Umno memerintah di mana kegiatan masjid malap seperti lampu yang tidak ada bateri. Ini, katanya kerana ahli jawatankuasa masjid yang dilantik bukan ahli masjid supaya memudahkan kegiatan menjahilkan rakyat dan jauh daripada institusi agama kerana Umno sedar jika rakyat celik agama bererti selamat tinggallah parti itu. "Rakyat tentu masih ingat ketika kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat, maka pemimpin Umno mengatakan ini kerja membazir. Awas jika BN menang semua ini akan ditarik balik," katanya lagi. Beliau berkata, rakyat juga tentu masih ingat di mana ustaz-ustaz diburu macam penjenayah bila mana Datuk Dr Haron Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharom hendak ditangkap kononnya melakukan kesalahan jenayah syariah. Sekarang, ujarnya baru pemimpin Umno hendak bermuka-muka menjadi pembela rakyat. Baginya, mereka akan menanam janji manis, tetapi apabila mendapat kuasa mereka akan melanjutkan tradisi menindas rakyat. "Awas rakyat Selangor, bila bertemu dengan Adun BN yang berkampung di tempat tuan-tuan tolong ingatkan kepada mereka 'Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Berkuasa'," katanya. Paling cantik sekali, tambah beliau ialah rakyat Selangor kena tanya kepada wakil rakyat yang datang daripada negeri yang BN memerintah. "Adakah rakyatnya mendapat air percuma, kifalah RM2,500, Tabung Warisan Anak Selangor, Guru Kafa mendapat gaji RM1,300 sebulan? "Sudah tentu jika soalan ini dikemukan Adun BN lari lintang pukang," katanya. harakahdaily/- | ||
Penyerang Rabbani letup bom dalam serban Posted: 21 Sep 2011 11:00 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - KABUL: Penyerang yang membunuh bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani mendesak mahu bersemuka dengan bekas pemimpin itu dan menunggu di Kabul beberapa hari kononnya untuk berbincang bagi menjadi orang tengah dalam rundingan damai dengan Taliban. Penasihat hubungan antarabangsa bagi Majlis Keamanan Mohammad Ismail Qasemyar, berkata penyerang dikenali sebagai Esmatullah menemui beberapa pegawai majlis dan mendakwa beliau adalah seorang tokoh penting pergerakan Taliban dan ingin bercakap terus dengan Rabbani. "Beliau dakwa mahu bercakap dengan Rabbani mengenai rundingan damai," kata Qasemyar. Penyerang itu menginap di rumah tetamu majlis berkenaan sementara menanti kepulangan Rabbani dari lawatan ke Iran. Pada Selasa lalu, mereka bertemu dan penyerang berkenaan bersalaman dengan Rabbani di kediaman bekas pemimpin itu, menundukkan kepala dan meletupkan bom dalam serbannya, kata Qasemyar. Seorang lagi penyerang didakwa turut terbabit tetapi tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa Afghanistan. Seorang pegawai Barat yang enggan dikenali kerana kes berkenaan masih disiasat berkata, seorang sudah ditahan berhubung dengan kejadian itu. Pembunuhan Rabbani menjejaskan harapan perdamaian dengan Taliban dan meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan di Afghanistan ketika tentera asing mulai berundur dari negara itu. Sebahagian tentera Amerika Syarikat dan Kanada sudah meninggalkan Afghanistan sejak beberapa bulan lalu manakala rakan mereka yang masih bertugas juga bakal pulang atau bertindak sebagai membantu menjelang 2014, apabila tentera tempatan mengambil alih melindungi dan mempertahankan negara mereka. "Hari ini adalah satu hari yang menyedihkan," kata Mohammad Egris, pelajar Universiti Kabul berusia 25 tahun antara penduduk dan pegawai tertinggi Afghanistan yang memberi penghormatan terakhir kepada Rabbani di kediamannya semalam. "Musuh Afghanistan, pengganas, terus membunuh pemimpin dan rakyat kami. Penduduk yang dibunuh adalah terbabit dalam proses memulihkan perdamaian dan kemakmuran." – AP | ||
Posted: 21 Sep 2011 10:00 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - LONDON - Seorang anak jutawan yang dituduh mencuri barang-barang elektrik berharga £5,000 (RM24,408) dalam rusuhan yang melanda bandar raya ini baru-baru ini tampil di sebuah mahkamah semalam. Anak jutawan itu, Laura Johnson (gambar) berusia 19 tahun didakwa mencuri barang-barang tersebut yang ditemui dalam sebuah kereta yang dinaikinya. Dia hadir di mahkamah tersebut untuk mengesahkan nama dan alamatnya kerana kesnya akan berpindah ke Mahkamah Mahkota London. Wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin. Kesnya akan dibicarakan semula pada Oktober depan. - Agensi | ||
Saman RM218 juta ke atas BN, Elegant terus gagal Posted: 21 Sep 2011 09:31 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan rayuan sebuah syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap BN. Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana mendapati tuntutan syarikat itu telah ketinggalan masa. Katanya, terdapat tempoh masa kerana kes berkenaan difailkan selepas enam tahun dari tahun 2004. "Mahkamah juga arahkan Elegant Advisory membayar kos RM1,500 yang mesti dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh ini." Ini percubaan kedua oleh syarikat itu untuk mendapatkan bayaran daripada BN/Umno. Pada 18 Julai lalu, rayuan syarikat pembekal itu untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan dua lagi berhubung dakwaan tidak membuat pembayaran bagi pembekalan bahan pilihan raya bernilai RM218 juta pada pilihan raya umum 2004. Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman pada 17 Februari selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman atas alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950. Dalam saman itu, plaintif pada awalnya memperoleh penghakiman ingkar pada 7 Mac dan defendan memohon untuk mengetepikan perintah itu pada 24 Mac. Timbalan Pendaftar membenarkan permohonan defendan pada 23 Jun. Dalam writ samannya, Elegant Advisory mendakwa ia terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan dan pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan. Syarikat itu mendakwa sudah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya. malaysiakini/- | ||
Mansor: 'Undi PKR kuatkan Melayu di P Pinang' Posted: 21 Sep 2011 09:30 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - Umno, satu-satunya parti komponen BN yang mempunyai 11 kerusi DUN di Pulau Pinang, sering mengadu bahawa kerajaan negeri 'pimpinan DAP' kurang perwakilan Melayu. Dengan hanya dua exco Melayu - kedua-duanya dari PKR - Umno mengiaskan Pulau Pinang sebenarnya diwakili DAP yang didominasi pemimpin Cina - dan bukannya kerajaan Pakatan Rakyat. Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, (kanan) bagaimanapun, menyerahkan kepada masyarakat Melayu untuk memperbetulkan keadaan demi kepentingan mereka sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan pada 2013. Katanya, jika orang Melayu mahu lebih ramai perwakilan dalam pentadbiran negeri itu, maka mereka hendaklah mengundi PKR, dan bukan Umno dalam pilihan raya umum yang diramalkan seawal bulan November. Dalam erti kata lain, PKR perlu bertanding dan menawan kerusi Umno, dan bukannya menyerahkan kerusinya kepada DAP untuk meletakkan calon-calon Melayu, seperti yang disyorkan oleh seorang pemimpin DAP negeri itu baru-baru ini. "Jika mereka tidak menyokong kami dalam PKR, maka tidak akan ada perwakilan Melayu yang berkesan," kata Mansor yang juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang I kepada Malaysiakini dalam satu wawancara baru-baru ini. "Hakikatnya ialah kita mesti bertanding lebih banyak kerusi, terutama di kawasan Umno, dan bukan sebaliknya," kata beliau yang juga ADUN Penanti. malaysiakini/- | ||
Mat Sabu carian paling popular di Yahoo.com.my Posted: 21 Sep 2011 09:25 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Sept: Ekoran publisiti yang diberikan terhadap isu kemerdekaan negara sejak ia dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, rakyat negara seolah-olah terkejut dan memberikan reaksi yang hebat. Laman Yahoo.com.my mencatatkan carian yang paling popular adalah Mat Sabu iaitu nama yang biasa digunakan untuk Mohamad mengatasi Arsenal di tempat kedua, pelakun Memey Suhaiza di tempat ketiga dan Lea Michele ditempat ketiga. Pelbagai pihak pula menganjurkan seminar dan forum tentang kemerdekaan negara termasuk pihak universiti dan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan. Program rasmi dan ilmiah ini berjalan di samping perbincangan yang tidak putus-putus dalam pelbagai media di negara ini. Forum Kuala Terengganu Di Kuala Terengganu, badan bukan kerajaan, Ma'al Ihsan menganjurkan forum rakyat sempena merdeka yang bertajuk, penilaian semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Ia akan diadakan di Dataran Ko Khidmat, Kuala Ibai pada 25 September ini mulai jam 9 malam. Antara penal forum ini adalah Haji Mohamad Sabu sendiri, Profesor Datuk Mohamad Bakar (UM) dan Datuk Husam Musa (Exco Kelantan). Pengerusi forum ini adalah Dr Abu Hassan Hasbullah (Zentrum). Wacana Merdeka UM Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya melalui Jabatan Sejarah juga akan menganjurkan majlis yang hampir sama Jumaat ini bagi membincangkan kembali sejarah kemerdekaan negara ini. Mereka akan menganjurkan Wacana Merdeka dengan tema menghayati perjuangan kemerdekaan pada 23 September ini di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastra dan Sains Sosial. Antara yang terlibat dengan program ini adalah Profesor Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar, Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. Mereka akan membincangkan status negeri-negeri Melayu pada era pentadbiran British. Perbincangan ini jelas mempunyai kaitan dengan ucapan Mohamad Sabu bahawa polis di rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 adalah polis penjajah. Ia juga berkaitan dengan kenyataan Profesor Datuk Zainal Kling bahawa British tidak menjajah Malaya tetapi hanya memberikan naungan sahaja. Wacana Merdeka ini akan berakhir sehingga petang dan akan membariskan tokoh-tokoh sejarah dari kalangan ahli akademik bagi membincangkan isu ini. harakahdaily/- | ||
UMNO Akan Tumbang Dengan Dua Petua-NIZAR Posted: 21 Sep 2011 09:23 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mengenegahkan beberapa petua khusus buat ahli-ahli PAS bagaimana mahu menang dalam Pillihan raya akan datang. Nizar yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata UMNO Johor boleh ditumbangkan jika ahli parti itu bersedia mengorbankan masa, wang, pemikiran dan tenaga dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah swt. Disamping itu ujarnya, fahaman 'Ketuanan Melayu' atau asobiyyah yang ditanam sedalam-dalamnya oleh para pemimpin UMNO harus dikuburkan daripada pemikiran orang Melayu. Hal Ini kerana katanya, fahaman seperti itu adalah dilarang oleh Allah swt dan Nabi Muhammad saw dengan merujuk kepada ayat suci Al-quran dari surah al-Maidah ayat kelapan. Malah beliau memberitahu bahawa perbezaan yang amat ketara antara PAS dan UMNO adalah dari sudut prinsip perjuangan kedua-dua parti tersebut. 'Beza PAS UMNO adalah prinsip. UMNO ketuanan Melayu. Saya cabar UMNO. Dari mana dapat prinsip ini? Ia bertentangan dengan Islam. Buktinya ada dalam Surah al Maidah, ayat 8. 'Selama ini, UMNO tanam semangat kepada orang Melayu. Musuh ketat adalah Cina dan India. MCA tanam, Melayu India musuh kita. MIC tanam, Cina Melayu musuh kita. Allah dan Nabi larang atas semangat perkauman. 'UMNO akan tumbang. Disamping berika segala-galanya kepada Allah. Buangkan ketuanan Melayu dalam diri, semangat asobiyyah. Contoh dalam perang Badar. Quraisy berjuang kerana bangsa tapi Islam boleh menang.' terangnya Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Hi Tea sempena lawatan sehari ke negeri Johor di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, Benut, dekat sini, jumaat lepas. Mengulas lanjut, beliau yang juga Mantan Menteri Besar Perak itu berkata bahawa Gabungan mantap tiga parti pembangkang PAS, DAP dan PKR boleh menggugat keutuhan Barisan Nasional yang mengutamakan perkauman. Sebaliknya, beliau menambah lagi, bahawa Pakatan Rakyat pula dilihat mempunyai beberapa persetujuan yang dapat dicapai secara bersama berbanding dengan kelompok dari parti dalam Barisan Nasional. 'Pakatan Rakyat bukan parti perkauman. PAS, Parti Islam SeMalaysia. DAP, Democratic Action Party. PKR, Parti Keadilan Rakyat. (manakala) UMNO, United Malays National Organisation. UMNO, Melayunya apa? Kenapa tak sebut namanya dalam Bahasa Melayu? Kalau mereka (rakyat) tahu, mereka akan tinggalkan UMNO. 'Kita bersama Pakatan Rakyat. Kita tanda tangani atas persetujuan bersama 4 perkara, iaitu 1) Islam sebagai agama rasmi. 2) Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda. 3) Hak keistimewaan Bumiputra dipertahankan. 4) Raja-raja Melayu perlu dipelihara. UMNO tiada perjanjian seperti ini dengan MCA dan MIC.' terangnya lagi. Pada program yang sama, Nizar berkenan menyempurnakan pelancaran Jentera Pilihan raya peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian dan Menanda tangan Plaks bagi dua buah cawangan baru iaitu Kampung Permatang Duku dan Parit Betak. Untuk rekod, Kampung Permatang Duku pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kampung Tercantik tahun 2010 dan menjadi kebanggaan kepada Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian. Beliau turut mempersoalkan dimana kewajarannya bagaimana UMNO melancarkan segala-galanya untuk berdampingan dengan PAS, dalam masa yang sama mengecam parti itu kerana berbaik-baik dengan DAP. Sedangkan ia merupakan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku lagi kerana UMNO sudah berada di puncak kezaliman dan kerosakan yang nyata. Keyakinan itu ditegaskan beliau dengan analogi mudah dengan membandingkan gaya kehidupan kebanyakan para pemimpin UMNO dengan DAP. 'UMNO lancar (serangan) segala-gala dengan PAS. (dakwanya) Kenapa tidak bersama kami Barisan Nasional. Saya nak (jawab) bagi contoh. (katakanlah)Ada dua pemimpin. Satu UMNO, yang satu lagi DAP. UMNO ajak pergi Hadyai (berhibur). Manakala DAP pula ajak pergi minum kat warong. Nak ikut siapa? Kami tak benarkan pergi ke tempat maksiat !' ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi. Kira-kira 500 jemputan hadir mendengar sesi penerangan beliau itu beserta menikmati Jamuan Baryani Gam tajaan Zainuddin Catering." selatan online/- | ||
Posted: 21 Sep 2011 09:20 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - CANBERRA: Adegan dua pelakon komedi yang memegang watak Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dan pasangannya, Timothy Mathieson baring dibaluti bendera Australia selepas melakukan seks, dikecam Ahli Parlimen dan media yang menyifatkannya tidak menghormati bendera negara dan jawatan perdana menteri. Lakonan komedi dalam episod ketiga siri satira berjudul At Home with Julia yang ditayangkan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) malam semalam juga dianggap bukan jenaka, sebaliknya penghinaan kepada perdana menteri wanita pertama Australia itu. Episod keempat siri itu disifatkan lebih teruk dan tiada unsur komedi langsung punca pelbagai pihak meminta ia tidak diteruskan. Ahli Parlimen Parti Buruh dan pembangkang konservatif bersatu dalam kritikan mereka mengenai adegan bendera itu. Pembantu Menteri Kewangan, Bill Shorten, berkata ada pihak menyifatkan nama anjing Guillard yang sama dengan namanya sebagai lucu, tetapi bagi beliau ia adalah ejekan kepada cita-cita politiknya. "Sebaik saja anda mendapati perdana menteri dan pasangannya bersama bendera itu, saya dapati ia langsung tidak menarik," kata Shorten kepada wartawan. Ahli Parlimen pembangkang, John Forrest menggesa ABC menarik balik episod berkenaan. "Saya mengutuk adegan itu," kata Forrest kepada akhbar The Age. ABC bagaimanapun mempertahankan adegan terbabit, menyifatkan ia tidak menghina dalam konteks episod 30 minit itu. "Jika ia tidak menjadi masalah bagi orang lain untuk menutup mereka dalam bendera bagi semua acara, kami tidak melihat mengapa ia tidak boleh dibalut pada tubuh perdana menteri sebagai simbol cinta," kata perbadanan itu. Sementara itu, Gillard menegaskan beliau tidak akan menonton program itu atau membuat ulasan mengenainya. – AP | ||
Posted: 21 Sep 2011 09:06 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - CHICAGO - Seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun dan hanya mempunyai ketinggian 69 sentimeter dinamakan sebagai wanita terpendek di dunia. Bridgette Jordan, 22 dan adik bongsunya, Brad Jordan, 20, yang memiliki ketinggian 98 sentimeter turut dinobatkan sebagai 'pasangan adik-beradik paling pendek di dunia' oleh Guinness World Records. Pasangan adik-beradik yang belajar di kolej Kaskasia di Illinois ini memang dilahirkan kerdil. Namun kekurangan itu tetap tidak menghalang Bridgette untuk gemar menari dan mengikuti kumpulan sorak, manakala Brad menyertai gimnastik, bermain bola keranjang dan membuat persembahan silap mata. Sebelum ini, wanita terendah di dunia ialah Elif Kocaman dari Kadirli, Turki yang mempunyai ketinggian 72 sentimeter. Bagaimanapun, Bridgette mungkin tidak lama memegang gelaran ini kerana seorang gadis di India Jyoti Amge yang mempunyai ketinggian 70 sentimeter bakal mencapai usia 18 tahun Disember ini, sekali gus melayakkannya bertanding dalam kategori ini, menurut jurucakap Guinness. - REUTERS | ||
Daftar semula lesen kenderaan bukti tidak cekap Posted: 21 Sep 2011 09:01 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Sept: Arahan supaya semua pemilik kenderaan perdagangan mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka membuktikan kerajaan tidak cekap, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar). "Pertama, arahan itu menyusahkan dan membebankan kerana pengusaha dan pekerja kenderaan awam yang berpendapatan rendah terpaksa meninggalkan kerja mereka untuk mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka. "Kesusahan dan bebanan tersebut menjejaskan produktiviti dan nafkah mereka," katanya. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa semua pemilik kenderaan perdagangan yang masih belum mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka supaya berbuat demikian selewat-lewatnya sebelum hujung bulan ini. Sekiranya tidak, mereka akan berdepan tindakan tegas di bawah Akta Pengangkutan Darat 2010. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya tidak akan melanjutkan tempoh untuk mendaftarkan semula lesen operasi tersebut kerana masa yang cukup telah diberikan kepada semua pemilik kenderaan tersebut. Berikutan itu, kata beliau, jika pemilik kenderaan gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya mengikut akta sama. Salahuddin juga mepersoalkan adalah kerajaan tidak mempunyai data kenderaan-kenderaan tersebut dan urusan mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan berkenaan dilakukan lebih cekap dan tidak menyusah dan membebankan mereka yang terlibat. "Jika SPAD begitu ketinggalan dan tidak mempunyai 'database' yang berkaitan, ia sepatutnya boleh mendapatkan kerjasama dari kementerian dan agensi lain yang berkaitan. "Adakah JPJ (Jabatan Penangkutan Jalan) tidak mempunyai data yang berkaitan untuk membolehkan SPAD memanfaatkannya serta menguruskan pendaftaran semula itu dapat melaksanakan urusan berkenaan dengan lebih cekap," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yang menerima aduan dari mereka yang terlibat. Salahuddin hairan mengapa SPAD diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Sepatutnya SPAD berada di bawah Kementerian Pengangkutan. Apabila ia tidak berada di bawah kementerian berkenaan, adakah Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy tidak berkeupayaan dan tidak berkemampuan mengawalselia perjalanan SPAD? "Atau, adakah ia bukti krisis kepercayaan para pemimpin Umno terhadap para pemimpin MCA yang berada dalam kerajaan?" tanya beliau. harakahdaily/- | ||
Posted: 21 Sep 2011 08:22 PM PDT 24 Syawal 1432H. [MOD] - Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'. Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah. "Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'cool'. "Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah. Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina. "Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar. Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008. Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. malaysiakini/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan