Selasa, 19 Julai 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


BERSIH AQIDAH, DUNIA AKHIRAT TERJAMIN SELAMAT- ADUN CHANGKAT JONG

Posted: 19 Jul 2011 04:25 AM PDT


TELUK INTAN, 17 Julai - Bersihnya aqidah seseorang itu akan menjamin kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa merasmikan Sukaneka PASTI Kawasan Teluk Intan 2011 baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Dataran Pemuda PAS Kg. Bahagia dekat sini.

"Semua orang mahukan yang bersih, tidak kira siapa dia. Amatlah malang jika masih ada orang yang tidak mahukan bersih. Maksud saya ialah kita mahukan hati yang bersih, jiwa yang bersih, amalan yang bersih dan yang paling penting ialah aqidah yang bersih," katanya.
YB Anuar menerima perbarisan peserta.

Oleh itu, kata beliau lagi, penanaman sifat mahmudah perlulah dipupuk sejak usia anak-anak masih kecil. Ini kerana pada peringkat umur ini, kanak-kanak mudah menerima dan mengamalkannya.

Akhirnya, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru PASTI yang telah membimbing anak-anak didik PASTI. Malah bagi beliau, program sukaneka sebegini membuktikan bahawa pendidikan PASTI tidak meminggirkan aspek tarbiyyah jasmaniah di samping aspek imaniyyah dan ruhiyyah.
Ketua kontijen memimpin acara lagu PASTI.

Perbarisan murid PASTI.

Seorang peserta rumah kuning. Bersih 2.0 nampaknya...

Antara tetamu khas yang diundang ialah seorang pelakun, Sdr. Man Kadir atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Jabit. Beliau telah diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pak Jabit bersama pimpinan PAS.

YB Anuar menerima cenderamata.

Sdr. Man Kadir @ Pak Jabit menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan.

Sebanyak enam buah PASTI telah menyertai sukaneka tersebut. Pelbagai acara telah diadakan seperti lari pecut, kasut gergasi, lari galah panjang, lari ulat bulu, golek tayar dan skipping gelung rotan. Selain itu, acara untuk bapa, ibu, remaja lelaki dan remaja perempuan turut diadakan. Antaranya ialah acara sepak bola dalam gol, raut lidi kelapa, timbang bola, isi air dan bola beracun.

Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Teluk Intan serta pimpinan PAS kawasan yang lain. Pada sukaneka kali ini Rumah Kuning telah menjadi juara keseluruhan. Rumah kuning diwakili oleh murid PASTI Batak Rabit, PASTI Desa Aman dan PASTI Kg. Banjar. Tahniah...!



Acara kasut gergasi.

Acara lari pecut.
Acara lari bawa beban. Jaga-jaga bawang tu jangan bagi jatuh...
Acara lari ulat bulu.
Isteri ADUN, Pn. Hjh. Faridah turut menyampaikan hadiah.
Dengan gaya tersendiri peserta acara golek tayar.
Ustaz Ismail Che Nik menyampaikan hadiah.
Seorang pemenang acara kaum ibu menerima hadiah.
Pemenang acara remaja perempuan.
Guru-guru PASTI menerima hadiah.
Rumah Kuning juara...! Tahniah..!

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang